Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN YANG DI PERTUA PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)

SK SERI PERAK

‫هللا َو َرحْ َم ُة َعلَ ْي ُك ْم اَل َّسالَ ُم‬


ِ ‫َو َب َر َكا ُت ُه‬

Yang berbahagia;

Barisan konsultan daripada _______________________________________

Yang berusaha;

Pn. Norzita binti Hj. Mohamad Noh, Guru besar SK Seri Perak
En. Wan Ahmad Nazri bin Wan Abdul Manaf, Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Pn. Rohaya binti Kadir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Pn. Norazlina binti Mohd Hassan, Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang dihormati;

En. Mohd Othman bin Abdul Majid, Naib Yang Dipertua PIBG SK Seri Perak
Barisan AJK PIBG,
Guru-guru SK Seri Perak dan seterusnya murid- murid SK Seri Perak yang dikasihi sekalian.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dapat kita
bersama-sama dalam menjayakan Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform peringkat sekolah
pada tahun ini. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana menjemput saya dan barisan AJK PIBG ke Majlis Penutupan Perasmian perkhemahan
bersepadu unit beruniform pada kali ini. Perkhemahan bersepadu unit beruniform kali ini telah
berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula 27 Januari hingga hari ini. Melalui aktiviti
perkhemahan ini, anak-anak akan diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti sifat bekerjasama,
bertolak ansur, tolong menolong dan teras utamanya iaitu pengukuhan disiplin dalam diri anak-
anak. Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan anak-anak kepada cabaran fizikal dan mental yang
secara tidak langsung memantapkan keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi dalam
kalangan peserta.
Anak-anak sekalian,

Kita hendaklah sentiasa cemerlang dalam apa juga bidang yang diceburi. Jika kita kurang ilmu,
mempunyai nilai peribadi yang rendah, dan sering melanggar disiplin sekolah, ia akan membawa
kepada keruntuhan negara pada masa hadapan. Oleh itu, peliharalah akhlak dan disiplin anda
sepanjang masa bagi menjamin keutuhan dan kecemerlangan anda sebagai murid. Saya juga
berharap agar anak-anak dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari daripada perkhemahan ini di
dalam kehidupan seharian anak. Segala pengalaman yang anda lalui selama tiga hari di sini
adalah untuk tujuan pendidikan dan pembangunan insaniah sebagai seorang murid yang
cemerlang secara holistik. Saya percaya, anak-anak telah didedahkan dengan pelbagai ilmu
secara teori dan praktikal untuk membolehkan anak-anak menjadi warga yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Antara kebaikan aktiviti perkhemahan adalah membantu anak-anak supaya lebih berdikari. Jika
sebelum ini di rumah anak-anak tidak perlu bersusah payah untuk membina tempat berteduh
kerana tentu sahaja anak-anak telah mempunyai kediaman sendiri. Namun melalui aktiviti
perkhemahan, perkara utama yang perlu dilakukan oleh para peserta adalah membina tempat
berteduh. Di sinilah kita akan belajar menghargai bahawa sekecil-kecil ilmu asas kemahiran diri
dapat membantu anak-anak untuk meneruskan kehidupan. Selain itu, aktiviti perkhemahan juga
dapat memupuk kesedaran untuk lebih menghargai keindahan alam semulajadi dan tidak
sewenang-wenangnya merosakkan keindahan alam semulajadi tersebut. Apa yang
membimbangkan semakin hari, perasaan cinta dan menghargai alam semulajadi semakin terhakis
daripada diri anak-anak muda. Melalui aktiviti perkhemahan, anak-anak dapat menggunakan
malah membina gajet menggunakan ranting-ranting kayu dan menjaga kebersihan alam sekitar.
Hadirin dan hadirat sekalian,

Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah dan PIBG kerana telah
sama-sama memastikan perkhemahan ini berjalan lancar untuk 3 hari ini. Saya berasa amat
gembira kerana program ini berjalan dengan lancar tanpa banyak masalah serta terhindar
daripada perkara-perkara yang tidak diingini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pihak konsultan ____________________________________________ yang telah
berkerjasama dalam membimbing anak-anak berkenaan dengan ilmu-ilmu ikhtiar hidup dan
perkhemahan.   Insya-Allah, segala bakti yang telah dicurahkan untuk sama-sama melahirkan
generasi cemerlang ini akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah S.W.T.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Amalan disiplin yang baik dan kepimpinan yang berhemah dalam kalangan murid mencerminkan
identiti sesebuah sekolah. Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar murid-murid yang
terlibat selama 3 hari ini dapat berkongsi ilmu yang diperoleh dengan rakan-rakan yang lain
agar ilmu yang diperoleh dapat diamalkan bersama dalam kehidupan. Akhir sekali, saya ingin
sekali lagi mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, semua guru ,
AJK PIBG , barisan konsultan dan semua pihak yang telah memberikan pelbagai sumbangan
dan menjayakan program perkhemahan bersepadu unit beruniform ini.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan Majlis Penutupan
Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform sesi 2022/2023.
Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai