Anda di halaman 1dari 58

PPP 6034; PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM PENDIDIKAN

Dr. Marinah Awang

Kajian Kes:
Gangguan Seksual Di Tempat
Kerja
Pembentang:

ALIF FARIDZULL BIN MOHAMMAD NAZRI; M20112001061

MOHD AZIZI BIN MOHD BASRI; M20112001060

MOHD MUAZ HANIFI BIN SHAMSUDDIN; M20101000080

NARAYANAN A/L THANNIMALAI; M20102000738

THANGAMANI A/L SINNARAJOO; M20102001171


TUJUAN PEMBENTANGAN

Mewujudkan pemahaman dan Menjadi panduan untuk


kesedaran warga pendidikan menentukan kategori dan
dan pegawai awam terhadap perlakuan gangguan seksual di
perlakuan gangguan seksual di tempat kerja
tempat kerja

Memberi panduan untuk


Memberi panduan tentang mengendalikan aduan
tindakan yang boleh diambil
oleh pegawai awam yang
Memberi panduan kepada
mengalami gangguan seksual
warga pendidikan dan
pegawai awam merangka
program pencegahan
gangguan seksual
KERANGKA PEMBENTANGAN
1. Pembentangan Kes
2. Mitos dan Fakta Mengenai Gangguan Seksual
3. Definisi & Huraian Kes
4. Situasi Tempat Kerja Yang Menpengaruhi Gangguan seksual
5. Undang- Undang Berkaitan Gangguan Seksual
6. Kategori Gangguan Seksual
7. Faktor - Faktor Gangguan Seksual
8. Jenis – Jenis Gangguan Seksual
9. Cadangan Tindakan dan Analisa
10. Kesan Gangguan Seksual
11. Program Pencegahan
12. kesimpulan
13. Persoalan berkaitan
AMARAN : 18SX
SLAID SETERUSNYA MUNGKIN
AKAN MENGUNDANG RASA
KURANG SELESA SESETENGAH
PIHAK. NAMUN, IANYA SEMATA-
MATA BERTUJUAN UNTUK
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.
PEMBENTANGAN KES PILIHAN:
Encik Ilham bin Salim bertugas sebagai Guru Penolong Kanan Pentadbiran di Sekolah
Kebangsaan Terang Malam sejak tahun 2000. Pada suatu pagi Guru Besar
memanggilnya.

”Cikgu Ilham, tolong bawakan Puan Maria Farhana ke hospital, sakit perutnya
bertambah kuat. Suaminya masih berkursus di Pangkor” kata Guru Besar kepada
Encik Ilham.

Pada ketika itu semua guru lain sedang sibuk mengajar di kelas masing-masing. Hanya
Encik Ilham yang mempunyai kelapangan untuk membawa Puan Maria Farhana ke
hospital.

”Kalau Maria takut nak makan ubat ni, biar saya suapkan, haa..bukalah mulut tu” kata
Encik Ilham lembut kepada Puan Maria di bilik guru, sekembalinya mereka dari
hospital.

Sejak itu Encik Ilham semakin berani menggoda, rapat dan intim dengan Puan Maria
Farhana. Bukan setakat memikat, malah Encik Ilham sering menghantar pesanan
ringkas SMS melalui handset kepada Puan Maria Farhana.
PEMBENTANGAN KES PILIHAN:
(Pertemuan antara Encik Ilham dan Haji Ahmad Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah)

Encik Ilham : Saya mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari Tuan Haji
untuk kenaikan pangkat dan peluang kepada saya menyandang jawatan baru sebagai Guru Besar.

Haji Ahmad Ibrahim : Tahniah ! Semoga di tempat yang baru Encik Ilham akan lebih berjaya dan terus
memberikan perkhidmatan yang cemerlang.

Encik Ilham : Namun kalau boleh, saya mohon Tuan Haji tukarkan balik saya
ke Daerah Terang Malam. Tidak larat hendak berulang sejauh 200 km setiap hari ke sekolah sekarang di
Daerah Manjong.

Haji Ahmad Ibrahim : Tapi, Encik Ilham baru sahaja digerakkan ke tempat baru untuk kenaikan
pangkat sebagai Guru Besar. Tunggulah, sehingga ada kekosongan tempat di Daerah Terang Malam.

