Anda di halaman 1dari 12

KOD DAN KURSUS

PPDK3822 KAJIAN TEKS DAKWAH DAN KEPIMPINAN

TAJUK TUGASAN
KEKURANGAN PENERAPAN ADAB-ADAB KETIKA SOLAT DALAM KALANGAN
MASYARAKAT MENYEBABKAN KUALITI SOLAT TERJEJAS

NAMA PENSYARAH
DR. ZULKEFLI BIN AINI

NAMA PELAJAR & NOMBOR MATRIKS

NURUL ANIS AISHAH BINTI M. AMIN A181372

NURUL FATIHAH BINTI ZAINULLAH A180805

NURHIDAYAH BINTI ANUAR A182724


1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan perkara penting dan menjadi paksi utama keimanan seseorang mukmin.
Ibadat solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah dan ia
adalah tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf. Pendidikan solat
bermula dari zaman kanak-kanak lagi iaitu seawal berusia tujuh tahun dan dipukul pada umur
sepuluh tahun jika tidak mendirikan kwajipan solat ini. Sesiapa yang meninggalkan solat, dirinya
seolah-olah sedang merobohkan tiang agamanya sendiri.

Kewajipan solat tersebut boleh didapati melalui banyak dalil daripada Al-Quran dan
Al-Hadith. Perintah untuk menjaga solat amat-amat dititik beratkan sebagaimana firman Allah
S.W.T dalam surah Al-Baqarah 2:238

۟ ‫صلَ ٰو ِة ۡٱل ُو ۡسطَ ٰى َوقُو ُم‬


َ‫وا هَّلِل ِ قَ ٰـنِتِین‬ ِ ⁠‫صلَ َو‬
َّ ‫ت َوٱل‬ ۟ ُ‫َح ٰـفِظ‬
َّ ‫وا َعلَى ٱل‬
Maksudnya: Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah
(dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

Kewajipan mendirikannya diturunkan secara langsung kepada Nabi Muhammad semasa


baginda naik ke syurga dan ia diwajibkan ke atas setiap muslim yang berakal dan baligh. Solat
merupakan ibadah pertama yang akan dihisab, sabda Nabi Muhammad:

“Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihitung terhadap seorang hamba pada Hari
Kiamat dari amal perbuatannya ialah solat. Jika solatnya baik, maka sungguh beruntung dan
berjayalah dia. Dan jika solatnya kurang, maka kecewa dan rugilah dia”.

Perkataan Solat dalam Bahasa Arab berasal daripada kata silah yang bermaksud
hubungan. Solat merupakan satu ibadah yang berkaitan dengan sembahyang di dalam Islam.
Solat merupakan kewajipan yang wajib ditunaikan lima waktu sehari semalam oleh setiap
muslim yang baligh. Ia adalah hubungan antara manusia dan penciptanya Allah. Solat adalah
satu jenis penyucian untuk manusia. Mereka berpaling dan bertemu dengan Allah lima kali
sehari. Ini berulang berdiri di hadapan Allah untuk menjaga seseorang itu dari melakukan dosa di
sepanjang hari. Selain itu, ia juga harus menjadi masa penyesalan dan bertaubat, sehingga
mereka bersungguh-sungguh meminta ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang mereka lakukan.
Di samping itu, solat itu sendiri adalah perbuatan baik yang membersihkan beberapa perbuatan
jahat yang mereka lakukan. Perkara ini dicatat dalam hadith Nabi SAW yang berikut:
“Jika seseorang mempunyai aliran di luar pintu mereka dan mereka mandi lima kali sehari,
adakah anda fikir mereka akan mempunyai apa-apa kotoran pada mereka?” Nabi berkata,
“Tidak ada kotoran yang akan kekal pada mereka.” kemudian berkata, “Itu seperti solat lima
waktu: Allah menyapu dosa oleh mereka.” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.)

Berdasarkan beberapa penerangan diatas, dapat kita simpulkan bahawa solat merupakan
medium seorang hamba untuk bertemu dengan Sang Pencipta. Maka dengan itu, persiapan yang
rapi serta adab yang tinggi haruslah dibekalkan dalam diri sebelum solat didirikian seperti
mengambil wudhu’, tajdid niat, berpakaian bersih dan sebagainya. Namun, desawarsa ini
terdapat ramai individu yang tidak meletakkan adab ketika hendak mendirikan solat. Kebiadapan
dalam solat ini dapat dikategorikan dalam pelbagai aspek yang akan dikongsikan didalam kertas
kerja ini. Beberapa isu semasa yang hangat di laman sesawang tentang adab dalam solat akan
dihuraikan secara terperinci dibawah.

2.0 ISU SEMASA TENTANG ADAB KETIKA BERSEMBAHYANG

2.1 Sendawa Ketika Solat

Dalam kitab Al-Syeikh Abu al-Abbas ‘Ali al-Fayyumi mendefinisikan sendawa sebagai
suara berserta angin yang keluar dari mulut disebabkan kekenyangan (Al-Misbah Al-Munir,
Al-Fayyumi (1/102). Manakala dalam kitab Al Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir mendefinisikan
sendawa dengan angin yang keluar dari perut ketika ia penuh ataupun kenyang (Al-Tanwir,
Al-Son’aani (8/152). Menurut Kamus Dewan pula, sendawa adalah bunyi seperti meneguk yang
keluar dari kerongkong kerana kekenyangan dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Secara asasnya, sendawa itu sendiri merupakan satu perbuatan yang pernah ditegur oleh
Rasulullah SAW. Tanpa mengira sama ada sendawa itu di dalam solat mahupun di luar solat. Ini
berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma beliau berkata:
ْ ‫ك فَِإ َّن َأ ْكثَ َرهُ ْم ِشبَعًا فِي ال ُّد ْنيَا َأ‬
‫ًا‬‎‫ط َولُهُ ْم جُوع‬ َّ ‫تَ َج َّشَأ َر ُج ٌل ِع ْن َد النَّبِ ِّي صلى هللا عليه وسلم فَقَا َل‌‏ ُك‬
َ ‫ف َعنَّا ُج َشا َء‬
‫يَوْ َم ْالقِيَا َم ِة‬

Maksudnya: “Seorang lelaki sendawa di sisi Rasulullah SAW, lalu baginda bersabda: Jauhilah
sendawa kamu dari kami kerana sesungguhnya mereka yang paling banyak kenyangnya di dunia
adalah mereka yang paling lapar pada hari kiamat.”

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa perbuatan sendawa itu dilarang dari sudut larangan
ke atas perbuatan yang membawa kepada sendawa itu sendiri. Imam al-Manawi apabila
mensyarahkan hadis ini beliau berkata: Larangan sendawa merupakan larangan ke atas
sebabnya iaitu kekenyangan yang berlebihan dan ia merupakan sesuatu yang tercela dari sudut
perubatan dan juga syarak.

Namun ini hanyalah merujuk kepada sendawa yang terhasil dari perbuatan makan secara
berlebihan. Ia sebenarnya merupakan suatu perbuatan yang tidak baik kerana biasanya
kekenyangan yang berlebihan akan membawa kepada perbuatan perbuatan negatif yang lain
seperti malas dalam beribadat dan mendorong untuk melakukan maksiat.

Adapun sendawa yang terhasil bukan secara sengaja, seperti faktor badan berangin dan
seumpamanya maka ini tidaklah menjadi suatu kesalahan. Namun di antara adab adalah
seseorang itu tidak sendawa dengan sengaja di hadapan orang lain.

Isu sendawa dalam solat ini mempunyai perbahasannya yang tersendiri di sisi para fuqaha
dari sudut adakah sendawa itu menyebabkan terbatalnya solat seseorang atau tidak. Secara
asasnya, sendawa tidaklah termasuk dalam perkara yang membatalkan solat seperti yang
dijelaskan dalam beberapa riwayat yang sahih. Ini bermakna, tidak terdapat petunjuk syarak yang
menyatakan bahawa sendawa itu menyebabkan solat pelakunya terbatal.

Namun, ada sebahagian fuqaha melakukan qiyas dengan mengatakan bahawa sekiranya di
luar solat pun Rasulullah SAW menegah perbuatan sendawa maka apatah lagi di dalam solat.
Kesimpulannya, berdasarkan persoalan di atas, sendawa tidaklah membatalkan solat. Namun ia
adalah satu perbuatan yang kurang adab di dalam solat, bahkan boleh membawa kepada hukum
makruh sekiranya menghasilkan bau-bauan yang mengganggu para jemaah.

2.2 Jemaah Lelaki Solat Dengan Mengikat Rambut

Selanjutnya adalah jemaah lelaki solat dengan mengikat rambut. Lelaki memang diperbolehkan
untuk menyimpan rambut selagi mana tidak menyerupai kaum wanita sebagaimana sabda
Baginda SAW:

ِ َ‫ َو ْال ُمتَ َرجِّ ال‬،‫ال‬


‫ت ِمنَ النِّ َسا ِء‬ ِ ‫لَ َعنَ النَّبِ ُّي صلى هللا عليه وسلم ْال ُم َخنَّثِينَ ِمنَ الرِّ َج‬

Maksudnya: “Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang
perempuan yang menyerupai lelaki.”

Dari hadis di atas jelas sekali menunjukkan bahawa sesungguhnya perbuatan lelaki menyerupai
perempuan dan sebaliknya adalah haram dan merupakan salah satu daripada dosa besar. Baik
dari segi perbuatan, pemakaian, gaya rambut dan sebagainya. Berbalik kepada persoalan, apakah
hukum bagi jemaah lelaki solat dengan mengikat rambut?

Dalam sebuah hadis daripada Ibn Abbas R.A menyebut:

‫ص َرفَ َأ ْقبَ َل ِإلَى اب ِْن‬ َ ‫ فَلَ َّما ا ْن‬، ُ‫ فَقَا َم فَ َج َع َل يَ ُحلُّه‬، ‫صلِّي َو َرْأ ُسهُ َم ْعقُوصٌ ِم ْن َو َراِئ ِه‬
َ ُ‫ث ي‬ ِ ‫َأنَّهُ َرَأى َع ْب َد هَّللا ِ ْبنَ ْال َح‬
ِ ‫ار‬
‫ ِإنَّ َما َمثَ ُل هَ َذا َمثَ ُل الَّ ِذي‬: ‫صلَّى هَّللا ُ َعلَ ْي ِه َو َسلَّ َم يَقُو ُل‬ ُ ‫ ِإنِّي َس ِمع‬: ‫ك َو َرْأ ِسي ؟ فَقَا َل‬
َ ِ ‫ْت َرسُو َل هَّللا‬ َ َ‫ َما ل‬: ‫س فَقَا َل‬ ٍ ‫َعبَّا‬
ٌ ُ‫صلِّي َوهُ َو َم ْكت‬
‫وف‬ َ ُ‫ي‬

Maksudnya: “Bahawa beliau melihat Abdullah bin al-Harith solat dalam keadaan rambutnya
diikat di belakang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila
dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn Abbas dan berkata “Mengapa kamu lakukan pada
rambutku demikian?” Lalu Ibn Abbas menjawab: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat
sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang.”
(Riwayat Muslim (1129))

Menurut Ibn al-Athir Rahimahullah, maksud dari hadis ini adalah apabila seseorang solat
dengan melepaskan rambutnya, maka rambut tersebut akan menyentuh tanah apabila bersujud.
Dan rambut yang menyentuh tanah tersebut akan diberikan pahala bersujud kepada tuannya.
Namun jika rambutnya diikat, mereka diletakkan di dalam kalangan orang yang tidak sujud.
Rambut yang diikat ketika solat diumpamakan seperti seseorang yang diikat kedua tangannya
ketika solat kerana tidak dapat menyentuh tanah ketika bersujud.

Walaubagaimanapun, larangan mengikat rambut ketika solat hanya dikenakan kepada


kaum lelaki sahaja. Solat yang telah dilaksanakan adalah sah akan tetapi hukumnya adalah
makruh tanzihi. Makruh merupakan satu perbuatan yang tidak haram tetapi dibenci oleh Allah.
Secara jelasnya, makruh adalah sesuatu perkara yang telah dilarang oleh syarak tetapi masih
diperbolehkan untuk dilakukan. Perkara makruh jika ditinggalkan mendapat pahala, dan jika
dilakukan tidak diberikan pahala ataupun dosa. Oleh itu, hukum bagi jemaah lelaki yang
mengikat rambut ketika solat adalah makruh tanzihi.

Daripada buku Al-Hikam, Butiran Hikmah Abah Hasyim Muzadi (2010), pengertian
makruh tanzihi merupakan suatu hukum makruh yang lebih ringan dari makruh tahrim.
Perbuatan yang telah dijatuhkan pada hukum makruh tanzihi sebaiknya tidak dilakukan.
Sekalipun ia terpaksa dilakukan secara berterusan, maka perbuatan tersebut tidak sampai jatuh
pada hukum haram.

Walaupun perbuatan makruh tanzihi tidak dihukum secara tegas dalam Islam, namun melakukan
perbuatan tersebut dalam sesuatu ibadah dapat mengurangkan pahala seseorang dalam ibadah
tersebut. Oleh yang demikian, umat Islam sebaiknya mengelakkan dari melakukan perbuatan
makruh tanzihi kerana ianya merupakan antara perbuatan yang dibenci oleh Allah. Sebaiknya,
lakukanlah perbuatan yang dicintainya agar mendapat pahala dan dapat melaksanakan ibadah
dengan lebih sempurna.

2.3 Solat Dengan Memakai Pakaian Bercorak

Selain itu, solat dengan memakai pakaian yang berlogo ataupun bercorak. Pada era
globalisasi kini, begitu banyak saingan pakaian yang dipasarkan. Berbagai corak, gambar dan
macam-macam lagi dihasilkan pada pakaian tersebut. Contohnya, logo-logo pasukan bola sepak,
gambar kartun, anime, haiwan dan sebagainya. Oleh yang demikian, apakah hukum memakai
pakaian yang berlogo ataupun bercorak ketika menunaikan solat?

Solat diumpamakan seperti tiang agama pada seorang muslim. Jika tidak sempurna
solatnya, maka rosaklah seluruh tiang yang dibina. Ibaratnya, jika seorang muslim tidak
menunaikan solat, maka tidak sempurnalah kehidupannya. Hal ini kerana solat adalah untuk
mengabdikan diri seseorang kepada Allah. Terkadang, sebagai seorang manusia biasa, kita sering
lalai ketika melakukan ibadah. Walaupun terlihat sempurna dari segi pergerakan, bacaan, rukun
dan sebagainya, akan tetapi pakaian yang digunakan ketika solat dipandang ringan oleh
masyarakat menyebabkan kurang sempurnanya solat seseorang itu.

Hampir sebahagian besar dikalangan masyarakat muslim memandang rendah tentang


hukum pemakaian ketika solat. Tidak ramai yang menitikberatkan tentang boleh dan tidak
bolehnya jenis pakaian yang digunakan ketika solat. Pada hakikatnya, terdapat hukum yang
melarang seseorang untuk mengenakan pakaian yang bercorak haiwan ketika menunaikan solat.
Daripada Aisyah R.A, Nabi SAW bersabda:

‫َاف َأ ْن تَ ْفتِنَنِي‬ َّ ‫ت َأ ْنظُ ُر ِإلَى َعلَ ِمهَا َوَأنَا فِي ال‬


ُ ‫صاَل ِة فََأخ‬ ُ ‫ُك ْن‬

Maksudnya: “Aku melihat kepada gambarnya sedang aku dalam solat, maka aku bimbang ia
membawa fitnah kepadaku (atau melalaikan aku).
(Riwayat al-Bukhari (373))

Berdasarkan pandangan para ulama’, terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai
hukum menggunakan pakaian yang bercorak haiwan ketika solat. Yang pertamanya adalah
makruh dan yang keduanya adalah haram.

