Anda di halaman 1dari 10

BAHAGIAN 1 : ULASAN ARTIKEL

Fokus Kajian :

Artikel bertajuk “Kepimpinan Instruksional : Perananya dalam mengekalkan


Penambahbaikan Sekolah di Sekolah Afrika Selatan” mengkaji tentang hubungan antara
instruksional kepimpinan pengetua dan penambahbaikan sekolah di sekolah Afrika Selatan.
Kepimpinan Instruksional yang diterapkan disekolah boleh membantu kemajuan
sesebuah sekolah dari aspek guru, pelajar, pembelajaran dan pengajaran. Ia juga membantu
pengetua dalam urusan melancarkan dan penambahbaikan sesebuah sekolah dari segi misi,
visi, inspirasi, persekitaran dan sebagainya.
Pengetua adalah orang bertanggungjawab dalam mengurus sesebuah sekolah. Sekolah
akan menjadi pusat pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang apabila diurus tadbir oleh
pengetua yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang baik.
Tujuan daripada artikel ini adalah untuk menjadikan sesebuah sekolah sebagai pusat
pengajaran dan pembelajaran yang berjaya dan menambahbaik sekolah dalam jangka masa
yang panjang. Kunci kepada matlamat tersebut terletak pada kepimpinan seseorang pengetua.

Kepentingan Kajian :

Kepimpinan Instruksional sangat penting kepada sesebuah sekolah dimana ia


membantu pengetua memimpin sesbuah sekolah dengan cemerlang. Kajian yang dijalankan
di Sekolah Afrika Selatan berkenaan dengan peranan Kepimpinan Instruksional disesebuah
sekolah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Diantara kepentingan kajian ini ialah :
1) Dapat menyelesaikan masaalah pembelajaran dan pengajaran yang sering berlaku
dikalangan guru-guru dan pelajar-pelajar sekolah
2) Membaiki dan membina instrumen untuk mengumpul dan menganalisa data dan maklumat
3) Menghasilkan jalan penyelesaian yang berjaya dalam menangani masaalah yang sering
berlaku secara praktikal
Dapat mengetahui hubungan diantara pihak pengetua dan persekitaran sekolah dalam
mewujudkan hasil dan matlamat yang diingini

1
Perbincangan dalam Kajian :

Persoalan :
1- Apakah corak kepimpinan seorang pengetua yang menjalankan tugas dan amanah mereka
dengan menggunakan teknik Kepimpinan Instruksional?
2- Bagaimanakah penerimaan pelajar-pelajar, guru-guru terhadap teknik Kepimpinan
Instruksional yang dijalankan oleh pengetua?
3- Apakah punca yang mewujudkan konsep Kepimpinan Instruksional?

Kaedah kajian :
kajian dibuat secara kualitatif untuk mendapatkan maklumat secara lebih terperinci
daripada respondan untuk mengetahui kepimpinan instruksional dan bagaimana perjalanan
tugas mereka sebagai pemimpin instruksional untuk membantu sekolah yang lemah menjadi
cemerlang dari semasa ke semasa. Kemudian data dianalisa dan diteliti untuk mengetahui
pengalaman dan tingkah laku melalui kanta konseptual Kepimpinan Instruksional. Kajian
dalam bentuk temubual ini memberikan gambaran yang jelas terhadap apa yang berlaku
secara realiti melalui pengalaman dan perkongsian yang disampaikan oleh respondan

Responden :
Seramai 6 orang iaitu dua lelaki dan 4 perempuan dilantik untuk ditemuramah dalam
kajian ini. Kesemuanya adalah pengetua sekolah yang bertanggungjawab menjaga, mengurus
dan menyelia sekolah. 6 0rang tersebut mewakili 6 buah sekolah, tiga sekoloah menengah,
dua sekolah rendah dan satu sekolah ladang. Ini bertujuan mendapatkan data dan maklumat
yang tepat apa yang berlaku disekitar mereka.

Proses :
Dalam mengumpulkan maklumat dari respondan, temubual mengambil masa hampir
satu jam atau lebih. Tetapi respondan mengambil masa lebih satu jam disebabkan soalan-
soalan kajian yang mendalam dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untuk memastikan data
dan maklumat kajian tepat dan dipercayai.

Dapatan Kajian Utama :

Hasil daripada kajian yang dijalankan, menunjukkan bahawa dimensi pertama ialah

2
mentakrifkan misi sekolah. Ia menumpukan kepada peranan pengetua dan kakitangan
berkerjasama memastikan sekolah mempunyai sasaran yang jelas berdasarkan kemajuan
akademik pelajar. Jadi, objektifnya ialah berkait dengan kejayaan akademik pelajar. Dimensi
kedua pula ialah pengurusan program instruksional. Ia menumpukan kepada perancangan dan
pemantauan pengajaran dan korikulum. Kompenan ini merangkumi 3 perkara, iaitu menyelia
dan menilai pengajaran, menyelaras kokurikulum dan pengesanan kemajuan pelajar. Dimensi
ketiga pula mewujudkan suasana pembelajaran di sekolah iaitu pengurusan masa pengajaran,
mewujudkan pembangunan profesional, menyediakan insentif dan dorangan serta insentif
kepada guru dan pelajar. Pengetua pula memastikan tahap kecemerlangan yang tinggi dapat
dikekalkan.
Dalam kepimpinan instruksional, pengetua dikehendaki menumpukan usaha mereka
untuk menambah baik persekitaran pengajaran untuk menghasilkan pencapaian pelajar yang
cemerlang. Ia akan dicapai dengan cara pengetua melaksanakan aktiviti-aktiviti yang
bertujuan memupuk perkembangan pengajaran guru untuk menghasilkan pencapaian yang
cemerlang dikalangan pelajar. Pengetua bertanggungjawab menyampaikan standard yang
tinggi kepada guru dan pelajar, menyelia pengajaran, menyelaras kokurikulum sekolah,
mewujudkan suasana yang kondusif dan persekitaran kerja yang positif.
Kepimpinan Instruksional dan pencapaian pelajar mempunyai hubungan yang sangat
rapat. Semakin banyak penumpuan dari segi misi sekolah, matlamat dan usaha kearah
kecemerlangan akademik dikalangan pengetua-pengetua semakin itulah pencapaian pelajar di
sekolah dapat dicapai dengan cemerlang secara mudah. Kepimpinan Instruksional mendorong
kepada pencapaian kecemerlangan pelajar dan persekitaran pelajar.
Ia juga memberikan kesan kepada amalan pengajaran. Kajian merumuskan bahawa
terdapat hubungan antara konsep kepimpinan instruksional dengan inovasi, integriti,
kesetiaan guru kepada sekolah dan sesama rakan sekerja.
Selain daripada kebaikan yang dihasilkan oleh Kepimpinan Instruksional, kajian
dapati terdapat beberapa masaalah yang dihadapi oleh enam pengetua tersebut diantaranya
masaalah kewangan yang terhad, masaalah sosial pelajar di sekolah dan di luar, kurang
dokongan ibubapa, ketagihan dadah dan sebagainya. Walaubagaimanapun, mereka sedaya
upada melakukan yang terbaik demi kepentingan pelajar.

3
BAHAGIAN 2 : LAPORAN TEMUBUAL

1- Maklumat Guru Besar yang ditemuduga :


1)
Nama : Shafei Bin Abdullah
Umur :55 tahun
Jawatan dalam sekolah : Guru Besar
Mula berkhidmat : 2020
Nama sekolah : Maahad Muhammadi Rantau Panjang Kelantan
Prinsip hidup : Kesungguhan mengatasi kepintaran

2)
Nama :Fariza Binti Ahmad
Umur : 52 tahun
Jawatan dalam sekolah : Penolong Kanan Pengetua
Mula berkhidmat : 7 tahun
Nama sekolah : Maahad Tahfiz Al-Quran Alkindi Lilbanin
Prinsip hidup : buat yang terbaik dalam apa jua tugasan

2- Laporan temubual

Pendidikan amat penting kepada para pelajar. Ia akan menentukan masa depan
mereka. Sekolah merupakan pusat pendidikan dimana berlakunya proses pembelajaran dan
pengajaran. Setiap tempat akan ada seorang ketua. Tugasnya mengurus, memimpin dan
mengawal. Begitu juga di sekolah, ada ketua yang mengetuai, mengurus, memimpin dan
mengawal sekolah supaya misi dan visi sekolah dapat dicapai. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa cabaran yang dihadapi oleh pengetua dalam menguruskan sekolah. Diantaranya :