Encik Ilham : Saya lebih selesa di tempat lama, Sekolah Kebangsaan Terang Malam. Ada
sentimental value, sudah rapat sangat dengan guru dan kakitangannya. Lagipun, lebih mudahlah
saya menguruskan rawatan penyakit barah isteri saya di Kuala Lumpur.

Haji Ahmad Ibrahim : Bersabarlah, mudah-mudahan ada rezeki Encik Ilham nanti.
PEMBENTANGAN KES PILIHAN:
(Perbualan antara Encik Ilham dan Encik Arbain Ali, Pengerusi Majlis Guru Besar
Daerah)

Encik Arbain Ali : Sejak cikgu Ilham kembali bertugas di sini, pelbagai
cerita saya dengar tentang hubungan cikgu dengan Puan Maria Farhana. Pegawai
Pelajaran Daerah juga ada bercakap tentang cikgu.

Encik Ilham : Bukankah ini hal peribadi saya, mengapa hendak ambil
Tahu ! Lagipun isteri saya sudah meninggal dunia dan saya sekarang menduda,
suka hati sayalah dengan siapa saya hendak bercinta.

Encik Arbain Ali : Tetapi, Puan Maria Farnaha tu masih isteri orang.
Suaminya masih lagi sayangkan Puan Maria Farhana. Sebagai Guru Besar
sepatutnya kita menjadi role model kepada yang lain.
PEMBENTANGAN KES PILIHAN:
Encik Ilham : Kalau Maria Farhana tidak berkahwin dengan saya,
selagi itulah orang akan bercakap. Sebab itu saya suruh Maria
Farhana minta cerai sahaja dari suaminya.

Encik Arbain Ali : Astaghfirullah ! cikgu Ilham nak runtuhkan


rumahtangga orang lain, berdosa besar tu. Biarlah saya carikan
calon lain yang lebih muda dan cantik, tetapi bukannya merampas
isteri orang.

Encik Ilham : Entahlah cikgu Arbain ! pada mulanya saya cuma


kasihan dan simpati kepada Maria Farhana, tetapi lama kelamaan
saya jatuh hati dan sukar pulak hendak melupakannya.

Encik Arbain Ali : Sudahlah tu, pilih sahajalah orang lain !


PEMBENTANGAN KES PILIHAN:
(Perbualan antara Puan Maria dan Encik Abdul Karim Jamaludin, Guru Besar yang baru)

Puan Maria Farhana : Assalamualaikum cikgu, Ini borang pertukaran saya ke Kuala
Lumpur. Saya mohon sokongan dari cikgu.

Encik Abdul Karim : Mengapa cikgu Maria memohon pertukaran ? Sekolah ini amat memerlukan
perkhidmatan dan kepakaran cikgu. Murid tahun enam pula akan mengambil peperiksaan UPSR
tidak lama lagi.

Puan Maria Farhana : Saya dan suami sudah buat keputusan untuk berpindah. Bulan Mac lepas kami
ada buat laporan polis berhubung gangguan seksual cikgu Ilham terhadap saya. Pihak polis sudah
panggil cikgu Ilham dan mengambil keterangan daripadanya.

Encik Abdul Karim : Gangguan seksual ? mengapa lewat buat laporan polis ?

Puan Maria Farhana : Selama ini saya kebingungan, keliru dan sukar melepaskan diri dari gangguan
cikgu Ilham. Pernah ketika saya berkursus di Kedah dulu, cikgu Ilham mengambil cuti dan
mengekori saya. Dia juga telah memujuk saya bermalam di hotel penginapannya.
PEMBENTANGAN KES PILIHAN:

Encik Abdul Karim : Walaupun saya baru bertugas di sini, saya dapat menilai
prestasi kerja, jasa dan sumbangan cikgu kepada sekolah ini. Pencapaian UPSR
khususnya bahasa Inggeris amat cemerlang semasa cikgu berada di sekolah ini.
Adakah cikgu Ilham mengganggu lagi ?

Puan Maria Farhana : Dia sudah dapat orang baru, cikgu Julie guru prasekolah
di sini.

Encik Abdul Karim : Cik Julie binti Manja ? sebaya dengan anak cikgu Ilham
sendiri.

Puan Maria Farhana : Cukuplah cikgu ! sejak berkhidmat di sini dari tahun
1997 saya tidak pernah memohon untuk pertukaran. Tetapi, karenah cikgu Ilham
membuatkan saya bercampur-baur sedih, hiba dan marah. Izinkanlah saya pergi,
assalamualaikum...
ISU – ISU YANG TIMBUL
• Jenis Gangguan Seksual Yang dihadapi oleh Pn
Maria Farhana?
• Apakah Undang-Undang yang melindungi Pn
Maria Farhana dari gangguan seksual?
• Gangguan Seksual yang dihadapi Pn Maria
Farhana dibawah kategori gangguan seksual
apa?
• Apakah Kesan Gangguan Seksual yang
mungkin dihadapi oleh Pn Maria Farhana?
MITOS DAN FAKTA BERKAITAN GANGGUAN
SEKSUAL

MITOS FAKTA
Gangguan seksual jarang Gangguan seksual berleluasa.
berlaku. Melibatkan 40% hingga
60% pekerja serta pelajar khususnya
wanita.
Persoalan yang diperbesarkan. Merupakan satu bencana. Tiada
Ia berpunca daripada mangsa kaitan dengan berfoya-foya. Mangsa
yang suka berfoya-foya. mengalami masalah psikologi dan
kesihatan.
Mangsa mereka-reka cerita Kurang daripada 1% laporan yang
untuk mendapatkan pekerjaan diterima adalah palsu. Mangsa sukar
semula. Ada yang hendak melaporkan kes gangguan
sememangnya marah dan seksual kerana ia dikaitkan dengan
dendam dengan pelaku atas maruah diri.
sebab-sebab lain.
Sumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)
MITOS DAN FAKTA BERKAITAN GANGGUAN
SEKSUAL

MITOS FAKTA
Mangsa yang menjadi Mangsa tidak mengira
punca kerana tarikan wajah, jenis pekerjaan,
paras rupa, pakaian jenis pakaian, umur dan
atau tingkahlaku. tingkahlaku.
Sekiranya mangsa Membiarkan sahaja
membiarkan sahaja tindak-tanduk pemangsa
gangguan itu, ia akan hakikatnya tidak efektif,
pergi/hilang dengan pemangsa tidak akan
sendirinya. menghentikan perbuatan
dengan sendiri.
Sumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)
MITOS DAN FAKTA BERKAITAN
GANGGUAN SEKSUAL

MITOS FAKTA
Pemangsa dan mangsa Kedua-duanya (pemangsa dan
tergolong kepada mereka mangsa) boleh berlaku samada
yang tidak berpendidikan. berpendidikan rendah atau
berpendidikan tinggi. Spt. KJ,
GPK / penyelia, rakan sekerja,
PT, PTR, PAR dan bukan
pekerja.
Mangsa terdiri daripada Kedua-dua (pemangsa dan
wanita sahaja. mangsa) boleh terjadi kepada
kedua-dua jantina.

Sumber: Ahmad Shamsul Abd Aziz (2005)


DEFINISI & HURAIAN KES:

1. quid pro quo


2. Prima faxie
TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN
DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

Rasuah Ia melibatkan perbuatan yang


Seksual membabitkan aktiviti seksual yang
dijanjikan ganjaran spt. Kenaikan
pangkat/gaji. Ia salah satu
jenayah seksual.
Paksaan Unsur ugutan. Mereka yang tidak
Seksual memenuhi kehendak pelaku akan
menerima akibat spt. Tiada
kenaikan pangkat, penilaian
prestasi kerja (-) sehingga kepada
pembuangan kerja.
TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN
DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

Gangguan Ia termasuklah kenyataan-


Berasaskan kenyataan yang dibuat @ sikap
Jantina yang ditujukan bertujuan
menjatuhkan maruah seseorang
kerana ia seorang wanita.
Gangguan Ekshibisionisme: Ia mengandungi
Perlakuan kata-kata dan tindakan yang
mengghairahkan, mempamerkan
……yang boleh menjatuhkan
maruah wanita di tempat kerja.
Jenaka lucah sekiranya ia sesuatu
yang tidak diingini ataupun
lakaran-lakaran lucah, jenaka
lucah, bersiul, mengerling @ menjeling.
TEMPAT KERJA YANG BOLEH DIKAITKAN
DENGAN UNSUR GANGGUAN SEKSUAL.

