Anda di halaman 1dari 30

NAMA KURSUS:

FIQH MUAMALAT DAN JINAYAT

KOD KURSUS:

PPPY1172

TAJUK:

ARAK : KEDUDUKANNYA DALAM UNDANG-UNDANG JENAYAH ISLAM

PENSYARAH:

DR NORHONEYDAYATIE BINTI ABDUL MANAP

NAMA PELAJAR:

MUHAMMAD ZULFADHLI BIN ASHARI (A177475)

MUHAMMAD FARHAN BIN WAHAIRI (A177549)

MUHAMMAD FARIS AKMAL BIN MOHD ALI (A175657)

PENGAJIAN AL-QURAN DAN SUNNAH

PUSAT KAJIAN AL-QUR’AN DAN AL-SUNNAH

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM SESI 1 20/21


1. PENGENALAN

Penggunaan istilah arak dalam bahasa Arab atau bahasa al-Quran dikenali sebagai alkhamr .
Definisi bagi arak dibahagikan kepada bahasa dan istilah.

Bahasa: Tiap-tiap yang memabukkan (al-Marbawi, 1932).

Istilah : Setiap minuman yang memabukkan dan boleh menghilangkan kewarasan akal
fikiran yang diproses daripada biji-bijian atau buah-buahan (al-Qaradawi, 1998).

2. HUKUM
Arak menurut jumhur adalah semua yang memabukkan dan hukum pengharamannya telah
disepakati oleh para fuqaha. Pengharamannya secara menyeluruh sama ada diminum banyak
atau sedikit tanpa sebab munasabah yang dibenarkan oleh syarak seperti dalam keadaan
darurat atau sebagainya. Pengharaman ini merangkumi semua jenis minuman yang
dikategorikan sebagai arak tanpa membezakan dari sudut nama, jenis, cara pemprosesan
sama ada yang terdapat pada zaman dahulu atau sekarang. Pengharaman arak berlandaskan
dalil-dalil daripada al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW .

3. DALIL PENGHARAMAN

a. Dalil al-Quran

‫اجتَنِبُوهُ لَ َعلَّ ُك ْم ُت ْفلِ ُحون‬ ِ


ْ َ‫س ِّم ْن َع َم ِل الشَّْيطَان ف‬ ِ ْ ‫اب و‬
ٌ ‫اَأْلزاَل ُم ر ْج‬ َ ُ ‫اَأْلنص‬
ِ
َ ‫ين َآمنُوا ِإمَّنَا اخْلَ ْمُر َوالْ َمْيسُر َو‬
ِ َّ
َ ‫ﭐيَا َأيُّ َها الذ‬

(Surah al-Maidah : 90)


Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan
pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya.”
b. Dalil al-Hadith

Hadis riwayat Jabir bin `Abd Allah, sabda Rasulullah SAW

(‫ َف َقلِيلُهُ َحَر ٌام‬،ُ‫َأس َكَر َكثِريُه‬ ِ َ ‫َأن رس‬


ْ ‫) َما‬:‫ول اللَّه ﷺ قَ َال‬ ِ
ُ َ َّ : ‫َو َع ْن َجاب ٍر بن عبد اهلل‬

(Hadith 3681, al-Sajastani, Sunan Abi Daud,Kitab al-Asyaribah)


Maksudnya:
“Daripada Jabir bin `Abd Allah, katanya: Rasulullah SAW bersabda: Apa yang
banyaknya memabukkan, maka yang sedikit pun haram”

4. PERINGKAT PENGHARAMAN ARAK DALAM AL-QURAN

Bagi menjaga aqal,syarak telah mengharamkan arak.Akan tetapi pengharaman ini bukanlah
berlaku secara sekali gus,ianya berlaku secara berperingkat-peringkat.

Terdapat empat dalil dalam Al-Quran yang diwahyukan oleh Allah kepada baginda
Nabi Muhammad S.A.W sebelum arak diharamkan secara mutlak (Hakimi Abdul Mutalib,
2011). Dalam Surah An-Nahl ayat ke 67, Allah berfirman yang bermaksud, “Dan dari buah
kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezeki yang baik.
Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi
orang yang memikirkan.” (Surah an-Nahl: 67) Menurut buku Asbab Al-Nuzul karangan Ali
Ibn Ahmad Al-Wahidi yang diterjemahkan oleh (Mokrane Guezzou 2008), ayat ini
merupakan ayat pertama yang diturunkan di Makkah berkaitan dengan arak yang merupakan
permulaan kepada pengharaman minuman beralkohol. Sebelum turunnya ayat ini, arak masih
halal diminum bagi masyarakat Arab Jahiliyah bahkan turut diminum oleh sahabat-sahabat
Nabi SAW kerana pada waktu itu larangan Allah terhadap arak belum ada. Pada zaman Arab
Jahiliyah, khamar atau arak merupakan minuman kegemaran bangsa Arab Quraisy, banyak
dihidangkan dalam jamuan-jamuan dan majlis keraian. Ia diterima sebagai suatu kebiasaan
dalam adat dan budaya mereka pada masa itu. Selain itu, arak dianggap sebagai minuman
terbaik sebagai cara untuk orang Arab menikmati keseronokan hidup yang sebenar di
samping dapat melupakan masalah yang mereka hadapi dalam kehidupan seharian (Musa
Awang, 2009).

Setelah turunnya ayat ini, ada di kalangan sahabat yang tertanya-tanya tentang hukum
meminum arak atau khamar. Beberapa orang sahabat Nabi S.A.W iaitu Saidina Umar Ibn al-
Khattab dan Mu’az ibn Jabal bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Apakah hukum di atas
perbuatan meminum arak yang memabukkan hingga menyebabkan seseorang itu hilang
kewarasan akalnya lalu menimbulkan kekacauan terhadap orang-orang di sekelilingnya?” Hal
ini dijelaskan di dalam Al-Quran seperti berikut melalui firman-Nya:

ِ ‫ك َع ِن اخْلَ ْم ِر َوالْ َمْي ِس ِر قُ ْل فِي ِه َما ِإمْثٌ َكبِريٌ َو َمنَافِ ُع لِلن‬


‫َّاس‬ َ َ‫يَ ْسَألُون‬

(Surah al-Baqarah: 219)

Maksudnya :

“Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: “Pada keduanya itu
terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar
daripada manfaatnya.”

Berdasarkan firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 219 ini, ada sahabat-
sahabat Nabi SAW yang mula meninggalkan aktiviti meminum arak berlandaskan ayat ‘Pada
keduanya itu terdapat dosa besar...’. Namun masih ada sahabat Nabi SAW yang masih
meminumnya kerana berpegang kepada ayat ‘…dan beberapa manfaat bagi manusia.’
Golongan ini menyatakan bahawa arak boleh menjadi penawar dan ubat untuk seseorang.
Rasulullah segera menyanggah anggapan itu dengan sabdanya yang bermaksud,

“Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit.”

(Riwayat Muslim).

Mokrane Guezzou (2008) dalam terjemahan kitab Asbab Al-Nuzul oleh Ali ibn
Ahmad al-Wahidi menyatakan pada suatu ketika, sahabat Nabi SAW, Saidina Abdul Rahman
bin Auf telah mengadakan majlis keraian dengan menjemput sahabat yang lain untuk
menjamu selera. Arak juga turut dihidangkan kepada para tetamu dan mereka minum
sehingga mabuk. Tidak lama kemudian telah masuk waktu solat Maghrib dan merekapun
mengerjakan solat. Akibat mabuk, mereka tidak sedar berapa rakaat mereka telah dirikan dan
apa yang mereka baca ketika solat. Salah seorang daripada mereka yang mengimamkan solat
telah tersalah membaca ayat kedua daripada surah Al-Kafirun iaitu,

‫َأعبُ ُد َما َت ْعبُ ُدو َن‬


ْ ‫اَل‬
(Surah Al-Kafirun: 2)

Maksudya :

“Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.”

Akibat peristiwa itu, turunlah ayat seperti terjemahan yang berikut yang
mengharamkan umat Islam meminum arak ketika ingin mendirikan solat.Firman Allah
SubhanahuwaTa’ala:

‫يأيها الذين ءامنوا ال تقربوا الصلوة وأنتم سكارى حىت تعلموا ما َت ُقولُو َن‬
(Surah An-Nisa:43)

Maksudnya :

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mendekati solat ketika kamu dalam keadaan
mabuk sampai kamu sedar apa yang kamu ucapkan”.

Solat adalah ibadah di mana umat Islam menyerahkan diri semata-mata hanya kepada
Allah SWT. Ayat ini menerangkan tentang kesucian lahir dan batin yang perlu ada pada
seseorang Muslim sebelum dia ingin mendirikan solat bagi menjamin kekusyukan dan
penerimaan Allah SWT terhadap ibadah yang dikerjakan. Allah SWT melarang umat Islam
meminum arak ketika ingin mendirikan solat kerana dikhuatiri mabuk menyebabkan kita
tersalah dalam membaca ayat-ayat Al-Quran sehingga menyebabkan maksud sebenarnya
menyimpang. Selain itu, solat ketika mabuk dikhuatiri akan menyebabkan solat itu tidak sah
kerana orang yang mabuk tidak pasti apa yang telah dibaca ketika bersolat dan
berkemungkinan akan melanggar rukun-rukun solat. Setelah turunnya ayat ini, para sahabat
hanya minum arak selepas solat ‘Isyak kerana mabuk mereka kebiasaannya akan hilang
apabila menjelang waktu subuh.
Di dalam suatu riwayat diceritakan, pada ketika yang lain, seorang sahabat telah
mengadakan suatu jamuan dan menjemput beberapa sahabat untuk menghadirinya. Salah
seorang daripada sahabat Nabi S.A.W yang hadir adalah Saidina Sa’ad bin Abi Waqas,
bersyair dan memuji kaumnya yang gagah berani sambil mencaci dan menghina kaum Ansar
sebagai lemah dan penakut. Hal ini telah menyebabkan salah seorang daripada kaum Ansar
marah dan bertindak memukul hidung Saad bin Abi Waqas dengan rahang unta sehingga luka
dan berdarah. Saad bin Abi Waqas telah pergi menghadap Nabi SAW untuk mengadu
perbuatan orang Ansar terhadapnya. Saidina Umar Ibn Al-Khattab yang turut berada di
samping Rasulullah pada ketika itu terus berdoa, “Ya Tuhanku, terangkanlah kepada kami
hukum meminum arak itu dengan keterangan yang muktamad dan menyenangkan hati.”
Maka Allah menurunkan ayat seterusnya yang memuktamadkan hukum pengharaman
meminum arak bagi umat Islam sehingga kini. Firman Allah:

. ‫يأيها الذين ءامنوا ِإمنا اخلمر وامليسر واألنصاب واألزالم رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه لعلكم تفلحون‬
ِ َ‫الص ل‬
‫وة َف َه ْل‬ َّ ‫ِإمنا يريد الشيطان َأن يوقع بينكم العداوة والبغضآء ىف اخلمر وامليسر ويصدكم عن ذكر اهلل َو َع ِن‬

‫َأنتُم ُّم َنت ُهو َن‬

(Surah Al-Ma’idah: 90-91)

Maksudnya :

“Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya meminum khamar, berjudi, (berkorban untuk)
berhala dan mengundi nasib dengan anak panah, adalah perbuatan keji dan termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah (perbuatanperbuatan) itu agar kamu berjaya.
Sesungguhnya syaitan bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di
antara kamu melalui meminum khamar dan berjudi itu dan menghalang kamu dari
mengingati Allah dan melaksanakan solat. Oleh itu, berhentilah (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu).”

Proses pengharaman arak di dalam Islam mengambil masa dan dibuat secara
berperingkat dan beransur-ansur dalam masa tiga tahun. Muhammad al-Khudri (1964)
mengulas perkara ini dengan menyebut perkaitan kaedah penurunan secara beransur-ansur itu
dengan keadaan semasa masyarakat Arab pada waktu itu. Arak diminum sebagai tabiat dan
amalan kebiasaan yang amat sukar untuk diubah. Oleh itu, kaedah tadarruj digunakan bagi
menghapuskan kebiasaan buruk berkenaan secara berperingkat (Paizah Ismail, 2012). Kaedah
tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Dalam proses
pengharaman alkohol, keadaan semasa adalah faktor yang mempengaruhi kejayaan
pensyariatan itu. Islam turut mengambilkira tentang realiti kehidupan semasa kerana syariat
Islam bersifat memudahkan dan bukan membebankan penganutnya. Pada waktu itu,
masyarakat Arab merupakan peminum arak yang tegar, dan bagi mereka dengan berbuat
demikian mereka menikmati keseronokan hidup yang bermakna. Al-Quran diwahyukan
kepada baginda Nabi SAW secara beransur-ansur. Ia bertujuan untuk mendidik masyarakat
pada zaman tersebut secara beransur-ansur dan berperingkat supaya dakwah Islamiyah lebih
mudah diterima dan diamalkan. Sekiranya pengharaman meminum arak dilakukan secara
drastik dikhuatiri masyarakat pada ketika itu akan keliru, terkejut dan memberontak. Mereka
mungkin sukar untuk menerima dakwah dan bertindak menolak syariat Islam. Secara
perlahan-lahan, masyarakat Arab boleh mengamalkan cara hidup Islam yang digariskan
dalam Al-Quran dengan hati yang terbuka dengan cara yang mudah difahami,
memandangkan peringkat pengharaman tersebut dihadapi sendiri oleh mereka seperti yang
dihuraikan sebelum ini.

Pengharaman arak secara peringkat ini juga menambahkan keyakinan terhadap Al-
Quran sebagai kata-kata (kalam) secara langsung daripada Allah SWT. Rentetan peristiwa
yang mendorong dan menjadi sebab kepada turunnya ayat pengharaman secara mutlak
menunjukkan amat benarlah Allah SWT telah berfirman dan disampaikan terus kepada Nabi
SAW. Selain itu, pengharaman arak secara berperingkat ini secara langsung meningkatkan
dan memperkukuhkan kedudukan Nabi SAW. Secara beransur-ansur, pensyariatan ini
memuliakan Nabi SAW, mengiktiraf kerasulan junjungan besar sebagai penyudah dan
penghulu segala nabi. Setelah pengharaman arak berkuatkuasa dengan terturunnya ayat 90-91
Surah Al-Maidah, masyarakat Islam seluruhnya dilarang meminum arak. Perbuatan ini
merupakan suatu dosa besar sekiranya dilakukan. Sebaik sahaja perintah Allah SWT ini
dipatuhi, didapati dengan jelas, masyarakat Arab telah bebas daripada masalah kejahilan dan
keruntuhan sosial.

5. GOLONGAN YANG TERLIBAT DENGAN PENGHARAMAN ARAK

Selain itu, pengharaman arak juga termasuk kepada golongan yang terlibat dengannya seperti
membuat, menghantar dan menjualnya. Hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA :
ُ‫ َوامل ْح ُمولَة‬،‫ َو َح ِاملَ َها‬،‫ َو َشا ِر َب َها‬،‫صَر َها‬ِ َ‫ ومعت‬،‫اصرها‬
ْ ُ َ َ َ
ِ ‫ ع‬:‫ول اللَّ ِه صلَّى اللَّه علَي ِه وسلَّم يِف اخلَم ِر ع َشر ًة‬
َ َ َ ْ َ َ َ ْ َ ُ َ ُ ‫لَ َع َن َر ُس‬
َ
ِ ِ ‫ِئ‬ ِ ِ
ُ‫ َواملُ ْشَتَراةُ لَه‬،‫ َواملُ ْشرَتِ ي هَلَا‬،‫ َوآك َل مَثَن َها‬،‫ َوبَا َع َها‬،‫ َو َساقَي َها‬،‫ِإلَْيه‬

(Al-Tirmizi, Sunan Tirmizi, Hadith 1295)

Maksudnya:

“ Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur
untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta
bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil
jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Dapat kita ketahui , terdapat 10 golongan yang terlibat dengan pengharaman arak :

1. Pemerah arak
2. Orang yang minta diperahkan arak
3. Peminum arak
4. Pembawa arak
5. Orang yang minta dhidangkan
6. Penuang arak
7. Penjual arak
8. Golongan yang makan hasil jualan arak
9. Pembeli arak
10. Golongan yang minta untuk dibelikan arak

5.1 Hukuman Peminum Arak

Selepas diterangkan maksud arak dan diketahui hukum perkara yang memabukkan serta dalil.
Maka di sini, diterangkan berkaitan hukuman kepada peminum arak menurut undang-undang
jenayah Islam. Peminum arak akan menghadapi dua hukuman yang berikut:

1. Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan di dunia, iaitu hukuman hudud.

2. Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.

Dari sudut agama, hukumnya berdosa. Perlaksanaannya terserah kepada Allah


terhadap hamba-Nya yang sedikit pun tiada kaitan dengan undang-undang dunia. Walau
bagaimanapun, ulama’ sepakat menyatakan bahawa meminum minuman yang memabukkan
dengan sengaja adalah berdosa besar.

Pada hari Kiamat, balasannya amat dahsyat selagi tidak mendapat pengampunan dan
kemaafan daripada Allah SWT:

Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA , sabda Nabi SAW:

ُ‫ َو َما ِطينَة‬،‫اهلل‬
ِ ‫ول‬ َ ‫ يَا َر ُس‬:‫ب الْ ُم ْس ِكَر َأ ْن يَ ْس ِقيَهُ ِم ْن ِطينَ ِة اخْلَبَ ِال قَالُوا‬ ِ ِ
ُ ‫ِإ َّن َعلَى اهلل َعَّز َو َج َّل َع ْه ًدا ل َم ْن يَ ْشَر‬
‫ص َارةُ َْأه ِل النَّا ِر‬ ِ
َ ُ‫ َعَر ُق َْأه ِل النَّا ِر َْأو ع‬:‫اخْلَبَال؟ قَ َال‬

(Muslim, Sahih Muslim, Hadith 2002)

Maksudnya:

“Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur

kebinasaan ( ‫ال‬ ‫)طين ة اخلب‬. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur

kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”

5.2 Hukuman Had bagi Peminum Arak

Hukuman peminum minuman yang memabukkan sama ada arak atau yang lainnya adalah
dengan sebatan 40 kali dengan syarat-syarat yang akan dijelaskan. Pemerintah harus
menjalankan hukuman tersebut hingga 80 kali sebatan sebagai tambahan dengan hukum
ta’zir (‫)تعزير‬. Ini berdasarkan hadith daripada Anas RA:

ِ ِ
َ ‫ِّع ِال َْأربَع‬
‫ني‬ َ ‫ب ىِف اخْلَ ْم ِر بِاجْلَ ِريد َوالن‬
ُ ‫ض ِر‬
ْ َ‫َكا َن ي‬

(Imam Muslim, Sahih Muslim, Hadith 1706)

Maksudnya:

“Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan
selipar.”
Hadith yang lain, daripada Anas RA:

ِ ِ ِ ِ
َ ‫ِّع ِال مُثَّ َجلَ َد َأبُو بَ ْك ٍر َْأربَع‬
‫ َفلَ َّما َكا َن عُ َمُر َو َدنَا‬.‫ني‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َجلَ َد ىِف اخْلَ ْم ِر بِاجْلَ ِريد َوالن‬
َ ‫َأن نَىِب َّ اللَّه‬
َّ

