Anda di halaman 1dari 20

KEM SOLAT ASAS

MAKTAB RENDAH SAINS MARA KUBANG PASU

06000 JITRA,

KEDAH.
BAHAGIAN A :

ETIKA
BERWUDUK
Untuk menunaikan sembahyang, diwajibkan kita berwuduk terlebih dahulu.

Syarat-syarat Wuduk

Syarat sah Wuduk itu ada enam:-

1. Orang Islam (orang bukan Islam tidak wajib berwuduk)

2. Mumayiz, iaitu telah dapat membezakan yang baik dengan yang buruk sesuatu pekerjaan, yakni
yang telah berusia 9 tahun.

3. Air mutlak (air yang suci lagi menyucikan).

4. Bersih dari Haidh, Nifas dan Junub atau dalam Hadas Besar.

5. Jangan ada pada anggota kita sesuatu benda yang dengannya, sebabnya tidak sampai air ke
kulit/rambut/kuku seperti cat, lilin, getah, tatoo di kulit, pewarna rambut, pewarna kuku, gincu bibir,
eyeshadow dan sebagainya.

6. Mengetahui dan dapat membezakan mana yang fardhu dan sunat.


Rukun-rukun Wuduk

Rukun wuduk itu ada enam perkara:-

1. NIAT, iaitu diniatkan di dalam hati untuk mengerjakan wuduk.

Sebelum berniat berkumur dan bersihkanlah hidung tangan dan kaki serta mulakanlah dengan
membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" dan niat.

2. MEMBASUH MUKA, mengalirkan air serta meratakannya ke seluruh muka yang dibasuh itu, dari
dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga
ke telinga kiri – sebanyak 3 Kali.

NIAT & BASUH SELURUH MUKA DARI TELINGA KIRI-KANAN


Bacalah diwaktu mula hendak membasuh muka:-

ertinya "Sahaja Aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta'ala"

3. MEMBASUH KEDUA TANGAN HINGGA DUA SIKU, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung
jari. Mulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak – sebanyak 3 Kali.
4. MENYAPU AIR KE KEPALA, merata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai
rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala. – sebanyak 3 Kali.

5. MEMBASUH KEDUA KAKI, mengalir dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki
tumit hingga buku lali atau mata kaki, mulakan sebelah kanan dahulu. – sebanyak 3 Kali.

MEMBASUH KEDUA BELAH KAKI

6. TERTIB, mengikut urutan atau turutan yang dahulu didahulukan dan yang kemudian
dikemudiankan.

Selesai mangangkat Wuduk hendaklah membaca Doa Selepas Wuduk


Perkara-perkara yang disunatkan ketika berwuduk:-

1. Menghadap ke arah Kiblat.

2. Menbaca "Auuzubillah himinasyaitonirrajim" dan "Bismillah hirrahman nirrahim".

3. Membasuh kedua telapak tangan hingga kepergelangan tangan sebelum berwuduk.

4. Berkumur atau bersugi.

5. Memasukkan sedikit air ke dalam hidung untuk membersihkannya dan mengeluarkannya


kembali.

6. Menyapu air ke kepala.

7. Memusing-musingkan cincin jika ada di jari.

8. Mendahulukan basuhan anggota kanan daripada yang kiri.

9. Mengulang 3 Kali setiap basuhan.

10. Jangan meminta bantuan orang lain seperti tolong menuangkan air sewaktu berwuduk.

11. Jangan mengelap atau mengeringkan anggota wuduk dengan kain atau sebagainya.

12. Elakkan percikkan air jangan sampai jatuh semula ke bekas atau ketimba.

13. Berjimat ketika menggunakan air.

14. Jangan berkata-kata atau bersembang ketika mengerjakan wuduk.

15. Membaca DoaSelepasWuduk setelah selesai berwuduk.

Perkara yang membatalkan wuduk.

Enam perkara membatalkan wuduk:-

1. Keluar sesuatu dari salah satu dua jalan (kubul atau dubur) seperti kencing, najis, angin, mazi,
nanah, darah atau mani dan sebagainya.

2. Tidur yang tidak tetap, kecuali terlena sebentar ketika sedang duduk.

3. Hilang akal disebabkan mabuk, pengsan, gila, sawan, pitam dan sebagainya.

4. Menyentuh kemaluan manusia atau dubur dengan telapak tangan atau perut jari kecil atau besar
hidup ataupun mati.

5. Bersentuh kulit antara lelaki dengan perempuan dengan tidak berlapik kecuali muhrimnya
(keluarga yang tidak boleh dikahwini antara keduanya seperti Ayah, Ibu, anak, nenek, cucu, saudara
sesusu, mertua, menantu dan lain-lainnya).

6. Murtad.
BAHAGIAN B :

SOLAT
Rukun Solat

Rukun solat ada tiga belas iaitu:

1. Berdiri betul bagi orang yang berkuasa


2.NIAT SEMBAHYANG (EMPAT RAKAAT)

Usallifardhaz'isya'iarba'araka'atin(*)adaanlillahita'ala

Ertinya:
Sahaja aku sembahyang fardhu(isyak) empat rakaat(*) tunai
kerana Allah Ta'ala.

# gantikan dengan asri(asar) atau #zuhri (zohor)


* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah.

Selaraskan dan rapatkan kedua-dua kaki, tangan


juga hendaklah dirapatkan ke arah badan.

Hendaklah berdiri betul menghadap ke arah Kiblat,


Kaabah (Arah bagi orang-orang Islam
bersembahyang, tempat di mana arah matahari
terbenam di Malaysia atau arah Barat)

Untuk lebih Khusyuk dalam sembahyang hendaklah


tumpukan perhatian kepada sembahyang dan
ketahuilah anda sekarang berhadapan dengan Allah
serta pandanglah ke arah tempat Sujud.
Rapatkan kedua-dua tangan
ke paha ketika memasang
niat dalam sembahyang
yakni sebelum mengangkat takbir

3.TAKBIRATUL IHRAM
BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR

Allahu Akbar

Maksudnya:
Allah Maha Besar

Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas


memasang niat dalam sembahyang sambil itu
bertakbir seperti di atas.

Lintaskan di dalam hati ketika waktu yang


sama mengangkat takbir niat kita
bersembahyang.

Lelaki - di bawah telinga


Perempuan - di bawah paras bahu
‫دعاء إفتتاح‬

4. SURAH AL-FATIHAH
Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillahirabbil 'alamin. Arrahmanirrahim. Maliki


yaumiddin.Iyyakana'kbuduwaiyyakanasta'in. Ihdinassiratalmustaqim.
Siratallazinaan'amta'alaihimghairilmaghdubi 'alaihimwaladdhalin.

Amin (*).

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala puji-pujian bagi Allah tuhan seru sekalian alam. Yang maha
pemurah lagi maha pengasih. Yang berkuasa pada hari pembalasan.
Hanya Engkau sahaja wahai tuhan yang kami sembah dan hanya
Engkau sahajalah tempat kami meminta pertolongan. Tunjukanlah kami
jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang terdahulu yang telah Engkau
berikan nikmat, bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan
bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Amin (*)(Perkenankanlah permintaan Kami)

* Sambutlah perkataan Amin bersama-sama jika sembahyang jemaah, tunggu selepas imam
membacanya kemudian anda baca fatihah.(jika sembahyang zohor dan asar anda dikehendaki
membaca sendiri selepas bacaan do'a iftitah).

TAKBIR KERANA MAHU RUKUK'

Mengangkat Takbir sebelum Rukuk'

Mengangkat takbir sebelum


Rukuk' (Perempuan)

Allahuakbar
Maksud: Allah Maha Besar

5.RUKUK
TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Kedudukan tangan dan siku (lurus) bagi lelaki.

Kedudukan
tangan dan siku
dibengkokkan
(bagi
Perempuan)

Subahanarabbial 'azimiwabihamdih. (3 Kali)

Maksudnya:
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

6. IK'TIDAL (KEMBALI BERDIRI SELEPAS RUKUK)


BERDIRI SAMBIL MEMBACA DOA

Sami'allahulimanhamidah.

Maksudnya:
Allah mendengar orang yang memujinya
"Jika kamu berdiri i'tidal, luruskanlah punggungmu dan tegakkanlah kepalamu sampai ruas
tulang punggungmu benar-benar tegak berdiri)." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Muslim, dan riwayat lain oleh Imam Ad- Darimi, Hakim dan Ahmad)

IKTIDAL SELEPAS RUKUK


BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

Sambil membaca doa:

Rabbanalakalhamdu.
Ertinya:
YaTuhan kami, Bagimu segala puji.
7. SUJUD
TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI

Rapatkan kaki, dirikan jari-jari kaki di atas perutnya.


(lihat contoh gambar)

Hujung jari paras mata. Serta renggangkan siku dari


badan

Rapatkan siku(lengan) ke badan bagi wanita.

Sambil membaca:

Subhanarabbiayala'klawabihamdih (3 Kali).
Maksudnya:
Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Bangun untuk duduk di antara dua sujud sambil membaca:

Allahuakbar

Maksud: Allah Maha Besar

8. DUDUK ANTARA DUA SUJUDRAKAAT PERTAMA


DUDUK SEPERTI MELUTUT

Duduk antara dua sujud, tangan diletak di atas peha, dengan hujung jari
separas dengan lutut.

Kedudukan kaki ketika duduk di antara dua sujud. Perhatikan amaran ini, dari Abu Mas'ud
Al-Badri Radhiyallahu 'anhu, bahawa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Solat seseorang
itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk mahupun sujud". (Hadis
riwayat Imam Abu 'Awwanahdan Abu Dawud)

Sambil membaca doa:


Rabbighfirliwarhamniwajburniwarfa'kniwarzuqniwahdiniwa'afiniwa'kfu 'anni.
Maksudnya:
Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku
rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku.

9. Duduk tahiyat akhir

10. Membaca tahiyat akhir


11. Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

12. Salam pertama

13. Tertib

Semua rukun solat dari mula sehingga akhir hendaklah mengikut aturan. Jika tidak,
solat itu akan terbatal.

Tertib boleh ditakrifkan sebagai mendahulukan yang dahulu dan mengemudiankan


yang kemudian.
Doa Qunut( di baca ketika rakaat kedua solat subuh )

Anda mungkin juga menyukai