Desakan Frotteurisme: Ia berlaku lebih


Seksual kerap daripada yang difikirkan
kerana ia melibatkan hubungan
fizikal spt mengusik, meraba,
membelai dan memeluk.
Mengintai Voyeurisme: Ia termasuk
dan perlakuan mengintai atau
mengintip mengintip dengan niat untuk
mengganggu atau mendapatkan
kepuasan.
UNDANG-UNDANG BERKAITAN
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT
KERJA
• Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993
– Perkhidmatan Awam
• Akta Perhubungan Perusahaan 1967
– Perkhidmatan Awam
– Badan Berkanun
– Sektor Swasta,
• Akta Pekerja 1955
– Sektor Swasta
UNDANG-UNDANG BERHUBUNGAN
GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT
KERJA

AKTA Pekerja 1955 – Ia terpakai kepada pekerja di sektor


swasra sahaja
Akta Perhubungan Perusahaan 1967 – ia terpakai kepada
pekerja kerajaan dan badan berkanun danpekerja disektor
swasta.
Gangguan Seksual Dalam Peraturan-Peraturan Pegawai
Awam (Kelaluan dan Tatatertib (1993) – Ia berkaitan dengan
takrif perlakuan gangguan seksual, tindakan majikan, tindakan
pengadu dan tindakan ke atas pelaku gangguan seksual
PERATURAN 4A
• Peraturan 4A(1) Seseorang pegawai tidak
boleh melakukan gangguan seksual terhadap
orang lain, iaitu, seseorang pegawai tidak
boleh-
(a) membuat cubaan untuk merapati orang lain
secara
seksual, atau meminta layanan seksual
daripada orang itu;
atau
(b) melakukan apa-apa perbuatan yang bersifat
seksual
berhubung dengan orang lain, dalam keadaan
setelah
mengambil kira segala hal keadaan, akan
menyebabkan
seseorang yang waras tersinggung, terhina atau
terugut.
PERATURAN 4A(2)
• Peraturan 4A (2) Sebutan dalam subperaturan (1) tentang perlakuan
sesuatu perbuatan yang bersifat seksual kepada orang lain-
(a) termasuklah perbuatan sesuatu pernyataan yang bersifat seksual kepada, atau
di hadapan, orang lain itu sama ada pernyataan itu dibuat secara lisan, bertulis
atau dengan apa-apa lain;

(b) Tidak terhad kepada perlakuan perbuatan itu di tempat kerja atau dalam
waktu kerja sahaja selagi perlakuan itu memburukkan atau mencemarkan
nama perkhidmatan awam.

CONTOH PELANGGARAN PERATURAN 4A.

Bercerita / jenaka / isyarat yang lucah


Menyentuh anggota sensitif badan
KERAJAAN MALAYSIA
________________________________________
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 22 TAHUN 2005
________________________________________
GARIS PANDUAN MENGENDALIKAN GANGGUAN
SEKSUAL DI TEMPAT
KERJA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

TUJUAN
Pekeliling ini bertujuan menerangkan pelaksanaan Garis Panduan Mengendalikan
Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.

LATAR BELAKANG
Gangguan seksual seperti perbuatan atau pernyataan yang bersifat seksual boleh
memberi kesan negatif ke atas semangat pekerja dan prestasi kerja. Gangguan
seksual turut menimbulkan suasana persekitaran kerja yang serba salah, menakutkan,
berasa terancam dan lain-lain kesan negatif yang menjejaskan suasana perhubungan
yang harmoni di tempat kerja. Ia juga dianggap perbuatan yang tidak bermoral
dan melanggari batas-batas perhubungan serta nilai peribadi seseorang pegawai.

Gangguan seksual merupakan salah satu perlakuan yang dilarang mengikut


peraturan 4A Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Sekiranya seseorang Pegawai Awam didapati telah melakukan gangguan seksual,
Mereka boleh dikenakan tindakan tatatertib kerana telah melanggar peraturan 4A atau
peraturan 4(2)(d), Peraturan Pegawai Awam.
..................................................................
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 – Selain
berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja, ia juga terpakai
bagi mengelakkan pekerja daripada menerima pelbagai
ancaman di tempat kerja termasuk gangguan seksual.
Kod Amalan Bagi Mencegah dan Membasmi Gangguan
Seksual di Tempat Kerja (1999) – Ia mempunyai 34 Perkara.
Ia terpakai untuk menangai masalah gangguan seksual di
tempat kerja. Kod Amalan ini adalah panduan praktikal
kepada majikan, pekerja, kesatuan dan pihak-pihak berkaitan
dalam melindungi maruah diri pekerja tanpa mengira jantina.
Matlamatnya memastikan gangguan seksual tidak berlaku.
KATEGORI GANGGUAN
SEKSUAL

A. Percubaan untuk C. Ganguan seksual


merapati orang yang mengugut
lain secara seksual.

