Anda di halaman 1dari 2

6.

PEMBAHAGIAN IJMA’

Para ulama telah membahagikan ijma’ kepada beberapa bahagian:

6.1 Ijma’ Soreh dan ijma’ Sukuti.

i Ijma’ Soreh

Persepakatan semua ulama mujtahid pada masa tertentu dalam masalah hukum agama, yang mana
masing-masing mengeluarkan dan melahirkan fatwa mereka sama ada dalam bentuk perbuatan atau
perkataan. Ijma’ soreh juga ialah apabila para mujtahid sependapat mengenai sesuatu hukum yang
terjadi dalam sesuatu masalah dengan menyatakan pendapat mereka dengan jelas dan terang sama ada
melalui tulisan atau dengan melaksanakan hukum yang dibincangkan.

ii Ijma’ Sukuti

Ijma’ sukuti ialah apabila sebahagian ulama mujtahid mengeluarkan pendapat mereka melalui fatwa,
sedangkan sebahagian ulama mujtahid yang lain hanya mendiamkan diri, dengan tidak menyatakan
pendapat atau mereka tidak sependapat. Ijma’ sukuti juga dikira sebagai ijma’ I’tibari kerana mereka
beranggapan bahawa ulama yang mendiamkan diri tersebut bersetuju dan sependapat dalam masalah
yang diijtihad.

Ijma’ tidak dianggap sebagai sukuti kecuali apabila ia memenuhi perkara-perkara berikut:

i Bahawa diam diri itu adalah bersih dan sunyi dari tanda-tanda yang menunjukkan bersetuju
atau menentang. Maka jika didapati sesuatu itu yang menunjukkan bersetuju dengan hukum itu,
tidaklah persetujuan itu dianggap ijma’ sukuti malah ia dianggap ijma’ soreh.

ii Bahawa diam diri itu mestilah setelah berlalu masa yang cukup pada kebiasaannya untuk
dikaji mengenai masalah itu dan mengeluarkan pendapat mengenainya.

iii Bahawa masalah itu mestilah terdiri daripada masalah-masalah yang harus diijtihad
padanya, iaitu masalah-masalah yang mempunyai dalil zanni. Sekiranya mempunyai dalil yang diyakini,
ia adalah masalah yang tidak harus diijtihadkan. Maka, apabila para ulama mengambil sikap
mendiamkan diri terhadap pendapat sebahagian ulama lain yang menyalahi kehendak dalil yang
diyakini, tidaklah dianggap bersetuju dengan pendapat tersebut tetapi ia bukannya sebuah ijma’.

6.2 Terdapat juga ijma’ Ammah dan ijma’ Khassah

i Ijma’ al-Ammah
Ijma’ yang dibuat oleh kaum muslimin tentang perkara-perkara penting dalam agama. Sebagaimana
ijma’ tentang kewajipan solat, berpuasa dan haji. Ini adalah sesuatu yang wajib dikerjakan dan
seseorang tidak boleh menolaknya.

ii Ijma’ al-Khassah

Ijma’ yang disepakati oleh para ulama, sebagaimana mereka bahawa bersetubuh itu boleh merosakkan
puasa. Dan ijma’ jenis ini ialah jenis muktamad, dan mungkin juga ia tidak muktamad. Maka mestilah
kita menyelidikinya, untuk menentukan hukum.

6.3 Ijma’ menurut pembahagian masa

i Ijma’ al-Sahabah

Ijma’ al-sahabah adalah sesuatu yang mungkin boleh diketahui dan memang telah terjadi. Dan tidak
terdapat perselisihan pendapat dari segi kehujahannya.

ii. Ijma’ bukan al-Sahabah

Merupakan ijma’ di kalangan mereka yang bukan sahabat (tabi-tabi`en). Para ulama berselisih pendapat
sama ada perkara itu benar-benar terjadi atau tidak, bilakah masanya, tempatnya dan perkara yang
diijma’kan. Ijma’ jenis ini dipersetujui oleh kebanyakan para ulama.

6.4 Ijma’ juga dibahagikan mengikut kekuatannya

i Ijma’ Qat’i

Contohnya, ijma’ sahabat yang berkata secara mutawatir sahaja dan ijma’ terhadap perkara-perkara
yang sangat diketahui mengenai agama.

ii Ijma’ Zanni

Sebagai contoh, ijma’ sukuti apabila zhan itu agak kuat (ghalaba al-zhan) yang disepakati oleh semua
para ulama. Walau bagaimanapun, menentukan sesuatu perkara itu ijma’ qat’i atau ijma’ zanni perlulah
mengikut keadaan.

Anda mungkin juga menyukai