Anda di halaman 1dari 18

PERATURAN DISIPLIN PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN DEMIT

Pendahuluan

Sekolah adalah wadah pendidikan yang sentiasa berusaha untuk memperkembang potensi individu dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelektual serta dapat memberi sumbangan bermakna kepada pembangunan dan
kesejahteraan masyarakat dan negara. Semua pelaksanaan pendidikan yang mencakupi bidang kurikulum,
kokurikulum, khidmat tolong bantu, profesionalisme guru, pengurusan tenaga kerja, kebajikan disiplin pelajar
serta yang berkaitan adalah berpusat kepada institusi pendidikan.

Dalam senario ini pula, proses pendidikan dan pembelajaran di negara kita merupakan satu isu yang sentiasa
bergerak dan berubah mengikut kehendak perubahan negara. Fenomena salah laku pelajar juga turut berubah
dan kian rencam. Sejajar dengan itu perlu dilahirkan sebuah buku panduan untuk memantapkan pengurusan
disiplin di sekolah-sekolah. Panduan serta maklumat yang tepat dan terkini adalah penting diselaraskan dalam
menangani masalah disiplin pelajar ini.

Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan sedar akan masalah yang wujud dari fenomena salah laku pelajar di
negeri ini dan satu langkah yang pragmatik harus diambil. Sebagai sebuah institusi pendidikan, Jabatan
Pendidikan negeri Kelantan mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam usaha membendung perbuatan
melanggar disiplin sekolah di kalangan pelajar terutama di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Memandangkan
peningkatan jumlah salah laku pelajar yang terlibat dalam perlanggaran disiplin seperti ponteng sekolah,
ponteng kelas, melawan guru, gangsterism, merokok dan seumpamanya semakin berleluasa, adalah difikirkan
satu tatacara tindakan patut diadakan sebagai panduan kepada pihak sekolah untuk bertindak terhadap
pelajar-pelajar manakala tindakan itu tidak mudah goyah oleh cabaran luar.

Buku Panduan Pengurusan Disiplin Sekolah bertujuan untuk memberi panduan kepada pengetua, guru besar
dan guru-guru dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang berhubungkait dengan disiplin pelajar di
sekolah.

Bab 2 buku ini akan memberi panduan tentang segala aspek pendokumentasian disiplin. Pihak sekolah diharap
dapat memastikan segala aspek yang termuat dalam bab ini dimiliki sepenuhnya.

Bab 3 pula menyediakan prosedur tindakan yang wajar diambil berdasarkan kategori kesalahan – ringan,
sederhana, berat dan jenayah yang dilakukan. Hal ini merangkumi dokumen-dokumen yang perlu ada dalam
setiap tindakan. Adalah dinasihatkan agar semua pengetua, guru besar dan guru-guru benar-benar
memahami,menguasai dan akur kepada setiap prosedur tindakan disiplin yang telah digariskan dalam buku ini
untuk mengelakkan pihak sekolah dicabar oleh mana-mana pihak yang tidak puas hati.

Bab 4 mengandungi pelbagai cadangan program bagi tujuan mempertingkatkan mutu disiplin di sekolah-
sekolah.Program-program tersebut merupakan sebahagian daripada strategi pembangunan disiplin
pelajar.Pihak sekolah boleh mengubahsuai program bagi memenuhi keperluan setempat.

Pada keseluruhannya penghasilan Buku Panduan Pengurusan Disiplin Pelajar berasaskan prinsip-prinsip garis
panduan berkaitan pengurusan berkualiti serta berbudayakan kecemerlangan ini, akan mencapai matlamat "
Zero Defect" serta dapat merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020.

Rasional
Sejak kebelakangan ini, sekolah dilihat sebagai sebuah rumah kaca. Pelajar dirotan hingga tercedera, pelajar
dicubit hingga berdarah, berlari dengan memakai seluar dalam, dijemur di tengah padang dan sebagainya,
segera mendapat liputan media massa. Segala tindak tanduk pihak sekolah dalam menangani disiplin pelajar-
pelajar telah menjadi pengetahuan masyarakat umum.