ٍ ِ ِّ ‫َّاس ِم َن‬
ِ ‫الر‬
‫ف‬ َ ‫ ََأرى َأ ْن جَتْ َعلَ َها َك‬:‫ َما َتَر ْو َن ىِف َج ْلد اخْلَ ْم ِر؟ َف َق َال َعْب ُد الرَّمْح َ ِن بْ ُن َع ْوف‬:‫يف َوالْ ُقَرى قَ َال‬
ِّ ‫َأخ‬ ُ ‫الن‬
ِ ‫احْل ُد‬
‫ فَ َجلَ َد عُ َمُر مَثَانِني‬:‫ قَ َال‬.‫ود‬ ُ

(Sahih Muslim, Imam Muslim, Hadith 4551)

Maksudnya:

“Nabi SAW menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali.
Abu Bakar juga pernah menyebat 40 kali. Pada zaman Umar RA, ramai orang dari
pedalaman dan kampung datang ke Madinah, lalu Umar bertanya kepada para sahabat,
katanya: “Apakah pendapat kamu tentang hukuman sebat atas peminum arak?” Jawab
Abdul Rahman bin ‘Auf: “Aku fikir, kamu menjalankan hukum hudud yang paling ringan.”
Abdul Rahman berkata: “Selepas itu, Umar RA menghukum 80 kali sebatan.”

Tindakan Umar tersebut menunjukkan bahawa sebatan yang melebihi 40 kali adalah
ta’zir dan bukan hudud.

Ini berdasarkan hadith daripada Uthman RA:

ْ ‫ني َف َق َال َْأم ِس‬ِ ِ ِ ِ ِ ِ َ‫ف‬


‫ مُثَّ قَ َال‬.‫ك‬ َ ‫ َو َعل ٌّى َرض َي اهللُ َعْنهُ َيعُ ُّد َحىَّت َبلَ َغ َْأربَع‬.‫اجل ْدهُ يَا َعْب َد اللَّه بْ َن َج ْع َف ٍر َرض َي اهللُ َعْن ُه َما‬
ْ

‫ب ِإىَل‬ ِ ِ ِ ِ
ُّ ‫َأح‬
َ ‫ني َو ُكلٌّ ُسنَّةٌ َو َه َذا‬ َ ‫ني َو َجلَ َد َأبُو بَ ْك ٍر َْأربَع‬
َ ‫ني َوعُ َمُر مَثَان‬ َ ‫صلَّى اهللُ َعلَْيه َو َسلَّ َم َْأربَع‬
َ ُّ ‫َجلَ َد النَّىِب‬

(Muslim, Sahih Muslim , Hadith 1707)

Maksudnya:
“Uthman RA memerintahkan al-Walid bin Uqbah bin Abu Muait disebat, lalu dilakukan oleh
Abdullah bin Ja’far RA, manakala Ali RA pula mengiranya. Apabila sampai 40 kali sebatan,
Ali memberitahu Abdullah supaya berhenti, seraya berkata: “Nabi SAW menyebat 40 kali,
begitu juga Abu Bakar, akan tetapi, Umar RA menyebat 80 kali. Semuanya adalah sunnah.
Namun, hukuman ini yang lebih aku suka.”

Yang dinyatakan Ali RA ialah hukuman 40 kali sebatan sudah memadai kerana kadar itulah
yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Kadar ini lebih selamat dalam pelaksanaan
hukum daripada menambahnya yang ditakuti berlaku zalim. Ulama’ fiqh menyatakan bahawa
hukuman 40 kali sebatan daripada Rasulullah SAW ialah hukuman asas. Adapun tindakan
Umar RA menyebat 80 kali, Ali menjelaskannya seperti berikut:

‫ب َس ِكَر َوِإ َذا َس ِكَر َه َذى َوِإ َذا َه َذى ا ْفَتَرى‬ ِ ِ


َ ‫ني فَِإنَّهُ ِإ َذا َش ِر‬
َ ‫َنَرى َأ ْن جَتْل َدهُ مَثَان‬

(Imam Malik, al-Muwatta’, Hadith 1541)

Maksudnya:

“Kami berpendapat, engkau menghukum 80 kali sebatan adalah kerana apabila seseorang
minum arak dia mabuk, ketika mabuk dia merepek, seterusnya berbohong.”

Hukuman berbohong menuduh orang lain berzina ialah 80 kali sebatan. Justeru,
hukuman minum arak yang melebihi 40 kali sebatan, sebagaimana yang dilaksanakan oleh
Umar RA adalah sebagai ta’zir. Menurut Mazhab al-Syafie, hukuman yang lebih baik setakat
40 kali sebatan sahaja kerana itulah yang datang daripada Rasulullah SAW.

Ditegah melaksanakan hukuman sebat ketika peminum arak sedang mabuk. Hal ini
adalah kerana hukuman yang dijalankan ketika itu tidak mencapai tujuan pencegahan. Oleh
itu, pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sehingga dia pulih supaya terhasil pencegahan
mengambil arak semula.

6. PERLAKSANAAN HUKUMAN BAGI PEMINUM DAN PENJUAL ARAK


BERDASARKAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI MALAYSIA
Perlaksanaan hukuman bagi kesalahan peminum dan penjual arak di dalam undang-undang
jenayah Islam di Malaysia telah digunapakai sehingga ke hari ini. Pada dasarnya undang-
undang jenayah Islam di Malaysia hanya meliputi ruang lingkup takzir (Zulkifli Hasan 2008).
Pada hari ini, pelaksanaan undang-undang jenayah Islam dipergiatkan lagi telah berlaku
perpindaan di dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu artikel 121(1a) pada tahun 1988 yang
telah membawa kepada penambahan kewibawaan Mahkamah Syariah. Mahkamah Syariah
telah diberi kuasa ekslusif yang mana bidang kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dicampuri
oleh mahkamah sivil (Hussin, Nasrul Hisyam dan Suhaimi 2016 ). Undang-undang
memperuntukan hukuman bagi kesalahan peminum dan penjual arak mengikut undang-
undang jenayah Islam mengikut negeri masing-masing dan juga berbeza pada kadar denda
yang dikenakan.

