Anda di halaman 1dari 22

Pelan Pembangunan

Pendidikan 2000-2010 (OPP3)


---------------------------

Agenda utama KPM untuk membangunkan Sistem


Pendidikan Kebangsaan.
setiap warga negara Malaysia memperoleh peluang
pendidikan yang sama, memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu selaras
dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar,
meningkatkan budaya ilmu,membudayakan sains dan
teknologi, pembelajaran sepanjang hayat, menyediakan
sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan
bertaraf dunia, menjadikan Malaysia pusat
kecemerlangan pendidikan, serta meningkatkan martabat
pendidikan di Malaysia pada peringkat antarabangsa
www.themegallery.com

Empat Teras utama Pelan


Pembangunan
Pendidikan9(OPP3)
2000-2010

-----------------------------------

meningkatkan akses kepada pendidikan.


meningkatkan ekuiti dalam pendidikan.
meningkatkan kualiti pendidikan.
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan
pengurusan pendidikan.

www.themegallery.com

Berdasarkan analisis 15 tahun pertama, KPM telah


mengenal pasti beberapa jurang dan cabaran yang
perlu ditangani bagi memastikan wawasan negara
dapat dicapai menjelang tahun 2020. Dalam
tempoh 15 tahun yang akan datang, KPM berhasrat
untuk:
membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan
masyarakat Bangsa Malaysia yang maju.
memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi
tunjang
agenda pendidikan dapat diteruskan.
merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan
sistem
dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada tahun
2020.

www.themegallery.com

Justeru, KPM telah merangka Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM
20062010 yang akan menjadi garis panduan
pembangunan pendidikan negara secara
menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun
dalam Rancangan Malaysia Ke-9. PIPP
merupakan satu dokumen perancangan
pembangunan pendidikan yang
bersepadu,komprehensif dan menyeluruh
yang meliputi tiga aspek utama iaitu
infrastruktur,pengisian dan tenaga
manusia.
www.themegallery.com

PENDIDIKAN PIPP 2006-2010


(OPP2)
-----------------------------------------Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan
-

(PIPP) 2006-2010 telah dirangka untuk


Melaksanakan dan merealisasikan satu
sistem pendidikan yang holistik, progresif,
bermoral dan bertaraf dunia. PIPP telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato
Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi pada 16
Januari 2007 di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya
www.themegallery.com

PENGENALAN
PIPP adalah merupakan agenda penting KPM yang
bertujuan memperkemaskan pelaksanaan program-program
pendidikan serta memantapkan lagi proses pembinaan insan
supaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa.
PIPP diwujudkan untuk Merintis Perubahan, Menggerakkan
Anjakan,PIPP telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB
Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
pada 16 Januari 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC).

TERAS STRATEGIK
PIPP
1. Membina Negara Bangsa

6. Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi
Pendidikan

5. Memartabatkan Profesion
Keguruan

2. Membangunkan Modal Insan

PIPP

3. Memperkasakan
Sekolah Kebangsaan

4. Merapatkan Jurang Pendidikan

ENAM TERAS PIPP 20062010


PIPP 2006-2010 telah menggariskan
ENAM TERAS iaitu;
membina negara bangsa,
membangunkan modal insan,
memperkasakan Sekolah Kebangsaan,
merapatkan jurang pendidikan,
memartabatkan profesion keguruan,
Melonjak kecemerlangan institusi
pendidikan
www.themegallery.com

1. MEMBINA NEGARA BANGSA


Keupayaan membina negara bangsa bergantung
kepada perkongsian nilai serta semangat
patriotisme, lingua franca, integrasi,
kewarganegaraan dan demokrasi.
Fokus utama dalam membina negara bangsa
mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan
bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan,
integrasi nasional dan bahasa ilmu. Fokus lain
ialah memupuk kecintaan terhadap seni, warisan
dan budaya bangsa serta memupuk kefahaman
yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari
dalam membentuk pemikiran kehidupan.
www.themegallery.com

2. MEMBANGUNKAN MODAL
INSAN
Ini bertujuan memastikan anak bangsa
Malaysia mempunyai ilmu pengetahuan
serta kepakaran tinggi bagi penyediaan
guna tenaga dalam pelbagai jenis
pekerjaan.
Di samping itu, para pelajar akan dilengkapi
kemahiran, komunikasi berkesan, kebolehan
menggunakan teknologi komunikasi
maklumat (ICT) dengan baik, berupaya
berfikir secara kreatif dan kritis
www.themegallery.com

3. MEMPERKASAKAN SEKOLAH
KEBANGSAAN
Ciri-ciri SK perkasa ialah :
Infrastruktur lengkap dan berkualiti.
Pemimpin dan guru cekap, terlatih dan
berkualiti, semua pelajar menguasai
3M.
Beraspirasi nasional.
Menawarkan bahasa Cina dan bahasa
Tamil.
Pencapaian akademik cemerlang.
www.themegallery.com

sambung.
Sistem sokongan yang kuat dan
mencukupi.
Iklim dan budaya sekolah yang sihat.
Penawaran dan pelaksanaan
kurikulum berasaskan pelanggan.
Penawaran dan pelaksanaan
kokurikulum yang berkesan.
Pencapaian sahsiah pelajar cemerlang
www.themegallery.com

4. MERAPATKAN JURANG
PENDIDIKAN
Membangunkan infrastruktur dan kemudahan
pendidikan luar bandar di seluruh negara.
memfokuskan peningkatan kadar penyertaan dan
mengurangkan risiko keciciran pelajar.
memfokuskan untuk mengurangkan jurang
pencapaian akademik dengan menambah bilangan
komputer, TV Pendidikan,video teleconferencing,
SchoolNet, makmal komputer, kemudahan
perkakasan,pengisian dan tenaga kerja.
meningkatkan penguasaan 3M (membaca, menulis
dan mengira).
www.themegallery.com

5. MEMARTABATKAN PROFESION
PERGURUAN
Guru-guru yang baru menamatkan pengajian
perguruan dari maktab atau institusi pengajian
tinggi akan diwajibkan berkhidmat di kawasan
pedalaman dahulu tanpa sebarang
pengecualian.
KPM akan menambah baik insentif dan
mewujudkan skim insurans khusus kepada guru
yang berkhidmat di pedalaman selain
menyediakan rumah guru dan kemudahan asas
yang sempurna.
www.themegallery.com

..sambung..
Kurikulum Institut Pendidikan Guru (IPG)
secara berpusat akan digubal bagi memberi
penekanan kepada elemen baru dalam
kurikulum pendidikan guru.
memberi fokus kepada membangunkan
infrastruktur yang meliputi Pusat Maklumat
Latihan Keguruan, Sistem Penyaluran,
rangkaian Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT), Portal Pendidikan Guru
dan Total Campus Management System.
www.themegallery.com

6.MELONJAKKAN
KECEMERLANGAN INSTITUSI
PERGURUAN
Dasar KPM adalah untuk
mengadakan pendekatan, piawaian
dan penanda aras yang lebih tepat
serta bersesuaian dengan ciri dan
keperluan kluster institusi
pendidikan yang ada iaitu mengikut
bidang khusus (niche areas) masingmasing.
www.themegallery.com

Institusi-institusi model yang dapat


dijadikan contoh akan dibangunkan
supaya dapat dijadikan showcase di
peringkat antarabangsa.
sebanyak 300 buah institusi
pendidikan yang menyerlah dan
cemerlang dalam kluster institusi
pendidikan tertentu akan dikenal
pasti dan dipilih
www.themegallery.com

KESIMPULAN
Dengan termeterainya PIPP 2006-2010,
diharapkan bidang pendidikan bukan sahaja
dapat melahirkan modal insan yang
berpengetahuan, kuat fizikal dan cerdik minda
tetapi juga mempunyai nilai-nilai yang sempurna
dan murni untuk memikul amanah bagi
membantu memajukan negara. Modal insan yang
mempunyai celik minda dan nilai-nilai ditambah
sangat penting untuk melakukan anjakan besar
selain mampu bersaing untuk berjaya.

www.themegallery.com

Tempoh lima tahun RMK-9 adalah


tempoh yang sangat signifikan bagi
membangunkan modal insan minda
kelas pertama untuk mencapai
hasrat Wawasan 2020.
PIPP dirangka untuk memenuhi
matlamat pendidikan dan negara ke
arah melahirkan Bangsa Malaysia
yang maju mengikut acuan sendiri.

Kejayaan PIPP bergantung kepada


kefahaman dan komitmen warga KPM
terhadap dasar dan strategi
pelaksanaannya.
PIPP merupakan panduan kepada seluruh
warga KPM agar dapat melaksanakan tugas
dan tanggungjawab masing-cmasing secara
lebih terancang, terarah dan berfokus.
PIPP penting kerana ia akan menyediakan
asas yang kukuh untuk melonjakkan sistem
pendidikan negara ke tahap yang lebih
tinggi dan menjadikannya bertaraf dunia.

www.themegallery.com

Anda mungkin juga menyukai