Anda di halaman 1dari 12

TAJUK:

DIHARAMKAN MENGUMPUL WANITA BERSAMA IBU SAUDARA

KUMPULAN 2

NAMA AHLI KUMPULAN:

MUHAMMAD FARIS AKMAL BIN AZIZ


(D18311083)
MOHAMAD HAIKALHAKIMI BIN ABDUL WAHAB
(D18311062)
MOHAMAD AIMAN BIN ROSELI
(D18311088)
MUHAMMAD ARIFF BIN GHAZALI
(D18311289)
MUHAMMAD NORASHRAF WAJDI BIN NORZAKI
(D18311102)

PENSYARAH:
USTAZAH NOOR MUMTAZAH BINTI HASYIM
(USL 4093M)
ISU

Apakah status anak lelaki tersebut dengan ibu dan juga adik beradik
perempuan kepada lelaki yang mengahwini perempuan tersebut ?
-Pertama, sekiranya kedua pasangan yang berzina itu berkahwin, kemudian
setelahenam bulan dari tempoh perkahwinan tersebut wanita itu melahirkan
anak, maka adalah dibolehkan untuk anak tersebut dinasabkan kepada suami
wanita tersebut.
-Kedua, sekiranya anak tersebut lahir kurang enam bulan dari tarikh
perkahwinan,maka tidak boleh untuk anak tersebut dinasabkan kepada suami
wanita tersebut.
Pendapat ini terbina hasil daripada kefahaman para ulama terhadap dua ayat
yang berikut.

Penjelasan situasi ini berdasarkan firman Allah swt yang menyatakan


bahawa Maksudnya : (Dan ibunya) mengandungkan serta menyusukannya
(anak) selama
tiga puluh bulan.
Surah Al-Ahqaf (15)

Kemudiannya adalah firman Allah S.W.T :

ِ ‫صالُ ُه فِي َعا َمي‬


‫ْن‬ َ ِ‫َوف‬

Maksudnya : (Dan seorang ibu) menyusukan anaknya selama dua tahun.


Surah Luqman (14)

Kesimpulan setelah kami meneliti beberapa nas dan hujahan : 


Sekiranya anak tersebut lahir selepas enam bulan dari tempoh perkahwinan,
maka dia adalah dianggap sebagai anak sah taraf.Maka ibu dan adik beradik
perempuan kepada bapanya tersebut adalah mahram buat dirinya.
Implikasinya, haram untuk mereka berkahwin serta boleh untuk bersalaman
sesama mereka. Namun jika anak tersebut lahir kurang dari enam bulan
setelah perkahwinan, maka ia dianggap sebagai anak tidak sah taraf. Oleh
itu, ibu dan adik beradik perempuan kepada pemilik air mani tersebut adalah
bukan mahram bagi anak ini.
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T.
Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad
S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan
yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Pengharaman berkahwin dengan wanita tertentu terbahagi kepada dua. Yang
pertama ialah Muabbad iaitu haram untuk bernikah selama-lamanya. Yang
kedua ialah tahrim muaqqat iaitu haram berkahwin buat sementara waktu
disebabkan ada faktor-faktor yang menghalang. Jika ia tetap dilakukan maka
ia tergolong di dalam akad yang batil dan tidak sah pernikahan tersebut.
al-Quran tidak menjelaskan berkenaan hukum dengan Ibu saudara kepada
isteri. Apa yang dijelaskan di dalam al-Quran adalah berkenaan larangan
berkahwin dengan dua beradik sekaligus. Firman Allah :
ُ ۟ ‫َۗ وأَن َتجْ َمع‬
َ َ‫ْن إِاَّل َما َق ْد َسل‬
‫ف‬ ِ ‫ُوا َبي َْن ٱأْل ْخ َتي‬
Maksud :” Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk
menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.”
(Surah al-Nisa : 23)
Namun hukum ini telah diperincikan oleh Nabi saw di dalam satu riwayat
daripada Jabir :
‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم أَنْ ُت ْن َك َح ْال َمرْ أَةُ َعلَى َع َّم ِت َها أَ ْو َخالَ ِت َها‬
َ ِ ‫َن َهى َرسُو ُل هَّللا‬
Maksudnya :” Rasulullah saw melarang dari dinikahi perempuan bersama Ibu
saudara sebelah ayahnya atau ibu saudara sebelah ibunya.”
Riwayat al-Bukhari (5108),Muslim(3506)
Ibnu Hajar al-Asqalani menyatakan bahawa tiada ahli ilmu yang berselisih
tentang larangan berkahwin dan menghimpunkan di antara seorang
perempuan dan ibu saudaranya.
Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (25/290)

Di dalam riwayat yang lain daripada Abu Hurairah bahawa Nabi saw
memperincikan lagi hukum ini. Nabi saw bersabda :
‫ت أ ُ ْخ ِت َها َواَل ُت ْن َك ُح‬
ِ ‫ت أَخِي َها َواَل ْال َمرْ أَةُ َعلَى َخالَ ِت َها َواَل ْال َخالَ ُة َعلَى ِب ْن‬
ِ ‫اَل ُت ْن َك ُح ْال َمرْ أَةُ َعلَى َع َّم ِت َها َواَل ْال َع َّم ُة َعلَى ِب ْن‬
‫ْال ُكب َْرى َعلَى الص ُّْغ َرى َواَل الص ُّْغ َرى َعلَى ال ُكب َْرى‬
ْ
Maksudnya :” Jangan dinikahi perempuan bersama ibu saudaranya. Juga
jangan dinikahi ibu saudara bersama anak perempuan saudaranya. Begitu
juga jangan dinikahi perempuan bersama dengan ibu saudara sebelah
ibunya. Jangan juga dinikahi yang besar(ibu-ibu saudara sebelah ibu atau
bapa) bersama dengan yang kecil dan juga yang kecil bersama yang besar.”
Riwayat al-Tirmizi (1045). Abu Daud (2065) & al-Nasaie (3294)
Melalui dua riwayat ini, jelas dan terang bahawa tidak boleh menikahi ibu
saudara kepada isteri. Namun adakah pengharaman ini secara muabbad iaitu
tidak boleh dikahwini selama-lamanya?. Para ulama secara keseluruhannya
menyatakan bahawa pengharaman ini bukanlah pengharaman secara
muabbad namun ia termasuk di dalam kategori muaqqat iaitu bersifat
sementara yang mana ianya adalah disebabkan oleh faktor-faktor tertentu.
Iaitu tidak boleh dinikahi selagi mana ikatan kita dengan isteri masih wujud.
Kaedah yang masyhur dalam kalangan fuqaha menyatakan :
ٌ
‫قرابة لو كانت إحداهما رجال لم يجز له الزواج باألخرى‬ ‫يحرم الجم ُع بين كل امرأتين بينهما‬
Maksudnya :” Haram untuk menggabungkan (berkahwin sekaligus) di antara
dua perempuan yang mempunyai pertalian. Jika salah satunya telah
dikahwini tidak boleh mengahwini yang lain.”
Akan tetapi, jika isteri saudara meninggal dunia atau ditalakkan sehingga
habis tempoh iddah. Maka pada saat itu, dibenarkan kepada saudara untuk
berkahwin dengan ibu saudaranya.

PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI


Dalam menjawab persoalan ini, perlu kita lihat perempuan yang dihalang kita
berkahwin dengannya yang dikenali sebagai mawani’ al-nikah. Dalam
kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut:
Jenis Pengharaman
Pengharaman terbahagi kepada dua, iaitu haram yang kekal (‫دة‬44‫ة مؤب‬44‫)حرم‬
dan haram yang sementara (‫)حرمة مؤقتة‬.
Haram yang Kekal
Maksud haram yang kekal ialah perempuan yang haram dikahwini selama-
lamanya walau apa keadaan sekalipun. Terdapat tiga sebab haram yang
kekal:
Pertama: Hubungan Kerabat
Hubungan kerabat tersebut ialah:
1. Ibu, nenek sebelah ibu dan nenek sebelah bapa, dan ke atas. Mereka
merupakan asal-usul keturunan yang tidak boleh dikahwini.
2. Anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki serta cucu
perempuan daripada anak perempuan. Mereka dinamakan jurai (‫)الفروع‬
keturunan seseorang yang juga haram dikahwini.
3. Saudara perempuan seibu sebapa, sebapa atau seibu. Mereka
merupakan jurai keturunan ibu bapa.
4. Anak perempuan daripada saudara lelaki sama ada seibu sebapa,
sebapa atau seibu.
5. Anak perempuan daripada saudara perempuan sama ada seibu
sebapa, sebapa atau seibu.
6. Ibu sedara sebelah bapa (‫)الع ّمة‬, iaitu saudara perempuan bapa, nenek
saudara sebelah bapa (‫)ع ّمة األب‬. Mereka merupakan jurai keturunan
datuk nenek sebelah bapa.
7. Ibu saudara sebelah ibu (‫)الخالة‬, iaitu saudara perempuan ibu, nenek
saudara sebelah ibu (‫ )خالة األم‬dan sebelah bapa (‫)خالة األب‬. Mereka
merupakan jurai keturunan datuk nenek sebelah ibu yang haram
dikahwini selama-lamanya

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:


‫ت‬ِ ‫ات اأْل ُ ْخ‬ ُ ‫ات اأْل َ ِخ َو َب َن‬ ُ ‫ت َعلَ ْي ُك ْم أ ُ َّم َها ُت ُك ْم َو َب َنا ُت ُك ْم َوأَ َخ َوا ُت ُك ْم َو َعمَّا ُت ُك ْم َو َخااَل ُت ُك ْم َو َب َن‬
ْ ‫حُرِّ َم‬
Maksudnya:  Diharamkan ke atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu, anak-
anakmu yang perempuan, saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-
saudara bapamu yang perempuan, saudara-saudara ibumu yang perempuan,
anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki, anak-anak
perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan.
(Surah al-Nisa’: 23)
Sekiranya berlaku perkahwinan dengan seorang daripada perempuan
tersebut, aqad nikahnya batal dan sesiapa yang menghalalkannya adalah
kafir. Begitu juga sebaliknya, haram bagi perempuan mengahwini mereka
yang berikut:
      1. Bapa, datuk sebelah bapa, datuk sebelah ibu dan semua keturunannya
ke atas.
      2. Anak lelaki, cucu lelaki daripada anak lelaki dan anak perempuan,
seluruh jurai keturunannya.
      3. Saudara seibu sebapa, sebapa atau seibu.
      4. Anak saudara lelaki daripada saudara lelaki dan perempuan.
      5. Bapa saudara sebelah bapa, bapa saudara sebelah ibu, datuk saudara
sebelah bapa (‫ )عم األب‬dan sebelah ibu (‫)عم األم‬. Bapa saudara sebelah ibu
kepada bapa (‫ )خال األب‬dan bapa saudara sebelah ibu kepada ibu (‫)خال األم‬.
Kedua: Hubungan Persemendaan
Terdapat empat golongan perempuan yang haram dikahwini kerana
persemendaan, iaitu:
1. Ibu tiri, nenek tiri sebelah bapa, nenek tiri sebelah ibu. Mereka merupakan
isteri kepada asal keturunan yang haram dikahwini selama-lamanya.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫ان َفا ِح َش ًة َو َم ْق ًتا َو َسا َء َس ِبياًل‬َ ‫ف ۚ إِ َّن ُه َك‬ َ َ‫َواَل َتن ِكحُوا َما َن َك َح آ َباؤُ ُكم م َِّن ال ِّن َسا ِء إِاَّل َما َق ْد َسل‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu kahwini wanita-wanita yang telah
dikahwini oleh ayahmu, terkecuali pada masa yang telah lampau.
Sesungguhnya perbuatan itu amat keji dan dibenci Allah dan seburuk-buruk
jalan (yang ditempuh).
                                                                                    (Surah al-Nisa’: 22)
2. Menantu perempuan, isteri cucu anak lelaki atau anak perempuan. Mereka
merupakan isteri jurai keturunan seseorang.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫ِين مِنْ أَصْ اَل ِب ُك ْم‬ َ ‫َو َحاَل ِئ ُل أَ ْب َنا ِئ ُك ُم الَّذ‬
Maksudnya: Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-
anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
                                                                                      (Surah al-Nisa’: 23)
Dalil pengharaman ini tidak meliputi bekas isteri anak angkat. Masyarakat
pada zaman Jahiliyah mengambil anak angkat dan mengharamkan
perkahwinan dengan bekas isterinya. Islam membatalkan taraf anak angkat
seperti ini dan menghalalkan perkahwinan dengan bekas isteri anak angkat
tersebut.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫ َواللَّـ ُه َيقُو ُل ْال َح َّق َوه َُو َي ْهدِي الس َِّبي َل‬  ۖ ‫َو َما َج َع َل أَ ْدعِ َيا َء ُك ْم أَ ْب َنا َء ُك ْم ۚ ٰ َذلِ ُك ْم َق ْولُ ُكم ب ِبأ َ ْف َوا ِه ُك ْم‬
Maksudnya: Dan dia tidak menjadikan anak-anak angkatmu sebagai anak
kandungmu (sendiri). Yang demikian itu hanyalah perkataanmu di mulutmu
sahaja dan Allah mengatakan yang sebenarnya dan dia menunjukkan jalan
(yang benar).
                                                                                      (Surah al-Ahzab: 4)
Firman Allah SWT lagi:
‫ان أَ ْم ُر اللَّـ ِه َم ْفعُواًل‬
َ ‫ض ْوا ِم ْنهُنَّ َو َطرً ا ۚ َو َك‬ َ ‫اج أَ ْدعِ َيائ ِِه ْم إِ َذا َق‬ َ َ ‫ون َعلَى ْالم ُْؤ ِمن‬
ِ ‫ِين َح َر ٌج فِي أ ْز َو‬ َ ‫لِ َكيْ اَل َي ُك‬
Maksudnya: Supaya tidak ada keberatan bagi orang Mukmin untuk
(mengahwini) isteri-isteri anak-anak angkat mereka, apabila anak-anak
angkat itu telah menyelesaikan keperluannya daripada isterinya dan adalah
ketetapan Allah itu pasti terjadi.
 (Surah al-Ahzab: 37)
 3. Ibu mertua
Tidak harus mengahwini ibu mertua. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
ُ ‫َوأ ُ َّم َه‬
‫ات ِن َسا ِئ ُك ْم‬
Maksudnya: Dan ibu-ibu isteri kamu.
        (Surah al-Nisa’: 23)
Pengharaman ini meliputi semua keturunan ibu mertua, seperti ibu kepada
mertua, nenek ke atas. Ketiga-tiga golongan ini haram dikahwini semata-mata
dengan sebab aqad nikah sama ada berlaku persetubuhan ataupun tidak.
Sekiranya aqad nikah berlaku dengan mana-mana golongan perempuan
tersebut, ia adalah batal.
 4. Anak tiri perempuan
Anak tiri perempuan haram dikahwini oleh bapa tirinya. Pengharaman ini
berlaku apabila ibu kepada anak tiri tersebut telah disetubuhi oleh bapa tiri. Ini
berdasarkan firman Allah SWT:
‫اح َعلَ ْي ُك ْم‬ َ ‫ُور ُكم مِّن ِّن َسآ ِئ ُك ُم الالَّتِي َد َخ ْل ُتم ِب ِهنَّ َفإِن لَّ ْم َت ُكو ُنو ْا َد َخ ْل ُتم ِب ِهنَّ َفالَ ُج َن‬ ِ ‫َو َر َبا ِئ ُب ُك ُم الالَّتِي فِي ُحج‬
Maksudnya: Anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri
yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum bercampur dengan isterimu
itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengahwininya.
                                                                                 (Surah al-Nisa’: 23)
Pengharaman ini tidak hanya kepada anak tiri yang tinggal bersama-sama
bapa tirinya, tetapi juga termasuk anak tiri yang tidak tinggal bersama-
samanya. Maksud anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu adalah bagi
menerangkan kebiasaan anak tiri tinggal bersama-sama di bawah jagaan
bapa tiri dan ibunya.              
Demikianlah sebaliknya, seorang perempuan haram mengahwini bapa tirinya,
menantu lelaki, anak tiri dan bapa mertuanya.
Ketiga: Hubungan Penyusuan
Terdapat tujuh golongan perempuan yang haram dikahwini kerana
penyusuan. Di dalam al-Quran, disebut dua golongan sahaja, manakala
bakinya dijelaskan di dalam hadith Nabi SAW. Tujuh golongan tersebut
adalah:
 1. Ibu susuan
Ibu susuan ialah perempuan yang telah menyusukan anak orang lain. Dia
haram dikahwini anak susuan tersebut, termasuk ibu kepada ibu susuan,
nenek sebelah ibu, dan nenek sebelah bapanya.
2. Saudara perempuan susuan
Mereka adalah perempuan lain yang menyusu dengan ibu kita atau kita
menyusu dengan ibunya, atau kita dan perempuan yang lain sama-sama
menyusu dengan seorang perempuan.
Jika seorang perempuan menyusu dengan ibu kita, dia haram kita kahwini.
Namun, kita halal mengahwini saudara perempuannya kerana mereka tidak
menyusu dengan ibu kita.
Jika kita menyusu dengan ibu seorang perempuan, maka kita haram
mengahwini perempuan tersebut dan semua saudara perempuannya.
Namun, saudara kita halal mengahwininya dan semua saudara
perempuannya kerana mereka tidak menyusu dengan ibu kita dan saudara
kita pula tidak menyusu dengan ibu perempuan itu.
Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
َ ْ‫َوأ ُ َّم َها ُت ُك ُم الالَّتِي أَر‬
َ َّ‫ضعْ َن ُك ْم َوأَ َخ َوا ُت ُكم م َِّن الر‬
‫ضا َع ِة‬
 Maksudnya: Dan ibu-ibumu yang menyusui kamu dan saudara perempuan
susuan kamu.
                                                                                      (Surah al-Nisa’: 23)
 3. Anak perempuan daripada saudara lelaki susuan.
 4. Anak perempuan daripada saudara perempuan susuan.
 5. Ibu saudara susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi saudara
susuan kepada bapa.
 6. Ibu saudara susuan sebelah bapa, iaitu perempuan yang menjadi saudara
sususan kepada ibu.
 7. Anak perempuan susuan, iaitu anak perempuan yang menyusu dengan
isteri kita. Maka, kita ialah bapa susuan kepada anak tersebut.
Haram yang Sementara
 Haram yang sementara bermaksud perempuan yang haram dikahwini untuk
sementara waktu atas sebab-sebab tertentu. Apabila sebab yang tersebut
hilang,, maka perempuan itu boleh dikahwini. Sekiranya perempuan itu
dikahwini sebelum sebab pengharamannya hilang, perkahwinan tersebut
batal.
 Perempuan yang haram dikahwini untuk sementara waktu ialah:
 1. Bermadu antara dua saudara perempuan (‫)الجمع بين األختين‬
Saudara perempuan sama ada nasab atau susuan adalah haram dimadukan,
sama ada dengan aqad serentak ataupun berlainan. Sekiranya aqad itu
berlaku serentak, pernikahan tersebut adalah batal. Dan sekiranya berlainan
masa, maka aqad perkahwinan yang kedua batal.
 Jika isteri diceraikan dan selesai iddahnya atau telah meninggal dunia, halal
bagi bekas suaminya mengahwini saudara bekas isteri.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
ُ
 ً ‫ان َغفُوراً رَّ حِيما‬ َ ‫ف إِنَّ هّللا َ َك‬ َ َ‫ْن إَالَّ َما َق ْد َسل‬ ِ ‫َوأَن َتجْ َمعُو ْا َبي َْن األ ْخ َتي‬
  Maksudnya: Dan diharamkan kamu menghimpunkan (dalam perkahwinan)
dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa
lampau. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
                                                                                    (Surah
al-Nisa’: 23)
2. Bermadu dengan ibu saudara sebelah bapa, ibu saudara sebelah ibu, anak
saudara saudara perempuan, anak saudara saudara lelaki, cucu daripada
anak lelaki dan perempuan
 Para fuqaha’ membuat kaedah bagi menentukan perempuan yang haram
dimadukan. Mereka menyatakan dua orang perempuan haram bermadu.
Seandainya seorang daripada mereka lelaki, mereka tidak boleh berkahwin.
 Hal ini berdasarkan hadith, daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW
bersabda:
‫ َوالَ َبي َْن ْال َمرْ أَ ِة َو َخالَ ِت َها‬،‫الَ يُجْ َم ُع َبي َْن ْال َمرْ أَ ِة َو َع َّم ِت َها‬
Maksudnya: “Perempuan jangan dimadukan dengan ibu saudara sebelah
bapa, dan ibu saudara sebelah ibunya.”
Riwayat al-Bukhari (4820) dan Muslim (1408)
 Hikmah haram madu semua perempuan yang dinyatakan sebelum ini adalah
untuk mengelakkan perasaan dengki di kalangan saudara mara. Hal ini
adalah kerana ia akan menimbulkan perasaan cemburu di kalangan isteri
tersebut.
 Hal ini berdasarkan hadith, daripada Isa bin Talhah RA, katanya:
َ ِ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َعنْ أَنْ ُت ْن َك َح ْال َمرْ أَةُ َعلَى َق َرا َب ِت َها َم َخا َف َة ْال َقط‬
 ِ‫يعة‬ َ ِ ‫َن َهى َرسُو ُل هَّللا‬
Maksudnya: “Rasulullah SAW melarang perempuan dimadukan dengan
saudara-maranya kerana dibimbangi akan memutuskan silaturrahim.”
 Riwayat Abu Daud dalam al-Marasil dan al-Syauqani dalam Nail al-
Awtar (6/147)
 Jika seorang daripada perempuan tersebut diceraikan dan selesai iddahnya,
atau meninggal dunia, bolehlah saudaranya yang seorang lagi dikahwini.

3. Berkahwin lebih daripada empat orang perempuan


 Seorang lelaki tidak boleh mengahwini perempuan kelima ketika mempunyai
empat orang isteri. Ia hanya dibenarkan apabila seorang daripada isteri yang
sedia ada itu meninggal dunia atau diceraikan dan selesai iddahnya.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫اع‬ َ َ‫اب لَ ُكم م َِّن ال ِّن َسا ِء َم ْث َنى َو ُثال‬
َ ‫ث َو ُر َب‬ َ ‫َفان ِكحُو ْا َما َط‬
Maksudnya: Maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: Dua,
tiga atau empat.
         (Surah al-Nisa’: 3)
 Begitu juga hadith, daripada Qays bin al-Harith RA, katanya:
ْ :‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم‬
َّ‫اخ َترْ ِم ْنهُن‬ َ ُّ‫صلَّى هللاُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم َف َقا َل ال َّن ِبى‬ َ ِّ‫ت َذل َِك لِل َّن ِبى‬ ُ ‫أَسْ لَ ْم‬
ُ ْ‫ت َوعِ ْندِي َث َمانُ نِسْ َو ٍة َف َذ َكر‬
َ
‫أرْ َبعً ا‬
Maksudnya: “Aku telah memeluk agama Islam dan ketika itu aku mempunyai
lapan orang isteri. Lalu aku memberitahu Rasulullah SAW akan perkara itu.
Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Pilihlah empat orang daripada mereka.”
    Riwayat Abu Daud (2243)
 4. Mengahwini perempuan Musyrik menyembah berhala
Perempuan musyrik yang dimaksudkan ialah penganut agama yang tidak
mempunyai kitab samawi. Perempuan ini halal dikahwini jika dia telah
memeluk Islam.
 Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:
‫ت َح َّتى ي ُْؤمِنَّ َوألَ َم ٌة م ُّْؤ ِم َن ٌة َخ ْي ٌر مِّن ُّم ْش ِر َك ٍة َولَ ْو أَعْ َج َب ْت ُك ْم‬ ِ ‫َوالَ َتن ِكحُو ْا ْال ُم ْش ِر َكا‬
Maksudnya: Dan janganlah kamu menikahi wanita-wanita Musyrik, sebelum
mereka beriman. Sesungguhnya wanita yang Mukmin lebih baik dari wanita
Musyrik, walaupun dia menarik hatimu.
(Surah al-Baqarah: 221)

Hikmah di sebalik pengharaman menggabungkan di antara isteri dan ibu


saudaranya.
Hikmah di sebalik pengharaman ini telah dijelaskan oleh Nabi saw di dalam
satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Kata Ibnu Abbas :
‫ إِ َّن ُك ْم إِنْ َف َع ْل ُت ْم َذل َِك َق َطعْ ُت ْم‬:‫ َو َقا َل‬،ِ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّم َ َن َهى أَنْ ُت َزوَّ َج ْال َمرْ أَةُ َعلَى ْال َع َّم ِة َو َعلَى ْال َخالَة‬
َ ِ ‫أَنّ َرسُو َل هَّللا‬
َ
‫أرْ َحا َم ُك ْم‬
Maksudnya :”Sesungguhnya Rasulullah saw melarang seorang lelaki dari
mengahwini seorang perempuan bersama dengan ibu saudara sebelah ayah
dan ibunya. Nabi bersabda : Jika kalian melakukan perkara demikian, kalian
akan memutuskan hubungan kalian (iaitu sesama keluarga).”
Riwayat al-Tabarani (11763) di dalam al-Mu’jam al-Kabir & Ibnu Hibban
(4116)
Ianya membawa makna bahawa pengharaman tersebut jika dilanggar akan
menyebabkan kacau bilau di dalam hubungan sesama keluarga.
Sheikh al-Maraghi berkata :
“Illah yang terdapat di dala larangan tersebut ialah boleh memutuskan
silaturrahim yang mana Allah perintahkan untuk disambungkan.”
Rujuk Tafsir al-Maraghi (4/217)
Hakikatnya, pengharaman tersebut adalah kerana ingin menjaga hubungan
kekeluargaan. Bukankah jika perkara yang diharamkan tersebut tetap
dilakukan akan melahirkan sifat hasad,kebencian. Islam ingin menghalang
perkara tersebut dari terjadi.
Kesimpulannya, tidak boleh berkahwin dengan ibu saudara kepada isteri
saudara selagi mana ikatan masih ada di antara saudara dan isteri. Jika isteri
saudara meninggal dunia atau ditalakkan sehingga habis iddah, maka pada
ketika itu barulah dihalalkan ibu saudara kepada isteri saudara.

RUJUKAN

 Tafsir al-Maraghi (4/217)


 Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (25/290)
 https://www.muftiwp.gov.my/en/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2706-al-kafi-866-bolehkah-
berkahwin-dengan-ibu-saudara-kepada-isteri
 Ibanah Al Ahkam Syarah Bulugh Al Maram Subulus Salam
 Al-Fiqh Al-Manhaji Kekeluargaan Islam Dalam Fiqh Al-Syafii (Dr.Zulkifli Mohamad
Al-Bakri)
TAMAT
SEMOGA ALLAH MEMBERI KEFAHAMAN KEPADA KITA
AAMIIN

Anda mungkin juga menyukai