Di samping itu terdapat pula insiden-insiden yang berlaku secara senyap-senyap di dalam bilik darjah dan juga
di persekitaran sekolah serta terlindung daripada penglihatan kita; pelajar-pelajar disingkir dengan cara
dipandang sepi atau dilontar kata-kata kesat. Ketidakselarasan dalam mengambil tindakan terhadap salah laku
pelajar-pelajar ini telah meninggalkan impak terhadap sekolah dan institusi pendidikan. Sementelah pihak
masyarakat semakin sedar dan lebih sensitif terhadap ketidaksepadanan dan ketidakadilan pihak sekolah
mengambil tindakan disiplin. Rasa tidak puas hati masyarakat umum ini sudah pasti akan menjejaskan
kewibawaan kita sebagai pendidik.

Justeru itu, satu prosedur yang lebih mantap dalam mengurus disiplin pelajar-pelajar di sekolah adalah amat
diperlukan.

Matlamat

Buku panduan ini bermatlamat untuk mewujudkan suasana yang harmoni antara sekolah dan masyarakat.
Manakala pelajar-pelajar akan berasa diri mereka selamat, serta dihargai bagi merangsang pembelajaran.

Objektif

Buku panduan ini diharap dapat:-

1. dijadikan satu dokumentasi mengurus disiplin pelajar dengan lebih bersistematik dan mudah rujuk.

2. mewujudkan keselarasan dalam membuat keputusan di kalangan pengurus disiplin

3. meningkatkan kecekapan pengurusan disiplin di sekolah .

4. meminimumkan masalah salah laku pelajar-pelajar di sekolah di seluruh negeri Johor.

PENDOKUMENTASIAN

Pengenalan

Pendokumentasian ini sebagai garis panduan melaksanakan tindakan disiplin dengan cara yang betul
dan berkesan, berasaskan dokumen-dokumen yang sahih. Pengetua/Guru dan guru-guru perlu
mengetahui jenis-jenis dokumen yang perlu ada sebagai panduan dan rujukannya supaya tatacara
yang diambil tidak menimbulkan masalah perundangan.

Sekolah perlu mempunyai sistem penyimpanan dan kawalan dokumen yang teratur dan kemas serta
memastikan segala maklumat disebarkan untuk panduan dan pengetahuan semua warga sekolah
termasuk ibu bapa dan penjaga.

Dokumen-Dokumen Yang Perlu Ada

Rujukan

1. Ordinan Pelajaran
1.1 SCHOOL (SOCIETIES) REGULATIONS 1956

1.2 SCHOOL (TOURS) REGULATIONS 1957

1.3 SCHOOL (MAGAZINES) REGULATIONS

1.4 EDUCATION (SCHOOL DICIPLINE) REGULATIONS 1959

1.5 SCHOOL (GENERAL) REGULATIONS 1951

1.6 SCHOOL (COURSES OF STUDIES) REGULATIONS 1956

1.7 ASSISTED SCHOOL (MANAGEMENT) RULES 1962

1.8 PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN (PERSATUAN IBU


BAPA GURU) 1998

2. Buku-Buku Panduan

2.1 Kementerian Pelajaran Malaysia Pannduan Am


Disiplin Sekolah-Sekolah Percetakan Adabi, Kuala
Lumpur 1981.

2.2 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Bagi


Ibu Bapa Mengenai Disiplin Murid-Murid Sekolah,
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 1982.

2.3 Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan


Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru-
Guru, Percetakan Dewan bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 1983.

2.4 Unit Bimbingan dan Kaunseling Bahagian


Sekolah-Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia,
Mencegah Salah Guna Dadah Melalui Kaunseling,
Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur 1984

2.5 Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian


Pelajaran Malaysia, Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-
Kes Penyalahgunaan Dadah Melalui Kaunseling,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 1986

2.6 Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1984.

2.7 Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian


Pelajaran Malaysia, Tatacara Tindakan Ke Atas Kes-
Kes Penyalahgunaan Dadah Melalui Kaunseling,
Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur 1986.
2.8 Pasukan Petugas Anti Dadah, Jabatan Perdana
Menteri, Penyalahgunaan Inhalan – Panduan Untuk
Para Guru, Percetakan Wira sdn Bhd, Selangor, 1986.

2.9 Kementerian Pendidikan Malaysia, Pendidikan


Pencegahan Dadah Dalam KBSM, Percetakan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1994.

2.10 Unit disiplin, Bahagian Sekolah, Kementerian


Pendidikan. Panduan Bagi Mengatasi Masalah
Ponteng Di Sekolah, Percetakan Watan Sdn. Bhd, K.L.
1994

2.11 Kenali dan perangi dadah (ADK)

2.12 Cuma 5 minit.

2.13 Perlembagaan Malaysia.

3. Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas

3.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968.


Pembuangan Murid-Murid Daripada Sekolah-Sekolah
Kerana Kelakuan Curang, 10.9.1968.

3.2 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1968.


Tatatertib Di Sekolah-Sekolah, 18.9.1968

3.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1968 dan


8/1968. Tambahan Kepada Surat Pekeliling
‘Professional" Kementerian Pelajaran (Gantung
Persekolahan), 12.10.1968.

3.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1972.


Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran,
1959, 4.2.1972.

3.5 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1975.


Salahguna Dadah – Garis Panduan Untuk Guru dan
Guru Besar, 19.8.1975.

3.6 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1975. Disiplin


Di Sekolah: Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk
Murid-Murid, 4.11.1975.

3.7 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1976.


Potongan Rambut Murid-Murid, 7.1.1976.

3.8 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11/1976.


Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di
Sekolah-Sekolah, 9.10.1976.
3.9 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1977.
Pengelolaan Walkaton Di Sekolah-Sekolah,
27.9.1977.

3.10 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9/1977.


Menganjur Dan Menjual Loteri Di Sekolah, 3.10.1977.

3.11 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1978. Acara


Suaikenal Di Sekolah-Sekolah, 2.5.1978.

3.12 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1979.


Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko
Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan
Pertolongan, 26.3.1979.

3.13 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1982.


Permainan ‘Pin-table, Video Game,Game Watch’,
1.10.1982.

3.14 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1983.


Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah, 9.3.1983.

3.15 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1983.


Larangan Permainan Bahan-Bahan Letupan,
23.4.1983.

3.16 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1983. Garis


Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan
Murid-Murid Sekolah, 11.4.1983.

3.17 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1983.


Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid
Yang Melakukan Perbuatan-Perbuatan Salahlaku
Yang Tidak Dinyatakan Dalam Peraturan-Peraturan
Pelajaran, 7.11.1983.

3.18 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984.


Perhimpunan Sekolah 14.6.1984.

3.19 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1984.


Tambahan Kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
4/1984 – Perhimpunan Sekolah, 10.9.1984.

3.20 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1985.


Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah (Pindaan),
12.11.1985.

3.21 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1988.


Program Skim Lencana Anti Dadah Pasukan
Berpakaian Seragam Sekolah Menegah (SLAD),
3.2.1988.
3.22 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1988.
Penyakit Demam Kepialu (Tifoid), Taun (Kolera),
Penyakit Kuning (Hepatitis B), dan Keracunan
Makanan, 21.1.1988.

3.23 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1988.


Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Atau
Kejohanan Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan
Induk Sukan, 10.3.1988.

3.24 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1988.


Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah, 1.3.1988.

3.25 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 12/1989. Garis


Panduan Dari Segi Pencegahan Kebakaran Bagi
Bangunan Dormitori Dan Asrama. 9.12.1989.

3.26 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1991.


Tatakelakuan Pelajar Ketika Di Masjid, 5.2.1991.

3.27 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1991.


Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah,
16.5.1991.

3.28 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1992.


Pemakaian Tudung / Mini Telukung Bagi Pelajar-
Pelajar Perempuan, 14.2.1992.

3.29 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1992.


Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan
(Syringe) Di Sekolah-Sekolah, 27.7.1992.

3.30 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1993. Lapor


Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah,
15.3.1993.

3.31 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1993.


Pakaian Seragam Sekolah, 3.6.1993.

3.32 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1994.


Menanam Semangat Patriotisme Di Kalangan Pelajar
Dan Senaman Ringkas Dalam Bilik Darjah, 12.9.1994.

3.33 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 1/1995.


Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran
Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Serta Kegiatan
Kokurikulum Dan Sukan Di Dalam Dan Di Luar
Sekolah, 6.4.1995.

3.34 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1995.


Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri
Berkelompok Bagi Semua Pelajar Sekolah Kerajaan
Dan Bantuan Kerajaan, 21.7.1995.
3.35 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1995.
Keracunan Makanan Di Sekolah-Sekolah, 2.8.1995

3.36 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995.


Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah, 5.9.1995.

3.37 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1995.


Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman
Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah, 11.10.1995.

3.38 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1995.


Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan
Sukan Anjuran Persatuan Atau Badan Induk Sukan,
11.10.1995.

3.39 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 2/1996.


Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian
Berpakaian, 24.6.1996.

3.40 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1996.


Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di
Sekolah, 3.9.1996.

3.41 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/1997.


Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok,
22.5.1997.

3.42 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 5/1997.


Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok,
22.5.1997.

3.43 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1999.


Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah
Menengah, 10.6.1999.

3.44 Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 8/1999.


Keselamatan Diri Murid Dalam Perjalanan Pergi Dan
Balik Sekolah, 10.6.1999.

* Lain-Lain Pekekliling Yang Berkuatkuasa.

Dokumen

1. Surat-Surat Pengurusan Tentang Ponteng.

2. Buku laporan guru bertugas.

3. Rekod Salahlaku Pelajar.

4. Peraturan Sekolah.

5. Rekod kehadiran kokurikulum.


6. Rekod kehadiran murid (register)

7. Kad ujian bulanan.

8. Rekod murid keluar masuk.

9. Buku guru ganti.

10. Kad 001 / 002

11. Surat akurjanji.

12. Perisian Sistem Salahlaku Disiplin Murid (disket).

13. Surat akuan rawatan hospital.

Fail

1. Akur Janji (02/04/001)

2. Berhenti Sekolah (02/04/002)

3. Buang Sekolah (02/04/003)

4. Gantung Sekolah (02/04/004)

5. Ponteng Sekolah (02/04/005)

6. Rotan (02/04/006)

7. Surat Tunjuk Sebab (02/04/007)

8. Surat Turun Kuasa (Disiplin)

Cara Mendapatkan Dokumen

1. Cara mendapatkan dokumen :

1.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (Unit Disiplin Bahagian Sekolah)

1.2 Jabatan Pendidikan Negeri Kelantanr. (Unit HEM)

1.3 Institut Pentadbiran Negara (INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur -


Bahagian Perpustakaan)

1.4 Dewan Bahasa dan Pustaka (Bahagian Pemasaran)

1.5 Laman Web Kementerian Pendidikan Malaysia.


1.6 Mana-mana terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan Kesatuan Guru berkaitan)

1. Kedai-kedai buku.

Sistem Simpanan dan Kawalan

1. Tempat Penyimpanan :

1.1 Bilik Guru Besar

1.2 Bilik Penolong Kanan.

1.3 Bilik Penolong Kanan HEM.

1.4 Bilik Kaunseling

1.5 Bilik Guru.

Semua dokumen direkodkan untuk memudahkan rujukan oleh semua guru.

Bilik Guru Besar dijadikan bilik sumber utama.

Dicadangkan supaya Bilik Penolong Kanan HEM dijadikan sebagai bilik


sumber disiplin untuk menyimpan semua dokumen berkaitan dengan disiplin.

3. Kawalan :

3.1 Semua dokumen dikatelogkan dan dicop (Hak Milik Sekolah).

3.2 Buku Rekod Peminjam di setiap bilik yang berkenaan.

3.3 Semua dokumen/buku disenaraikan dalam rekod serahan tugas


semasa pertukaran/perpindahan/persaraan guru yang
bertanggungjawab.

3.4 Pemeriksaan stok perlu dijalankan setiap 3 bulan.

3.5 Buku / dokumen diselenggarakan dengan kemas.

PROSEDUR TINDAKAN

Pengenalan

Tindakan yang diambil ke atas pelajar yang melanggar peraturan tanpa


mengikut prosedur yang betul akan menimbulkan masalah serta boleh dicabar.
Oleh itu, garis panduan ini dapat membantu Pengetua / Guru Besar dalam
melaksanakan prosedur tindakan secara betul dan sistematik agar tindakan
tersebut akan memuaskan semua pihak.

Kesalahan yang dikategorikan dalam bab ini merupakan panduan sahaja.


Walaubagaimanapun Pengetua / Guru Besar boleh menggunakan budi bicara
mereka semasa menentukan kesalahan untuk tujuan menjatuhkan hukuman.

Kategori Kesalahan

Kesalahan Berat

1. Melakukan mana-mana kesalahan sederhana kali ketiga.

2. Menyimpan, membawa, mengedar, menghisap atau terbabit dalam


kegiatan dadah.

3. Membawa, menyimpan, menghisap atau mengedar bahan


tembakau.

4. Membawa, meminum, menyimpan atau mengedar minuman keras


atau sebarang benda yang memabukkan/menghayalkan.

5. Menyebabkan / melakukan pergaduhan atau kekerasan.

6. Melawan, mengancam, memukul atau mengugut / mencederakan


guru / pengawas / murid.

7. Biadab terhadap guru / pengawas / murid.

8. Memeras ugut guru / pengawas / murid.

9. Membawa / menggunakan senjata atau alat berbahaya.

10. Melakukan buli (pelancoan), penderaan atau paksaan terhadap


murid lain.

11. Mencuri, merompak, memecah masuk dan menceroboh kawasan


larangan.

12. Melakukan perjudian atau membabitkan diri dalam pertaruhan.

13. Mencetak, menerbit, memmamer, mengedar atau menyimpan


rencana, majalah atau pita rakaman dan multimedia yang terlarang.

14. Membabitkan diri dalam kumpulan haram.

15. Mencabul kehormatan guru / murid.

16. Melakukan zina, liwat, hubungan luar tabii.

17. Melacur / menjadi bohsia / bohjan / pondan.


18. Bersekedudukan atau membabitkan diri dalam kegiatan tidak
bermoral.

19. Mengintai murid lelaki / perempuan.

20. Menulis atau mengeluarkan kenyataan akhbar yang


mencemarkan.

21. Merosakkan harta benda sekolah / guru.

22. Membawa atau menggunakan bahan letupan.

23. Menulis / melukis perkataan atau gambar lucah atau melakukan


perbuatan lucah.

24. Membabitkan diri dalam tunjuk perasaan, perhimpunan haram atau


merusuh.

25. Menyalahgunakan alat permainan, eletronik atau bahan-bahan


multimedia.

26. Membawa atau menggunakan alat yang menyebabkan


kecederaan atau mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran /
peperiksaan atau ujian.

27. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan yang


bertentangan dengan nilai-nilai masyarakat Malaysia.

28. Menganjur atau membabitkan diri dalam acara kebudayaan tanpa


kebenaran pihak sekolah, PPD,JPNJ dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

29. Melakukan ponteng sekolah berterusan (berturut-turut) selama 30


hari atau berkala (tidak berturut-turut) selama 60 hari / selama 1 tahun
sesi persekolahan.

30. Mengganggu / menjejaskan kuasa Guru Besar / Pengetua atau


guru yang menjalankan tugas.

31. Membawa masuk tetamu dari luar ke kawasan sekolah tanpa


kebenaran.

32. Mengedar, memiliki, membawa, melukis dan memamerkan bahan


lucah.

33. Mengeluarkan kata-kata lucah dan kesat.

34. Melakukan hubungan yang dicurigai.

35. Kesalahan-kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori


ini oleh Jawatankuasa Disiplin Sekolah (contoh mengandung- masih
dalam pertimbangan JPN)
Kesalahan Sederhana

1. Melakukan mana-mana kesalahan ringan melebihi 3 kali.

2. Menyalahgunakan / menggunakan peralatan / sumber bekalan


eletrik sekolah tanpa kebenaran.

3. Keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran.

4. Tidak amanah, menipu, berbohong dan meniru ketika ujian /


peperiksaan.

5. Ponteng sebarang acara rasmi sekolah.

6. Tidak menghormati lagu-lagu / bendera / jata sekolah, negeri dan


kebangsaan.

7. Fesyen rambut keterlaluan seperti punk / skin head atau berwarna.

8. Menconteng pada harta benda sekolah.

9. Memakai barang kemas keterlaluan, seperti menindek telinga dan


memakai subang lebih daripada satu pada satu cuping telinga.

10. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

Kesalahan Ringan

1. Menyimpan misai, janggut atau jambang.

2. Berambut panjang atau menyerupai kumpulan tertentu.

3. Bermain dalam bilik darjah, koridor atau kawasan yang dilarang.

4. Menggunakan dan membawa keluar sebarang peralatan bilik darjah


dan sekolah tanpa kebenaran.

5. Keluar dari bilik darjah tanpa kebenaran.

6. Berada di kantin pada waktu persekolahan (kecuali waktu rehat)


tanpa kebenaran.

7. Menyimpan atau menggunakan alat permainan kepunyaan sekolah


tanpa kebenaran.

8. Menggunakan alat hiburan atau eletronik sekolah tanpa kebenaran.

9. Memasuki dan tidak mematuhi arahan makmal / bengkel / bilik khas.


10. Memakai barang kemas atau perhiasan atau alat solek kecuali
jam.

11. Memasuki bilik khas tanpa kebenaran.

12. Makan atau minum di bilik darjah.

13. Melakukan pembaziran air atau eletrik.

14. Tidak memakai pakaian sekolah yang lengkap.

15. Semua kesalahan bersabit dengan pembelajaran (tidak membawa


buku, tidak membuat kerja rumah, tidak memberi perhatian dan lain-
lain).

16. Lewat ke sekolah.

17. Lewat bergerak ke perhimpunan / bengkel / makmal.

18. Bising dalam bilik darjah sehingga mengganggu kelas lain.

19. Menunggang atau memandu kenderaan dalam kawasan sekolah.

20. Berjalan-jalan tanpa kebenaran.

21. Tidak membuat gerakerja yang ditugaskan.

22. Mengganggu kawasan.

23. Mengganggu guru.

24. Lewat masuk kelas.

25. Mengotorkan kelas.

26. Tidak duduk setempat.

27. Kesalahan lain yang difikirkan termasuk dalam kategori ini oleh
Jawatankuasa Disiplin Sekolah.

KATEGORI KESALAHAN

JENIS HUKUMAN

BIDANG KUASA

BERAT

- Rotan (3 – 7 kali)

- Gantung Sekolah
- Buang Sekolah

- Pengetua/Guru Yang Diberi Kuasa

- Pengetua

- Pengetua

SEDERHANA

- Nasihat / Kaunseling

- Amaran / Denda

- Rotan (tidak lebih dari 2 kali)

- Pengetua/GPK/GPK HEM/ guru bimbingan dan Guru

RINGAN

- Nasihat

- Amaran

- Denda

PROGRAM PEMBANGUNAN DISIPLIN

Pengenalan

Aspek disiplin perlu diberi keutamaan dalam membina sebuah sekolah yang berkesan.
Masalah disiplin yang telah dapat ditangani dengan baik dan bijaksana akan menjatuhkan imej
sekolah, menimbulkan masalah pembelajaran selain menjejas dan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Program pembangunan disiplin di sekolah perlu selari dengan aspek perkembangan insan dari
akademik, kegiatan kokurikulum, kepemimpinan dan sahsiah, program yang dibuat secara
terancang dan berfokus kepada masalah dapat mengurangkan masalah tersebut.

Sebelum seseorang Pengetua / Guru Besar membuat perancangan pembangunan disiplin di


sekolahnya, beliau perlu mengenalpasti masalah dan membuat keutamaan. Ini boleh dibuat
dengan beberapa cara seperti pemerhatian tingkahlaku, temubual, laporan salah laku pelajar,
pencapaian dalam peperiksaan dan kegiatan kokurikulum serta pandangan masyarakat.

Bab ini memberikan beberapa cadangan dan panduan program pembangunan disiplin di
sekolah.

Program Pendidikan Awal


Melengkapkan prasarana sekolah yang kondusif dan menarik untuk proses pengajaran dan
pembelajaran seperti kemudahan fizikal, kebersihan / keceriaan dan keselamatan.

1. Kemudahan Fizikal

1.1.1 Kerusi meja pelajar.

1.1.2 Kantin.

1.1.3 Tandas.

1.1.4 Perpustakaan.

1.1.5 Gelanggang permainan /


padang.

1.1.6 Balai / sudut bacaan.

1.1.7 Bilik-bilik khas.

1.1.8 Tempat rehat.

1.1.9 Tempat letak motorsikal /


basikal.

1.1.10 Bilik darjah.

1.1.11 Papan kenyataan.

1.1.12 Bekalan air / api.

1.1.13 Surau.

1.1.14 Koperasi / kedai buku

1.1.15 Bengkel / makmal yang


lengkap.

1.1.16 Kipas.

1.2 Kebersihan dan Keceriaan

1.2.1 Pertandingan kebersihan / keceriaan dan kelas.

1.2.2 Sekolah dalam taman.

1.2.3 Pertandingan mural.


1.2.4 Gotong royong.

1.3 Keselamatan

1.3.1 Keselamatan lalu lintas.

1.3.2 Jaga sekolah.

1.3.3 Kawad keselamatan

1.3.4 Pagar.

1.3.5 Kelab cegah jenayah.

1.3.6 Briged komuniti.

2. Program Pembangunan Pelajar

2.1 Program orientasi pelajar baru.

2.2 Program mengenali sekolah melalui :

2.2.1 Peraturan
sekolah.

2.2.2 Lagu Sekolah.

2.2.3 Kecemerlangan
sekolah.

2.2.4 Kemudahan
sekolah.

2.3 Program jatidiri pelajar melalui :

2.3.1 Kepemimpinan.

2.3.2 Motivasi.

2.3.3 Kerjaya.

2.3.4 Kemahiran
belajar.

2.3.5 Inventori potensi


diri.

2.4 Program cintai sekolah.

Program Pencegahan
1. Mengemaskini pengurusan kokurikulum sekolah.

2. Mempelbagaikan aktiviti kokurikulum sekolah.

3. Mengemaskini peraturan sekolah.

4. Meningkatkan profesionalisme guru-guru.

5. Memantapkan Lembaga Pengawas.

6. Kelas pemulihan akademik.

7. Program PINTAS dan AWAS.

8. Sistem mentor – mentee.

9. Aktiviti Penghayatan Agama dan Pendidikan Moral.

Program Pemulihan

1. Program Bimbingan dan Kaunseling.

2. Program Keibubapaan.

3. Program Lawatan.

4. Program Perkhemahan.

5. zzzzprogram anti dadah

6. Ceramah.

7. Program Membina semangat

8. Program-program di atas mengikut kesesuaian.

RUMUSAN :

Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini jika dilaksanakan sebagaimana yang dirancang dan dimantapkan lagi
melalui penilaian dan pemantauan yang sistematik mungkin akan dapat membantu pihak sekolah dalam
menangani masalah salahlaku di kalangan pelajar.

Sebagai sebuah institusi pendidikan, sekolah haruslah berperanan mendidik dan memulihkan tingkah laku
negatif pelajar. Oleh itu diharapkan sebarang tindakan hendaklah mengambilkira aspek kebajikan,
kesejahteraan dan kemanusiaan pelajar terlibat. Buku Panduan Pengurusan Disiplin ini, sekiranya diikuti
dengan betul, akan dapat mencapai matlamat menjaga kebajikan dan kesejahteraan pelajar.

Semoga dengan pemahaman yang lebih oleh pengetua, guru besar dan guru-guru tentang prosedur-prosedur
tindakan disiplin, maka dapatlah mereka menjalankan tugas-tugas mendisiplinkan pelajar dengan lebih adil,
tegas dan penuh yakin serta berkesan.
Buku Panduan Pengurusan Disiplin tetap memerlukan sokongan program-program lain dari pelbagai pihak
sama ada pihak jabatan, daerah , sekolah atau lain-lain lagi agar perkembangan yang seimbang seseorang
pelajar sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai