Anda di halaman 1dari 12

1.

1 PENGENALAN

“…umat Islam tidak perlu menunggu fatwa untuk mengharamkan aktiviti lesbian, gay, biseksual
dan transgender (LGBT).”
Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Berita Harian – 27 April 2014
Isu Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender (LGBT) bukanlah isu yang baharu hendak
dikhabarkan dalam kalangan masyarakat hari ini. Malah, perkara tersebut merupakan satu
polemik yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia secara amnya dan umat Islam
secara khususnya. Perkara tersebut sudah jelas menyalahi syariah Allah yang telah menurunkan
bala kepada golongan peliwat dan penzina seperti yang telah diturunkan kepada kaum Nabi Lut
yang mengadakan hubungan terlarang tersebut.

Perkara tersebut lebih merisaukan apabila amalan tersebut mempunyai pengikut yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang bahkan ada yang dari golongan atasan seperti ahli politik. Hal
ini membuktikan bahawa amaln tersebut tidak mempunyai kaitan dengan keadaan hidup yang
berbeza namun berdasarkan keinginan manusia sendiri sepertimana yang dituntut oleh
kebanyakan aktivis yang memperjuangkan isu hak LGBT supaya membolehkan amalan LGBT
dari sudut perundangan.

“..kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial
tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri
daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.”
Hushim Salleh, Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC
Utusan Online – 11 Mac 2013
Usaha bagi membendung masalah tersebut bukanlah hanya bergantung kepada usaha kerajaan
serratus peratus bahkan perkara ini menguji sejauh mana institusi kekeluargaan menerapkan
nilai-nilai murni dan juga keagamaan kepada anak-anak terutama sekali golongan muda dan
belia masa kini serta kepentingan pihak sekolah dan institusi pendidikan dalam membantu
menerapkan nilai tersebut. Perkara yang hendak ditegaskan di sini ialah bukan hendak mencari
silap dan salah sesiapa tetapi hendak menggariskan peranan masyarakat social itu sendiri dalam
membantu mencegah barah tersebut daripada menular.
1.2 DEFINISI DAN TUNTUTAN LGBT

LGBT merupakan singkatan bagi Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender yang secara
umumnya merupakan sebuah pertubuhan yang terbentuk sebagai satu badan bebas (NGO) yang
bergerak aktif di luar negara bagi membantu memperjuangkan hak golongan yang mempunyai
masalah kecelaruan jantina ini.

Secara asasnya, Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender adalah:

 Lesbian
Perempuan yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya
 Gay
Lelaki yg mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya
 Bisexual
Lelaki yang membuat hubungan seks dengan wanita dan lelaki. Juga wanita yang
membuat hubungan seks dengan lelaki dan wanita.
 Transgender
Lelaki yang tingkah lakunya seperti wanita dan wanita yang tingkah lakunya seperti
lelaki.

1.2.1 LESBIAN

Pengertian lesbian adalah perempuan yang secara psikologi, emosi dan seksual tertarik kepada
jantina sejenis. Seorang lesbian tidak memiliki keinginan terhadap berlainan jantina / laki-laki,
akan tetapi seorang lesbian hanya tertarik kepada jantina yang sama / perempuan. Mereka
berpendapat bahawa istilah lesbian menyatakan komponen emosional dalam suatu perhubungan,
sedangkan istilah homoseksual lebih fokus kepada seksualiti. Lesbian adalah istilah bagi
perempuan yang mengarahkan orientasi seksualnya kepada sesama perempuan atau disebut juga
perempuan yang mencintai perempuan baik secara fizikal, seksual, emosional atau secara
spiritual (Matlin, 2004).
Perkataan “Lesbian” berasal dari seorang penduduk pulau Lesbos, di Yunani yaitu Sappho.
Sappho adalah seorang penyair yang menghasilkan puisi liris. Puisi liris sudah berkembang dari
abad ke-6 Sebelum Masihi yang sebahagian diantaranya masih ada hingga kini. Puisi Sappho
berisikan tentang cinta lesbian. Pada masa itu, percintaan homoseksual difahami sebagai hal
yang lebih tinggi dibandingkan percintaan heteroseksual (Spencer, 2004).

