Anda di halaman 1dari 4

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,

MARILAH kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kepada Allah


Subhanahu Wataala dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya, termasuk menjaga kebersihan diri, keluarga, masyarakat,
negara dan persekitaran. Semoga kita berjaya dan beroleh keberkatan didunia dan
diakhirat.

Kebersihan merupakan amalan yang perlu dipraktikkan didalam kehidupan


seharian, samada kebersihan rohani atau jasmani. Kedua-dua perkara ini tidak
boleh dipisahkan kerana keebrsihan melambangkan keteguhan iman seseorang
kepada Allah Subhanahu Wataala. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda
maksudnya:

“ Dari Abi Malik Al-Ashari berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi


Wasallam: Kebersihan itu sebahagian daripada iman.”

Islam menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam


semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara,
kerana kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang
terjamin dan mencapai kesejahteraan kepada kita semua.

Manakala kebersihan dari sudut rohani, diantaranya ialah menjaga lidah dari
mengumpat dan mencerca, menjaga mata dari memandang perkara yang tidak baik
dan sebagainya.

Dari sudut akidah pula kita hendaklah membersihkan diri dari mensyirikkan Allah
Subhanahu Wataala, dari kekufuran dan segala perkara yang boleh membawa
kepada bahaya dan dosa. Sesungguhnya setiap amalan baik dan bersih dari segi
rohani dan jasmani adalah disukai Allah Subhanahu Wataala kerana Allah
Subhanahu Wataala sentiasa menyukai hambanya yang sentiasa mensucikan diri,
sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 222, tafsirnya:

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan


mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan kebersihan hendaklah dijadikan sebagai budaya dalam kehidupan kita.


Islam sangat mengambil berat aspek kebersihan ini dan memberi keutamaan
supaya menjaga kebersihan diri sendiri, tempat tinggal dan tempat ibadat, tempat-
tempat awam, tempat makan seperti restoran-restoran dan sebagainya. Islam
mengalakkan umatnya memebrsihkan diri sebelum melakukan tuntutan kewajipan
misalnya sebelum menunaikan sembahyang, hendaklah terlebih dahulu
memastikan diri, pakaian dan tempat sembahyangnya bersih dan terhindar dari
segala kotoran.

Kita hendaklah peka dan bertanggungjawab untuk menjadikan tempat-tempat


ibadat seperti masjid, surau atau balai ibadat sentiasa dalam keadaan bersih. Begitu
juga dengan segala kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaaj seperti tandas
atau bilik air. Selain itu tempat-tempat peranginan, tempat-tempat riadah, saliran-
saliran, sungai-sungai dan lain-lain hendaklah dijaga supaya sentiasa baik,
kelihatan bersih, dan tidak pula dirosakkan oleh orang yang tidak
bertanggungjawab.

Bayangkanlah jika pengguna tandas-tandas awam bersikap mengotor-ngotorkan


dan merosak-rosakkan kemudahan tersebut, bagaimana pula keadaan pengguna
yang lain yang ingin menggunakan kemudahan tersebut. Dimana jati diri kita
selaku orang Brunei yang pemedulian, bertimbang rasa dan lutanan, kalau
kemudahan awam tersebut dikotorkan dan dirosakkan.

Perlu disedari, bahawa pengabaian kebersihan akan menyebabkan tersebarnya


pelbagai penyakit seperti denggi, kolera, cirit-birit, keracunan makanan dan
sebagainya. Dengan mengabaikan kebersihan juga akan mengakibatkan suasana
alam sekitar tidak segar dan tidak sehat.

Prinsip kebersihan didalam islam seperti ditekankan dalam berwudhu dan bersuci
dalam ibadat, sepatutnya dihayati dan dijadikan budaya dalam aktibiti kehidupan
seharian. Adapun membudayakan amalan hidup bersih ini adalah bermula dari
rumah. Oleh itu, ibu bapa hendaklah membimbing dan mengajar ahli keluarga
tentang aspek kebersihan. Jadilah keluarga ayng mementingkan kebersihan yang
akhirnya akan menjadikan masyarakt yang mengutmakan kebersihan.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Untuk melahirkan persekitaran hidup yang bersih dan sentiasa kelihatan menarik,
perkara-perkara berikut perlulah kita hayati bersama iaitu:

Pertama: Kita hendaklah mempraktikkan kesedaran terhadap kebersihan diri,


tempat tinggal, tempat beribadat, tempat kerja dan seluruh tempat awam sebagai
cermin kemurnian umat islam yang mengutamakan kebersihan dalam semua
bidang kehidupan.

Kedua: Setiap individu hendaklah mendisiplinkan diri dalam memikul


tanggungjawab menjaga kebersihan dan hendaklah memiliki sikap suka kepada
kebersihan secara berterusan dengan melaksanakan amalan ini setiap masa dan
tempat bagi menjaga imej islam yang sukakan kebersihan.

Ketiga: Mempertingkatkan amalan tegur-menegur dan nasihat-menasihati sesama


kita dalam hal menjaga kebersihan. Amalkanlah sikap tidak camah mata jika
ternampak kekotoran. Dengan demikian, ia akan melahirkan perasaan cinta kepada
kebersihan dan benci kepada kekotoran.

Keempat: Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan sebaik mungkin


seperti tong sampah, tong kitar semula dan tempat pembuangan sampah awam
tanpa membiarkan sampah sarap dan kekotoran bertaburan merata-rata.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Amalan bergotong-royong adalah satu amalan yang terpuji menjadi kebanggan


masyarakat kita ketika dahulu. Akan tetapi amalan tersebut sudah semakin
berkurangan. Alangkah baiknya, amalan tersebut disemarakkan kembali. Sama-
samalah kita bergotong-royong membersihkan persekitaran rumah, tempat ibadat,
tempat riadah, peranginan dan juga tempat-tempat awam. Janganlah hanya
mengharapkan pihak tertentu atau pekerja-pekerja sahaja yang melakukannya. Kita
juga dapat memainkan peranan serta bekerjasama menjalankan amaln ini.

Selain itu, amalan ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan
masyarakat amnya. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mai’dah
ayat 2, tafsirnya:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan ketaqwaan dan


janganlah tolong-menolong dalam dosa dan permusuhan (melanggar hukum-
hukum Allah Subhanahu Wataala).”

Marilah kita sama-sama menghayati dengan sebenar-benarnya erti kebersihan


dalam kehidupan ini. Mudah-mudahan dengan mengamalkan kebersihan dalam
kehidupan kita, kita akan tergolong dikalangan orang-orang yang beriman. Amin
Yarrabal Alamin.

Surah Asy-Syams ayat 9-10 tafsirnya:

“ Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih


bertambah-tambah bersih dengan iman dan amal kebajikan. Dan
sesungguhnya hampalah orang ayng menjadikan dirinya yang sedia bersih itu
susut dan terbenam kebersihannya dengan sebab kekotoran maksiat.”

Anda mungkin juga menyukai