Anda di halaman 1dari 12

Bab 1 : Pernikahan

1. Takrif Nikah :

i) Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.

ii) Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak dan
kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di antara
keduanya bukan mahram.

2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan di dalam Islam serta
dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya ia bukan dari
golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )

3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut oleh syarak adalah seperti berikut :
 Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :

"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau
empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) maka
berkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )

 Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:

"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yang mampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan)
hendak berkahwin, hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkan
matanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannya dan sesiapa yang tidak
mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itu menjadi benteng". ( Riwayat Muslim )

 Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinan itu adalah
dituntut oleh Hukum Syarak.

Bab 2: Kufu Dalam Pernikahan

1. Kufu bermaksud persamaan, kelayakkan atau sepadan.

2. Kufu tidak menjadi syarat dalam perkahwinan, tetapi jika tidak dengan keredhaan masing-masing, maka
bolehlah memfasakhkan nikahnya itu dengan alasan tidak kufu.

3. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Qur'an yang bermaksud :

"Wahai sekelian manusia sesungguhnya kami jadikan kamu dari lelaki dan perempuan dan kami jadikan
kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak agar kamu kenal-mengenal di antara satu dengan yang lain ,
bahawa sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah yang paling bertaqwa diantara kamu ,
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana ".

4. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

"Tidak ada kelebihan orang Arab atas orang yang bukan Arab dan sebaliknya, tidak ada orang putih atas
orang hitam dan sebaliknya, tetapi kelebihan yang satu dari yang lain hanyalah dengan taqwa ".

5. Kufu berpunca daripada lima sebab :


 Selamat daripada 'aib seperti gila atau penyakit kulit.
 Merdeka bukan hamba .
 Keturunan.
 Pekerjaan.
 'Iffah (Kebolehan atau kesopanan )
 
Bab 3 : Khiar Dalam Perkahwinan

1. Khiar bermaksud salah satu pihak samada suami atau isteri mempunyai hak untuk memilih di antara
diteruskan nikahnya atau fasakh.

2. Apabila berlaku pernikahan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang tidak diketahui ada
cacat-celanya, maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu daripadanya khiar.

3. Bagi lelaki yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara iaitu:

a) Gila.

b) Jazam. ( penyakit kusta )

c) Barash. ( penyakit sopak )

d) Zakar yang terpotong semua sekali atau separuh.

e) 'Unnah ( mati pucuk )

4. Bagi perempuan yang membolehkan khiar padanya ada lima perkara:

a) Gila.

b) Jazam. (penyakit kusta)

c) Barash (penyakit sopak)

d) Rutaqa' (faraj yang tersumbat dengan daging dan menghalang dari persetubuhan)

e) Qurana' (faraj yang tersumbat dengan tulang dan menghalang dari persetubuhan)

5. Jika berlaku salah satu daripada cacat-cela ini maka bolehlah kedua belah pihak atau salah satu
daripadanya khiar, fasakh aqad nikah seberapa segera dengan syarat dilakukan khiar dihadapan Qadhi.

6. 'Unnah ( mati pucuk ) tidak dinafikan melainkan pengakuan dari suami sendiri di hadapan Qadhi atau
dengan saksi yang menyaksikan ikrarnya atau dengan sumpah isteri jika suaminya enggan membuat
pengakuan, maka ditetapkan bahawa ia mati pucuk, selepas itu Qadhi memberi tempoh setahun kepada
suami supaya berubat.Apabila sudah setahun tempohnya jika ia tidak mampu mensetubuhi isterinya maka
isteri mengadu kepada Qadhi maka diterima fasakhnya.

Bab 4: Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini


1. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini itu terbahagi kepada dua bahagian:

i. Haram buat selamanya.

ii. Haram buat sementara waktu.

2. Sebab-sebab haram dikahwini:

i. Haram dengan sebab keturunan.


ii. Haram dengan sebab susuan.

iii. Haram dengan sebab persemendaan. ( Musyaharah )

3. Haram dengan sebab keturunan:

i. Ibu dan nenek hingga ke atas.

ii. Anak dan cucu hingga ke bawah.

iii. Adik-beradik perempuan seibu-sebapa atau sebapa atau seibu sahaja.

iv. Ibu saudara sebelah bapa ( adik beradik perempuan sebelah bapa ) hingga ke atas.

v. Ibu saudara sebelah ibu ( adik-beradik perempuan sebelah ibu ) hingga ke atas.

vi. Anak saudara dari adik-beradik lelaki hingga ke bawah.

vii. Anak saudara dari adik-beradik perempuan hingga ke bawah. - Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah bapa , emak
saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara dari saudara perempuan kamu ". (
Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

4. Haram dengan sebab susuan :

i. Ibu yang menyusukan.

ii. Saudara perempuan sesusuan. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


"Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan". ( Surah An-Nisaa' -
Ayat 23 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:


"Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan ". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-orang yang haram
dengan sebab keturunan.
 
Bab 4: Wanita-wanita Yang Haram Dikahwini

5. Syarat-syarat haram dengan sebab susuan :

i. Ibu yang telah menyusukan itu telah baligh.

ii. Anak yang disusukan itu berusia dua tahun. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun". ( Riwayat DaruQutni )

iii. Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti sampai kenyang.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quraan ialah sepuluh kali susu yang maklum lagi
mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja". ( Riwayat Muslim )
iv. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut kanak-kanak itu pada
kelima-limanya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada perut kanak-kanak itu
dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum berumur dua tahun".

Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin di antara ibu yang
menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.

6. Haram yang disebabkan persemendaan ( Musyaharah ) :

i. Ibu mertua samada dari keturunan atau penyusuan.

ii. Ibu tiri atau nenek tiri hingga ke atas.

iii. Menantu perempuan ( isteri anak ) atau isteri cucu hingga ke atas.

iv. Anak tiri dengan syarat sudah mensetubuhi ibunya, jika belum disetubuhi kemudian diceraikan maka
tidak haram mengahwini anak tirinya itu samada anak tiri itu dari keturunan atau penyusuan. Sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
" Dan diharamkan ibu isteri kamu dan anak tiri yang di dalam pemeliharaan kamu jika ibunya telah kamu
setubuhi , maka jika ibunya belum kamu setubuhi maka bolehlah kamu mengahwini anak tiri itu dan begitu
juga haram mengahwini isteri anak kamu yang sejati ". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 23 )

Dan firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:


" Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu ( ibu tiri ) ".
( Surah An-Nisaa' - Ayat 22 )

7. Perempuan-perempuan yang haram dikahwini buat sementara waktu dengan sebab


menghimpunkannya :

i. Saudara perempuan sebelah isteri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud: " Dan haram kamu
menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang telah lalu ". ( Surah An- Nisaa' - Ayat
23 )

ii. Anak saudara isteri sebelah bapa.

iii. Anak saudara isteri sebelah bapa.

iv. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.

v. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Tidak boleh dikahwini seorang perempuan yang
dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapadan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa
dengan anak perempuan saudara lelaki dan tidak boleh dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan
emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari
saudara perempuan tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar ".
( Riwayat At -Tirmidzi )

Rujukan : Kitab Mathla'al Badrain - Muhammad bin Ismail Daud bin Al-Fathani.

Bab 5: Pengertian Maskahwin


1. PENGERTIAN MASKAHWIN ( MAHAR ).
Maskahwin adalah pemberian yang wajib diberi oleh suami kepada isterinya dengan sebab perkahwinan.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Berikanlah kepada orang-orang perempuan itu maskahwin mereka ". ( Surah An-Nisaa' - Ayat 4 )

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :


"Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi ." ( Riwayat
Bukhari )

Dari hadith di atas nyatalah bahawa maskahwin boleh dijadikan daripada apa sahaja asalkan benda itu
berguna dan berfaedah sama ada berupa wang ,barang atau sesuatu yang bermanafaat sebagaimana
diberitakan Rasulullah s.a.w. pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tiada memiliki sesuatu pun untuk
dijadikannya maskahwin lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada lelaki itu, adakah pada engkau (hafaz )
sedikit daripada ayat Al-Qur'an, lelaki itu menyahut bahawa ia mengingati beberapa surah kemudian
Rasulullah s.a.w. pun mengahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surah yang diajarkan kepada
perempuan yang bakal menjadi isterinya.

Maskahwin itu tidak dihadkan oleh syarak banyak atau sedikit, jadi untuk menentukan banyak atau
sedikitnya itu terpulanglah kepada dua pihak di atas persetujuannya dan berdasarkan taraf atau darjat
pengantin tersebut dan hukum syarak tidak menggalakkan maskahwin yang terlalu tinggi yang
menyebabkan kesukaran bagi pihak lelaki.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


" Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah ". ( Riwayat Abu Daud )
Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
" Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". ( Riwayat Ahmad )

2. BAHAGIAN-BAHAGIAN MAHAR :

a) Mahar Misil. Iaitu Mahar yang dinilai mengikut maskahwin saudara-saudara perempuan yang telah
berkahwin lebih dahulu dan hendaklah yang dinilai sama dengan maskahwin keluarganya yang paling dekat
sekali seperti kakak, ibu saudaranya dan seterusnya disamping menilaikan keadaan perempuan itu sendiri
dari segi kecantikan, kekayaan, pelajaran dan sebagainya.

b) Mahar Musamma. Iaitu maskahwin yang telah ditetapkan dan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak dengan tidak memandang kepada nilai maskahwin saudara-saudara perempuan itu.

3. HUKUM MENYEBUT MASKAHWIN DI WAKTU AQAD NIKAH:

i ) Wajib.
a. Jika bakal isteri itu seorang budak yang masih kecil, gila atau bodoh sedangkan bakal suami ingin
membayar mahar yang lebih tinggi dari mahar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).

b. Jika bakal isteri yang sudah baligh bijak dan boleh menguruskan dirinya sendiri dan telah membenarkan
wali untuk mengkahwinkannya tetapi ia tidak menyerahkan kepada wali untuk menetapkan maskahwinnya.

c. Jika bakal suami itu tidak boleh menguruskan hal dirinya sendiri seperti masih budak, gila atau bodoh
dan sebelum akad telah mendapat persetujuan dari bakal isteri tersebut tentang bayaran maskahwin
kurang daripada mahar yang sepatutnya, oleh yang demikian maskahwin wajib dinyatakan sebagaimana
yang dipersetujui. Maksud wajib disini bukanlah bererti perkahwinan itu tidak sah, tetapi perbuatan itu
dianggap berdosa dan maskahwin dibayar mengikut kadar yang sepatutnya ( Mahar Misil ).

ii ) Sunat.
Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan dari menyebutnya semasa akad, apabila ia menikahkan orang
lain. Dengan menyebutnya semasa akad berlangsung dapat mengelakkan dari berlaku perselisihan,
berhubung dengannya, disamping dapat membezakan diantara perkahwinan biasa dengan perkahwinan
pada seorang perempuan yang menghebahkan dirinya kepada Rasulullah s.a.w. tanpa mahar. Sekiranya
mahar tidak di sebut dimasa akad, tidaklah bererti akad perkahwinan itu tidak sah tetapi makruh jika mahar
itu tidak disebut.

4. WAJIB MASKAHWIN
Maskahwin itu wajib dibayar mengikut sebagaimana yang tersebut didalam akad jika dinyatakan dimasa
akad dan maskahwin itu wajib dibayar dengan keadaan-keadaan yang berikut:-

i) Apabila suami menetapkan yang ia akan membayarnya sebelum dukhul dan dipersetujui oleh pihak isteri,
oleh yang demikian isteri berhak melarang atau meghalang suami dari mensetubuhinya sehingga suami
tersebut menentukan kadar maskahwin yang akan diberinya sama ada dengan cara tunai atau hutang, jika
dijanjikan tunai maka pihak isteri berhak menghalang suami tersebut dari mensetubuhinya sehingga
dijelaskan maskahwinnya itu.

ii) Bila penetapan maskahwin itu dibuat oleh kadi dengan sebab keengkaran pihak suami dari membuat
ketetapan atau dengan sebab perbalahan atau perselisihan kedua belah pihak tentang kadar maskahwin
tersebut dan bila kadi menentukannya akan maskahwin tersebut, hendaklah dibayar tunai (tidak boleh
hutang).

5. GUGUR SEPARUH MASKAHWIN


Apabila berlaku talak sebelum persetubuhan maka gugurlah separuh maskahwin sebagaimana firman Allah
ta'ala Yang bermaksud: "Dan jika kamu menceraikan perempuan sebelum persetubuhan sedangkan kamu
telah menentukan kepada perempuan tersebut akan maskahwinnya , maka bagi perempuan itu setengah
dari apa yang kamu tentukan itu".

Gugur separuh maskahwin sekiranya perceraian ini berlaku berpunca dari pihak suami, seperti suami jadi
murtad atau suami menganut Islam dan isterinya tidak. Tetapi sekiranya berlaku perceraian itu berpunca
dari pihak isteri, seperti suami memfasakhkan perkahwinan tersebut dengan sebab kecacatan yang ada
pada isteri maka maskahwin itu akan gugur semuanya.

6. MATI SUAMI ATAU ISTERI SEBELUM PERSETUBUHAN


Jika seorang suami meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak waris si suami wajib membayar
maskahwin itu sepenuhnya kepada bekas isterinya dan jika maskahwin itu belum ditentukan kadarnya,
maka wajib dibayar dengan nilai mahar misil.

Sebaliknya pula jika seorang isteri meninggal dunia sebelum berlaku persetubuhan, pihak suami wajib
membayar maskahwin sepenuhnya kepada waris bekas isterinya jika maskahwin itu belum dijelaskan lagi.

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud:


"Dari Alqamah katanya seorang perempuan telah berkahwin dengan seorang lelaki kemudian lelaki itu mati
sebelum sampai mensetubuhi isterinya itu dan maskahwin pun belum ditentukan kadarnya. Kata Ulqamah,
mereka mengadu hal tersebut kepada Abdullah, maka Abdullah berpendapat perempuan itu berhak
mendapat mahar misil sepenuhnya, dan perempuan itu berhak mendapat pusaka dan wajib pula dengan
bereddah. Maka ketika itu Ibnu Ma'kul bin Sanan Al- Saja'i menjelaskan bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w.
telah memutuskan terhadap Baraq bin Wasaq seperti yang dibuat oleh Abdullah tadi". (Riwayat Al-Tarmidzi)

7. MUT'AH
Mut'ah bererti satu pemberian dari suami kepada isteri sewaktu ia menceraikannya. Pemberian ini adalah
wajib diberikan sekiranya perceraian itu berlaku dengan kehendak suami, bukan kemahuan isteri.
Banyaknya pemberian itu adalah berdasarkan kepada persetujuan atau keredhaan kedua-dua belah pihak,
di samping mempertimbangkan keadaan kedua-duanya sama ada kaya atau miskin dan sebagainya tidak
kurang dari separuh mahar.

Firman Allah: Ertinya : Tenangkan olehmu hati mereka dengan pemberian dan lepaskanlah mereka dengan
cara yang baik. ( Surah Al-Ahzab ayat 49)
 
Bab 1 : Pernikahan (sambungan)
4. Hukum berkahwin itu ada empat :
1. Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.

2. Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.

3. Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.

4. Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.

5. Rukun-rukun nikah :
1. Lelaki yang bakal menjadi suami.

2. Perempuan yang bakal menjadi isteri.

3. Wali yang adil

4. Dua orang saksi yang adil

5. Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)

6. Syarat-syarat lelaki bakal suami :


1. Beragama Islam

2. Tidak berihram haji atau umrah

3. Lelaki tertentu

4. Belum mempunyai empat isteri

5. Dengan kerelaan diri sendiri bukan paksaan

6. Seorang lelaki (bukan khunsa musykil)

7. Syarat-syarat perempuan bakal isteri :


1. Beragama Islam.

2. Perempuan yang tertentu.

3. Bukan Mahram kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya

4. Bukan isteri orang dan tidak di dalam eddah orang lain.

5. Tidak berihram haji atau umrah.

8. Syarat-syarat wali :
1. Beragama Islam.

2. Seorang lelaki.

3. Baligh.

4. Dengan kerelaan sendiri bukan paksaan.

5. Tidak berihram haji atau umrah.

6. Orang yang adil ( tidak fasiq ).


7. Seorang yang sempurna akalnya.

9. Syarat-syarat saksi :
1. Bilangannya tidak kurang daripada dua orang.

2. Beragama Islam.

3. Berakal

4. Baligh

5. Lelaki.

6. Sejahtera pancaindera (boleh melihat, mendengar, bertutur). 7. Memahami isi-isi kandungan lafaz ijab
dan qabul.

8. Orang yang adil (tidak fasiq)

10. Sighah Ijab:


1. Sighah ijab hendaklah digunakan lafaz nikah atau dengan terjemahan daripada dua lafaz itu dalam apa
jua bahasa.

2. Lafaz ijab boleh dibuat oleh wali itu sendiri atau wakilnya.

Contohnya : "Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku Fatimah bte Abdullah / berwakilkan wali
bapanya kepadaku dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai ".