1.2.2 GAY

Istilah Gay digunakan bagi golongan lelaki yang mempunyai kecenderungan mencintai sesama
jenis ataupun mempunyai orientasi seksual terhadap sesama lelaki (Duffy & Atwater, 2005).

1.2.3 BISEXUAL

Seseorang yang secara seksual dan emosinya tertarik kepada kedua-dua jantina. Dalam erti kata
lain, bisexual merupakan keinginan bebas seseoarang terhadap kedua-dua jantina termasuklah
pasangan yang menagamalkan persetubuan bebas dengan pasangan orang lain sebelum atau
sele2*pas berkahwin.

1.2.4 TRANSGENDER

Transgender adalah istilah untuk menerangkan golongan di mana identiti jantina mereka
(dalaman yang merasakan mereka lelaki, perempuan atau transgender) dan/atau ekspressi jantina
yang berlainan daripada yang jantina zahir. Tidak semua golongan transgemder mempunyai
penampilan ataupun tingkah laku berikut malah ada yang cuba hidup dalam jantina zahir secara
sepenuh masa.
1.2.5 ISU-ISU BERBANGKIT

Masyarakat menimbulkan tanda tanya apabila terdapat sekumpulan manusia yang berani
memperjuangkan isu LGBT secara terang-terangan yang secara asasnya memang bertentangan
akal sihat seorang manusia.

Antara isu yang mereka cuba perjuangkan ialah cinta tidak mengenal batas. Bagi mereka cinta
adalah privasi seseorang yang terkandung dalam hak asasi manusia. Mereka menggunakan
alasan privasi tersebut untuk bernaung di bawah kata hak asasi yang juga terkandung dalam
perlembagaan negara Malaysia sekaligus memberi mereka laluan untuk berjuang mengikut
perundangan yang sah.

Berbincang mengenai hak asasi manusia, dalam Perkara 5 dan 10 perlembagaan Persekutuan
telah menggariskan kebebasan seseoarang dari segi perundangan. Seseorang itu berhak untuk
bersuara dan bebas menubuhkan pertubuhan untuk menyampaikan suara. Walaupun apa yang
diperjuangkan oleh mereka itu masih diananggap suatu yang sia-sia namun mereka mempunyai
hak untuk percaya bahawa perjuangan mereka adalah untuk hak mereka.

Pada masa yang sama, golongan tersebut juga menggunakan alasan bahawa perjuangan mereka
merupakan wakil perjuangan badan LGBT dari negara lain yang sudahpun memberi kebenaran
kepada amalan tersebut dan menganggap ianya sebagai gerakan universal. Mereka juga harus
sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berperlembagaan dan mempunyai Al-Quran
dan As-Sunnah sebagai sumber rujukan perundangan.
1.3 HUKUM MENYERUPAI JANTINA YANG BERBEZA

Hukum menyerupai jantina yang berbeza tertakluk kepada hadis Rasullulah SAW dan dijelaskan
hukumnya.

1. Hadis Pertama:

“Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai
lelaki.” (Shahih al-Bukhari, no: 5546)

Hadis tersebut menerangkan bahawa Rasullullah S.A.W melaknat mana-mana jantina


yang menyerupai jantina yang berlawanan.

2. Hadis Kedua:

“Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja
lelaki yang menyerupai wanita.” (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai
hasan oleh Ahmad Syakir)

Hadis ini juga tidak membenarkan bagi wanita menyerupai lelaki dan sebaliknya.

3. Hadis ketiga:

Dari Abu Hurairah Radiallaahu’anhu, berkata, “Rasulullah S.A.W melaknat orang lelaki
yang berpakaian wanita, dan (melaknat) wanita yang memakai pakaian lelaki.” (HR. Abu
Dawud juz 4, hal. 60, no. 4098).

