Anda di halaman 1dari 7

SRIKANDI ISLAM :WANITA YANG BERHIJRAH SEORANG DIRI

‫بسم ال الرحن الرحيم‬

‫سورة المتحنة‬
Mafhumnya :
"Wahai orang-orang yang beriman , apabila datang kepadamu perempuan mukminat yang berhijrah
, maka ujilah(iman) mereka , Allah lebih mengetahui akan iman mereka ,maka sekiranya kamu
mengetahui mereka(benar-benar) perempuan yang beriman maka janganlah kamu kembalikan
mereka kepada orang-orang kafir, mereka(perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka(orang kafir
sebagai suami) dan mereka tidak halal bagi (perempuan mukminat sebagai isteri) ,dan berikanlah
kepada (suami mereka yang kafir) dari apa yang dibelanjakan(dari maskahwin) dan tidak menjadi salah
keatas kamu untuk mengahwini mereka(wanita mukminat yang berhijrah) apabila kamu membayar
maskahwinnya dan janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) berpegang dengan akad
perkahwinan kamu dengan perempuan yang tetap dalam kekafiran.....)
Surah Al-Mumtahanah ayat 10

Ayat di atas adalah antara ayat surah al-Mumtahanah. Penamaan surah ini adalah berdasarkan
kepada ayat ini yang meminta dari Rasul SAW serta para muslimin menguji muslimat yang
berhijrah meninggalkan kampung mereka ke Madinah.

SEBAB TURUN AYAT.

Ayat ini turun pada tahun ketujuh hijrah selepas perjanjian Hudaibiah yang berlaku antara muslimin
dengan orang kafir Quraisy.Antara kandungan perjanjian tersebut ialah :
(1)Orang mukmin yang pergi ke Mekah dan murtad tidak dikembalikan kepada
muslimin di Mekah.
(2)Orang yang datang dari Mekah ke Madinah dan memeluk Islam, maka
keluarganya berhak menuntutnya kembali ke Mekah.

Perjanjian ini melibatkan orang lelaki sahaja, tidak melibatkan orang perempuan .

Selepas perjanjian ini tidak ada perempuan yang berhijrah ke Madinah kecuali beberapa ketika

1
selepas itu apabila Ummu Kalthum binti Uqbah berhijrah ke Madinah .
Susulan dari itu dua orang adik beradiknya yang musyrikin datang ke Madinah dan meminta dari
Rasulullah saw untuk mengembalikan Ummu Kalhtum kepangkuan mereka. Hal ini menyebabkan
Rasulullah SAW berat untuk mengembalikan Kalthum lalu Allah Taala menurunkan ayat ini.

Ayat ini melibatkan Ummu Kalthum dan perempuan mukminat yang berhijrah sepertinya setelah diuji
kebenaran iman.

PENJELASAN.

Perintah Allah supaya Rasulullah saw menguji iman perempuan yang berhijrah.

}....‫{يا أيها الذين ءامنوا‬


(Wahai orang-orang yang beriman) di tujukan khas kepada sahabat tidak kepada seluruh orang yang
beriman seperti ayat-ayat yang lain. Ini kerana tiada hijrah selepas zaman sahabat iaitu selepas
pembukaan Mekah seperti hadis nabi SAW:

....... ‫ل هجرة بعد الفتح‬


"Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah......"
Begitu juga tiada ujian keatas perempuan mukminat yang berhijrah. Ianya adalah khas pada zaman
sahabat sahaja.

}‫إذا جاءكم الؤمنات فامتحنوهن‬...{


"Apabila datangnya (sampainya) kepada kamu wanita-wanita yang beriman yang berhijrah (dari Mekah
atau dari tempat-tempat lain ,negara-negara kafir ke Madinah) maka ujilah mereka...."
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita bahawa goongan wanita mempunyai minat dan kesungguhan yang
kuat untuk beriman kepada Allah SWT. Bayangkan bagaimana mereka berhijrah dari Mekah ke Madinah
hanya berseorangan dengan menaiki unta, melalui padang pasir yang penuh dengan rintangan.Mengapa
semuanya ini ?
Tidak lain dan tidak bukan kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah SWT. Inilah sikap muslimat
zaman Rasulullah SAW.

Apakah yang ditanya di dalam ujian tersebut ?

Perempuan yang berhijrah dari Mekah atau selainnya diuji adakah mereka datang ke Madinah
benar-benar atas dasar keimanan atau sebaliknya. Ibnu Abbas ditanya tentang apakah persoalan dalam
ujian tersebut, beliau menjawab bahawa mereka diminta bersumpah bahawa keluarnya mereka dari
Mekah untuk mencari keredhaan Allah Taala dan mahukan ganjaran dari Allah SWT, tidak
meninggalkan Mekah kerana lari atau benci kepada suami mereka yang kufur atau kesukaan untuk
berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain, bersumpah bahawa dia keluar bukan kerana
mencari keduniaan, demi Allah aku keluar kerana cinta kepada Allah dan Rasulnya..
( Lihat tafsir At-Tabari, tafsir Surah al-Mumtahinah, ayat 1o,Jilid 14,m.s 86 ,cetakan Dar Al-Fikir ,
Beirut cetakan tahun 1995.)

Dengan ujian ini rasul SAW dapat mengetahui kebenaran dan keikhlasan wanita tersebut. Beginilah
keadaaan para sahabat RA lelaki mahupun perempuan, mereka semua melaksanakan perintah Allah
SWT. Buktinya, apabila kita membuka kitab-kitab sirah kita tidak akan dapati seorang pun dikalangan
mereka yang gagal dalam ujian ini.

} ‫{ ال اعلم بإيانن‬
"Allah lebih megetahui tentang iman mereka"
Seterusnya Allah Taala menjelaskan bahawa Allah Taala lebih mengetahui iman mereka. Ilmu Allah
Taala lengkap dam sempurna dan tiada sesuatu yang tersembunyi dari Allah SWT. Maka kita
menyerahkan segalanya kepada Allah SWT. Ayat ini sebenarnya memberi kekuatan kepada mukminat

2
yang berhijrah itu tadi seolah-olah Allah Taala berkata :Wahai manusia sekiranya kamu mengaku
beriman, mungkin orang akan ketawakan kamu, jadi apabila mereka mendengar ayat ini, mukminat
yang berhijrah mengikhlaskan niatnya sehingga mencapai ganjaran dari Allah SWT.

Tindakan setelah mengetahui keimanan mereka.

Setelah mengetahui iman mereka Allah taala memerintahkan supaya Rasulullah SAW
mengekalkan perempuan tersebut di Madinah tanpa mengembalikannya kepada keluarganya.
Firman Allah Taala:

}‫{ فإن علمتموهن مؤمنات فل ترجعوهن إل الكفار‬


"Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman maka janganlah kamu
kembalikan mereka kepada orang-orang kafir."

"Maka sekiranya kamu mengetahui bahawa mereka perempuan yang beriman " menunjukkan kepada
kita bahawa iman boleh diketahui oleh orang lain. Bagaimana?
Iman diketahui melalui amal seseorang, melalui syaksiah(peribadi) seseorang. Orang yang beriman
kehidupannya berperaturan dan istiqamah dalam melakukan ibadah. Apabila buruknya akhlak seseorang
atau banyak maksiat yang dilakukan menunjukkan kurangnya iman seseorang.

Haram perempuan yang beriman berkahwin dengan lelaki yang kafir.

Dan firmanNya : "Jangan kamu kembalikan mereka kepada orang-orang kafir" menjelaskan hukum
haram perempuan yang beriman menjadi isteri kepada orang kafir.Firman Allah Taala :

}.... ‫{ ل هن حل لم ول هم يل لن‬
"Mereka (perempuan mukminat) tidak halal bagi mereka (sebagai isteri kepada lelaki yang kafir) dan
mereka juga tidak halal kepada perempuan yang mukminat sebagai suami"

Di sana terdapat ayat lain yang mengharamkan perempuan mukminat berkahwin dengan lelaki yang
musyrikin. Firman Allah Taala dalam Surah al-Baqarah :

‫{ ول تنَكحوا الشركات حت يؤم ّن ولمة مؤمنة خي من مشركة ولو أعجبتكم‬


‫ول تنُكحوا الشركي حت يؤمنوا ولعبد مؤمن خي من مشرك ولو أعجبكم‬
‫اؤلئك يدعون إل النار وال يدعو إل النة والغفرة بإذنه ويبي ءاياته للناس‬
221 ‫} اية‬.‫لعلهم يتذكرون‬
"Dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan yang musyrik sehinggalah mereka beriman,
sesungguhnya hamba perempuan lebih baik dari wanita musyrik sekalipun dia menarik hatimu, dan
janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik dengan (wanita-wanita mukmin) sehingga mereka
beriman, sesungguhnya hamba lelaki yang mukmin lebih baik dari orang musyrik sekalipun kamu
tertarik hati dengan mereka"mereka mengajak kamu ke neraka dan Allah menyeru kamu ke syurga dan
keampunan dengan keizinannya dan Allah menjelaskan ayat-ayatnya kepada manusia supaya mereka
mengambil peringatan."

Ayat ini menjelaskan haram orang mukmin berkahwin dengan perempuan musyrik begitu juga
sebaliknya, perempuan mukmin haram berkahwin dengan lelaki musyrik. Hukum ini mesti
dilaksanakan sehingga hari Qiamat.

Perintah mengembalikan mahar kepada suami wanita mukmin yang berhijrah.

3
Suami yang musyrik kepada perempuan mukmin yang berhijrah wajib dipisahkan. Jadi apakah hukum
mahar yang dibayar oleh lelaki musyrik itu tadi semasa mengahwini wanita tersebut ?
Firman Allah taala:

}... ‫{ وءاتوهم ما أنفقوا‬


"Dan kembalikanlah kepada mereka (suami perempuan yang telah mukmin) apa yang dibelanjakan dari
maskahwin "

Apabila terputusnya hubungan antara wanita mukmin yang berhijrah dengan suaminya yang kafir, maka
Islam memerintahkan wanita tersebut mengembalikan maharnya. Sekiranya tidak mampu maka ianya
diserahkan kepada Baitul mal muslimin untuk memulangkannya. Lihatlah bagaimana keadilan Allah
SWT. Lihatlah bagaimana Islam memberi hak kepada orang kafir tetapi ianya tidak wujud hari ini
kerana Islam tidak wujud dalam alam realiti. Sistem perundangan Islam tidak dilaksanakan.

Seterusnya : Apa yang hendak dilakukan ke atas wanita tersebut ?

} ‫{ ول جناح عليكم أن تنكحوهن إذا أتيتموهن أجورهن‬


"dan tidak menjadi salah keatas kamu untuk mengahwini mereka apabila kamu membayar mahar-
maharnya kepada mereka "
Hukum ini ditujukan kepada sahabat yang berada di Madinah, sekiranya mereka ingin berkahwin
dengan mereka, maka harus hukumnya. Ini apabila wanita tersebut suci rahimnya sekurang-kurangnya
sekali tetapi sekiranya wanita tersebut dalam keaadaan hamil maka ianya ditangguh sehingga bersalin .

Siapa walinya?
Timbul persoalan siapakah wali kepada wanita tersebut kerana tidak sah nikah tanpa wali. Wali
merupakan satu rukun dari rukun-rukun nikah.
Jika ada kaum kerabatnya yang hampir maka mereka menjadi walinya, sekiranya tiada maka nabi SAW
menjadi wali amr keatasnya. Dan disyaratkan dalam perkahwinan ini seperti perkahwinan lain,
hendaklah memberikan mas kahwin seperti dalam firman-Nya :
"Apabila kamu membayar mahar kepada mereka"

‫ "الجرة‬dalam ayat ini tidak bermakna upah seperti dalam


Perlu diberi perhatian perkataan "
penggunaan bahasa Arab harian tetapi ianya membawa maksud maskahwin. Orang-orang syiah
menjadikan ayat ini sebagai dalil harus kahwin Mut'ah iaitu mengahwini perempuan dalam tempoh
tertentu.sebagai contoh :
"Saya mengahwini kamu selama dua minggu dengan upahnya dua puluh dinar"

Perkataan ( ‫ )صداق‬didalam Al-quran juga digunakan di dalam Al-Quran untuk menunjukkan


maskahwin seperti dalam firman-Nya :

{ ‫}وءاتوا النساء صُدقتهن نلة‬


"Dan berikanlah maskahwin kepada wanita yang kamu nikahi sebagai pemberian yang penuh dengan
kerelaan"
Maksudnya :Pemberian itu ialah maskahwin yang besar kecilnya ditetapkan atas persetujuan kedua
pihak kerana pemberian itu mestilah dilakukan dengan ikhlas.

Perkataan ‫صدقت‬ ‫صداق‬


dalam ayat ini merupakan lafaz jama’ (plural) bagi .

Jadi disini perlu kita bezakan anatara tiga perkataan ‫صدقة‬,‫ صداق‬dan ‫ أجورهن‬kerana di dalam

Al-Quran ada satu kaedah (‫ ) ل للترادف ف القرآن‬iaitu tidak ada perkataan seerti di dalam Al-

4
Quran.

Imam al-Raghib al-Asfahani menyebut:

{ ‫ ما يرجه النسان من ماله على وجه القربة كالزكاة لكن الصدقة ف‬: ‫الصدقة‬
‫ وقد سي الواجب صدقة إذا تري‬، ‫الصل تقال للمتطوع به والزكاة للواجب‬
‫) صاحبها الصدق ف فعله‬....
‫ما تعطي من مهرها وقد أصدقتها‬: ‫وصداق الرأة وصداقها وصدقُتها‬.
Dinamakan "Sudaq" kerana pemberian mahar sebagai dalil kebenaran lelaki tersebut untuk

mengahwininya. Manakala dalam madah ‫أجر‬ beliau menyebut :

‫ وقوله تعال‬:
{ ‫ والجر والجرة يقال فيما كان عن عقد‬، ‫وأتوهن أجورهن} كناية عن الهور‬
‫ول يقال إل ف النفع دون الضر‬.‫وما مري العقد‬..
Dinamakan "ujrah" sebagai mahar bagi beristimta' dengan isteri.

HARAM MENGAHWINI PEREMPUAN YANG TETAP DALAM KEKAFIRAN.

Seterusnya Allah Taala berfirman :

{‫}ول تسكوا بعصم الكوافر‬


"Dan janganlah kamu tetap berpegang pada tali perkahwinan dengan perempuan-perempuan kafir."

Ibarat ini tidak disebut didalam Al-Quran kecuali pada ayat ini.
Perkataan "Tamassaku" bermaksud tetap dalam tali perkahwinan. -Hukum ini melibatkan sahabat dan
orang yang selepasnya .

Perkataan { ‫ }العصم‬pula merupakan 'jama' kepada kalimah ‫عصمة‬ yang bermaksud dalam
keadaan berkahwin .

Perkataan ‫الكوافر‬ dalam ayat ini adalah "jama'" kepada perkataan ‫كافرة‬ yakni perempuan
yang kafir.
Maksud ayat ini janganlah kamu tetap kekal dengan ikatan perkahwinan dengan perempuan yang
kafir.
Apabila membincangkan persoalan haram berkahwin dengan perempuan kafir. Suka saya
menerangkan tentang peringkat-peringkat hukum yang melibatkan perkahwinan seorang Islam dengan
perempuan kafir.

Peringkat pertama : Melibatkan orang Islam di Mekah sebelum turunnya perintah hijrah.
Pada peringkat ini tidak ada hukum rumah tangga Islam yang khas. Tiada di sana ayat yang
membataskan perkahwinan. Sahabat-sahabat boleh berkahwin dengan perempuan yang mereka sukai
tanpa mengira Islam atau kafir. Sebab itu kita lihat Saidina Abu Bakar berkahwin dengan seorang
perempuan musyrik di Mekah. Begitu juga kita dapati bahawa Saidina Umar memiliki empat orang
isteri, dua wanita Islam dan dua orang kafir. Hukum ini berterusan sehingga selepas Hijrah .

Peringkat kedua : Haram mengahwini perempuan musyrikin

5
Apabila turunnya ayat :

‫الية‬.....‫] ول تنكحوا الشركي حت تؤمنوا‬


Allah taala melarang orang mukmin lelaki atau perempuan mengahwini perempuan atau lelaki musyrik.
Walaubagaimanapun bagi mereka yang berkahwin sebelum turunnya ayat ini, boleh meneruskan ikatan
perkahwinan mereka. Setelah turunnya ayat ini haram keatas umat Islam mengadakan akad perkahwinan
dengan orang musyrik.

Peringkat ketiga : Pengharaman secara keseluruhannya iaitu ayat ini.


seperti dalam firman-Nya :

{ ‫}ول تسكوا بعصم الكوافر‬


Apabila turunnya ayat ini, mereka yang memiliki isteri yang kafir diperintahkan untuk berpisah dengan
mereka.

Satu persolan lagi yang perlu difikirkan ialah mengapa Allah SWT menyebut perempuan sebagai

‫? العصمة‬

‫ العصمة‬berasal dari perkataan ‫العتصام‬ yang bermaksud penjaga dan penghalang. Jadi perempuan
dinamakan dengan Ismah' kerana wanita yang menjadi isteri kepada seseorang lelaki dapat
mengawalnya dan menghalangnya dari melakukan zina. Maka suami dan isteri kedua-duanya menjadi
penghalang kepada zina, sebab itu lelaki atau perempuan yang telah berkahwin dan berzina dikenakan
hukman rejam sampai mati.

Ini larangan mengahwini perempuan musyrikin ,bagaimana pula ahlul kitab?

Ayat ini : ‫ول تسك بعصم الكوافر‬ adakah termasuk di dalamnya perempuan Yahudi dan
Nasrani?

Jawapannya :Ayat ini diturunkan pada tahun ke-7 hijrah dan khusus kepada perempuan-peempuan
musyrikat. Mana-mana mereka yang berkahwin dengan perempuan musyrikat wajib berpisah, sebab itu
kita lihat Saidina Abu Bakar dan saidina Umar mengembalikan isteri mereka yang kafir ke Mekah
setelah turunnya yat ini.

Timbul pula persoalan lain : bagaimana pula ianya khas kepada orang musyrikat sahaja?

Jawapan : Disana ada dalil yang menunjukkan harus berkahwin dengan wanita ahli Kitab. Firman
Allah Taala dalam Surah al-Mai'dah :

{... ‫والحصنات من الؤمنات والحصنات من الذين أوتوا الكتاب من قبلكم إذا‬


‫ أتيتموهن أجورهن مصني عي مسافحي ول متخذي أخذان‬...}
"(dan dihalalkan mengahwini) perempuan yang suci (menjaga kehormatan -tidak berzina) dari kalangan
yang beriman dan perempuan yang suci dari kalangan mereka yang diberikan kitab sebelum kamu (ahli
kitab) ,apabila kamu membayar maskahwinnya dengan maksud mengahwininya tidak dengan maksud
berzina atau mengambilnya sebagai gundik...."
(al-maidah ayat5)

6
Ayat ini menunjukkan :
1.Haram berkahwin dengan wanita mukmin yang berzina
2.Harus berkahwin dengan ahli kitab yang masih suci(tidak berzina)

Hukum ini tidak dimansukh oleh ayat surah Al-Mumtahinah kerana ianya turun pada tahun ke-9 Hijrah
tahun nabi mengerjakan haji wida'. Jadi surah Al-Maidah turun selepas surah Al-mumtahinah. Jadi ayat
ini menunjukkan harus mengahwini perempuan ahli kitab. Ya hukumnya memang harus tetapi kalau
tidak mengahwininya lebih utama. Cuba bayangkan dua orang perempuan Islam, satu memakai tudung
dan satu lagi tidak memakai tudung tentulah di pilih perempuan yang bertudung, apatah lagi kalau
perempuan ahli kitab, lagi teruk. Lebih-lebih lagi kalau seorang itu sebagai pemimpin. Perkahwinan
dengan ahli kitab mungkin meyebabkan rahsia umat Islam terbocor.

Diriwayatkan bahawa Huzaifah bin al-Yaman menjadi wali di di Iraq di zaman saidina Umar RA selepas
pembukaan Iraq dan berkahwin dengan wanita Yahudi. Apabila saidina Umar megetahui hal ini, maka
beliau marah lalu berkata :

‫ ويك لاذا تزوجها ؟‬mengapa kamu berkahwin dengannya ?


Lalu Huzaifah bertanya :Beritahu kepadaku adakah ianya halal atau haram?

‫ويك أن زواجها حلل‬ Ya perkahwinannya halal tetapi dia wanita Yahudi dan kamu
merupakan seorang wali !!!

Ayat ini juga menjelaskan harus berkahwin dengan perempuan ahli kitab dengan dua syarat :
Pertama: Perempuan yang dikahwini suci iaitu tidak pernah brzina
Kedua : Muslim yang mengahwini wanita ahli kitab tersebut bukan seorang penzina (suci) dan bukan
kerana hendak menjadikannya sebagai gundik .Wallahu A'lam

Ini adalah beberapa waqfah bersama ayat 10 Surah Al-Mumtahinah.


(Makalah ini pada asalnya adalah merupakan kelas tafsir Dr Solah Abdul Fattah Al-khalidi tahun 1997
terjemahan dan olahan : Norazamudin Umar)

Anda mungkin juga menyukai