Anda di halaman 1dari 6

NAMA : MUHAMMAD AMIRUN ASYRAAF BIN AZHAR

NO MATRIK : D20312914
TUGASAN : SUMBER HUKUM SADDU AL - ZARAI

1. PENGERTIAN SADDU AL - ZARAI

Dari segi bahasa

Dari sudut bahasa saddu al-zarai terdiri daripada dua perkataan,


iaitu saddu dan al-zarai.dari sudut bahasa kalimah saddu merupakan masdar.Perkataan
saddu beerti menutup sesuatu yang rosak. Manakala al zarai merupakan kata benda atau isim
tunggal yang beerti jalan atau wasilah dan sebab terjadinya sesuatu.Bentuk jama’ dari
perkataan al zarai adalah al dhara’i. Kerana itulah, dalam beberapa kitab usul fikih,
seperti Tanqih al-Fushul fi Ulum al-Ushul karya al-Qarafi, istilah yang digunakan adalah sadd
adz-dzara’i.

Dari segi istilah

Dari sudut istilah ialah mencegah sesuatu perkara yang boleh membawa ke arah
kerosakan dan bahaya. Sebagai contoh melihat aurat ajnabi diharamkan. Ia perlu dicegah
kerana perbuatan tersebut membuka laluan ke arah zina.
Menghalang perkara harus yang boleh membawa kepada perkara haram. Iaitu sesuatu
perkara yang tidak dilarang di dalamnya, tetapi ia dikhuatiri akan menjurus kepada sesuatu
yang tertegah jika dilakukan. Maka maksud saddu al-zarai’dalam konsep dalil perundangan
mencegah atau menyekat jalan yang membawa kepada kerosakan. Perbuatan-perbuatan
yang membawa kepada berlakunya kerosakan sama ada ianya haram dari segi zatnya
ataupun harus. Adapun perbuatan yang haram dari segi zatnya tidak menjadi perselisihan
dalam kalangan ulama dari sudut ianya dicegah daripada melakukannya.
2. HUJAH ULAMA MENGENAI SADDU AL - ZARAI

Para ulama yang mengharuskan perkara-perkara yang jarang membawa kepada


keburukan kerana ia memberi manfaat kepada manusia lebih baik dari kemudaratan. Oleh itu,
seseorang harus menanam anggur selagi mana dia tidak menjualnya kepada pembuat arak.
Para ulama juga bersepakat menerima saddu al-zarai dalam mengharamkan perkara-perkara
yang pasti atau lebih baik mendatangkan keburukan berbanding kebaikan. Namun, para
ulama berbeza pendapat dalam penggunaan saddu al-zarai bagi perkara-perkara yang
berkemungkinan boleh membawa kepada keburukan seperti jual beli secara bertangguh.

Para ulama mazhab maliki dan hanbali menerima saddu al-zarai dan mereka menghukum
batal jual beli secara bertangguh. Para ulama mazhab Hanafi dan Syafie pula menolak saddu
al-zarai dan mereka menghukumkan sah jual beli tersebut.

- ULAMA YANG MENERIMA

Golongan yang menerima iaitu mazhab maliki, imam Ahmad dan Hanbali. Hujah mereka
ialah sekiranya sesuatu perbuatan itu kemungkinan membawa kepada sedikit kerosakan
maka ianya tidak ditegah untuk melakukanya. Perkara yang dibincangkan ialah sekiranya
kemungkinan besar ia mendatangkan kemudaratan dan kerosakan sahaja yang ditegah. Ini
kerana sangkaann yang kuat itu disamakan kedudukannya dengan keyakinan yang pasti.
Contohnya, perkhabaran yang dibawa oleh seseorang saksi diterima sekalipun disana
kemungkinan berlalunya penipuan dan pendustaan. Hukum ini disyariatkan adalah untuk
merealisasikan kepentingan. Jadi konsep ini melihat kepada mudarat dan kesan baiknya. Jadi
mana yang lebih utama, itu yang didahulukan.

ٍ‫ل غِْ ولًا عَِغْ علِ عِ لْ م‬ ُ ‫ل ف غْ غ‬


‫سِبًا ل غ‬ ‫سِبًا اّلِعِْغ ْغ لًُِِْغ عِِ ْ ع‬
‫ًُِ ل ع‬ ُ ‫غً غَ ت غ‬
Terjemahan : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah
selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa
pengetahuan.

- ULAMA YANG MENOLAK

Golongan yang menolak iaitu ulama Syafie dan Zahiri. Alasan mereka ialah suatu
perbuatan itu selagi mana ia diharuskan, maka ia tidak ditegah kerana terdapat
kemungkinan-kemungkinan yang ianya membawa kerosakan. Kemungkinan-kemungkinan ini
kadang-kadang terhasil dan kadang-kadang tidak. Jadi ianya hanya sangkaan sahaja.
3. SYARAT - SYARAT SADDU AL - ZARAI

Ulama menggariskan panduan yang menjadi syarat serta cirri-ciri untuk mengenali juga
menentukan sesuatu itu sebagai saddu al-zarai.

- Perbuatan yang dibenarkan asalnya, tetapi boleh membawa kepada kerosakan, seperti
mencela tuhan sembahan orang kafir. Ia perlu dicegah atau ditutup agar tidak membuka ruang
bagi orang kafir mencela Allah.

- Kerosakan daripada perbuatan tersebut lebih jelas berbanding kemaslahatan, contohnya


menjual senjata dalam tempoh genjatan senjatan atau darurat.

- Kebarangkalian kerosakan daripada perbuatan sama tahap dengan kebaikan. Dimana


membendung kerosakan diutamakan. Contohnya menyembur racun serangga pada waktu
buah-buah telah sampai masanya untuk dipetik dan hendak dijual, kerana dibimbangi
keracunan tersebut terdedah kepada kesihatan pembeli.

4. JENIS - JENIS SADDU AL - ZARAI

Pasti membawa Kemudaratan :

- Minum arak.Ia diharamkan kerana boleh menyebabkan hilangnya kewarasan akal


seseorang itu

- Zina ia diharamkan kerana menyebabkan bercampur nasab keturunan serta


merosakkan sesebuah institusi kekeluargaan.

- Membuat lobang pada tempat laluan orang ramai.Ia diharamkan serta perlu dicegah
kerana pasti membahayakan.

- Mencela sembahan orang kafir.Ia ditegah kerana boleh menyebabkan mereka


mencela ALLAH.

Dugaan kuat membawa kemudaratan :

- Sewa rumah kepada pelacur.Ia ditegah kerana besar kemungkinan akan


menggunakannya sebagai pusat maksiat.

- Menjual anggur kepada pembuat arak

- Perkahwinan tahlil.Iaitu seseorang yang menggunakan akad perkahwinan dengan


tujuan menghalalkan suami kembali kepada isteri yang telah diceraikan talak tiga.
Jarang membawa kemudaratan :

- Gali perigi kawasan jarang dilalui orang atau di dalam kebun milik sendiri. Hal
tersebut diharuskan kerana, ia bukan laluan awam.

- Melihat kepada wanita calon isteri. Ia diharuskan untuk lebih mengenali bakal isteri.

- Sesuatu yang jarang membawa kepada keburukan seperti menggali lubang di


tempat-tempat yang jarang dilalui oleh manusia.

Banyak membawa kemudaratan tetapi tidak sampai tahap ghalib :

- Jual barang cara ansuran atau Bai’al-‘Inah. Iaitu seseorang menjual komputer secara
ansuran setahun dengan harga RM 2000.00. Kemudian dia membeli balik computer
yang dijualnya itu secara tunai sebelum setahun dengan harga RM 1800.00.

- Mahar mithali atau menangguhkan bayaran mas kahwin. Menurut ulama mazhab
Maliki, penangguhan bayaran mas kahwin makruh hukumnya, sekalipun ada tempoh
penangguhan yang jelas dan pasti, seperti setahun atau 6 bulan. Mereka
menghukumkan makruh, sama ada ia dikhuatiri akan berlaku perkahwinan tanpa
mas kahwin yang wajib untuk isteri.

- Sesuatu yang berkemungkinan membawa kepada keburukan seperti menjual barang.

- Secara bertangguh kerana boleh mendorong kepada riba.

5. KEPENTIGAN SADDU AL - ZARAI KEPADA UMAT ISLAM

Saddu al-zarai adalah salah satu sumber hukum yang daripada hukum zanni yang mana
hukum zanni adalah merupakan salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’, di
antara hukum lain yang tidak disepakati oleh oleh para ulama’ ialah istihsan,masaleh
al-mursalah, istishab, uruf dan adat fatwa sahabat, dan juga syariat nabi-nabi terdahulu.

Manakala disini membincangkan berkaitan saddu al-zarai yang di mana saddu


al-zarai adalah merupakan salah satu hukum yang tidak disepakati oleh para ulama’.
Kepentingan hukum ini, iaitu saddu al-zarai bagi umat Islam adalah sangat penting kerana
hukum ini dapat menjauhkan setiap individu muslim terjerumus kepada jalan kerosakan.
Contoh bagi kepentingan saddu al-zarai ini ialah menjual senjata ketika berlakunya
persengketaan dan fitnah dalam kalangan umat Islam.

Sepakat para ulama’ mengatakan hukum perbuatan ini hendaklah ditegah kerana
konsep saddu al-zarai yang mengharuskan berhati-hati semampu mungkin demi
menghindarkan kerosakan. Selain itu, perbuatan ini adalah perbuatan yang jarang membawa
kerosakan iaitu perbuatan yang berkemungkinan mendatangkan kerosakan kecil atau
kebiasaanya tidak membawa ke arah maksiat tetapi membawa kepada kepentingan atau
maslahah. Contohnya, melihat calon isteri menanam anggur. Oleh itu perbuatan jenis ini tidak
mendatangkan kesan kerosakan. Jelasnya hukum bagi perbuatan ini diharuskan kerana
masih berada dalam batasan yang diizinkan syara’.

6. ISU - ISU SEMASA :

MEMBOIKOT BARANGAN KELUARAN NEGARA YANG MEMERANGI ISLAM


Antara perbuatan yang membawa kepada berlakunya saddu al-zarai ialah dengan memboikot
segala produk keluaran negara-negara yang memerangi Islam. Perbuatan membeli barang
yang diperlukan untuk kegunaan seharian adalah diharuskan. Namun perbuatan yng pada
asalnya diharuskan ini telah ditegah apabila seringkali ia akan membawa kepada mafsadah
melalui kesan buruk yang akan timbul sekiranya perbuatan ini tidak dilakukan dengan cara
yang berhikmah.

~ ISU POKEMON GO

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, mesyuarat


Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos lalu
memutuskan karakter Pokemon dan aplikasi permainan Pokemon Go tidak dibenarkan untuk
umat Islam atas faktor ‘maslahah’ dan kemudaratan.

Katanya, setelah meneliti pendapat para ulama dan fatwa yang dikeluarkan ada asasnya dan
perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini
memudaratkan.

“Di samping itu, mengiakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah
boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat bahawa hujah dikemukakan
tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram, mempunyai asas kuat.

“Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes-kes yang sudah berlaku seperti pengintipan
pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan serta kemalangan, kelalaian dan
sebagainya,” katanya.

Zulkifli berkata, pihak jawatankuasa Mufti Wilayah Persekutuan mengesyorkan agar


masyarakat memilih bentuk permainan yang mencergaskan minda, tidak melalaikan, serta
tidak mempunyai usur khurafat.

Untuk rekod, setakat ini, Pokemon Go telah diharamkan di Arab Saudi.Isu ini juga berkaitan
dengan maslahah saddu zara’i yang boleh memudaratkan manusia.
7. KESIMPULAN

Saddu al-zarai merupakan satu salah satu kaedah yang dibincangkan sebagai sumber
dalam penetapan bagi sesuatau hukum yang tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran
atau hadis. Dalam menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber hukum, ulama telah berselisih
pendapat sama ada kaedah ini diterima sebagai sumber hukum atau tidak.
Antara ulama yang menerima saddu al-zarai sebagai sumber hukum adalah ulama dari
mazhab Maliki dan Hanbali, manakala ulama yang tidak menerima saddu al-zarai dari mazhab
Syafie dan Zahiri. Setiap pandangan yang dikemukakan oleh para ulama dalam
menetapkan saddu al-zarai sebagai sumber hukum atau tidak adalah bedasarkan alasan
serta kehujahan yang tesendiri.

Anda mungkin juga menyukai