Hadis ini menyatakan bahawa Rasullullah melaknat mereka-mereka yang berpakaian


berlawanan dengan jantina mereka.
1.3.1 HUKUM

Haram bagi seseorang berusaha untuk menyerupai berlainan jantina dengannya baik dari segi
perlakuan, pakaian, penampilan dan juga perhiasan. Begitu juga haram bagi ibu bapa dan
penjaga yang berusaha menyerupakan anak – anak kecil bawah jagaan mereka kepada jantina
yang berlawanan. Pengharaman tentang menyerupai jantina lain bertujuan untuk memelihara hak
antara jantina. Bayangkan jika semua orang bebas berpakaian apa-apa jantina , pasti kita akan
keliru apakah jantinanya yang sebenar begitu juga auratnya yang sebenar . Selain itu, dengan
adanya pengharaman ini, kita dapat menjaga batas-batas antara jantina masing masing.

Para mujtahid (dalam berijtihad) adalah berbeza pandangan dalam sudut penghukumannya
terhadap pelaku, tetapi haramnya LGBT ini adalah Ijma’. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI
Kali ke-99 pada 6 Mei 2012 telah sebulat suara menyatakan bahawa LGBT ini secara jelasnya
telah diharamkan oleh Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa untuk dikeluarkan.

1.4 HUKUM MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DENGAN JANTINA SEJENIS


Hukum melakukan hubungan seks sama jantina juga haram dan pengharamannya serta hukuman
yang patut dijatuhkan ke atas pesalah LGBT.

 Ayat Al-Quran:

Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari diri yang satu dan Dia mengadakan
daripada diri itu pasangannya (suami isteri), untuk bersenang-senang satu diri kepada
yang lain. Ketika suami mensetubuhi isterinya, mengandunglah dia……” [al-A’raaf
7:189]

Ayat Al-Quran di atas menyatakan bahawa allah membenarkan hubungan seks antara
lelaki dan wanita yang sudah sah berkahwin.
 “Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita
melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya
kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita
menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut.” [Shahih
Muslim, no: 338]

 Tidak dibenarkan seorang lelaki melihat aurat lelaki lain dan wanita melihat aurat wanita
yang lain seperti mananya haram lelaki melihat aurat wanita dan wanita melihat aurat
lelaki. Apatah lagi hubungan sejenis sesama jantina yang sudah pastinya melihat aurat
pasangannya dan bersentuh kulit sesama sendiri.

1.4.1 HUKUM

Hukum hubungan seksual antara sesama jantina adalah haram seperti mana penzinaan antara
lelaki dan wanita malahan hubungan sejenis ini adalah lebih berat hukumannya berbanding zina .
Ini kerana kesalahan mereka bukan sahaja melakukan zina malahan mereka mempunyai jantina
yang sama.

1.4.2 HUKUMAN

Para Ulama mempunyai perbezaan pendapat dalam menentukan hukuman yang setimpal yang
sepatutnya dijatuhkan terhadap pelaku-pelakunya. Berikut adalah hukuman yang boleh
dijatuhkan:

1. Hukuman Mati

Kebanyakkan ulama berpendapat mereka yang melakukan hubungan sejenis ini seharusnya
dijatuhkan hukuman mati berdasarkan hadis Nabi, riwayat Khamsah dari Ibnu Abbas :
“Barangsiapa menjumpai orang yang berbuat homoseks seperti yang dilakukan kaum Luth, maka
bunuhlah si pelaku dan yang diperlakukannya (pasangannya)”.

2. Sama seperti hukuman zina

Terdapat juga pendapat ulama lain yang menyatakan hukuman yang dijatuhkan seharusnya sama
dengan mereka yang yang melakukan zina. Perkara ini berdasarkan hadits Nabi :

“ Apabila seorang lelaki melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, maka kedua-
duanya adalah berbuat zina.”

3. Ta’zir

Abu Hanifah berpendapat sebaik-baik hukuman untuk pelaku hubungan sejenis ini adalah
hukuman ta’zir bagi bertujuan untuk mendidik . Berat atau ringan sesuatu hukuman itu
bergantung kepada budi bicara hakim yang menjatuhkan hukuman

Hukum menyerupai jantina yang berbeza dan hubungan seks sejenis secara terang terangnya
adalah haram di sisi islam. Kedua-dua perkara ini amat berkaitan dengan isu LGBT yang
diperkatakan kerana ia melibatkan perlakuan-perlakuan kaum LGBT ini. Walau bagaimanapun,
kaum seperti ini seharusnya dicegah agar wabak ini tidak terus menular dan akhirnya bukan
sahaja memburukkan nama Malaysia malahan pandangan manusia lain terhadap agam islam itu
sendiri.
1.5 LGBT DALAM SUDUT PERUNDANGAN ISLAM

Walaupun para ulama fiqh telah bersepakat atau berijma’ tentang haramnya perbuatan
homoseksual, yakni gay dan lesbian, mereka berbeza pendapat atau berijtihad’ mengenai
hukuman yang selayaknya dijatuhkan kepada pelaku. Ijithad yang mereka berikan bergantung
kepada dua keadaan, iaitu perbezaan para sahabat dalam menentuksn humumsn, sebagaimana
tersebut sebelum ini dan perbezaan antara ulama’ dalam mengkategorikan perbuatan itu zina atau
bukan. Perbezaan inilah memberikan implikasi terhadap kadar atau jenis hukuman yang
dikenakan.

Justeru, hukuman terhadap golongan LGBT wajib dijatuhkan tetapi bentuk hukuman adalah
tertakluk kepada Ta’zir yakni terserah kepada pemerintah tetapi hukuman mestilah berpadanan
dengan perlakuan mereka. antara contoh hukuman terhadap pelaku LGBT pada zaman para
sahabat misalnya, membakarnya dengan api, menindihnya dengan dinding dan dijatuhkan dari
tempat yang tinggi sambil melemparnya dengan batu dan ditahan di tempat yang paling busuk
sampai mati. Betapa beratnya hukuman yang dikenakan itu dan bersifat terlalu menghina para
LGBT. Begitulah beratnya laknat di sisi Allah kerana azab-Nya lagi pedih.

1.6 LGBT DALAM SUDUT PERUNDANGAN MALAYSIA

Dalam sudut perundangan di Malaysia secara umumya memang mentakrifkan LGBT itu haram
dan tidak dibenarkan di Malaysia. Namun begitu, Malaysia mengamalkan undang-undang sivil
di mana di peringkat Mahkamah Tinggi hingga Mahkamah Seksyen mempunyai akta-akta
tertentu:

1. Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan seks oral dan dubur di kalangan orang dewasa
yang bersetuju melakukan perbuatan itu (consensual adults) boleh dihukum penjara
sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
2. Seksyen 377D Kanun Keseksaan perlakuan seks (liwat) orang dewasa yang bersetuju
(consensual adults) walaupun di dalam rumah mereka, hak milik privasi mereka, namun
ia boleh dihukum dengan hukuman penjara sehingga 2 tahun.
3. Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 memperuntukkan kesalahan kelakuan tidak
senonoh termasuk etika berpakaian. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan
denda mana-mana antara RM25 hingga RM50.

Justeru, apa yang boleh dikatakan ialah di peringkat persekutuan yang mana hukuman
dijatuhkan ke atas pesalah LGBT, cumanya berbentuk penjara dan sebatan sahaja. Manakala
pula dalam sudut perundangan Mahkamah Syariah, (Norazlita 2012), hukumannya hanya
ringan sahaja, sebat tidak lebih 6 kali, denda tidak melebihi RM 5000 dan penjara untuk
tempoh singkat sahaja.

1.7 MAQASID DIPELIHARA


1. Agama
2. Akal
Bagi menjaga kesempurnaan fitrah. LGBT akan menyebabkan rasa malu itu hilang.
3. Keturunan
amalan LGBT akan menyebabkan pupusnya golongan manusia kerana zuriat tidak
berkembang [Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah
menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan istrinya; dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak
(An-Nisa' 4;1)].

1.8 RUMUSAN

Kesimpulannya, perbuatan LGBT sememangya haram di sisi Islam dan juga Perlembagaan
Malaysia yang memperuntukkan undang-undang Islam di dalamnya. Sememangnya LGBT itu
adalah hak asasi mereka, jadi kerajaan perlu mematuhi perlembagaan Persekutuan. Namun
begitu, mereka salah menafsirkan maksud hak asasi sebenarnya. Negara kita bukan negara
liberal. Insaflah wahai para LGBT, di dunia boleh seronok berbuat sedemikian dan seronok
meminta kerajaan untuk membenarkan aktiviti yang hina tersebut tetapi azab Allah lebih pedih
di neraka nanti. Allah tidak akan memandang langsung para pelaku LGBT di Padang Mahsyar
nanti.
Justeru, saranan saya ialah hukuman terhadap LGBT patut ditambahkan hukuman yang lebih
berat seperti hukuman gantung sampai mati atau sebat 100 kali/40 kali kerana hukuman ini
adalah hukuman takzir. Justeru, orang bukan Islam tidak akan menentang pemberatan hukuman
tersebut kerana bagi mereka, hukuman itu masih mematuhi perlembagaan Persekutuan. Dengan
hukuman seberat tersebut, maka kuranglah pelaku LGBT di bumi tercinta ini. Sekali kerajaan
bersekongkol dengan mereka, maka tunggulah azab Allah di dunia dan akhirat.

RUJUKAN

Faisal Abdulrrahman 2009. Kenapa Islam tak terima Homoseksual.

http://israelu09.blogspot.com/2009/08/kenapa-islam-tidak-terima-homosexual.html.
[5 April 2015]

Hafiz Firdaus Abdullah 2010. Islam, Jantina Dan Seks.

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Jantina/ch1.htm. [4 April 2015]

Mufakir 2011. Pendukung & Pengamal LGBT Muslim. http://mufakkir-


islami.blogspot.com/2011/11/pendukung-dan-pengamal-lgbt-muslim.html. [5 April 2015]

Octa Adhiana 2010. Pengertian Lesbian.


http://octaadhiana.Blogspot.Com/2010/09/Pengertian-Lsbian.Html. [6 April 2015].
Unknown Year. What is LGBT? LGBT Helpline
http://www.lgbt.ie/Information.Aspx?Contentid=84 [6 April 2015]
Unknown 2012. Pengharaman LGBT: Tak Perlu Fatwa Bagi Perkara Yang Jelas.
Berita Harian: 12 April.
Unknown 2012. Penyakit Rosakkan Bangsa. Utusan Online: 11 Mac.
Unknown 2014. LGBT: Jangan Undang Bala Allah. Utusan Online: 30 Mac
Unknown 2015. LGBT dalam Tafsiran Perlembagaan.
http://Members.Tripod.Com/Polong_Cyber/Select1/Eperlembagaan.Htm. [6 April 2015]
Salah Laku Seksual Bebas dan Luar Tabi'e

Makamah sivil:

1. Persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabi’e sama ada melalui oral atau dubur
Penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.(377A)
2. Perhubungan seks luar tabii secara sukarela
Penjara sehingga 20 tahun dan termasuk sebatan.(377B)
3. Perhubungan seks luar tabii tanpa kerelaan
Penjara tidak kurang lima tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dikenakan
sebatan.(377C)
4. Perhubungan seks dengan objek sama ada melalui dubur atau kemaluan.
Penjara sehingga 20 tahun dan termasuk sebatan.(377CA)
5. Melanggar kesopanan dengan melakukan kelucahan melampau.
Penjara sehingga dua tahun.(377D)

Makamah Syariah:

1. Seksyen 25 dan 26 akta jenayah Syariah 1997 menetapka hukuman denda tidak melebihi Rm
5000 dan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sebat tidak melebihi enam sebatan
atas sabitan bagi kesalahan liwat dan musahaqah.

Berkelakuan secara berlainan gender

Anda mungkin juga menyukai