Anda di halaman 1dari 1

ANAK BULAN

1. Objektif

a. Untuk memecahkan halangan komunikasi sesama peserta.

b. Untuk menjalinkan hubungan akrab supaya para peserta lebih


mengenali antara satu sama lain.

2. Panduan. Fasilitator dikehendaki mengelolakan aktiviti ini seperti


berikut:

a. Arahkan peserta berkumpul di suatu ruang yang luas secara


bebas.

b. Fasilitator dikehendaki mengarahkan peserta membentuk


kumpulan mengikut bulan kelahiran masing-masing (Januari hingga
Disember). Peserta dikehendaki melaungkan bulan kelahirannya
dengan kuat sehingga kumpulan dibentuk.

c. Setelah kumpulan terbentuk, edarkan dua keping kertas A4


yang kosong.

d. Seterusnya arahkan setiap kumpulan untuk berbincang


sesama sendiri tentang kebaikan dilahirkan dalam bulan berkenaan
dan catatkan di atas kertas yang telah diedarkan.

e. Setelah selesai perbincangan, wakil setiap kumpulan


menerangkan hasil perbincangan mereka.

3. Peralatan

a. Kertas A4.
b. Pen/pensil.

Anda mungkin juga menyukai