Antara pendapat yang memakruhkannya adalah, Imam al-Nawawi berkata di dalam hadis
tersebut adalah gesaan supaya sentiasa hadir dan khusyu’ ketika solat dengan tadabbur bacaan
dan zikirnya serta maksudnya untuk patuh dan taat. Ditegah daripada melihat kepada perkara
yang melalaikan dan menghilangkan semua bentuk yang melalaikan hati. Al-Hafiz Ibn Hajar
pula berkata bahawa solat tidak rosak dan tidak batal dengan sebab pakaian yang mempunyai
gambar ketika solat kerana Nabi SAW tidak memutuskan solat tersebut dan juga tidak
mengulanginya. Imam al-Nawawi juga ada menyatakan bahawa adapun pakaian yang terdapat
padanya gambar atau yang melalaikan, maka hukumnya makruh solat padanya.

Manakala bagi pendapat yang mengharamakannya pula adalah pengarang kitab Matalib
Uli al-Nuha berkata, haram kepada lelaki dan perempuan memakai pakaian terdapat padanya
gambar binatang. Selain itu, Ibn Muflih pula berpendapat hukumnya haram memakai pakain
yang terdapat padanya gambar haiwan. Imam al-Hajjawi pula berkata haram setiap lelaki dan
perempuan memakai pakaian yang terdapat gambar haiwan.

Setelah diteliti pendapat-pendapat yang ada, pendapat Imam al-Nawawi dan juga al-Hafiz ibn
Hajar yang menyatakan bahawa menggunakan pakaian yang bercorak adalah makruh digunakan
sebagai hukum. Walaupun begitu, umat Islam adalah sebaiknya mengelakkan daripada
menggunakan pakaian seperti itu ketika solat agar mendapatkan solat yang khusyuk. Hal ini
kerana mendapatkan khusyuk dalam solat merupakan tujuan utama menunaikan solat.
Sebagaimana firman Allah SWT:
َ ‫) ٱلَّ ِذينَ هُ ْم فِى‬١( َ‫قَ ْد َأ ْفلَ َح ْٱل ُمْؤ ِمنُون‬
)٢( َ‫صاَل تِ ِه ْم َخ ٰـ ِشعُون‬

Maksudnya: “Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. Dan mereka yang menjauhkan
diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.”

(Surah al-Mukminun: 1-2)

2.4 Melengah-lengahkan waktu solat.

Kedudukan ibadat solat begitu penting, maka solat fardu sama sekali tidak boleh
diabaikan atau ditinggalkan dengan sewenang-wenangnya. Ulama sepakat berpendapat, mereka
yang mengingkari kewajipan solat dihukumkan sebagai kafir. Bagaimanapun jika
meninggalkannya disebabkan sifat malas tetapi masih mengakui kewajipannya, menurut Imam
Malik dan Imam al-Syafie orang tersebut hanya dianggap fasiq . Oleh yang demikian ibadat solat
perlu dipelihara dan dilaksanakan oleh setiap muslim. Pengabaiannya akan menjejaskan
kedudukannya sebagai muslim.

Pada akhir zaman ini, muslim sendiri begitu memandang solat diawal waktu itu sebagai
perkara yang remeh.Sedangkan ia telah disebut di dalam hadis, Di dalam sebuah hadis: Baginda
Rasulullah pernah ditanya: Apakah amalan-amalan yang lebih utama? Baginda bersabda:
Sembahyang pada awal waktunya. - [HR Abu Daud 362]. Berdasarkan hadis di atas, solat pada
awal waktu merupakan satu amalan yang sangat dicintai Allah dan Rasulnya.

Walhal begitu banyak fadhilat dan hikmah apabila setiap muslim mengerjakan solat diawal
waktu.Mungkin mereka itu memandang kepada hikmah yang dapat membentuk diri muslim yang
murni di dalam ibadah.
Kehidupan yang tenang adalah menjadi impian setiap orang. Islam telah mengajarkan bahawa
ketenangan ditemui dalam mengingati Allah SWT dan solat adalah salah satu caranya. Seperti
yang dinyatakan dalam firman Allah,

“Dirikanlah solat untuk berzikir kepadaKu.”


Zikir yang dilakukan dengan khusyuk akan memberi ketenangan kepada pengamalnya dan
membantu meredakan kekacauan fikiran.

3.0 PENUTUP

Akhir sekali, solat membentuk peribadi muslim yang mulia, adab dan cara bagi
menghadap pencipta dan mendirikan solat amat penting untuk mendapat ibadah yang
sempuna.Solat merupakan aspek yang penting untuk membina peribadi muslim, oleh itu sebagai
muslim perlu mengelakkan kesalahan dalam hukum dan syarat untuk mengerjakan solat yang
telah ditetapkan.Kebanyakkan muslim mengambil ringan tentang isu-isu pakaian, cara, dan adab
dalam solat.Apabila menjaga pakaian, kesucian diri daripada najis dan menutup aurat yang
sempurna ketika solat akan menjaga kekusyukkan ketika solat.Kebanyakkan muslim sukar untuk
mendapat kekusyukkan kerana mengambil ringan tentang perkara-perkara kecil yang tidak
dipandang penting ketika sebelum mengerjakan solat.

Imam as-Syirazi menyebutkan, “Jika terdedah suatu pun dari jenis aurat, sedangkan dia mampu
menutupnya maka tidak sah solatnya.” Imam Nawawi pula menyimpulkan batal solat seseorang
yang terdedah aurat secara banyak atau sedikit. Orang yang mendapati auratnya terdedah selepas
solat hendaklah dia mengulangi kembali solatnya.

Manakala bagi mazhab as- Syafie, menganggap aurat itu keseluruhannya perlu ditutup semasa
solat, dan jika terdedah samada sedikit atau banyak wajib segera ditutupi. Jika tidak maka batal
solatnya.Solat bukanlah perkara yang kecil untuk diambil mudah.Kerana seperti yang
diperkatakan solat ialah tiang agama.Jadi, ia perlu dijaga dengan betul secara hukum, syarat dan
sebagainya.

4.0 RUJUKAN

Al-Quran Al-Karim

Al-Imam Hujjatul Islam Abu Hamid Al-Ghazali. 1998. ‫بداية الهداية الطبعة األولى دارصادر‬
Dar Sader Publishers P.O.B 10 Beirut, Lebanon. Harvard University Library

Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) 1994. Terjemahan Bidayatul
Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Khazanah Banjariah. Pustaka Darussalam, Kedah
Tenfold NGO, 2018, Solat Saya: Panduan Solat Langkah Demi Langkah Untuk Lelaki
Dan Wanita. Diakses pada 02/07/2023
https://www.tenfold.ngo/wp-content/uploads/2019/06/TF-A5SalahBooklet-R3-BM-version-onlin
e.pdf

Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, 2022, #195: Sendawa Ketika Solat. Diakses pada
02/07/2023 https://maktabahalbakri.com/195-sendawa-ketika-solat/

Muhammad Fahmi Rusli, 2018, Al-Kafi #836 : Hukum Sendawa Di Dalam Solat.
Diakses pada 02/07/2023
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2650-al-kafi-836-hukum-sendawa-di-dalam-so
lat

Abdullah al-Qari Hj. Salleh. 239 Kesalahan Di Dalam Solat. Selangor: Pustaka Ilmi, 2012.

Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, Shahih Bukhari, terj.’Syed Ahmad Semait’.
Singapura: Pustaka Pte Ltd, 2006.

Abu Dhiya’. Fiqh Ibadah. Johor Bharu: Jahabersa, 1996

Admin PMWP, 2019, Al-Kafi #1122: Solat Dengan Mengikat Rambut. Diakses pada 02/07/2023
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3142-al-kafi-1122-solat-dengan-mengikat-ram
but

Umar Mukhtar Mohd Noor, 2015, Isu Transgender, Tasyabbuh Atau Penyerupaan: Hukumnya.
Diakses pada 02/07/2023
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1820-siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyeru
paan-hukumnya-edisi-kemaskini

Admin PMWP, 2019, Al-Kafi #1075: Hukum Pakai Pakaian Bercorak Haiwan Ketika Solat.
Diakses pada 02/07/2023
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3074-al-kafi-1075-hukum-pakai-pakaian
-bercorak-haiwan-ketika-solat

Anda mungkin juga menyukai