1- Masaalah pekerja

4
Masaalah pertama ialah dari segi pekerja. Pekerja memainkan peranan penting
dalam pengurusan sesebuah sekolah. Pekerja juga merupakan salah satu faktor kepada
kejayaan sesebuah sekolah. Ia meliputi semua bidang pekerjaan samaada sebagai guru,
kerani, kakitangan pejabat dan sebagainya. Sebab itu, sekolah memerlukan pekerja yang
berwibawa untuk mencapai visi dan misi sesebuah sekolah. Pekerja yang bermasaalah akan
membantutkan kejayaan sesebuah sekolah. “segala urusan, aktiviti dan program sekolah akan
tergendala dan terbantut apabila pekerja tidak menunaikan tanggungjawab dan kerja mereka
sebaik mungkin” kata Ustazah Fariza Ahmad, timbalan mudir Tahfiz Al-quran Alkindi
Lilbanin. Tambahnya lagi tentang masaalah pekerja “guru-guru tidak memberikan kerjasama
kepada pihak sekolah dalam pengurusan sekolah, kadang-kadang mereka melakukan
pekerjaan sambil-lewa seperti melepaskan batuk ditangga”. sebagaimana yang disebut guru
juga termasuk dalam kakitangan sekolah. Terdapat beberapa masaalah barkaitan guru yang
dialami oleh sebahagian sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang mana mereka terdiri
daripada dua kumpulan iaitu guru Kementerian Pelajaran Malaysia dan guru Yayasan itu
sendiri. Beliau berkata terdapat perbezaan dalam mentadbir urus dua kumpulan ini yang
mana guru dari KPM setengahnya tidak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada sekolah
kerana ada jurang dari sudut perbezaan pangkat, gaji dan pengalaman.

2- Masaalah Kewangan
Cabaran kedua ialah berkenaan dengan keterbatan kewangan. Sekolah-sekolah
dimalaysia terdapat dua jenis. Pertama sekolah kerjaan yang mana peruntukan kewangan dari
kerjaan. Kedua sekolah swasta yang diurusakan oleh perseorangan atau NGO. Peruntukannya
samaada melalui sumbangan orang ramai, perniagaan, yuran pelajar dan sebagainya. Kedua-
dua jenis sekolah ini masing-masing menghadapi masaalah kewangan. Di kelantan ada
sekolah yang diselia dibawah Yayasan Islam Kelantan (YIK). walaupun setiap tahun ada
disalurkan dana, ia masih tidak mencukupi untuk menampung pengurusan sekolah. “pihak
YIK terbatas dalam dalam memberikan peruntukan kepada sekolah-sekolah yang dibawah
seliaan Yik, ini mengakibatkan sekolah tidak dapat membekalkan kelengkapan prasarana
yang kondusif kepada pelajar” kata Ust Shafei Bin Abdullah.
Diantara masalah berkaitan kewangan yang dihadapi oleh sekolah swasta adalah
kelambatan membayar yuran sekolah dikalangan ibubapa. “masaalah kewangan yang terhad
mengakibatkan aktiviti dan program sekolah menjadi tergendala dan selalu tertangguh”. sikap
ibubapa yang suka bertangguh menjelaskan bayaran yuran persekolah anak-anak juga faktor
yang menyebabkan berlaku masaalah kewangan.

5
3- Masaalah kekurangan minat belajar dikalangan pelajar
Masaalah ketiga ialah minat yang kurang dalam pembelajaran. Diantara puncanya
ialah kurang kesedaran dikangan pelajar tentang kepentingan menuntut ilmu. Di sekolah
Tahfiz yang mempunyai dua aliran akademik dan hafiz, pelajar sebenarnya mempunyai dua
kelebihan tetapi malangnya mereka tidak mempunyai minat dan tidak bersungguh-sungguh
dalam menuntut ilmu. Masaalah ini berlaku juga di sekolah-sekolah biasa. Ust Shafei
mengulas pelajar lebih cenderung kepada ‘kekayaan sementara’ iaitu perniagaan berbanding
pembelajaran di sekolah. Ini mengakibatkan pelajar semakin kurang minat terhadap
pembelajaran dan tidak ingin sambung pembelajaran ke peringkat seterusnya. Apabila
perkara ini berlaku, kata Ustazah Fariza Ahmad maka gangguan lain akan masuk dalam diri
pelajar diantaranya membawa perkara terlarang ke sekolah seperti telefon bimbit, buli,
merosakkan harta benda sekolah, tidak mematuhi disiplin sekolah dan sebagainya