B. Meminta layanan D. Ganguan seksual


seksual daripada yang menyinggung atau
orang lain menghina.
KATEGORI GANGGUAN SEKSUAL

1. CUBAAN UNTUK MERAPATI


ORANG LAIN SECARA
SEKSUAL

SEMUA KATEGORI DAN BENTUK


PERLAKUAN GANGGUAN SEKSUAL
TERMASUK DALAM PERBUATAN
“MERAPATI ORANG LAIN SECARA
SEKSUAL”

IA BOLEH BERLAKU SEKALI ATAU


BERULANG KALI SEHINGGA
MENDAPAT REAKSI DARIPADA
PENGADU
2. MEMINTA LAYANAN SEKSUAL
DARIPADA ORANG LAIN

BOLEH BERLAKU DALAM KEADAAN


PEGAWAI AWAM MEMPUNYAI KUASA ATAU
DIANGGAP MEMPUNYAI KUASA UNTUK
MEMBERIKAN SESUATU FAEDAH ATAU
GANJARAN TERTENTU KEPADA PENGADU
(QUID PRO QUO @ THIS IN RETURN FOR
THAT) SEPERTI PENILAIAN PRESTASI
YANG BAIK DAN FAEDAH-FAEDAH LAIN
YANG DIJANJIKAN SEKIRANYA PEGAWAI
BERSETUJU MEMBERI LAYANAN SEKSUAL
KEPADA PEGAWAI AWAM TERSEBUT.
3. GANGGUAN SEKSUAL YANG
MENGUGUT

BOLEH BERLAKU APABILA TERDAPAT


ELEMEN UGUTAN CUBAAN UNTUK
MERAPATI ORANG LAIN SECARA SEKSUAL
ATAU MEMINTA LAYANAN SEKSUAL BAGI
MENDAPATKAN FAEDAH TERTENTU.

PENGADU TIDAK DIJANJIKAN DENGAN


FAEDAH-FAEDAH TERTENTU SEBALIKNYA
DIUGUT TIDAK AKAN MENDAPAT FAEDAH-
FAEDAH SEPERTI PENILAIAN PRESTASI
YANG TIDAK CEMERLANG.
4. GANGGUAN SEKSUAL YANG
MENYINGGUNG ATAU
MENGHINA

MEMPERLIHATKAN PERLAKUAN
SEORANG PEGAWAI AWAM YANG
BERSIFAT SEKSUAL TERHADAP
ORANG LAIN, DALAM KEADAAN
YANG SETELAH MENGAMBIL KIRA
SEGALA HAL KEADAAN AKAN
MENYEBABKAN SESEORANG
YANG WARAS BERASA
TERSINGGUNG ATAU TERHINA.
CONTOH – MERABA ATAU
MEMELUK RAKAN SEKERJA
YANG LAIN DENGAN
SENGAJA DAN PERLAKUAN
INI TIDAK DISUKAI OLEH
PEGAWAI BERKENAAN.
Imej pesalah yang
Persekitaran,
baik di Peluang-
i.e. tempat
masyarakat, i.e. pantauan,
terpencil
seorang guru

FAKTOR- FAKTOR GANGGUAN


SEKSUAL BERLAKU DI
KEMENTERIAN PELAJARAN
MALAYSIA

Mudah mendapat Mangsa muda


kepercayaan Keinginan dan
dan lemah-
mangsa nafsu-sjrh
didikan, u&u
D. Gangguan A. Gangguan
secara lisan
secara fizikal

PERLAKUAN, KEADAAN,
ATAU PERBUATAN
YANG TERGOLONG
KEPADA GANGGUAN
SEKSUAL
E. Gangguan
secara
psikologi B. Gangguan
secara isyarat

C. Gangguan
secara visual
PERLAKUAN, KEADAAN ATAU
PERBUATAN GANGGUAN SEKSUAL

1. GANGGUAN SECARA LISAN

PENGGUNAAN BAHASA LUCAH


SEPERTI PERBUALAN, BERCERITA,
BERJENAKA, MEMBUAT BUNYI-
BUNYIAN, MEMBERI KRITIKAN,
KOMEN, PUJIAN ATAU MENGAJUKAN
SOALAN BERUNSUR SEKSUAL KE ATAS
PENAMPILAN, PAKAIAN, TINGKAH
LAKU, TUBUH BADAN ATAU AKTIVITI
SEKSUAL SEHINGGA SESEORANG
BERASA TERSINGGUNG, TERHINA
ATAU TERUGUT UNTUK BERURUSAN
DENGAN PEGAWAI AWAM
BERKENAAN.
2. GANGGUAN SECARA ISYARAT

