Anda di halaman 1dari 4

TAFSIR SURAH AL-HUJURAT AYAT 3-5

“ Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya di sisi Rasulullah mereka


itulah orang-orang yang telah diuji hati mereka oleh Allah untuk bertakwa. Bagi
mereka ampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggil
kamu dari luar kamar (mu) kebanyakan mereka tidak mengerti. Dan kalau sekiranya
mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka sesungguhnya itu adalah lebih
baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Surah Al-
Hujurat.

Dalam ayat yang lepas kita telah jelaskan tentang amaran Allah kepada mereka yang
mengangkat suara lebih tinggi dari suara nabi SAW atau bercakap dengannya seperti
bercakap dengan orang lain dengan tidak menghormati kedudukan Rasul SAW .
Hukumnya adalah haram. Dalam ayat ini Allah SWT memuji mereka yang
merendahkan suara mereka ketika berbicara di majlis Rasullullah Sallahu Alaihi
Wassalam atau ketika bersama dengannya. Sifat mereka ini menunjukkan akhlak
mereka yang murni serta sifat keihlasan yang tidak diragui. Hati mereka dipenuhi
dengan taqwa.

Mereka yang mencapai martabat ini layak mendapat keampunan dari Allah atas
kesalahan dan kesilapan mereka serta mendapat ganjaran yang setimpal. Kaedah
menyebut : ‫جزَاءُ مِنْ ِجْنسِ اْلعَمَل‬
َ ْ‫ “ ال‬Balasan berdasarkan amalan yang dilakukan.

Firman-Nya :
)) ‫(( الذين امتحن ال قلوبم للتقوى‬
“Orang –orang yang Allah uji hati mereka untuk dilihat ketaqwaaan mereka.”
Dalam mentafsirkan ayat “” boleh dijelaskan dengan dua pengertian :
Pertama : Pengujian hati dan didapati ianya ikhlas dan penuh dengan sifat taqwa.
Kedua : Pembersihan dan penyucian hati dari sebarang ganguan dan perkara yang
menggelapkan hati seperti proses pengoksidaan emas untuk menghasilkan emas
tulen.

Diantara mereka yang diuji hati mereka untuk dilihat ketaqwaan mereka ialah Saidina
Abu Bakar, Saidina Umar Al-Khattab, Uthman, Ali dan Thabit bin Qais RA.
Apakah ganjaran atas sikap mereka yang terpuji ini ?
Firman-Nya : (( ‫)) لم مغفرة وأجر عظيم‬
(a)Pengampunan iaitu dari dosa dan ketelanjuran yang dilakukan
(b) Ganjaran yang besar : kerana mereka yang beramal dengan mentaati dan beradab
dengan Rasullullah SAW.

Sifat merendahkan suara suatu sifat yang terpuji.


Di dalam surah Luqman ayat yang ke-19, Allah SWT berfirman menjelaskan nasihat
Luqman kepada anaknya. Firman Allah Taala :

Maksudnya : “Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu.


Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.”

Kisah :
Dari Amirul Mukminin Saidina Umar Al-Khattab RA , bahawasanya beliau
mendengar suara dua orang lelaki di masjid nabi SAW. Mereka mengangkat suara
mereka. Saidina Umar datang ke arah mereka berdua seraya bertanya : “ Tahukah
kamu di manakah kamu sedang berada sekarang.? Kemudian bertanya lagi : “ Dari
mana kamu berdua datang?”. Mereka menjawab : “ Kami datang dari Thaif” Saidina
Umar meneruskan kata-katanya : “ Sekiranya kamu berdua penduduk Madinah
neccaya aku akan rotan kamu.”

Ayat yang keempat dan kelima:


Kemudian Al-Quran menyentuh peristiwa yang berlaku kepada rombongan Bani
Tamim ketika mereka datang untuk menemui Rasullullah SAW pada tahun ke-9
Hijrah iaitu dikenali sebagai tahun rombongan.Pada tahun ini berbagai rombongan
Arab dari setiap tempat datang menemui Rasullullah SAW dan memeluk
Islam.Mereka ialah orang-orang Badwi berkelakuan kasar . Mereka memanggil
Rasullullah SAW dari belakang bilik-bilik ( Hujurat) isteri baginda SAW.

Sebab turun ayat :


Ibnu Atiyyah menyebut di dalam tafsirnya : “ Ayat ini diturunkan sempena
kedatangan delegasi dari Bani Tamim. Beberapa peribadi seperti Al-Aqra’ bin Habis,
Az-Zibarqan bin Badar, A’mru bin Al-Ahtam. Mereka datang ke Madinah dan
memasuki masjid an-Nabawi dan kemudiannya menghmapiri bilik-bilik isteri nabi
SAW yang sembilan. Mereka gopoh dan memanggil nabi SAW tanpa menunggu nabi
SAW keluar.Antara seruan mereka : Wahai Muhammad keluarlah kepada kami!
Wahai Muhammad keluarlah kepada kami!” Sikap mereka ini menunjukkan
kekasaran ,sifat kebadwian dan tidak sopan .Nabi SAW menanti seketika dan
kemudian keluar..Allah Taala menurunkan ayat 4-5 Surah Al-Hujurat menegur sikap
mereka.
Firmannya :
) ‫(( أكثرهم ل يعقلون‬
Mereka yang memanggil nabi SAW sedangkan baginda sedang berada di rumahnya
dan bersama isterinya, mereka mengatakan : “ Wahai Muhammad keluar kepada
kami” kebanyakan mereka golongan yang tidak berakal kerana tindakan mereka
bukan tindakan orang yang berkal yang memilih waktu yang sesuai ,tempat yang
sesuai serta menggunakan gaya bahasa yang sesuai dalam berkata-kata dengan nabi
SAW. Dengan kelakuan ini mereka rugi kerana tindakan mereka dicatat oleh Allah
SWT dalam Al-Quran dan ianya terus kekal sehingga hari qiamat.

Tindakan yang sewajarnya dilakukan oleh mereka ialah mereka tidak sepatutnya
bergopoh-gapah sehinggakan menyakiti Rasul SAW dan mengejut nabi SAW sedang
berehat tidur qailullah (tidur di waktu tengah hari) yang penting untuk memberi
semangat baru untuk meneruskan kerja-kerja yang seterusnya.

Tidak dinafikan niat dan matlamat mereka memang baik ,tetapi cara mereka menuju
ke matlamat tersebut yang tidak kena. Justeru itu kita perlu berfikir dengan bijak
dalam bertindak .

Seterusnya dalam ayat yang ke-5 Allah menyebut :


)5(ٌ‫صبَرُوا َحتّى َتخْ ُرجَ إَِليْهِمْ َلكَانَ َخيْرًا َلهُ ْم وَاللّ ُه غَفُورٌ َرحِيم‬
َ ْ‫وََلوْ َأّنهُم‬
“Dan kalau sekiranya mereka bersabar sampai kamu keluar menemui mereka
sesungguhnya itu adalah lebih baik bagi mereka, dan Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang”
Sikap bergopoh-gapah bukanlah satu sikap yang mulia sebaliknya sifat yang dituntut
ialah sifat bersabar. Di dalam Al-Quran banyak disebut tentang sabar dan memadailah
kita memerhatikan firman Allah :
))‫(( إنا يوف الصابرون أجرهم بغي حساب‬
“ Sesungguhnya bagi orang yang bersabar itu ganjaran yang tidak terhitung di sisi
Allah”

Apakah pengajaran buat kita umat Islam hari ini ?


Sikap kita sebagai seorang mukmin lebih dari itu,kita beradab dengan setiap guru dan
alim ulama. Abu Ubaid Seorang alim yang zahid dan seorang rawi yang dipercayai
,bahawa beliau pernah berkata. :
“ Aku tidak pernah mengetuk pintu mana-mana orang alim sehingga dia keluar sendiri
pada waktunya yang lazim”
Dalam kisah yang lainseperti yang disebut oleh Imam Al-Alusi seorang ahli tafsir
yang terkenal :
“ Saya membaca dalam beberapa kitab bahawa Al-Hibr Ibnu Abbas RA,pergi ke
rumah Ubai bin Ka’ab untuk belajar Al-Quran darinya. Beliau duduk di muka pintu
dan berdiri menanti tanpa mengetuk pintu sehinggalah Ubai keluar. Ubai kagum
dengan sikapnya ini sehinggalah pada suatau hari beliau mengatakan :
“ Sila ketuk pintu wahai Ibnu Abbas?”
Beliau menjawab : Orang alim di dalam kaumnya seperti seorang nabi terhadap
ummahnya.Dan Allah telah menyebut tentang nabi-Nya Alaihissolatu Wassalam :
)) ‫(( ولو أنم صبوا حت ترج إليهم لكان خيا لم وال غفور رحيم‬
Imam Al-Alusi meneruskan ceritanya :
“ Aku mengetahui kisah ini semasa kecil, maka saya praktikkannya dengan guru-guru
saya dan Alhamdulillah segala puji bagi Allah)
Beginilah adab yang patut kita ikuti, dalam satu situasi yang lain Allah memberi
panduan tentang cara berinteraksi dengan nabi kita SAW seperti yang tercatat dalam
surah Al-Ahzab….

Diantara kesilapan sesetengah orang ialah mereka mengetuk pintu pada waktu yang
tidak sesuai dan dengan cara yang kurang manis seperti mengetuk pintu terlalu lama
ditengah malam lalu mengejutkan orang yang tidur serta mengganngu isteri dan anak
mereka

Dan Allah mengakhiri ayat dengan menyebut dua sifat


iaitu ‫غفور رحيم‬
Ditulis oleh Abu Muhammad 8 /1/1422 H

Anda mungkin juga menyukai