4- Masaalah ibubapa
Masaalah keempat ialah sikap sambil lewa dikalangan ibubapa. “ibubapa suka
menangguhkan pembayaran yuran anak-anak walaupun mereka berkemampuan” kata
Ustazah Fariza Ahmad. Ini akan mengakibatkan program sekolah tidak dapat dilaksanakan
pada masa yang ditetapkan. Ini kerap berlaku kepada sekolah swasta yang mana kewangan
mereka sangat-sangat terhad dalam masa yang sama perbelanjaan sekolah semakin hari
semakin meningkat. Perkara ini juga turut berlaku di sebahagian sekolah-sekolah kerajaan.
Ini menunjukkan ketidakpeduliaan ibubapa terhadap sekolah dan tidak memberi kerjasama
kepada sekolah untuk mendidik anak-anak mereka menjadi cemerlang. Sepatutnya
ibubapalah yang menjadi pendokong kepada program-program sekolah tetapi sebaliknya.
Sekolah swasta juga menghadapi masaalah ibubapa yang suka melanggar peraturan sekolah.
Ini adalah disebabkan mereka menganggap sekolah swasta kurang menekankan soal
peraturan dan mereka merasakan yuran yang dibayar itu menyebabkan mereka boleh buat apa
sahaja disekolah tersebut. Diantara masaalah yang dihadapi ialah ibubapa suka membawa
pulang anak pada bila-bila masa, membenarkan anak-anak bawa perkara terlarang seperti
telefon, permainan dan sebagainya.

5- Masaalah lokaliti sekolah


Masaalah kelima ialah keberadaan sekolah yang tidak strategik seperti mana berlaku
kepada sekolah yang sering berlaku fenomena bencana alam. Kata Ust Shafei Abdullah

6
bahawa sekolah Maahad Muhammadi Rantau Panjang selalu dtenggelami banjir di musim
tengkujuh yang mana banjir ini dianggap ‘acara tahunan’. Ini menyukarkan pihak sekolah
menyusun program sekolah seperti program pembelajaran, program sukan, program
akademik dan sebagainya di sekolah. Aktiviti harian sekolah juga akan tergendala apabila
berlaku fenomena tersebut.

Kesimpulannya, semua pihak di sekolah perlu memainkan peranan dalam


melancarkan urusan sekolah dan mencapai target, misi dan visi sekolah. Dalam perkara ini,
pihak yang paling penting ialah guru besar. Guru besar bukan setakat menguruskan sekolah
tetapi perlu memikirkan bagaimana sekolah dapat keluar dari zon biasa kepada luar biasa
dalam semua aspek samaada aspek pengurusan, pembelajaran akademik, kokurikulum,
hubungan dengan guru dan pekerja dan sebagainya. Pihak sekolah juga perlu sentiasa
berhubung dengan pihak luar seperti pihak ibubapa, pihak perwakilan kawasan dan pihak
pejabat pendidikan daerah (PPD). ini kerana, bantuan daripada mereka sangat diperlukan.
Sebagai contoh sekolah memerlukan bantuan dan kerjasama ibubapa untuk mengetahui
cadangan yang membina, masaalah yang dihadapi oleh pelajar itu sendiri, penyelesaian
masaalah pelajar dan sebagainya dalam mencapai apa yang diingini oleh sekolah.

7
BAHAGIAN 3 : PENGLIBATAN KELAS ONLINE

1) Apakah perbezaan diantara fungsi pengurusan dan kepimpinan?

2) Bincangkan teoripenetapan matlamat Locke dan Latham dan bagaimana teori ini boleh
digunakan untuk memotivasi guru di sekolah?

8
3) Sesetengah orang berpendapat bahawa kebanyakan pemimpin berkarisma tidak berkesan.
Adakah anda bersetuju dengan mereka? bincangkan

4) Apakah hubungan antara teori atribusi dan pencapaian ?

5) Apakah kelebihan birokrasi?

9
RUJUKAN :

10

Anda mungkin juga menyukai