DIPAMERKAN MELALUI SIKAP ATAU


PERLAKUAN PEGAWAI AWAM YANG
MEMBERI MAKSUD ATAU GAMBARAN
KEINGINAN YANG BERUNSURKAN
SEKSUAL SEPERTI MENJELING,
MENGGODA, MERENUNG, MENGINTAI,
MENJILAT BIBIR ATAU
MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT
YANG LAIN.
3. GANGGUAN SECARA VISUAL

PERLAKUAN MENGHANTAR NOTA, E-MEL, SMS, MMS,


GAMBAR, POSTER, OBJEK ATAU BAHAN BACAAN YANG
BERUNSUR SEKSUAL MELALUI PENGGUNAAN APA JUA
PERALATAN MEDIA, ELEKTRONIK ATAU KOMUNIKASI
KEPADA PENGADU YANG MENYEBABKAN PENGADU
BERASA TERSINGGUNG, TERHINA ATAU TERUGUT.
4. GANGGUAN SECARA FIZIKAL

PERLAKUAN BERBENTUK
SENTUHAN FIZIKAL YANG
BERUNSUR SEKSUAL SEPERTI
MENDEKATI ORANG LAIN
DALAM JARAK YANG TERLALU
DEKAT SEHINGGA ORANG
TERSEBUT BERASA KURANG
SELESA, MEMEGANG, MEMELUK,
MENEPUK, MENGGOSOK,
MENCUBIT, MENCIUM ATAU
MERABA SEHINGGA PENGADU
BERASA TERSINGGUNG,
TERHINA ATAU TERUGUT.
5. GANGGUAN SECARA PSIKOLOGI

PERBUATAN CUBA MERAPATI SECARA SEKSUAL,


MENDORONG, MENDESAK, MENGUGUT ATAU
MEMUJUK RAYU BAGI MEMENUHI KEINGINAN
SEKSUAL PEGAWAI AWAM SAMA ADA MELALUI
SURAT, TELEFON, E-MEL ATAU SEBARANG BENTUK
PERALATAN KOMUNIKASI KEPADA PENGADU YANG
MENIMBULKAN TEKANAN EMOSI DAN MENTAL KE
ATAS PENGADU ADALAH TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL.
PENGECUALIAN

PERBUATAN SEPERTI PEMBERIAN PUJIAN ATAU


PERSALAMAN YANG DISENANGI, PEMBERIAN MEMO
ATAU SURAT TAHNIAH KERANA MELAKUKAN TUGAS
DENGAN BAIK, PERBINCANGAN SEKSUAL SECARA
AKADEMIK DAN RELEVAN KEPADA BIDANG TUGAS
PEGAWAI AWAM DAN SEBAGAINYA YANG DILAKUKAN
DENGAN SUCI HATI TIDAK TERJUMLAH KEPADA
GANGGUAN SEKSUAL.
Cadangan Tindakan & Analisis
Penyelesaian:
Pematuhan kepada Prosedur Kualiti 04/
Pengurusan Aduan dalam standard MS ISO
9001:2008.
Pematuhan kepada Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 22 Tahun 2005: Garis Panduan
Mengendalikan Gangguan Seksual Di Tempat
Kerja Dalam Perkhidmatan Awam
A. Tidak B. Mendapatkan
mengambil apa- maklumat dan bantuan
untuk menyelesaikan kes
apa tindakan secara tidak rasmi

C. Membuat TINDAKAN YANG


BOLEH DIAMBIL
aduan rasmi
OLEH SESEORANG D. Membuat
kepada SEKIRANYA
Kaunselor laporan rasmi
BERLAKU
Atau Pegawai GANGGUAN
untuk tujuan
Kaunselor SEKSUAL tindakan
tatatertib