Antara peruntukan hukuman dan kadar denda yang dikenakan mengikut negeri:

1. Negeri Selangor
ENAKMEN 9 TAHUN 1995

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH (SELANGOR) 1995

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN


AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 18. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa
minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan
untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.
2. Wilayah Persekutuan
AKTA 559

AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH


PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN


AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 19. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa
minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

3. Negeri Johor
ENAKMEN 4 TAHUN 1997

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (JOHOR) 1997

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN


AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 19. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam lain, minum apa-apa
minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

4. Negeri Kelantan
ENAKMEN 13 TAHUN 2015

ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH KELANTAN (II) 1993 (2015)

BAHAGIAN I - KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD

Seksyen 22. Syurb

Sesiapa yang meminum arak atau minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk
atau tidak dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya, adalah melakukan suatu
kesalahan syurb dan apabila disabitkan hendaklah disebat tidak melebihi lapan puluh
kali sebatan dan tidak kurang daripada empat puluh kali sebatan.

5. Negeri Sembilan
ENAKMEN 4 TAHUN 1992

ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN

Darihal kesalahan mengenai minuman yang memabukkan dan judi

Seksyen 78. Minuman yang memabukkan.

Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan
adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 79. Membuat, menjual, dsb. minuman yang memabukkan.

Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,


menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah
melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

6. Negeri Pahang
ENAKMEN 8 TAHUN 1982

ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU


PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN

Seksyen 136. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa jua orang Islam dalam mana-mana kedai atau tempat awam, menjual,
membeli atau meminum arak adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit
bolehlah dihukum denda tidak lebih daripada satu ratus ringgit atau penjara tidak lebih
daripada lima belas hari.

7. Negeri Melaka
ENAKMEN 6 TAHUN 1991

ENAKMEN KESALAHAN SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN IV - KESALAHAN-KESALAHAN LAIN

Seksyen 50. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan
adalah merupakan satu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya sekali.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,
menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah
merupakan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan
hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak
melebihi dua puluh empat bulan atau kedua-duanya sekali.

8. Negeri Pulau Pinang


ENAKMEN 3 TAHUN 1996

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG)


1996

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNG DENGAN KESUCIAN


AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA

Seksyen 19. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang, di mana-mana kedai atau tempat awam yang lain, minum
apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila
disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

9. Negeri Perak
ENAKMEN 3 TAHUN 1992

ENAKMEN JENAYAH (SYARIAH) NEGERI PERAK 1992

BAHAGIAN VI - KESALAHAN BERHUBUNGAN DENGAN MARUAH DIRI


Seksyen 59. Minuman yang memabukkan.

Sesiapa yang minum arak atau apa-apa minuman yang memabukkan adalah bersalah
atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda
tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun
atau kedua-duanya.

10. Negeri Perlis


ENAKMEN No. 3 TAHUN 1964

ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM (PERLIS), 1963

BAHAGIAN XI - KESALAHAN

Seksyen 112. Minuman keras yang memabukkan.

(1) Sesiapa yang membeli, menjual, menyimpan atau menggunakan minuman keras yang
memabukkan, boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima dolar atau, dalam hal
kesalahan kedua atau berikutnya, tidak melebihi lima puluh dolar.

(2) Sehubungan dengan suatu kesalahan yang dilakukan di bawah sub-seksyen (1)
berkenaan dengan penjualan minuman keras yang memabukkan, pengusaha seseorang
yang melakukan kesalahan di atas akan dianggap telah bersubahat melainkan majikan
tersebut membuktikan bahawa penjualan itu dibuat tanpa pengetahuan, kuasa atau
persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil semua langkah yang munasabah
untuk mencegah penjualan tersebut dilakukan.

11. Negeri Sabah


ENAKMEN 3 TAHUN 1995

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (SABAH) 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN

Seksyen 57. Minuman yang memabukkan.

(1) Sesiapa yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah
atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak
melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau
kedua-duanya sekali.

(2) Sesiapa yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,


menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya sekali.

12. Negeri Sarawak


ORDINAN 6 TAHUN 1991

ORDINAN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (SARAWAK)

BAHAGIAN II - KESALAHAN

Seksyen 25. Minuman yang memabukkan.

(1) Seseorang yang minum arak atau apa-apa minuman yang memabukkan adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga
tahun atau kedua-duanya sekali.
(2) Seseorang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,
menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya sekali.

13. Negeri Terengganu


ENAKMEN 7 TAHUN 2001

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (TAKZIR) (TERENGGANU)


2001

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN


AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA.
Seksyen 23. Minuman yang memabukkan.

(1) Mana-mana orang yang, minum apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-
duanya.
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan atau mempamerkan untuk
jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-
duanya.

Tr. P.U. 4/2002

ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS)


TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN II

Seksyen 5. Syurb.

(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang sifatnya
memabukkan, sama ada orang yang meminumnya mabuk atau tidak, dan tanpa
mengira kuantiti yang diminumnya.
(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan syurb hendaklah dihukum dengan hukuman
seperti berikut:

(a) bagi kesalahan pertama atau kedua dengan sebat tidak kurang daripada empat
puluh sebatan.

(b) bagi kesalahan ketiga dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan
tidak lebih daripada lapan puluh sebatan; dan

(c) bagi kesalahan keempat dan seterusnya dengan sebat tidak kurang daripada empat
puluh sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan, dan boleh juga
dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah.

14. Kedah
ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 25. Minuman yang memabukkan.
(1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan
hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak
melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan,
menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah
bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman
denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya.

7. ISU SEMASA MENGENAI ARAK PADA MASA KINI

Mengenai arak pada masa kini, arak kini dihasilkan berasaskan alkohol yang membawa
hukumnya haram disisi syarak. Tetapi alkohol tidak boleh dihukumkan haram kerana ia
adalah bahan kimia. Persoalan ini dapat menentukan bahan alkohol dan buah-buahan yang
diperam boleh disabitkan haram kerana menjadi arak dan seumpamanya ataupun menjadi
hukum lain melalui Muzakarah Jawatan Fatwa Majlis Kebangsaan dan pihak mufti-mufti di
setiap negeri.

7.1 Hukum Wine Vinegar (Cuka Wain) (2006)

Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-73 yang bersidang pada 4-6 April 2006 telah membincangkan Hukum Wine Vinegar
(Cuka Wain). Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggunakan Cuka Wain (Wine
Vinegar) yang diproses dan dicampur dengan bahan-bahan luar. Walau bagaimanapun,
sekiranya perubahan daripada cuka wain kepada cuka berlaku dengan sendirinya, maka ia
adalah halal.
7.2 Alkohol dalam Makanan, Minuman, Pewangi dan Ubat-ubatan (2011)

Keputusan:

Berdasarkan taklimat, pembentangan dan penjelasan yang disampaikan oleh pakar-pakar


daripada Institut Penyelidikan Produk Halal, Universiti Putra Malaysia serta dengan
mengambil kira keputusan-keputusan yang telah diputuskan dalam Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia terdahulu, Muzakarah
Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang
membincangkan isu alkohol dalam makanan, minuman, pewangi dan ubat-ubatan pada 14
hingga 16 Julai 2011 telah bersetuju memutuskan seperti berikut:

1. Setiap minuman arak adalah mengandungi alkohol. Walau bagaimanapun,bukan semua


alkohol itu adalah arak. Alkohol yang diperolehi dariproses pembuatan arak, hukumnya
haram dan najis.

2. Manakala alkohol yang diperolehi bukan melalui proses pembuatanarak hukumnya tidak
najis, tetapi haram (tidak boleh) diminum dalam bentuk aslinya kerana ia adalah racun dan
boleh membunuh.

3. Minuman ringan yang diproses/dibuat bukan dengan tujuan untuk menghasilkan arak dan
mempunyai alkohol di bawah aras 1%v/v adalah harus (boleh) diminum.

4. Manakala minuman ringan yang dibuat dengan niat dan cara yang sama seperti proses
membuat arak, sama ada mengandungi banyak atau sedikit alkohol atau alkoholnya
disuling adalah haram diminum.
5. Makanan atau minuman yang mengandungi alkohol secara semulajadi seperti buah-
buahan, kekacang atau bijirin serta perahannya, atau alkohol yang terkandung itu terjadi
secara sampingan semasa proses pembuatan makanan atau minuman adalah tidak najis dan
harus (boleh) dimakan/diminum.

6. Makanan atau minuman yang mengandungi bahan perisa atau pewarna yang mengandungi
alkohol untuk tujuan penstabilan adalah harus (boleh) digunakan sekiranya alkohol itu
bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak dan kuantiti alkohol dalam produk akhir itu
adalah tidak memabukkan dan kadar alkohol tidak melebihi 0.5%.
7. Ubat-ubatan dan pewangi yang mengandungi alkohol sebagai bahan pelarut adalah tidak
najis dan diharuskan sekiranya alkohol tersebut bukan diambil melalui proses pembuatan
arak.

7.3 Alkohol Sebagai Penstabil Minuman Ringan (1988)

Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-22 yang bersidang pada 24 November 1988 telah membincangkan Alkohol Sebagai
Penstabil Minuman Ringan. Muzakarah telah memutuskan bahawa kordial yang
mengandungi bahan citarasa (flavour) yang dimasukkan alkohol untuk tujuan penstabilan
adalah harus (boleh) digunakan untuk tujuan minuman sekiranya:

1. Alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak.


2. Bahawa kuantiti alkohol dalam citarasa (flavour) itu adalah sedikit iaitu tidak memabukkan
(Majlis Fatwa Kebangsaan 2016).

7.4 Menggunakan Alcohol Swab dan Minyak Wangi Beralkohol

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (2017), definisi alkohol menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat adalah : “1. cecair yg mudah terbakar dan juga memabukkan (terdapat dlm
minuman keras dll); 2. minuman keras; beralkohol mengandungi alkohol: jangan minum
minuman ~ atau bergas; elakkan merawat luka dan calar dgn larutan.”

Terdapat dua pandangan ulama dalam isu ini.

1. Pandangan Jumhur

Ulama al-Syafieyyah memandang bahawa alkohol adalah najis kerana ia termasuk dalam
jenis bahan cecair yang memabukkan. Disebut dalam Kitab Fiqh al-Manhaji (1/183-184):

Pertama: Arak dan semua cecair yang memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT
dalam Surah al-Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“ Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan
berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor
(keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Maksud kotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW
bersabda:

َّ ‫ُك َّل ُم ْس ِك ٍر مَخٌْر َو‬


‫َأن ُك َّل مَخْ ٍر َحَر ٌام‬

(Riwayat Muslim, Sahih Muslim 2003)

Maksudnya:

“Setiap yang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.”

Ini juga adalah pendapat muktamad dalam mazhab Maliki, Hanafi, dan Hanbali. Rujuk al-
Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).

2. Pandangan Minoriti

Mereka berpendapat arak itu haram minumnya tetapi sifatnya tidak najis. Mereka berdalilkan
dengan perbuatan para sahabat antaranya Abu Talhah yang menumpahkan dan memecahkan
tempayan-tempayan arak setelah arak diisytihar haram di dalam Islam, sehingga mengalir
arak itu di jalan-jalan di Madinah (Rujuk Sahih al-Bukhari no. 2464). Jika arak najis, nescaya
para sahabat tidak melakukan perkara itu kerana terdapat larangan untuk membuang rata najis
dan kencing di jalanan. Mereka menjawab istidlal kenajisan arak pada ayat 90 surah al-
Maidah dengan maksudnya adalah najis hukmiyyah atau maknawi, bukannya pada zat atau
ainnya. Dalam erti kata lain, batang-batang panah yang digunakan untuk meneka nasib, tanah
pada berhala dan alat-alat judi itu bukan najis pada ainnya. Najis maknawi juga ada di dalam
ayat al-Quran:

‫ﭐِإمَّنَا ٱلْ ُم ْش ِر ُكو َن جَنَس‬

(Surah al-Taubah: 28)

Maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis,”

Najis di sini bererti najis pada kepercayaan, bukan pada badan. Justeru pendalilan najis
berdasarkan lafaz rijs pada ayat ini tidak bersifat qat’i (pemutus).

Ini adalah pendapat Rabi`ah Syeikh kepada Imam Malik, al-Laith bin Saad, al-Muzani
sahabat dan anak murid kepada Imam al-Syafie dan golongan ulama mutaakhkhirin seperti
al-Syaukani dalam Nail al-Autar, al-San’ani dan Syeikh Muhammad Rashid Ridha, dan
Syeikh Atiyyah Saqr.

Rujuk Fatawa Atiyyah Saqr (1/78); al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).

Ini juga adalah pendapat Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa al-Mu’asirah.

Fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam Tahun 2005 (ms. 74) juga
menyatakan: “Alkohol sintetik atau tiruan daripada campuran bahan kimia adalah haram
meminumnya kerana sifatnya yang memudharatkan seperti mana racun. Adapun barangan
kosmetik yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada
campuran bahan kimia adalah harus menggunakannya, kerana ia bukan najis. Dengan ini
juga, sah sembahyang seseorang yang memakai baju yang telah disembut dengan minyak
wangi yang mengandungi alkohol yang dihasilkan melalui sintetik atau tiruan daripada
campuran bahan kimia kerana ia bukan najis.”

Begitu juga Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam Malaysia Kali Ke-7 yang bersidang pada 11-12 April 1984 telah
membincangkan Alkohol Menurut Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Setiap minuman arak mengandungi alkohol. Bukan semua alcohol itu mengandungi
arak. Alkohol dari proses pembuatan arak hukumnya haram dan najis, tetapi alkohol
yang dibuat bukan melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram
diminum.
2. Minuman ringan yang dibuat sama caranya dengan membuat arak sama ada
mengandungi sedikit alkohol atau alkoholnya disuling adalah haram diminum.
3. Minuman ringan yang dibuat bukan dijadikan arak atau bahan yang mabuk dan tidak
sama caranya dengan proses arak adalah halal.
4. Tapai halal dimakan.
5. Alkohol yang terjadi sampingan dalam proses pembuatan makanan tidak najis dan
boleh dimakan.
6. Ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan.

Kami berpendapat sebolehnya kita mengambil langkah warak untuk meninggalkan


penggunaan alkohol dalam urusan harian kita. Ini untuk meninggalkan khilaf dalam kalangan
ulama. Ini juga bagi mengelakkan syubhah, khususnya jika kita tidak pasti alkohol dalam
bahan-bahan pewangi berasal daripada pembuatan arak atau bukan. Sabda Rasulullah SAW:

َ ُ‫ك ِإىَل َما اَل يَِريب‬


‫ك‬ َ ُ‫َد ْع َما يَِريب‬

(Riwayat al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi (2442)

Maksudnya:

"Tinggalkan apa yang kamu ragui kepada apa yang tidak kamu ragui"

Justeru, boleh pilih alternatif-alternatif yang diyakini suci dan halal. Namun jika
terdapat keperluan, boleh menggunakannya mengikut garis panduan yang diletakkan dalam
keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam
yang dinyatakan di atas. Semoga Allah Taala memberkati hidup kita.

8. KESAN ARAK

Pengambilan arak (alkohol) terutama bagi yang meminumnya akan memberi kesan yang
buruk kepada tubuh badan. Health Services Brown University dalam artikel Alcohol and
Your Body (2015) menyatakan sejurus mengambil minuman beralkohol, 20% daripada etanol
akan diserap ke dalam sistem peredaran darah melalui perut. Jika perut kosong kadar
penyerapan alkohol akan meningkat. Manakala 80% lagi akan diserap di dalam usus kecil.
Bahan ini akan kekal di dalam darah sehingga ia dipecahkan kepada komponen kurang toksik
oleh organ hati. Hati memainkan peranan yang sangat penting dengan memecahkan 98%
daripada alkohol tersebut, manakala baki 2% akan disingkirkan melalui urin, udara hembusan
atau peluh. Kebiasaannya, individu normal memerlukan masa selama satu jam untuk
memproses setiap sepuluh gram alkohol yang diambil. Jika kadar pengambilan alkohol
adalah lebih tinggi berbanding kadar pemprosesannya didalam tubuh, maka kadar alkohol
dalam darah seseorang individu itu akan kekal meningkat dalam satu tempoh masa. Di
samping salur darah, organ-organ yang terlibat dalam penyerapan alkohol.

Pengambilan arak (alkohol) menyebabkan beberapa kesan sementara atau jangka


masa panjang seperti kesulitan untuk berjalan, penglihatan yang kabur, tindak balas yang
perlahan dan hilang ingatan. Ini jelas membuktikan bahawa alkohol sangat mempengaruhi
pusat kawalan badan iaitu otak. Pengambilan alkohol sama ada berterusan atau dalam tempoh
yang pendek boleh mengundang risiko kerosakan pada otak, bergantung kepada beberapa
faktor seperti usia, jumlah alkohol yang diambil, jantina, latar belakang pendidikan dan sosio
ekonomi serta tahap kesihatan seseorang individu (Tortora & Derrickson, 2012). Alkohol
pada khususnya, boleh menyebabkan kehilangan memori di kalangan individu yang
mengambilnya. Kesan ini semakin buruk dengan peningkatan kuantiti alkohol yang diambil.

Manakala ilmuan Islam iaitu Abdul Laith as-Samarqandi berkata dalam kitabnya
Tanbihul Ghafilin: “ Awaslah kamu dari meminum arak kerana ia mengandungi sepuluh
bahaya, yang pertama peminumnya berkelakuan seperti orang gila dan menjadi bahan ketawa
anak-anak kecil dan tercela di kalangan orang-orang berakal.Kedua,memboroskan harta dan
merosakkan akal. Ketiga, menyebabkan permusuhan dengan kawan-kawan. Keempat,
terhalang daripada mengingat Allah dan sembahyang. Kelima, terdorong melakukan zina
kerana dalam keadaan mabuk si peminum mungkin menceraikan isterinya tanpa disedari.
Keenam, arak adalah pembuka bagi segala kejahatan. Ketujuh, perbuatan meminum arak
mengganggu Malaikat yang menjaga si peminum disebabkan kefasikan dan bau busuk arak
yang diminumnya. Kelapan, dikenakan hukuman sebat 80 kali di dunia dengan disaksikan
oleh keluarga dan teman-teman. Kesembilan, perbuatan meminum arak menutup pintu langit
disebabkan segala kebaikan dan doanya tidak terangkat ke langit selama 40 hari. Kesepuluh,
membawa akibat buruk terhadap diri si peminum kerana ditakuti tercabut imannya ketika
mati.

Dalam kajian Morgan M.Y (1982), didapati 80% individu yang ketagihan alkohol
mengalami malnutrisi khususnya tiamin (vitamin B1) yang amat diperlukan untuk kesihatan
tisu-tisu otak. Daripada bilangan ini, beberapa individu mendapat kerosakan yang serius pada
otak, seperti Sindrom WernickeKorsakoff (Martin et al, 2003). Sindrom ini mengakibatkan
pesakit mengalami kecelaruan mental, gangguan pada saraf mata dan masalah koordinasi
otot. Sebagai contoh, pesakit terlalu celaru sehinggakan tidak berjaya untuk keluar dari
sebuah bilik selain tidak boleh berjalan dengan sendiri.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, arak atau segala minuman yang memabukkan serta menghilangkan


kewarasan akal fikiran dikategorikan sebagai haram oleh agama Islam dan berdosa untuk
menggunakannya sama ada untuk tujuan makanan, minuman, perubatan kosmetik, minyak
wangi dan lain-lain. Pengharaman ini ditetapkan selepas berlakunya 4 peringkat penurunan
ayat al-Quran mengenainya.

Kesalahan meminum arak dalam undang-undang jenayah Islam boleh dikategorikan


sebagai kesalahan yang besar kerana Allah SWT mengecam golongan peminum arak yang
tidak diampunkan dosanya dengan azab yang dahsyat di akhirat kelak. Selain itu,hukuman
kepada peminum arak pada zaman Nabi ialah disebat sebanyak 40 kali menggunakan pelepah
tamar. Seterusnya, pada zaman sahabat, peminum arak dikenakan 80 kali sebatan mengikut
hukum ta’zir dan negara Malaysia juga menetapkan hukuman kepada golongan muslim yang
terlibat dengan arak mengikut pemerintah di negeri masing-masing

Semoga Allah memberikan kita semua kefahaman yang benar dalam beragama dan
menajaga kita daripada melakukan yang dimurkainya.
RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim.
Abu Daud, Sulaiman bin al-`Ash`as al-Sajastani al-Azdi. 1983. Sunan Abi Daud, “Kitab al-
Asyribah”, Bab Ma Jaa‟fi al-Sakr, no hadis 3681 c. ke 2. Syria: Dar al-Hadis, h. 663.
Abu Muhammad, Walid Ilias. 2014. Pengharaman arak dalam syariah.
https://elmargi.blogspot.com/2014/01/pengharaman-arak-dalam-syariah.html?m=1 [2
Disember 2020]
Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Akta 559).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Federal_Updated.
nsf/b3ac9c218c8efdc4482568310022d8b3/53f82b9acfd8e29848257082001a87cc?
OpenDocument [11 November 2020]
Al-Khudri, Muhammad. (1964). Tarikh al-Tashri ‘alIslam. Ed. ke-6. Al-Qahirah: Maktabah
al-Tijariyyah al-Kubra.
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf. 2006. Kamus Idris al-Marbawi, cetakan ke-4.
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Al-Qardawi, Yusuf. 1998. Halal & Haram Dalam Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Jasmin
Enterprise, h. 349.
Anon. 2010. Minuman keras. https://seliparlover.wordpress.com/kandungan/kesan-akibat-
meminum-minuman-keras/ [2 Disember 2020]
Enakmen Jenayah (Syariah) 1992 (Perak) (Enakmen 3).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/e8ef616491a02cef482572ae0029a6bc?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Jenayah Syariah 1992 (Negeri Sembilan) (Enakmen 4).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Upd.
nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/850cba26c93dbf6c482572f70006992e?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Jenayah Syariah 1995 (Selangor) (Enakmen 9).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/71fd5fe428b316b648257057000f4daa?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 (Kedah) (Enakmen 9).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Upd.
nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/cc89cd72b0b9fc904825736b00077c53?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (2015) (Kelantan) (Enakmen 13).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/f831ccddd195843f48256fc600141e84/b89eb547d7e572b94825801300194fb0?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1995 (Sabah) (Enakmen 3).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/dfddf3f4bb488243482570f1000e253a?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1996 (Negeri Pulau Pinang) (Enakmen 3).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/1247067832c49a8b482570d70003a148?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 (Johor) (Enakmen 4).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/303f5c14d91cde314825703d003045a2?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 (Terengganu) (Enakmen 7).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/d6aded66b8355327482570dd0008b188?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud Dan Qisas) 1423H/2002M (Terengganu) (Tr.
P.U. 4).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/d323880abb3179f948257385002c3dce?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Kesalahan Syariah 1991 (Negeri Melaka) (Enakmen 6).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/e17a040196a15dd94825707d00299ff6?
OpenDocument [11 November 2020]
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1963 (Perlis) (Enakmen 3).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/Eng_enactment_li
b.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/91428c1da1fcfa814825739500297059?
OpenDocument [ 11 November 2020]
Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 (Enakmen
8).http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Or
i.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/b60b4845121fa7eb4825708b000285e8?
OpenDocument [11 November 2020]
Guezzou, Mokrane. 2008. Asbab Al-Nuzul by Ali ibn Ahmad Al-Wahidi. Amman, Jordan:
Royal Aal al-Bayt Institute for Islamic Thought.
Hakimi Abdul Mutalib. 2011. Peringkat-peringkat Pengharaman Arak.
http://menjejakharapan.blogspot.my/2011/08/peringkat-peringkat-pengharaman-
arak.html?m=1 [2 Disember 2020]
Hussin Che Pa, Nasrul Hisyam Nor Muhammad & Suhaimi Mustar. 2016. Bidang kuasa
eksklusif Mahkamah Syariah selepas pindaan Perkara 121(1a) Perlembagaan
Persekutuan: satu penilaian. Malaysia Journal of Syariah and Law, Vol 4.
Majlis Fatwa Kebangsaan. 2016. Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia. Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Cetakan Kelima (2015). Selangor: Crystal
Creative Empire.
Morgan, M.Y. 1982. Alcohol and nutrition. British Medical Bulletins 38:21–29.
Muhammad Hairy Muhdar, Muhammad Nasrullah Norman & Asraf Aqis Che Musa. 2016.
Peringkat-peringkat pengharaman arak.
http://arakpemusnahkehidupansertakurma.blogspot.com/2016/03/peringkat-peringkat-
pengharaman-arak.html [2 Disember 2020]
Musa Awang. 2009. Dosa minum arak lebih berat berbanding manfaat.
http://musaawang.blogspot.my/search?q=ARAK [2 December 2020]
Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 1991 (Sarawak) (Ordinan 6).
http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen2011/State_Enact_Ori.n
sf/100ae747c72508e748256faa00188094/8ab7129c9e607921482570e000272f47?
OpenDocument [11 November 2020]
Paizah Ismail. 2012. Pelaksanaan Diyat Dalam Kerangka Perundangan Di Malaysia: Cabaran
Fiqh Semasa. Jurnal Fiqh, 9: 1-20.
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. 2017. Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-185 : Menggunakan
Alcohol Swab Dan Minyak Wangi Beralkohol. Dimuatnaik: Umar Mukhtar Mohd
Noor, 9 Mac 2017.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/953-irsyad-al-fatwa-
siri-ke-185-menggunakan-alcohol-swab-dan-minyak-wangi-beralkohol [14 November
2020]
Tortora, G.J. & Derrickson, B.H. 2012. Essentials of Anatomy and Physiology. 9th
International student edition. New York: Wiley.
Zulkifli Hasan. 2008. Isu Undang-undang Jenayah Islam di Malaysia dan sejauh manakah
perlaksanaannya. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai