Anda di halaman 1dari 1

Rukun Solat Ada 13 Perkara Iaitu:

1. Berdiri bagi yang mampu. [Fi'li]


2. Niat.[Qalbi]
3. Takbiratul Ihram (Allahu Akhbar yang pertama). [Qauli]
4. Membaca surah Al-Fatihah. [Qauli]
5. Rukuk dengan tama'ninah .[Fi'li]
6. Iktidal dengan tama'ninah. [Fi'li]
7. Sujud dengan tama'ninah. [Fi'li]
8. Duduk di antara dua sujud, dengan tama'ninah. [Fi'li]
9. Duduk Tasyahhud akhir. [Fi'li]
10. Membaca bacaan Tasyahhud Akhir. [Qauli]
11. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. dalam Tasyahhud Akhir. [Qauli]
12. Mengucapkan salam yang pertama. [Qauli]
13. Tertib [Qalbi]



Ke Arah Kesempurnaan Solat
1. Memahami hukum-hukum berkaitan bersuci dan solat. Mengenal pasti rukun dan syarat
bersuci serta solat.
2. Menunaikan solat di awal waktu. Sebaik-baiknya peka dengan jadual waktu solat. Bersedia 5
minit sebelum masuk waktu. Bersegera bangun solat bila mendengar azan.
3. Bersuci dengan sempurna. Memahami konsep najis dan bagaimana menyucikannya. Jelas
tentang kaedah mengangkat hadas besar dan hadas kecil.
4. Solat berjemaah kerana Allah menjanjikan pahala yang berganda, di samping dapat
mengeratkan hubungan sesama muslim.
5. Mengutamakan solat di masjid atau surau. Menjadikan masjid dan surau sebagai pusat
aktiviti dan tempat berkumpul. Mencontohi Rasulullah dan generasi awalan dengan
menunaikan solat di masjid.
6. Menyempurnakan rukun-rukun solat.
7. Memahami dan menghayati bacaan solat. Sekurang-kurangnya memahami maksud al-
Fatihah serta surah-surah lain.
8. Hadir hati dalam solat iaitu dengan merasakan kehadiran Allah yang sentiasa memerhatikan
kita sewaktu solat.
9. Menghayati pergerakan-pergerakan solat seperti berdiri, rukuk dan sujud.
10. Berwirid dan berdoa selepas solat. Hafal wirid-wirid selepas solat serta doa-doa. Banyakkan
juga istighfar dan muhasabah selepas solat.

Anda mungkin juga menyukai