Anda di halaman 1dari 5

TUGASAN TARIKH AL – TASYRI’ ( SYI4053M )

TAJUK : HURAIAN KRONOLOGI PENGHARAMAN ARAK

NAMA : IMAN NURAINA BINTI ZULKAFELI


NOMBOR MATRIK : D20313001
PENSYARAH : JUNAINAH HANIM BINTI MOHAMED NOR
ALLAH TA`ALA MENURUNKAN 4 AYAT BERKENAAN ARAK SEBELUM DIHARAMKAN TERUS
SECARA MUTLAK SEHINGGALAH HARI INI.

PERINGKAT PERTAMA DITURUNKAN DI MEKAH:

Ayat pertama :

‫ب َت َّتخ ُِذ ْو َن ِم ْن ُه َس َكرً ا وَّ ِر ْز ًقا َح َس ًنا‬


ِ ‫ت ال َّن ِخي ِْل َوااْل َعْ َنا‬
ِ ‫َومِنْ َث َم ٰر‬

Maksudnya: “Dan dari buah kurma dan anggur, kamu membuat minuman yang memabukkan
dan rezeki yang baik....”

Surah An Nahl ayat 67

Umat islam ketika mereka pada zaman permulaan islam meminum arak. Dan ketika itu halal
bagi mereka.

PERINGKAT KEDUA DITURUNKAN DI MADINAH:

ِ ۖ ‫ك َع ِن ْال َخ ْم ِر َو ْال َميْسِ ۗ ِر قُ ْل فِي ِْه َمٓا ا ِْث ٌم َك ِب ْي ٌر َّو َم َنافِ ُع لِل َّن‬
‫اس‬ َ ‫لُ ْو َن‬.ََٔ‫َيسْ ٔـ‬
Maksudnya: “Mereka bertanyakan kepadamu(Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah
pada keduanya itu terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia...
Surah Al Baqarah ayat 219

Ketika itu sudah ada sahabat yang meninggalkan daripada meminum arak berdasarkan ayat
“padanya terdapat dosa yang besar” manakala sahabat yang masih minum berdasarkan ayat
“dan beberapa manfaat bagi manusia”

Ketika Sayyidina Abdur Rahman bin 'Auf telah menyediakan makanan dan menjemput para
sahabat yang lain untuk menjamu selera. Sekalian mereka yang hadir makan dan minum arak.
Tidak lama kemudian, masuk waktu maghrib. Salah seorang dari mereka membaca ayat

‫قُ ْل ٰ ٓيا َ ُّي َها ْال ٰكفِر ُْو ۙ َن اَعْ ُب ُد َما َتعْ ُب ُد ْو ۙ َن‬

Ayat ini telah dibuang huruf ‫ ال‬. Apabila buang 1 huruf maka berubahlah makna sebenar ayat
tersebut. Ini terjemahan ayatnya setelah dibuang huruf 'Lam' (Katakanlah Muhammad, "Wahai
orang2 kafir, Aku sembah apa yang kamu(orang2 kafir) sembah). Sedangkan terjemahan
sebenar ialah (Aku tak akan sembah apa yang kamu (orang2 kafir) sembah.) Ia terjadi kerana
sahabat mabuk ketika solat akibat minum arak.

PERINGKAT KETIGA :

Maka akibat peristiwa itu, turunlah ayat

‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُن ْوا اَل َت ْق َربُوا الص َّٰلو َة َواَ ْن ُت ْم ُس َك ٰارى َح ٰ ّتى َتعْ لَم ُْوا َما َتقُ ْولُ ْو َن‬
Maksudnya: Wahai orang2 yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam
keadaan mabuk sehinggalah kamu sedar apa yang kamu katakan.

Surah An Nisa' ayat 43

Allah mengharamkan umat islam minum arak ketika ingin mendirikan solat. Dikhuatiri mabuk
menyebabkan mereka salah lagi dalam membaca ayat Al Quran. Oleh kerana itu, mereka pun
minum arak selepas solat 'isyak. Dan tatkala subuh menjengah, mabuk itu sudah hilang.

PERINGKAT KEEMPAT:

ْ‫ي ْٰطنُ اَن‬..‫الش‬ َّ ‫صابُ َوااْل َ ْزاَل ُم ِرجْ سٌ مِّنْ َع َم ِل ال َّشي ْٰط ِن َفاجْ َت ِنب ُْوهُ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِح ُْو َن ِا َّن َما ي ُِر ْي ُد‬ َ ‫ٰ ٓيا َ ُّي َها الَّ ِذي َْن ٰا َم ُن ْٓوا ِا َّن َما ْال َخمْ ُر َو ْال َميْسِ ُر َوااْل َ ْن‬
‫ص َّد ُك ْم َعنْ ِذ ْك ِر هّٰللا ِ َو َع ِن الص َّٰلو ِة َف َه ْل اَ ْن ُت ْم ُّم ْن َته ُْو َن‬ ُ ‫ض ۤا َء فِى ْال َخم ِْر َو ْال َميْسِ ِر َو َي‬
َ ‫َاو َة َو ْال َب ْغ‬
َ ‫ي ُّْوق َِع َب ْي َن ُك ُم ْال َعد‬

Maksudnya: Wahai orang2 yang beriman, hanyasanya arak, berjudi, berkorban untuk berhala
dan menilik nasib dengan anak panah adalah perbuatan keji dan termasuk dari perbuatan
syaitan. Maka jauhilah perbuatan2 itu agar kamu beruntung. Hanyasanya syaitan mahu
mewujudkan permusuhan dan kebencian antara kamu dan menghalangi kamu dari mengingati
Allah dan melaksanakan solat. Maka tidakkah kamu mahu menghentikan semua perbuatan2
kamu ini?

Surah Al Maidah ayat 90-91

Selepas turunnya ayat ini maka berkata Sayyidina 'Umar bin Al Khattab " Kami berhenti dari
segala perbuatan kami ini ya Allah. Kami berhenti..." Maka barulah arak diharamkan secara
mutlak.

Anda mungkin juga menyukai