Anda di halaman 1dari 4

PUSAT PENGAJIAN SAINS KEMASYARAKATAN

(Semester 1 Sidang Akademik 2022/2023)

SKW 101 ANTROPOLOGI DAN SOSIOLOGI

TAJUK: KETAKSAMAAN SOSIAL : GANGGUAN


SEKSUAL TERHADAP WANITA

NAMA PENSYARAH: PROFESSOR SIVAMURUGAN A/L PANDIAN

NAMA : JULITA BALQIS BINTI BADRUL MUNIR


NO. MATRIK : 163825
SOSIOLOGI
KETAKSAMAAN GENDER (GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP
WANITA)
Gangguan seksual adalah sebarang perlakuan berunsurkan seksual yang tak diigini terhadap
individu wanita mahupun lelaki tetapi lebih ditumpukan kepada wanita. Gangguan ini adalah
satu jenayah dan boleh membawa ke muka pengadilan. Gangguan tersebut selalunya
diperlakukan secara lisan, bukan lisan, visual, fizikal atau psikologi. Gangguan seksual ini
biasanya terjadi kepada golongan wanita disemua peringkat umur tidak kira tua, dewasa,
remaja dan kanak-kanak. Terdapat juga gangguan seksual terhadap lelaki tetapi jarang sekali
ditemui. Di peringkat usia dewasa dan remaja ini kebanyakkannya berlaku gangguan seksual
yang terlalu berleluasa sehinggakan kita sudah letih mendengarnya. Pelaku yang melakukan
gangguan tersebut selalunya adalah lelaki yang berada diperingkat usia pertengahan umur
kebawah. Dimana-mana sahaja boleh berlakunya gangguan ini seperti di tempat kerja, sekolah,
ditempat awam dan sebagainya.

Punca berlakunya gangguan seksual ini di tempat kerja adalah tarikan fizikal dan personaliti
seseorang yang menarik. Fizikal dan personaliti seseorang wanita itu terlalu menarik perhatian
seorang pelaku tersebut dari segi pakaian, bentuk muka dan bentuk badan wanita tersebut. Bagi
wanita, penampilan yang segak, moden dan kemas untuk bekerja itu adalah pakaian yang
selamat dan selesa bagi mereka. Walhal pelaku tersebut terlalu taksub akan wanita tersebut
sehinggakan mempunyai nafsu dan dorongan seks yang semula jadi yang menginginkan
melakukan perbuatan seksual terhadap wanita tersebut. Hal ini dapat mengundangkan
gangguan seksual dikalangan wanita di tempat kerja. Hal ini juga menjadi punca kepada wanita
menjadi takut untuk bekerja dan tempat kerja dijadikan tempat yang tidak selamat kepada
wanita.

Selain itu, dikalangan pelajar perempuan disekolah juga sering berlakunya gangguan seksual
ini dan pelakunya merupakan pelajar lelaki dan guru lelaki. Punca berlakunya gangguan ini
dikalangan pelajar perempuan sekolah adalah guru yang kurang memahami etika keguruan.
Guru yang memahami etika keguruan berasa tidak sanggup untuk melakukan gangguan itu
kepada anak muridnya. Pada 24 April 2022, seorang pelajar tingkatan lima, Ain Husniz Saiful
Nizam telah memuat naik satu video di Twitter berkenaan guru lelaki yang membuat lawak
rogol di dalam kelas, lalu tular di alam maya. Guru lelaki tersebut telah berkata dihadapan anak
muridnya seperti menggalakkan anak muridnya untuk merogol dan berkata jangan merogol
wanita yang dibawah umur sebaliknya seperti menggalakkan pelajar lelakinya untuk merogol
wanita yang sudah matang. Namun, tidak kurang juga mendapat kecaman daripada netizen di
media sosial yang mengecam penampilan pelajar tersebut. Ia juga dijadikan isu sehingga timbul
amaran penggantungan sekolah pelajar itu dari pihak sekolah. Hal ini menunjukkan tempat
sekolah bukanlah tempat yang selamat lagi bagi remaja mahupun kanak-kanak. Guru tidak
seharusnya melakukan sedemikian rupa dan tidak sepatutnya mengajar dan menggalakkan para
pelajarnya untuk tidak melakukan gangguan seksual seperti merogol. Guru sepatutnya
mengajar pelajarnya perkara yang bermanfaat dan bermoral kepada para pelajar. Hal ini juga
akan mengakibatkan pelajar perempuan mempunyai masalah kemurungan, stress, anxiety
kerana takut akan persekitaran yang tidak lagi selamat kepada mereka dan secara tidak
langsung akan menganggu pelajaran mereka.

Wanita seharusnya berwaspada terhadap gangguan ini. Terdapat beberapa cara untuk
mengatasi masalah gangguan seksual ini. Antaranya adalah dengan bertindak yakin kepada
pelaku gangguan seksual. Wanita diketahui sebagai kaum yang lemah lembut dan bersopan
santun. Wanita haruslah mempunyai sifat ketegasan dan keberanian untuk menangani masalah
tersebut. Hal ini kerana, individu yang lemah sering dijadikan mangsa oleh pelaku gangguan
seksual. Sekiranya kita menghadapi masalah gangguan seksual, berani dan yakinkan diri untuk
menyuarakan hak anda sebagai mangsa gangguan itu dan ambil tindakan yang sepatutnya
seperti melakukan laporan kepada polis atau pihak yang sepatutnya.

Seterusnya, wanita juga haruslah berpakaian dan bertindak sederhana. Tanpa kita sedari,
pakaian kita yang berasa sesuai dan selesa itu boleh mengundang kepada gangguan seksual.
Sama juga seperti membuat tindakan sesuatu perkara. Sesetengah wanita merasakan
perbuatannya itu adalah betul dan tidak akan mengundangkan apa-apa masalah. Tetapi
sebaliknya, kita tidak tahu apa yang berada di fikiran seseorang pelaku yang mempunyai
dorongan seks yang tinggi itu.

Selain itu, pendidikan di sekolah juga berperanan penting untuk mengatasi ganguan seksual
dari berleluasa dikalangan masyarakat. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat mencadangkan agar silibus pendidikan seks dimasukkan ke dalam Pendidikan
Moral atau Pendidikan Islam di sekolah. Menteri kementerian, iaitu Rohani Abdul Karim
berkata, cadangan pendidikan seks itu timbul apabila terdapat perbincangan mesyuarat yang
menyentuh isu berkaitan keselamatan kanak-kanak terutama yang menjadi mangsa penderaan
seksual.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab semua untuk berusaha mengatasi gangguan


seksual ini daripada berleluasa dikalangan masyarakat kita yang sehinggakan tidak terkawal.
Wanita haruslah lebih berwaspada dan berhati-hati dengan disekeliling kita kerana gangguan
tersebut terjadi bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ibu bapa berperanan penting untuk
mendidik anak-anak terumata sekali anak lelaki untuk sentiasa menghormati kaum wanita.
Kementerian Pembangunan Wanita juga memainkan peranan yang penting untuk mengatasi
masalah gangguan seksual dikalangan wanita ini dan dapat mengurangkan kes jenayah
gangguan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai