“Diharamkan ke atas kamu mengahwini ibu kamu, anak saudara, emak saudara sebelah
bapa , emak saudara sebelah ibu , anak saudara dari saudara lelaki dan anak saudara
dari saudara perempuan kamu “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 22 )
“Diharamkan ibu-ibu yang menyusukan kamu dan saudara- sudara kamu sepersusuan”. (
Surah An-Nisaa’ – Ayat 23 )
“Haram dari susuan sebagaimana haram dari keturunan “. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Perempuan-perempuan yang haram dengan sebab susuan adalah sama dengan orang-
orang yang haram dengan sebab keturunan.
“Tidaklah susuan itu melainkan dalam lingkungan umur dua tahun”. ( Riwayat DaruQutni
)
iii. Bilangan menyusu sampai lima kali yang berasingan dan setiap kali menyusu mesti
sampai kenyang. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
” Adalah pada ayat yang diturunkan daripada Al-Quraan ialah sepuluh kali susu yang
maklum lagi mengharamkan kemudian dimansuhkan dengan lima kali susu sahaja”. (
Riwayat Muslim )
iv. Susu yang diberi kepada kanak-kanak itu mestilah ditelan dan sampai ke perut
kanak-kanak itu pada kelima-limanya. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud:
“Tidak diharamkan berkahwin dari susuan itu melainkan susuan yang sampai kepada
perut kanak-kanak itu dan penyusuan itu pula mesti budak yang menyusu itu belum
berumur dua tahun”.
Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat yang tersebut maka tidaklah haram berkahwin
di antara ibu yang menyusukan dengan anak yang disusukan dan seterusnya.
” Janganlah kamu kahwini perempuan-perempuan yang telah dikahwini oleh bapa kamu (
ibu tiri ) “. ( Surah An-Nisaa’ – Ayat 22 )
i. Saudara perempuan sebelah isteri. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
” Dan haram kamu menghimpunkan dua perempuan yang bersaudara kecuali apa yang
telah lalu “. ( Surah An- Nisaa’ – Ayat 23 )
ii. Anak saudara isteri sebelah bapa.
iii. Anak saudara isteri sebelah bapa.
iv. Anak saudara isteri dari saudara lelaki.
v. Anak saudara isteri dari saudara perempuan.
Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Tidak boleh dikahwini seorang
perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara sebelah bapadan tidak boleh antara
emak saudara sebelah bapa dengan anak perempuan saudara lelaki dan tidak boleh
dikahwini seorang perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu
juga di antara emak saudara sebelah ibu dengan anak perempuan dari saudara
perempuan tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil dengan yang besar
“. ( Riwayat At -Tirmidzi )
Rujukan : Kitab Mathla’al Badrain – Muhammad bin Ismail Daud bin Al-Fathani.