Anda di halaman 1dari 7

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

KBK 3063: SOKONGAN DALAM KOMUNITI

TAJUK TUGASAN 1 dan 2

KUMPULAN _________

DISEDIAKAN OLEH

NAMA Nizam punya

NO. ID

NO. TELEFON

NAMA TUTOR E-LEARNING:____________________________________

TARIKH SERAH: ________________

Salan : Etika komunikasi dalam profesyen perguruan.

Etika ialah kajian sistematik mengenai perilaku, sama ada baik atau buruk (Bourke,
1966) Huraian Aristotle tentang etika dalam buku Nicomachean Ethics: Tujuan seseorang manusia berlaku baik atau beretika semata-mata untuk mencari kesejahteraan hidup di dunia ini Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-empat, etika ialah prinsip moral (atau akhlak) atau nilainilai akhlak yangg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll).

Komunikasi pula merupakan proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej ;
Proses di mana manusia berkongsi atau bertukar-tukar idea, maklumat dan perasaan Proses interaksi antara manusia , dimana orang ramai bertutur dan bertukar-tukar

pendapat, gerak, isyarat atau simbol, dengan tujuan untuk memberi dan bertukar-tukar maklumat. Komunikasi adalah sebagai pemindahan informasi dan pengertian dari satu orang ke orang lain (Davis, 1981). Komunikasi adalah kegiatan perilaku atau kegiatan penyampaian pesan atau informasi tentang pikiran atau perasaan (Roben.J.G)

Perguruan, keguruan dianggap sebagai satu profesion apabila guru memperoleh pengetahuan
atau kemahiran melalui latihan dalam suatu tempoh masa yang panjang, meningkatkan profesionalisme, komited kepada klien dan mempunyai kuasa autonomi dalam membuat keputusan. . (Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, 2010

Maksud Etika Komunikasi dalam Perguruan


Bagi pandangan saya, etika komunikasi dalam perguruan pula merupakan satu cara interaksi antara murid dan guru (terlatih) bagi menyampaikan maklumat (ilmu) dari guru kepada murid samada teknik sehala iaitu berpusatkan guru atau pun dua hala di mana guru dan murid bebas berinteraksi di dalam menyokong atau pun menafikan sesuatu perkara yang dibincangkan. Ini termasuk menjaga adab masing masing supaya tidak berlaku pertelingkahan yang amat serius. Orang yang pandai berkomunikasi ialah orang yang berpegang pada etika atau adab komunikasi (Ainon Mohd dan Abdullah Hassan, 2006). Aspek yang menjadi pandangan atau persepsi setiap individu dalam sesebuah organisasi (Samsudin Wahab, 2003). Seorang guru yang professional juga seharusnya berupaya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah serta berfikiran kritis dan kreatif. Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya. Guru yang professional juga perlulah menguasai kemahiran untuk menggunakan teknologi maklumat. Ini kerana bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa pelbagai cabaran kepada kerjaya perguruan. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi dan info komunikasi yang

dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti Profesionalisme perguruan seterusnya memerlukan seorang guru berpengetahuan dan berdaya fikir serta berakhlak. Guru dalam profesion keguruan ini perlu menjadi seorang tokoh yang serba tahu, khususnya setiap aspek yang berkaitan dengan sistem pendidikan. Guru diharapkan dapat membawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama murid di dalam kelas. Guru juga dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri sewaktu menggunakan isu-isu semasa sebagai bahan kajian dan perbincangan dengan murid. Sewaktu menangani perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. (Syed Ismail Bin syed Mustapa. Ahmad Subki Bim Miskon: Julai 2010)

ETIKA KOMUNIKASI DI ANTARA GURU DAN PELAJAR


Komunikasi terbahagi kepada dua iaitu Lisan dan Bukan Lisan. Komunikasi Lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan & penulisan yg bertujuan menyampaikan mesej dr satu pihak kpd pihak yg lain & pihak yg menerima mesej itu pula akan memproses mesej yg diterima itu. Ia juga tidak terhad secara "face to face" saja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting & e-mail juga adalah dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana tujuannya sama iaitu menyampaikan mesej.

Manakala, Komunikasi Bukan Lisan pula adalah komunikasi yg melibatkan gerak-laku seseorang individu yang ditunjukkan seperti posture tubuh, gesture tangan/kepala, mimik muka termasuk mata, hidung & bibir. Contohnya, menggelengkan kepala memberi maksud tak mahu atau tak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala tanda setuju.

Komunikasi berkesan di dalam Perguruan


Komunikasi yang berkesan di antara murid dan guru dapat dipupuk dari awal lagi. Dalam proses pembelajaran di sekolah berbagai pendekatan yang digunakan oleh guru dalam mengajar ataupun mendidik para pelajar. Adakalanya guru bagaikan seorang bos atau raja yang hanya mengarah dan memerintah pelajar menurut kehendaknya. Ada juga guru mengajak para pelajar bersama-sama menyelesaikan topik yang dibincangkan. Namun kesemua kaedah itu berguna dan bermanfaat sesuai dengan keadaan. Sesungguhnya guru yang ditakuti tidak berhasil dalam menjalankan komunikasi efektif, kerana pelajar merasakan terdapat jurang dalam menyatakan pendapat. Tanpa komunikasi yang baik, hasil yang dituai juga tidak memuaskan. Komunikasi merupakan proses perpindahan pengetahuan, pengertian atau perasaan yang dikongsi bersama melalui mesej yang disampaikan sama ada secara lisan atau bukan lisan (Craig 1999). Dalam menyampaikan ilmu pengetahuan, guru seharusnya menguasai pelbagai bentuk kemahiran merangkumi kemahiran bertutur, mengawal bilik darjah, teknik pengajaran dan penggunaan komunikasi yang berkesan dan teratur.Berkomunikasi di dalam bilik darjah bukan sekadar menyampaikan ilmu tetapi membina hubungan agar dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Abdullah & Ainon (2002) komunikasi berlaku apabila seorang guru menyampaikan pengalaman dan pengetahuannya kepada murid-muridnya. Selain itu, komunikasi yang berkesan juga ditentukan dengan mendengar dengan aktif yang menjadi asas supaya halangan komunikasi dapat dihindarkan. Semasa kita menerima dan memberi maklumat kepada sesuatu pihak yang lain, kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juag mesti menjadi pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat

diaplikasikan dalam diri. Kalau seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengara dengan aktif, maka komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat itu tidak mengambil perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan akan juga boleh menyalah tafsirkan sesuatu maklumat.

Halangan Berkomunikasi di dalam Bilik Darjah.


Komunikasi dalam organisasi mempunyai tiga tahap iaitu yang pertama pihak atasan ke pihak bawahan. Kedua pihak bawahan ke pihak atasan dan yang ketiga adalah mendatar. Pada peringkat atas ke bawah adalah bertujuan untuk memberi arahan tugas, proses kerja dan maklum balas kepad pihak bawahan. Namun terdapat beberapa halangan yang menghalang terjadinya komunikasi ini. Antaranya ialah perbezaan status yang akan menyebabkan maklum balas daripada pihak bawahan. Ini kerana status yang lebih tinggi dimiliki oleh pihak atas yang menyebabkan terhalangnya komunikasi dalam organisasi. Selain itu, faktor persekitaran dan sifat peribadi yan negatif terhadap sesuatu pihak juga kan menghalang komunikasi di antara pihak atasan dan bawahan. Dengan sifat yang dimiliki ini, wujudnya salah faham dan prasangka yang timbul daripada kedua-dua belah pihak. Pada peringkat kedua iaitu dari pihak bawahan ke pihak atasan. Tujuannya ialah membuat maklumat tugas dan memberi pandangan atau pendapat kepada pihak yang tinggi. Namum, tidak semudah itu kerana maklum balas diterima baik sahaja dan ketua tidak bersedia menerima subordinan dari pihak bawahan. Halangan yang terjadi dalam komunikasi ini adalah kerana perasaan takut dan fobia untuk memaklumkan sesuatu perkara kepada pihak atasan. Selain itu, ketua tidak minat untuk mendengar masalah daripada pihak bawahan. Selain itu, segala pelaksanaan yang dilakukan tidak mendapat pengiktirafan daripada pihak atas serta ketua yang sukar untuk ditemui oleh orang bawahannya menyebabkan halangan dalam komunikasi telah berlaku dalam sesebuah organisasi. Di peringkat ketiga komunikasi dalam organisasi ialah mendatar. Tujuan komunikasi mendatar ini adalah untuk meningkatkan kerjasama diantara dua pihak. Selain itu, aliran pengurusan maklumat

yang cepat dan pencapaian ke arah matlamat dapat dilaksanakan dengan mudah. Tetapi terdapat juga dalam peringkat ini . Antara halangan yang menghalang komunikasi diperingkat ini ialah buah mulut dan gosip yang boleh menjadikan perkara yang kecil menjadi lebih serius dan akan menyebabkan pertelingkahan di antara kedua-dua belah pihak. Bukan itu sahaja, perkara-perkara yang buruk seperti gangguan juga akan menghalang komunikasi ini. Contohnya ialah seperti khabar angin, menerima mesej yang tidak baik dan salah faham diantara kedua belah pihak akan menjejaskan prestasi sesebuah organisasi tersebut. ini kerana fikiran yang kondusif serta faktor persekitaran yang kurang baik yang juga menyumbang menghalang komunikasi ini. Dalam kehidupan seharian, komunikasi adalah sesuatu perkara yang penting. Ini kerana tanpa komunikasi, tidak akan wujud masyarakat yang aman dan harmoni. Selain itu, komunikasi dapat mengeratkan hubungan diantara dua belah pihak dengan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi semasa berkomunikasi didalam kehidupan sehari-hari. Rumusan :

Anda mungkin juga menyukai