Menjadi saksi kepada


perlakuan seksual dan
membuat aduan kepada
E. Membuat Aduan oleh kaunselor atau pegawai

laporan polis orang ketiga


kaunseling atau pihak
berkuasa tatatertib atau
membuat laporan kepada
polis.
KJ tidak ambil berat Ketiadaan saksi Mangsa tidak
masalah gangguan kejadian berani membuat
seksual aduan

Masalah-masalah
Dalam Tindakan
Masalah teknikal ketika Keterangan mangsa
mendapatkan bukti / Kes Gangguan dipertikaikan
keterangan Seksual

Mangsa ‘dihukum’ kerana melaporkan


kes tersebut. Contoh: mangsa Pegawai dituduh melakukan
ditukarkan manakala gangguan seksual ‘terhukum’
pemangsa dikekalkan sebelum didapati bersalah

PELAKU GANGGUAN
SEKSUAL
KENAPA MANGSA TIDAK MEMBUAT LAPORAN?

• PERASAAN MALU
• TAKUT TERDEDAH KEPADA PUBLISITI
• IMPLIKASI SOSIAL
• IMPLIKASI KEWANGAN
• TIADA PROSIDUR ADUAN
• TIDAK YAKIN KEPADA PROSIDUR SEDIA
ADA
• TAKUT AKAN TINDAK BALAS
KESAN KESAN KE ATAS
PENGADU
GANGGUAN
SEKSUAL KESAN KE ATAS
ORGANISASI

KESAN KE ATAS
PEGAWAI YANG
DISYAKI
KESAN KE ATAS MENGGANGGU
KERJAYA

KESAN PSIKOLOGI
KESAN KEATAS
MASYARAKAT KESAN FISIOLOGI
MENANGANI KESAN GANGGUAN
SEKSUAL KE ATAS PENGADU

PENGADU Memaklumkan kejadian


gangguan seksual kepada
BOLEH Pegawai Awam lain agar
MENANGANI mereka dapat memberikan
KESAN sokongan, meningkatkan
kesedaran Pegawai awam
GANGGUAN lain dari menghadapi
SEKSUAL gangguan seksual dan
DENGAN : mengemukakan aduan
sekiarnya mereka pernah
mengalami gangguan
seksual.
MENANGANI KESAN GANGGUAN
SEKSUAL KE ATAS PENGADU

PENGADU Mendapatkan bantuan dari


BOLEH aspek psikologi daripada
MENANGANI kaunselor, Pegawai
Kaunseling atau ahli
KESAN profesional kesihatan jiwa
GANGGUAN yang boleh mengendalikan
SEKSUAL kesan gangguan seksual
DENGAN :
MENANGANI KESAN GANGGUAN
SEKSUAL KE ATAS PENGADU
Menghadiri bengkel
PENGADU atau program
BOLEH kemahiran peningkatan
MENANGANI kendiri
KESAN
GANGGUAN
SEKSUAL
DENGAN :
MENANGANI KESAN GANGGUAN SEKSUAL
KE ATAS PEGAWAI YANG DISYAKI
MENGGANGGU(PYDM)
Mendaptakan
KETUA bantuan dari aspek
psikologi daripada
JABATAN
Kaunselor, Pegawai
BOLEH Kaunseling atau ahli
MENANGANI profesional kesihatan
KES PYDM jiwa
DENGAN:
Menghadiri bengkel
atau kursus
peningkatan kendiri
TINDAKAN KETUA JABATAN BAGI
MENANGANI KESAN GANGGUAN
SEKSUAL

Memberi
pemahaman dan
mewujudkan
KETUA
kesedaran salahlaku
JABATAN gangguan seksual di
HENDAKLAH: tempat kerja

Mewujud dan
memelihara suasana
tempat kerja yang
kondusif
TINDAKAN KETUA JABATAN BAGI
MENANGANI KESAN GANGGUAN
SEKSUAL

Membantu atau
merujuk pegawai
KETUA awam yang menjadi
JABATAN mangsa
HENDAKLAH:
Mengambil tindakan
menurut peraturan
yang sedia ada
9 DOKUMEN SOKONGAN BAGI
MENENTUKAN PRIMA FACIE KES
1. Keterangan Bertulis daripada mangsa
2. Keterangan Saksi
3. Salinan Transkrip SMS/ Gambar
4. Laporan Pegawai Kaunseling
5. Kronologi Kejadian
6. Kenyataan Perkhidmatan
7. Laporan Polis (Tindakan dan Status Semasa)
8. Laporan Siasatan KJ
9. Salinan Kad Pengenalan Pegawai
Sukar Bukti-bukti Menentukan
Mendrafkan Yang Situasi Sebenar
Pertuduhan Dikemukakan Yang Berlaku
Yang Kukuh Diragui

KJ
memberikan
sokongan yang Kes-kes
Cabaran Gangguan
Mengendalikan
tidak Seksual Yang Dikendalikan
sepatutnya Kes Gangguan Seksual
Boleh Terjejas!!!

