Anda di halaman 1dari 4

Mendidik Anak Untuk Hari Tua Atau Untuk Tuhan?

Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak- anak


yang masih
kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar
jiwa,
intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan
dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk
menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran
setinggitingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan
dan
dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab
mereka
terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka
berjaya dan
senang dalam hidup.
Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anakanak
sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah.
Anakanak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah
menjadi tempat
mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang
menjamin masa
depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka
untuk hari
tua.
Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu
ayah
setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama.
Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah
mendidik
anak-anak untuk tujuan ini semata-mata. Patutkah ibu ayah
mendidik
anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah
anak-anak
itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan
kesenangan
masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah
sebagai
haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan

untung
dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak
ubah
seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau
satu
kegiatan ekonomi.
Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang
dari
kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah
amanah
Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan.Mereka perlu dididik
untuk
mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan.Mereka perlu dididik
supaya
menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan
dimuka bumi.
Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan
menjadikan
cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang
yang
beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk
Tuhan.
Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka
untuk
Tuhan.
Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orangorang
soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan
bertaqwa
sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama
manusia,
lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal
anakanak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi
dengan sendiri
setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan
bertaqwa.
Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan
tidak untuk
mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah
yang akan

menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan


terbina,
nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat
mazmumah yang
keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan
lainlain yang bersarang dihati mereka.
Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau
batil,
benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau
Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka
memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela
dan
berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang
untuk
mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka
kepada ibu
dan ayah.
Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis.
Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah
mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada
mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak
mendidik mereka
untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak
mereka untuk
Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di
Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar
menjadi
musuh.
Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi
orangorang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset
kepada
kedua ibu ayah mereka. Mereka akan menjadi aset di dunia dan
aset di
Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua
ibu ayah
mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan
mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah
juga kan

terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari


amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat
dididkan
dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.
Hadis ada menyebut:
" Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya
kecuali
tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang
bermenafaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh."
Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan.
Tuhan
lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan
mengamanahkan dia
kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan
untuk
kita.
Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia
bukan
anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli
ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk
dengan
urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik
anak-anak
kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.

Anda mungkin juga menyukai