Anda di halaman 1dari 6

LMCA 1402

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH


SEM 1 SET 1
KUMPULAN 2

KERTAS KERJA
KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

PENSYARAH:
USTAZ KHAIRIL

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO MATRIK

NURIN HANNANI BINTI MD ROZALI SHAFIE A195308

QISTINA NUR SARAH BINTI AMINUDIN A195428

IZZ NUR SYAHEERAH BINTI RAFNA FARIN A195305

NUR AZWANI BINTI ZAINAL ABIDIN A188052

FILZAH HANIS BINTI RIZAL A195010

NUR AMIRA NABIHAH BINTI ZAWAWI A194896

NUR MADIHAH BINTI MD FARID A192906

NURUL ASMIRA BINTI OTHMAN A181333

AIMI ATHIQAH BINTI ABDUL RAHMAN A183227

NOOR RAIDAH ALIA BINTI MOHAMAD ROSLAN A185289

NUR AINA BINTI MOHAMAD RAJALI A193935


1.0 PENGENALAN

Kursus pengurusan jenazah ini merupakan anjuran kumpulan 2 Citra Pengurusan Jenazah.Kursus
ini diadakan sebagai wadah untuk masyarakat menimba ilmu fardu kifayah iaitu pengurusan
jenazah bertujuan untuk memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan membentuk masyarakat Islam
yang bertanggungjawab serta peka dengan cara pengurusan jenazah yang mengikut syariat
Islam.Selain itu, program ini memberi pengetahuan secara teori dan praktikal kepada para
peserta sekaligus memberi contoh secara visual ,memberi laluan kepada para peserta untuk
memperoleh idea bagaimana ia dijalankan dengan cara yang betul.

Program ini juga sebagai satu cara untuk menambah kefahaman dan panduan ke arah melahirkan
masyarakat yang mendalami ilmu agama dan dapat melaksanakan tuntutan agama dalam
kehidupan mereka sebagai seorang Muslim.Peserta sasaran bagi program ini adalah seramai 11
orang perantis.

2.0 MATLAMAT & OBJEKTIF PROGRAM

Tujuan kursus ini dilaksanakan adalah supaya melatih dan memberi kefahaman secara terperinci
kepada peserta tentang ilmu kemahiran pengurusan jenazah. Di samping untuk berkongsi kepada
masyarakat bagaimana untuk mengurus jenazah dengan betul jika berlaku kematian.

Objektif yang ingin dicapai daripada kursus ini adalah:

1. Mempraktikkan ilmu kemahiran Pengurusan Jenazah yang telah dipelajari di dalam kelas
sama ada dari segi teori dan praktikal kepada masyarakat.
2. Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara, adab-adab
dan kaedah menguruskan jenazah secara teori dan praktikal.
3. Melahirkan rasa tanggungjawab dan hubungan kerjasama antara peserta berkaitan aspek
fardhu kifayah.
3.0 KUMPULAN SASARAN

● Kumpulan: Ahli Kumpulan 2 Kursus Pengurusan Jenazah Sem 1 Set 2


● Umur: 19 tahun hingga 25 tahun
● Jumlah: 11 orang

4.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Pelaksanaan program ini adalah berasaskan teori dan praktikal.

Program ini dilaksanakan melalui pembahagian ahli untuk setiap bahagian tugas seperti :
● Memotong kain kafan mengikut saiz jenazah.
● Memandikan jenazah.
● Mengkafankan jenazah.
● Solat jenazah.

5.0 TARIKH PROGRAM

Program Pengurusan Jenazah dicadangkan diadakan pada 14 Januari 2023 iaitu pada hari Sabtu.

6.0 TENAGA PENGAJARAN

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kolej Ibrahim Yaakub, UKM. Seramai satu (1)
orang tenaga pengajar bertauliah.
7.0 IMPAK DAN KESAN PROGRAM YANG DIJALANKAN
1. Memberi pengetahuan kepada pelajar mengenai pengurusan jenazah dan tuntutan
menyempurnakannya.
2. Meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengurusan jenazah mengikut hukum syarak dan
prosedur yang telah ditetapkan.
3. Memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentingan ilmu pengetahuan berkaitan
pengurusan jenazah.
4. Memberi peluang kepada peserta untuk mempraktikkan cara mengurus jenazah secara
praktikal.

8.0 PENUTUP

Kursus Program Pengurusan Jenazah ini merupakan kursus yang penting untuk para
pelajar kerana ia merupakan satu amali praktikal yang penting sebagai persediaan kepada
mereka. Disamping itu juga, diharapkan program ini mampu memberikan ilmu yang
bermanfaat kepada Muslim sepanjang hayat mereka. Semoga program ini berjalan
dengan lancar dan mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
9.0 TENTATIF PROGRAM

14HB JANUARI 2023 (SABTU)

8.00 Pagi : Sesi Pendaftaran Peserta

8.30 Pagi : Taklimat ringkas oleh Penyelaras Kursus Pengurusan Jenazah sesi 22/23

9.00 Pagi : Kursus Pengurusan Jenazah bermula (Slot 1)

-Tasmik Hafazan

11.00 Pagi : Menguruskan Jenazah (Teori) (Slot 2)

● Memotong kain kafan mengikut saiz jenazah.


● Memandikan jenazah.

1.00 Petang : Berhenti Rehat serta Makan Tengahari

1.30 Petang : Solat Zohor berjemaah

2.30 Petang : Pengurusan Jenazah ( Slot 3)


● Mengkafankan jenazah.
● Solat jenazah.
● Menguburkan jenazah ke liang lahad.
● Talkin.

4.15 Petang : Minum Petang dan solat asar berjemaah

5.00 Petang : Majlis Penutup dan pemberian cenderamata

Anda mungkin juga menyukai