Sighah Qabul : Iaitu upacara penerimaan daripada lelaki sendiri ataupun wakilnya setelah selesai sighah
ijab dengan tidak diselangi oleh apa-apa perkataan asing atau masa yang panjang.

Contohnya : "Aku terima nikah Fatimah bte Abdullah dengan maskahwinnya RM 40.00 tunai " .

11. Tanggungjawab suami kepada isteri :


1. Pemberian maskahwin.

2. Pemberian nafkah.

3. Berkelakuan baik.

4. Memberi bimbingan.

5. Menjaga kehormatan isteri.

6. Memberi layanan zahir dan batin.

7. Melakukan keadilan sekiranya berpoligami.

12. Tanggungjawab isteri kepada suami :


1. Wajib taat kepada suaminya.

2. Wajib tinggal di rumah yang dietapkan oleh suaminya.

3. Wajib menjaga kehormatan dirinya.


4. Wajib menjaga rumahtangganya.

5. Tidak menolak panggilan suami jika dipanggil ke tempat tidur.

13. Tanggungjawab bersama suami dan isteri :


1. Halal pergaulan sebagai suami-isteri.

2. Suci benih keturunan.

3. Wujud hak pusaka-mempusakai di antara keduanya.

4. Sah taraf anak (keturunan) kepada suami.

5. Kewajipan keduanya berlaku dalam pergaulan.

6. Bermesyuarat dan berbincang di dalam hal ehwal rumahtangga.

7. Berlaku adil di dalam segala bentuk kehidupan.


Sumber Rujukan :

1. Fiqh Imam As-Syafie - Hj. Idris bin Ahmad .

2. Ringkasan Munakahat - Ibnu Rahmat .


 
Bab 6: Walimah Al-Urus
1. HUKUM MENGADAKANNYA
Hukum mengadakan kenduri kahwin ini adalah sunat muakkad (sangat dituntut) sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Kata Nabi s.a.w. kepada Abdul Rahman bin Auf sewaktu beliau berkahwin, hendaklah kamu mengadakan
kenduri kahwin sekalipun hanya menyembelih seekor kambing".

2. HUKUM MENGHADIRINYA
Menerima jemputan ke majlis perkahwinan adalah wajib terhadap setiap orang yang dijemput kecuali ada
sesuatu keuzuran. Tidak dapat menghadirinya disebabkan sakit atau sebagainya, sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, hendaklah kamu menghadirinya".
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. SYARAT WAJIB KE MAJLIS KENDURI KAHWIN APABILA DI UNDANG


i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.
viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib
datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

4. GILIRAN BEBERAPA ISTERI

1. Wajib bagi suami yang mempunyai isteri lebih dari seorang memberikan giliran kepada isteri-isterinya
secara adil dan saksama kerana yang dimaksudkan dengan giliran itu adalah berjinak-jinak.

2. Giliran isteri yang merdeka adalah dua malam dan bagi yang hamba pula ialah satu malam.
3. Jika berkahwin dengan isteri yang baharu maka ia boleh bermalam selama tujuh malam sekiranya anak
dara dan tiga malam bagi yang janda dengan tiada qada' bagi isteri yang lain.

4. Tiada giliran bagi isteri yang bermusafir tanpa suaminya apatah lagi yang tidak mendapat izin darinya.

5. Tidak harus suami yang hendak berpindah membawa seorang isteri dan ditinggalkan yang lainnya atau
ditinggalkan kesemuanya.

6. Asal giliran itu ialah jika Suami bekerja siang, giliran dirumah isteri-isterinya adalah diwaktu malam, dan
jika suami bekerja di waktu malam, giliran dirumah isteri-isterinya ialah diwaktu siang.

7. Sekurang-kurangnya giliran itu adalah satu malam bagi suami yang bekerja diwaktu siang dan haram
jika lebih dari tiga malam.
 
Bab 7: Mereka Yang Enggan Berkahwin
Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w. dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah yang sesuai dengan naluri
manusia. Mereka yang tidak mahu berkahwin dan enggan berkahwin adalah bermakna mereka telah
mensia-siakan hidupnya di dunia yang telah disediakan Allah untuk hambanya-Nya menikmati segala
pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup membujang - tanpa berkahwin dengan tujuan untuk menjauhkan
diri dari menikmati kesedapan berkelamin dan kesenangan hidup didunia serta mengelakkan diri dari
menikmati kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan suatu perkara yang digalakkan, kerana dengan perkahwinan itu
akan berkembang biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana baginda adalah merasa bangga dan
bergembira dengan sebab banyak ummatnya. Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadithnya
yang diriwayatkan daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :
"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku dihari qiamat kelak akan bergembira dengan sebab banyak
ummahku. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang - orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan hadith dari Anas bin Malik,
katanya : Tiga orang sahabat datang berkunjung ke rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w. menanyakan
tentang 'ibadat yang dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga orang sahabat tadi mendapat jawapan dari
isteri-isteri Baginda, mereka merasa bahawa 'ibadat mereka itu bila dibandingkan dengan ibadat Rasullah
s.a.w. adalah terlalu sedikit dan sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana 'ibadat kita? Padahal Baginda adalah orang yang ma'shum - tidak
sedikit pun mempunyai dosa, dan Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang?.
"Maka salah seorang dari mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang Tahajjud setiap malam." Dan seorang
yang lain akan berkata:"Aku akan berpuasa sepanjang tahun, dan tidak akan berbuka." Dan seorang yang
lain lagi berkata: "Aku akan mengasingkan diri dari orang perempuan, dan aku tidak akan berkahwin
selama-lamanya (hidup membujang)" Maka datang Rasulullah s.a.w., lalu bersabda:
Kamu semua berkata begitu? Ingat dan ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang yang sangat takut
terhadap Allah, dan sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak
berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku tidur, dan aku juga berkahwin dengan perempuan. Maka sesiapa
yang tidak suka dengan sunnahku, mereka itu bukanlah pengikutku (bukan dari kalangan ummahku).
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup membujang) seumur hidupnya, padahal mereka mampu
menunaikan tanggungjawab terhadap isterinya zahir dan batin, maka bermakna mereka telah
mengharamkan sesuatu perkara yang halal ke atas diri mereka, dan mereka itu adalah juga orang yang
menentang hukum Allah dari Sunnah Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata: "Sahabat Rasulullah s.a.w bernama 'Uthman bin Maz'un
mengharamkan ke atas dirinya seorang perempuan, benda-benda yang baik dan semua benda yang sedap
dan lazat. Dengan pengharaman tersebut, Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik yang telah dihalalkan
oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu,
kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)
Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang yang membujang (tidak
berkahwin) selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:

Tidak ada dalam agama kita orang yang berkasi. (Riwayat Tabrani)
Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup membujang (tanpa berkahwin).
Andainya Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un membujang (tanpa berkahwin), tenteulah kita "harus"
berkasi. (Riwayat Bukhari)
 
Bab 8: Kewajipan Ibu Bapa Terhadap Anaknya
Kedua orang tua itu mempunyai kewajipan mendidik dan mengajar anaknya berbuat baik dalam pergaulan
serta adab sopan dalam hidup berumahtangga dengan suaminya. Mengenai ini ada diriwayatkan bahawa
Asma' binti Kharijah Fazari berkata kepada anaknya sewaktu perkahwinan anaknya dengan berkata:

" Hai anakku, kini engkau telah keluar dari sarang tempat engkau dilahirkan sehingga menjadi besar. Kini
engkau mesti beralih ke suatu tempat dan rumah yang belum kau kenal dan engkau mesti berkawan
dengan seoarang yang belum di kenali. Itulah suamimu, jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan
menjadi langit untukmu. Jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi tiang untukmu.
Jadikanlah dirimu pengasuhnya, nescaya ia akan menjadi hambamu. Janganlah engkau menghimpunkan
untuknya berbagai kesukaran, sebab itu akan membuatkan ia meninggalkanmu. Janganlah engkau
terlampau jauh daripadanya, nanti ia akan melupakanmu. Tetapi kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan
sekiranya ia menjauhimu, jauhilah ia dengan baik, peliharalah suamimu, hidungnya, pendengarannya,
matanya dan lain-lain. Janganlah suamimu itu mencium sesuatu dari dirimu melainkan yang harum, jangan
pula ia mendengar melainkan yang enak, jangan pula ia melihat melainkan yang indah dari diri mu.

Kata-kata yang merupakan kumpulan adab sopan wanita perlu dipanjangkan, iaitu isteri hendaklah
merupakan tiang utama di tengah - tengah rumahnya. Isteri itu hendaklah sentiasa di bilik rumahnya,
menetap ditempat perkakas anyamannya, tidak banyak turun naiknya ataupun keluar. Ia mesti kurang
berbicara terhadap tetangganya. Janganlah memasuki rumah tetangganya itu melainkan didalam keadaan
yang mengharuskan ia masuk di situ.

Isteri hendaklah menjaga suaminya, baik sewaktu ia pergi ataupun ketika ia ada di rumah. Hendaklah
diusahakan agar suaminya gembira dalam segala perkara yang dihadapinya. Jangan sekali-kali isteri
mengkhianati dirinya sendiri ataupun harta suaminya. Jangan pula isteri itu keluar dari rumahnya
melainkan dengan izin suaminya. Jika telah menerima keizinan dan terpaksa keluar, maka hendaklah isteri
itu berjalan bersembunyi-sembunyi, berpakaian yang sederhana, tidak mendedahkan tubuh dan
pakaiannya. Hendaklah selalu di cari tempat-tempat yang lengang bukannya tempat lalulintas orang ramai
sehingga berdesak-desakkan. Ia mesti menghindarkan diri dari bercakap-cakap dijalanan dengan lelaki
bukan mahram.

Yang wajib diutamakan oleh isteri itu ialah kebaikan keadaannya sendiri serta mengatur dan mentertibkan
keadaan rumahtangganya. Selain itu mestilah rajin melakukan ibadat, sembahyang serta puasa dan lain-
lain yang menjadi kewajipan dirinya.

Apabila ada kawan suaminya meminta izin dan sedang berada di hadapan pintu, tetapi di masa itu
suaminya tiada, maka tidak perlulah ia bertanya ataupun bercakap - cakap dengannya. Hendaklah ia
cemburu pada dirinya sendiri dan juga perasaan cemburu terhadap suaminya. Seorang isteri hendaklah
puas dengan apa yang ada pada suaminya dan apa sahaja yang direzekikan oleh Allah Taala kepadanya.

Ia mestilah mendahulukan hak suaminya atas haknya sendiri serta hak keluarganya. Ia wajib
membersihkan dirinya selalu, bersiap sedia setiap waktu dan keadaan, barangkali suaminya itu dengan
tiba-tiba menginginkandirinya untuk bersenang-senang. Selain itu isteri juga wajib mengasihi anak-
anaknya, menjaga dan menutup keburukan mereka, jangan mudah mengeluarkan kata-kata makian kepada
anak-anaknya ataupun berbuat sesuatu yang menyakitkan suaminya. Demikian nasihat seorang ibu yang
budiman kepada anaknya. Sementara itu ada pula beberapa perkara yang merupakan adab sopan seorang
isteri, jikalau ia menginginkan ketenangan dalam rumahtangganya iaitu:

a. Janganlah isteri itu membangga-banggakan dirinya terhadap suaminya kerana kecantikan yang
dimilikinya.

b. Jangan menghina suaminya kerana buruk rupa dan wajahnya.

c. Sentiasa menjaga kedamaian, ketenangan dalam segala hal.

d. Menahan diri sewaktu suaminya tidak ada di rumah.

e. Menunjukkan sikap baik, bermain-main dan berlapang dada serta melakukan segala hal yang
menyebabkan kesenangan suami sewaktu suaminya ada di rumah.

Ada suatu kewajipan yang harus dipatuhi oleh isteri dan ianya termasuk dalam hak-hak perkahwinan, iaitu:

a. Jikalau isteri itu ditinggalkan mati oleh suaminya, maka hendaklah isteri itu menjaga dirinya dan
berkabung tidak lebih dari empat bulan sepuluh hari. Dalam waktu itu dia dilarang mengenakan harum-
haruman dan berhias.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, menunjukkan perkabungan
kerana meninggalnya seseorang lebih dan tiga hari lamanya, melainkan untuk suaminya, maka bolehlah
sampai selama empat bulan sepuluh hari" (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

b. Isteri itu menetap di rumah yang disediakan sewaktu ia masih menjadi isteri dan suaminya yang
meninggal itu sehingga habis masa iddah.

c. Isteri itu tidak boleh berpindah ke rumah keluarganya atau keluar dari rumah itu, melainkan dalam
keadaan darurat. Masih ada lagi adab sopan sebagai seorang isteri iaitu hendaklah isteri itu bekerja dan
berkhidmat pada rumahtangga dalam segala perkara yang mampu ia lakukan, hal yang sedemikian inilah
yang dilakukan oleh para isteri sahabat r.a.
 

Anda mungkin juga menyukai