Kesilapan
teknikal
PROGRAM PENCEGAHAN
GANGGUAN SEKSUAL DI
TEMPAT KERJA

MAKSUD GANGGUAN
SEKSUAL MENURUT
PERATURAN 4A-
PERATURAN PEGAWAI
SESI TAKLIMAT AWAM
KEPADA KETUA PERLAKUAN GANGGUAN
JABATAN DAN SEKSUAL TIDAK
PEGAWAI-PEGAWAI DIBENARKAN SAMA
AWAM SEKALI DI TEMPAT
BERHUBUNG: KERJA

KETEGASAN KETUA
JABATAN DALAM
MENGENDALIKAN
KES GANGGUAN
SEKSUAL
PROGRAM PENCEGAHAN
GANGGUAN SEKSUAL DI
TEMPAT KERJA

MENYEDIAKAN PROSEDUR
PENGENDALIAN ADUAN

MENERANGKAN KESAN
SESI TAKLIMAT NEGATIF KEATAS
KEPADA KETUA PEGAWAI AWAM DAN
ORGANISASI
JABATAN DAN
PEGAWAI-PEGAWAI MEMBERI BANTUAN
AWAM DAN SOKONGAN
BERHUBUNG: KEPADA PEGAWAI
AWAM YANG
MENGALAMI
GANGGUAN SEKSUAL
TINDAKAN
TATATERTIB
KEPADA PESALAH
PROGRAM PENCEGAHAN
GANGGUAN SEKSUAL DI
TEMPAT KERJA

CERAMAH PENERAPAN
NILAI-NILAI
ISLAM/MURNI,
PROGRAM PAMERAN,
SOKONGAN KEPADA PEMBELAJARAN,
PENJAWAT AWAM PENJELASAN DAN
PELAKSANAAN GARIS
PANDUAN, LATIHAN
PENGENDALIAN KES
DAN SEBAGAINYA
BERTEMU DALAM KEADAAN
SERIUS DAN BERTUJUAN BAIK
MENAHAN
PANDANGAN
MATA

MENGHINDARI
BERDUA-DUAAN
DENGAN BUKAN
MAHRAM
4 ETIKA UTAMA
YANG PERLU
DIAMALKAN DALAM
ELAK JANGKAMASA
MENCEGAH PERTEMUAN YANG LAMA
GANGGUAN SEKSUAL ANTARA BUKAN MAHRAM
Kesimpulan:
• Sebarang perbuatan yang ditakrifkan
– Bersifat seksual
– Cubaan mendapatkan / meminta / menghina
– Menyebabkan mangsa tersinggung, terhina atau
terugut Sebelum tu... Tahun ni awak
Aku ‘Pekena’ akan dapat
• Gangguan seksual Cukup-cukup APC

– Lisan, Fizikal, Bertulis, Isyarat dsb


– Tidak terhad kepada waktu dan tempat kerja
– Tanpa mengira jantina Kalau aku tak
layan, nanti
takut kerjaya
terjejas
Persoalan Berkaitan:
1. Fikirkan cadangan-cadangan yang boleh membantu mengurangkan
masalah pengendalian kes gangguan seksual?
2. Terdapat Ketua Jabatan yang cenderung untuk mengambil langkah
untuk menutup kes-kes gangguan seksual. Adakah perkara ini
patut? Sila ulaskan kesan-kesan tindakan tersebut.
3. Pada pandangan tuan/puan , apakah program-program atau
langkah –langkah yang boleh dilakukan bagi mengelakkan
terjadinya gangguan seksual di premis tuan/puan?
Rujukan
Marinah Awang (2012). Notes for a lecture on
Sexual Harassment, PPP6034. Sultan Idris
Education University.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 22 Tahun 2005:
Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual
Di Tempat Kerja Dalam Perkhidmatan Awam.
Prosedur Kualiti PK04/ Pengurusan Aduan Dalam
MS ISO 9001:2008 Bahagian Pengurusan Sekolah
Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai