Anda di halaman 1dari 42

PERNIKAHAN DAN SYARAT-

SYARAT

Hayatun bt Mustapha (4164009681)


Noor Syairah Atiqah bt Rahim (4164005981)
Nur Lina Khalida bt Md. Shariff (4164003031)
Definisi Nikah

 Bahasa : menghimpunkan atau mengumpulkan


 Istilah : suatu ikatan lahir antara lelaki dan
perempuan yang bukan muhrim sebagai suami
isteri dengan tujuan membina rumah tangga yang
berdasarkan tuntutan Allah S.W.T
JENIS- JENIS PERKAHWINAN
DAN PERNIKAHAN
JENIS-JENIS PERNIKAHAN
1.Nikah Syighor (Cina Buta)
- Pernikahan seorang lelaki yang telah diupah
dengan isteri yang ditalak tiga dan berlaku
persetubuhan antara lelaki dengan wanita
tersebut.
- Hukum
- Haram
Dalil

- Nabi SAW bersabda:


“ Allah melaknat cina buta dan lelaki yang
mengupah cina buta ”
2.Nikah Khitbah (Gantung)
- Perkahwinan yang memenuhi syarat- syarat
sah pernikahan, tetapi pasangan belum hidup
bersama.

Dalil Hadith:
- “ Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang
telah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia (segera)
menikah. Kerana itu lebih menundukkan pandangan dan
menjaga kemaluan. Barangsiapa belum mampu, maka
hendaklah ia berpuasa kerana itu adalah pelindung
baginya.”
Hukum
- Sah pernikahan kerana memenuhi syarat-
syarat sah nikah,
- jumhur ulama’ menetapkan suami tidak
wajib memberi nafkah

Faktor menyebabkan nikah gantung


-Belajar
-Belum bersedia beri komitmen
3. Nikah Mut’ah (Kontrak)
- Pernikahan dalam waktu tertentu sahaja
sesuai dengan kesepakatan akadnya.

Hukum
- Haram : Ahli Sunnah Wal Jamaah
- Sah : Syiah
4. Nikah Misyar
-Pernikahan yang memenuhi syarat sah nikah,
namun selepas bernikah si suami tidak menyara
kehidupan isterinya

 Hukum
- Sah:
- Haram: sekiranya lelaki tersebut tidak
memberi nafkah
Rukun Nikah

 Pengantin lelaki (calon suami)


 Pengantin perempuan (calon isteri)
 Adanya wali
 Dua orang saksi lelaki
 Ijab dan Qabul (akad nikah)
Syarat-syarat Bakal Suami

 Islam
 Bukan mahram dengan bakal isteri
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Dengan kerelaan sendiri
 Mengetahui wali yang sah bagi akad nikah tersebut
 Mengetahui bahawa perempuan itu boleh dan sah dinikahi
 Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu
masa
Syarat-syarat Bakal Isteri
 Islam
 Bukan seorang khunsa
 Tidak dalam keadaan idah
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Dengan rela hati
 Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
 Bukan isteri orang atau masih ada suami
Syarat Wali
 Adil
 Islam
 Baligh
 Lelaki
 Merdeka
 Tidak fasik, kafir atau murtad
 Bukan dalam ihram haji atau umrah
 Waras-tidak cacat akal fikiran atau gila
 Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
 Tidak muflis atau ditahan kuasa atas hartanya
Syarat Ijab dan Qabul

Syarat Ijab
 Pernikahan hendaklah dengan perkataan nikah atau
dengan perkataan yang sama maksudnya secara terang
dan tepat
 Tidak diikatkan dengan tempoh waktu tertentu seperti
ikatan perkahwinan yang dijanjikan dan dipersetujui
dalam tempoh tertentu
 Tidak secara taklik. Tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab
 Tidak boleh menggunakan perkataan kiasan atau sindiran
 Dilafazkan oleh wali atau wakilnya
Syarat Qabul

 Lafaz Qabul (terima) hendaklah sesuai dengan lafaz ijab


 Hendaklah terang dan nyata, bukan kiasan
 Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
 Tidak diikatkan atau mengandungi perkataan yang
terbatas tempoh waktunya
 Tidak secara taklik
 Menyebut nama bakal isteri
 Tidak diselangi perkataan lain
Perempuan yang Haram dikahwini
 HARAM SELAMA-LAMANYA
1. Nasab (keturunan)
- Ibu
- Anak perempuan
- Anak perempuan adik- beradik lelaki
- Anak perempuan adik-beradik perempuan
- Ibu saudara sebelah bapa
- Ibu saudara sebelah bapa
- Ibu saudara sebelah ibu
Dalil
“ Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan
berikut) ibu-ibu kamu, anak- anak kamu,saudara-saudara
kamu ( adik-beradik ), saudara-saudara bapa kamu ( ibu
saudara sebelah bapa ), saudara-saudara ibu kamu (ibu
saudara sebelah ibu), anak- anak perempuan saudara lelaki
kamu (anak perempuan kepada adik beradik lelaki), anak-
anak perempuan saudara perempuan kamu (anak perempun
kepada adik beradik perempuan)… (An-Nisa’: 23)
2. Perkahwinan

- ISTERI BAPA

“ Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan) yang


telah diperisterikan oleh bapa kamu, kecuali apa yang telah
berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya, (perbuatan) itu
adalah satu perkara yang keji dan dibenci (Allah), serta
menjadi seburuk- buruk jalan (yang dilalui dalam
perkahwinan) “: (An-Nisa’: 22)
-ISTERI ANAK (MENANTU)

“ Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas


isteri anak- anak kamu sendiri yang berasal dari
benih kamu“: (An-Nisa’: 23)

-IBU MERTUA

“ Dan haram dikahwini ibu-ibu isteri kamu ”: (An-


Nisa’: 23)
-ANAK PEREMPUAN KEPADA ISTERI
“ Dan anak-anak tiri yang dalam pengharaman kamu dari
isteri- isteri yang telah kamu campuri (setubuhi), tetapi
kalau kamu belum mencampuri mereka (isteri- isteri
kamu) itu (dan kamu telah menceraikan mereka ), maka
tiadalah salah kamu berkahwin dengannya (anak-anak tiri
kamu)
3. Penyusuan

• Al-Quran menyebutkan dua golongan :

1.Ibu susuan iaitu ibu yang menyusukan kamu


2.Adik beradik perempuan susuan

• Dalil

- “ Dan (diharamkan kamu berkahwin dengan) ibu-ibu


yang menyusukan kamu dan saudara- saudara kamu
(adik beradik) yang sesusu” : (An-Nisa’: 23)
• Hadith menyebutkan lima golongan :

1.Anak perempuan kepada adik beradik lelaki susuan


2.Anak perempuan kepada adik beradik perempuan
susuan
3.Ibu saudara susuan, adi beradik susuan dengan
bapamu
4.Ibu saudara susuan, adik beradik susuan dengan ibu
5.Anak perempuan susuan, perempuan yang menyusu
dengan isteri mu

• Dalil :
Rasulullah SAW bersabda : “ Sesungguhnya penyusuan
itu mengharamkan apa yang diharamkan kelahiran”
• Haram berkahwin dengan susuan sebab hubungan perkahwinan:

1.Ibu mertua susuan


2.Anak tiri susuan
3.Isteri bapa (ibu tiri) susuan
4.Isteri anak (menantu) susuan

 HARAM SEMENTARA

1.Berkahwin Dengan Dua Beradik Perempuan Sekali Gus

 “ Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi


isteri-isteri kamu)keculi yang telah berlaku pada masa lalu. Sesungguhnya
Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang” (An-Nisa’: 23)
2. Berkahwin Lebih Daripada Empat Orang
Perempuan

• “ Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu


berkenan dari perempuan- perempuan (lain) dua, tiga
atau empat “ (An-Nisa’: 3)

3. Perempuan Yang Sudah Berkahwin (Mempunyai


Suami)

• “ Dan (haram kamu berkahwin) dengan wanita yang


bersuami “ (An-Nisa’:24)
4. Perempuan Yang Dalam Eddah
• “ Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh
(hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang
ditetapkan “ (Al-Baqarah: 235)

5. Perempuan Yang Diceraikan Dengan Talak Tiga


• “ Sudah (diceraikan dua kali)itu, jika diceraikan pula (bagi kali
ketiga) maka perempuan itu tidak halal lagi baginya sesudah itu,
sehingga dia berkahwin dengan suami yang lain. Setelah itu, kalau dia
diceraikan (oleh suami baru itu dan habis edahnya), maka mereka
berdua (suami lama dan bekas isterinya)tidaklah berdosa untuk
kembali (berkahwin semula), jika mereka kuat menyangka akan
menegakkan peraturan-peraturan hukum Allah, dan itulah peraturan-
peraturan hukum Allah, diterangkan kepada kaum yang mahu
mengetahui dan memahami “ (Al-Baqarah: 230)
6. Memadukan Seorang Perempuan Dengan Ibu Saudara
Sebelah Ibunya Atau Ibu Saudara Sebelah Bapa

• Berdasarkan hadis Nabi SAW : “Tidak boleh dimadukan seorang


perempuan dengan ibu saudara sebelah bapanya dan ibu saudara
sebelah bapanya”

7. Perempuan Kafir Yang Menyembah Berhala

• “ Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan- perempuan


kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agam Islam), dan
sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman lebih baik
daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati
kamu “ (Al-Baqarah: 221)
Kaffa’ah

o Kufu’ : sama, sedarjat, sepadan.


o Menurut istilah hukum islam : keseimbangan dan keserasian
antara calon isteri dan suami dalam tingkatan sosial, moral
dan ekonomi.
o Sahnya sesebuah ikatan pernikahan tidak bergantung kepada
kaffa’ahnya sesebuah pasangan.
kaffa’ah yang dituntut dalam agama
1. Agama
“dan janganlah kamu nikahi perempuan-perempuan
yang musyrik itu hingga mereka beriman lebih
dahulu. Sesungguhnya hamba abdi yang beriman
lebih baik dari perempuan musyrik betapapun
mengagumkan kamu rupanya” ( Al-Baqarah :221)
2. Kemerdekaan
“dari Aisyah r.a dalam perkara kisah barirah ketika ia telah
dimerdekakan, ia berkata: “adalah suami barirah itu seorang
hamba, lalu kepadanya diberi oleh Rasulullah s.a.w
kesempatan memilih, maka dengan sendirinya dipilihnya
pernikahan itu. Andai kata suaminya itu seorang yang
merdeka, tentu ia tidak melakukan pemilihan” (R. Bukhari
dan Muslim)
3. Iffah (jiwanya terpelihara dari segala yang haram)
“laki-laki penzina itu tidak boleh kahwin, melainkan dengan
orang perempuan yang penzina atau dengan perempuan yang
musyrik dan perempuan yang penzina itu tidak boleh kahwin
melainkan dengan laki-laki yang penzina pula atau dengan
laki-laki yang musyrik, yang demikian itu diharamkan atas
orang mukmin” (An-Nur :3)
4. Keturunan.
5. Akhlak dan perangai baik.
“perempuan keji itu jodohnya ialah laki-laki keji pula dan
laki-laki yang keji itu jodohnya ialah perempuan-perempuan
yang keji pula, dan perempuan-perempuan yang baik itu
padannya laki-laki yang baik pula, laki-laki yang baik itu
padannya ialah perempuan yang baik pula” (An-Nur : 26)
6. Ilmu pengetahuan
“katakanlah (hai Muhammad); tidaklah sama yang
berpengetahuan itu dengan yang tidak berpengetahuan” (Az-
Zumar : 9)
7. Aib
8. Umur
“dari Buraidah r.a ia berkata : “pernah Abu
Bakar dan Umar r.a meminang siti fatimah
(anak perempuan Nabi s.a.w), maka bersabda
Rasulullah s.a.w : “sesungguhnya ia masih
kecil.” kemudian dipinang oleh Ali r.a maka
beliau kahwinkanlah dengan ali.” (Riwayat
Nasai)
Perwalian
 Wali iaitu orang yang berhak menikahkan
bakal mempelai wanita.
“tidak ada pernikahan melainkan dengan
adanya wali dan dua orang saksi yang adil.
Jika pernikahan berlaku tanpa kehadiran
mereka, nikah itu batil” (R. ibnu hibban)
 Sesebuah pernikahan tidak sah kecuali
adanya wali dan hadirnya dua saksi yang
adil.
“tidak ada nikah tanpa wali” (R.Abu Daud)
JENIS-JENIS WALI
Wali

Wali Nasab Wali Hakim

Wali akrab Wali ab’ad

Wali mujbir Wali tidak mujbir


URUTAN WALI
2

7 DATUK
8 BAPA SAUDARA
BAPA SAUDARA
SEKANDUNG SEAYAH

1
BAPA
9 ANAK LELAKI BAPA 10
SAUDARA ANAK LELAKI BAPA
SEKANDUNG SAUDARA SEAYAH

PEREMPUAN

3 ADIK BERADIK 4
ADIK BERADIK
LELAKI
LELAKI SEBAPA
SEKANDUNG

5 ANAK LELAKI 6 ANAK SAUDARA


SAUDARA LELAKI
LELAKI SEAYAH
SEKANDUNG
WALI YANG TIDAK MAHU MENIKAHKAN
(wali udhul)
Dari aisyah r.a dari Nabi s.a.w beliau bersabda : “
perempuan yang kahwin dengan tidak seizin
walinya, maka nikahnya itu batal,” tiga kali
diucapkan oleh nabi kata-kata itu, “dan apabila ia
telah dhukul (bersetubuh) maka yang wajib ialah
mahar misil (sekadar pemberian) sebab ia telah
mencampuri perempuan itu. jika mereka berselisih,
maka sultan lah wali orang yang tidak ada walinya.”
Mahar
o Bahasa : Mahar, shidak, nihlah dan
faridhah
o Istilah : sesuatu yang akan diterimanya dari
diri isterinya itu.
o Mas kahwin adalah hak isteri ( surah An-
Nisa’ : 4)
o Hukum menyebut jumlah mahar pada saat
akad adalah sunat.
‫شيءْ ِّمن ْهُ نَفسا‬
َْ ْ‫عن‬ َْ ‫ص ُد َٰقَتِّ ِّهنْ نِّحْلَةْ فَإِّنْ ِّطب‬
َ ْ‫ن لَ ُكم‬ َ ِّ‫َو َءاتُواْ ٱلن‬
َ ‫سا ٓ َْء‬
٤ ‫فَ ُكلُوْهُ َه ِّنْٓيا م ِّرْٓيا‬
Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu
mas kahwin mereka sebagai pemberian yang wajib.
Kemudian jika mereka dengan suka hatinya
memberikan kepada kamu sebahagian dari mas
kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian
(yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik
kesudahannya.
Jenis-jenis mas kahwin

Mata wang
Barang
Pekerjaan
Makanan
Memerdekakan
Yang mewajibkan Mas Kahwin

Sebab nikah yang sah


Kerana percampuran
(persetubuhan) sebab nikah yang
tidak sah (nikah batil)
Lafaz nikah yang menyempurnakan mas
kahwin

Wali : “ aku nikahkan engkau/ aku


kahwinkan engkau dengan si …….”
Bakal suami : “aku terima
nikahnya/kahwinnya…”
“maka tatkala zaid menyampaikan
keperluannya kepada perempuan itu,
kami kahwinkan engkau akan perempuan
itu” (Al-Ahzab : 37)

Anda mungkin juga menyukai