Anda di halaman 1dari 13

Sejarah, Konsep & Kepentingan Tarbiah dan Usroh

Dalam Pembinaan Ummah


Apakah Piawaian Kejayaan Dakwah & Tarbiyyah Rasulullah SAW

Bagaimana Rasulullah SAW membangunkan bangsa Arab yang ummi menjadi satu
umat yang memikul risalah serta mencipta sejarah dan peradaban
yang
mengagumkan sedangkan sebelumnya mereka adalah masyarakat jahiliyyah yang
hina dina dan berpecah belah, membunuh anak perempuan hidup-hidup, minum
arak, berzina, berjudi dan sebagainya?

Adakah kejayaannya diukur dengan kekuasaan & perluasan empayarnya sehingga


mampu meletakkan Islam pada kedudukan yang terhormat di persada dunia atau
mungkin kerana ramainya pengikut atau penganutnya?

Rahsianya Adalah Tarbiyyah

Agen Perubahan: Tarbiyyah Adalah Alat Tarbawi & Takwini


Pengharaman Arak Di Amerika
Amerika telah melarang minuman keras dan ingin menghapuskannya pada tahun 1919.
pihak berkuasa cuba mengubati masalah berkenaan arak dengan melaksanakan undangundang yang digelar ACTE Volstead. Ianya berkuatkuasa selama lebih kurang 13 tahun
sebelum dimansuhkan kerana menemui kegagalan.
Untuk program ini; Amerika telah mengggunakan seluruh cara dan media moden seperti
majalah, surat khabar, ceramah-ceramah, filem dan risalah yang menjelaskan bahaya dan
tercelanya minuman keras tersebut. Amerika telah membelanjakan hampir 65 juta dollar,
sedangkan buku-buku dan risalah yang dicetak pun mencapai 10 juta halaman. Adapun
yang diberi hukuman mati selama masa itu 300 orang dan yang dipenjarakan lebih
setengah juta orang (532, 325 orang).
1933 kerajaan membatalkan undang-undang ini dan membolehkannya secara mutlak.
Perubahan Melalui Tarbiyyah
Islam menghapuskan arak hanya dengan beberapa ayat.
Allah SWT telah menurunkan beberapa ayat al-Quran berkenaan arak secara berperingkat
sebelum ia diharamkan terus secara mutlak sehingga ke hari ini.
Ayat pertama:



Maksudnya: "Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan
dan rezeki yang baik."(Surah an-Nahl 16:67)
Ayat ini diturunkan di Mekah. Dilaporkan umat Islam pada era permulaan Islam meminum
arak dan pada ketika itu arak adalah halal kepada mereka.
1 | Bengkel Pengendalian Usroh

Ayat kedua:




Maksudnya: "Mereka bertanya kepadamu tentang khamar (arak) dan judi. Katakanlah:
'Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa
keduanya lebih besar dari manfaatnya'." (Surah al-Baqarah 2:219)
Ayat ini diturunkan di Madinah. Abu Hurairah berkata: "Khamar (arak) diharamkan dalam 3
peringkat. Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah, para sahabat Nabi masih minum
arak dan makan harta dari hasil perjudian. Lantas mereka bertanya Rasulullah SAW
mengenai keduanya, maka Allah SWT menurunkan ayat di atas kepada baginda."
Orang pun berkata: "Kedua-duanya tidak diharamkan kepada kita kerana Allah hanya
berkata: 'Pada keduanya itu terdapat dosa besar..' Oleh sebab itu, mereka masih minum
arak sehingga pada suatu hari, seorang lelaki muhajirin mengimami solat pada solat
Maghrib, lalu terjadi kecelaruan dalam pembacaannya. [Diriwayat oleh Ahmad bin Hanbal]
Menurut Tafsir Ibn Kathir, dilaporkan Umar al-Khattab berkata: "Al-Khamr itu termasuk apa
sahaja yang memabukkan/mengkhayalkan minda."
Mengenai manfaat dari keduanya, ia dikatakan dapat memberi kebaikan kepada badan,
mengkhadam makanan, menggembirakan hati dan membawa manfaat kepada
keuntungan dari hasil penjualannya. Akan tetapi Allah SWT berkata bahawa dosa
keduanya adalah lebih besar daripada manfaatnya. Malahan ia turut memberi keburukan
kepada minda dan juga agama.
Dilaporkan lagi di dalam Tafsir Ibn Kathir bahawa Ibn Umar, Ash-Sha`bi, Mujahid, Qatadah,
Ar-Rabi bin Anas and Abdur-Rahman bin Aslam menyatakan bahawa ini adalah ayat
pertama yang diturunkan mengenai arak. Kemudian ayat 43 dari surah an-Nisa' dan
seterusnya ayat 90 dari surah al-Maidah (ayat pengharaman arak).
Nota: Mungkin apa yang dimaksudkan oleh mereka ini adalah ini ayat pertama berkenaan
pengharaman arak.
Ayat ketiga:




Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan..." (Surah an-Nisaa'
4:43)
Allah SWT menurunkan ayat ini yang lebih keras lagi apabila berlakunya kecelaruan dalam
pembacaan al-Quran akibat mabuk. Dilaporkan bahawa Ali bin Abi Talib berkata bahawa:
"Abdul Rahman bin Auf membuat jamuan lalu mengajak kami untuk makan dan kami pun
minum khamar pada masa tersebut sehingga mabuk. Kemudian waktu solat tiba dan
mereka menolakku ke hadapan sebagai imam. Aku pun membaca:



2 | Bengkel Pengendalian Usroh

Maksudnya: "Katakanlah wahai orang kafir, aku tidak menyembah kepada apa yang kami
sembah dan kami menyembah apa yang kamu sembah."
Akibat daripada kecelaruan ayat di atas yang mana sepatutnya ia adalah:


maka Allah pun menurunkan ayat di atas tadi (an-Nisaa' 4:43).
[Diriwayat oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim. at-Tirmidzi mengatakan ia hasan gharib sahih.]
Ayat keempat:





Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji
termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan
dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan
menghalangi kamu dari mengingat Allah dan sembahyang; maka berhentilah kamu (dari
mengerjakan PEKERJAAN itu)." (Surah al-Maidah 5:90-91)
Saad bin Abi Waqqas menceritakan kepada anaknya Mus'ab bahawa ayat ini turun
berkenaan dengannya. Dia berkata: "Pada suatu hari aku didatangi beberapa orang dari
kalangan muhajirin dan dan ansar." Mereka berkata: "Mari sini, kami berikan kamu makan
dan minum arak."
Hal itu berlaku sebelum pengharaman arak. Dia berkata lagi: "Lalu aku datang kepada
mereka di sebuah kebun, dan pada mereka terpanggang kepala kambing serta tersedia
bejana daripada arak." Beliau menceritakan lagi: "Aku pun makan dan minum bersama
mereka. Pada masa itu aku menyebut-nyebut berkenaan dengan ansar dan muhajirin
dengan mengatakan orang muhajirin lebih mulia daripada orang ansar." Beliau berkata
lagi: "Lalu seorang lelaki menarik janggutku dan memukul mukaku sehingga hidungku
berdarah. Lalu aku datang kepada Rasulullah SAW dan menceritakan perkara itu, maka
Allah menurunkan ayat 90-91 di atas yang menerangkan berkenaan diriku dalam perkara
pengharaman arak."
[Diriwayatkan oleh Muslim dan Ahmad]
Selepas turunnya ayat ini, maka arak telah diharamkan secara mutlak sehinggalah ke hari
ini.
Terdapat lagi satu riwayat bahawa Umar al-Khattab berkata: "Ya Allah, jelaskan kepada
kami mengenai khamar dengan sejelas-jelasnya." Lalu turun ayat 219 dari surah alBaqarah. Lantas Umar dipanggil dan dibacakan ayat ini kepadanya. Umar pun berkata
lagi: "Ya Allah, terangkan kepada kami mengenai khamar dengan sejelas-jelasnya." Lalu
turun ayat 43 dari surah an-Nisaa'.
Umar pun dipanggil dan dibacakan kepadanya, kemudian Umar berkata lagi: "Ya Allah
SWT, jelaskan kepada kami mengenai khamar dengan sejelas-jelasnya." Lalu turun ayat
3 | Bengkel Pengendalian Usroh

91 dalam surah al-Maidah. Umar pun dipanggil dan dibacakan ayat ini kepadanya, lantas
Umar berkata: "Selesai pengharamannya bagi dan selesai bagi kami."
[Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, Abu Daud, al-Baihaqi, Ahmad, al-Hakim, at-Tabrani dan atTabari]
Begitulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan mengenai turunnya ayat al-Quran
berkenaan dengan pengharaman arak.
Bagaimana Respon Umat Pertama Terhadap Pengharaman Arak
Anas b. Malik bercerita; Ketika saya menyodorkan gelas kepada Abu Thalhah, Abu
Ubaidah Bin Jarrah, Abu Dujanah, Muaaz Bin Jabal dan Suhail bin Baidha hingga kepala
mereka menunduk kerana arak, tiba-tiba saya mendengar pengumuman bahawa khamar
(arak) telah diharamkan. Maka tidak ada seorangpun di dalam dan di luar tempat kami
melainkan membuang minuman keras dan memecahkan wadah-wadahnya. Sebahagian di
antara kami ada yang berwudhu, ada pula yang mandi lantas memakai minyak wangi
Ummu Sulaim dan kami pergi ke masjid. (Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dengan sanadnya
sendiri dari tafsir Ibnu Katsir)
Dari Abu Buraidah Dari ayahnya, ia berkata Ketika kami sedang duduk meneguk arak
maka saya bangun mendatangi Rasulullah SAW, lalu menghulur salam kepada beliau
sementara ayat yang mengharamkan arak telah turun. Kemudian saya mendatangi
teman-teman untuk membacakan ayat itu kepada mereka sampai pada ayat .maka
berhentilah kamu (dari minum arak) (al Maidah 5: 91), dimana sebahagian mereka
spontan membuangnya dan memuntahkannya seraya berkata: Wahai Rabb kami, kami
berhenti
Kejayaan ummat pertama ialah kerana:

Fikrah dan keimanan yang mendasarinya

Akhlaq dan nilai-nilai yang melandasinya

Keluhuran dan keikhlasan pendokongnya serta semangat dan kesungguhan yang


dibangunkan di atas ilmu dan kefahaman yang mendalam.

Inilah rahsia kejayaannya iaitu risalah tarbiyyah sebelum risalah hukum, risalah
akhlaq sebelum risalah jihad, risalah kesucian hati sebelum risalah kekuasaan
dan perluasan empayar.
Semua ini adalah hasil dari pelaksanaan Tarbiyyah di Madrasah Rasulullah SAW.
TASAWUR TARBIAH (KONSEP PENDIDIKAN)
Maju atau mundurnya sesuatu ummah bergantung rapat kepada maju atau mundurnya
pendidikan ummah tersebut.
Oleh itu tarbiah (pendidikan) menjadi perkara utama di dalam perancangan dan
pembangunan sesuatu ummah.
Akhlak yang mulia dan terpuji tidak lahir secara kebetulan. Pembentukannya perlu melalui
proses pentarbiahan atau pendidikan yang betul.
4 | Bengkel Pengendalian Usroh

Pendidikan secara terancang dikira nadi kepada pembangunan ummah. Ia juga dikira
sebagai pencorak ummah.
TARIF TARBIAH
Tarbiah berasal dari Bahasa Arab yang membawa erti penjagaan, pengasuhan, bimbingan
dan tunjuk ajar.
Tarbiah memerlukan proses secara teori dan praktikal dalam kehidupan individu dan
berkumpulan. Individu dan kumpulan perlu dididik secara berterusan (sepanjang hayat)
berdasarkan sistem tertentu bagi mencapai matlamat yang diharap-harapkan.

5 | Bengkel Pengendalian Usroh

CIRI-CIRI MANHAJ TARBIAH ISLAMIYAH

Tarbiah Islamiyah bersumberkan sumber Rabbani, iaitu al-Quranul Karim, sunnah


Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan sirah baginda bersama para sahabat (yang
merupakan hasil tarbiah baginda).

Tarbiah Islamiyah memberi fokus kepada seluruh aspek diri manusia - fizikal, rohani
dan aqal.

Tarbiah Islamiyah bersifat maidani waqii iaitu lahir dalam kehidupan secara amali
dan praktikal, bukan teori semata-mata.

Manhaj Tarbiah Islamiyah mempunyai model untuk diambil kaedah dan contoh
teladan iaitu daie dan ummah pertama - Rasulullah Sallallahualaihiwasallam dan
generasi para sahabat baginda.

Tarbiah Islamiyah berjalan dalam bi-ah solehah (suasana baik) yang membantu
pembangunan dan perkembangan mereka yang ditarbiahkan.

Tarbiah Islamiyah mempunyai murabbi (pendidik) yang memiliki sifat-sifat murabbi


sebenar.

MATLAMAT TARBIAH
Matlamat tarbiah Islamiyah ialah untuk melahirkan muslim yang betul aqidahnya, sahih
ibadahnya, baik akhlaknya, terdidik aqal fikirannya, kuat tubuh badannya, mampu bekerja,
memberi faedah kepada orang lain, bermujahadah terhadap hawanafsu, menjaga masa,
teratur semua urusan dan sifat-sifat mulia lain yang menggambarkan kesempurnaan
syakhsiyah.
Kualiti muslim sebeginilah, InsyaAllah, yang akan sanggup membangunkan rumahtangga
Islam dan juga masyarakat Islam yang dicita-citakan. Yakni masyarakat yang
melaksanakan Islam sebagai Deen (sistem hidup) dalam kehidupan seluruhnya.
RUANG LINGKUP TARBIAH
1. Tarbiah Ruhiah
Memberi penekanan terhadap konsep Iman, hubungan serta pergantungan pada Allah
beserta segala janji dan pertolongan Allah SWT. Ianya merupakan sumber kekuatan jiwa
sehingga terhasilnya kekuatan dan kejayaan yang luar biasa.

2. Tarbiyyah Aqliyyah
Mendidik dan mengajar ahli memimpin akal untuk berfikir, memberi pandangan dan
tafaqquh dalam ilmu serta boleh merancang berlandaskan sumber-sumber utama.
Tuntutan kepada ahli:

Melatih akal supaya boleh berfikir dan merancang untuk keperluan gerakan

6 | Bengkel Pengendalian Usroh

Menghindarkan diri dari budaya taqlid daripada orang lain atau orang terdahulu.

Mendidik akal mengkaji sumber-sumber syariah dan melatih diri


mengaplikasikannya berdasarkan keperluan dan kesesuaian semasa.

Berlatih mendengar dan meraikan pandangan ahli, mempertimbangkan pandangan


tersebut barlandaskan asas islam.

Sentiasa menjadikan sumber asas islam sebagai makanan akal.

Berlatih untuk mengembangkan pemikiran (pemikiran terbuka).

3. Tarbiyyah Khuluqiyyah (tingkah laku)


Akhlak itu meliputi seluruh sudut kehidupan. Ia meliputi kawalan nafsu, benar dalam
percakapan, ihsan dalam amalan, amanah dalam muamalat, berani dalam memberi
pandangan, adil dalam menghukum, berazam untuk kebaikan dan sebagainya.
Terdapat beberapa elemen penting dalam Tarbiyyah Khuluqiyyah yang harus diaplikasi
oleh setiap ahli:

Sabar sabar dengan apa jua keadaan walaupun dalam keadaan susah, senang,
suka, sedih dan sebagainya

Thabat (tetap pendirian) istiqomah dan iltizam dalam memperbaiki dan


membangunkan diri. Perlu menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.

Amal (berwawasan) mempunyai azam untuk menghayati Islam dan memberi


pengharapan terhadap kejayaannya, tidak berputus asa dalam beramal dengan
tuntutan Islam.

Mencurahkan tenaga gigih dan berusaha dalam menyampaikan kebenaran dan


mencetuskan perubahan positif pada persekitarannya.

4. Tarbiyyah Jihadiyyah (Jihad)


Tarbiyyah Jihad merangkumi iman, akhlak, ruh, usaha bersama kawalan dan latihan dan
tindakan. Menanam ruh jihad termasuklah jihad nafsu, harta, jiwa dan masa. Oleh itu
tarbiyyah jihad mencakupi:
Kefahaman

Akhlak

Iman

Persediaan ruh

Persediaan mental

Persediaan jasad

7 | Bengkel Pengendalian Usroh

Persediaan keperluan (instrument)

8 | Bengkel Pengendalian Usroh

5. Tarbiyyah Ijtimaie
Firman Allah swt yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah kamu, sujudlah kamu, sembahlah tuhan
kamu dan berbuatlah kebaikan supaya kamu beruntung. Dan berjuanglah (di jalan Allah)
dengan perjuangan yang sebenarnya (Surah Al Hajj : 77-78)
Melatih anggota untuk melihat kehidupan dari kacamata masyarakat, peka dengan
permasalahan masyarakat dan bersedia untuk melakukan perubahan dan pembaikan.
Anggota juga dibiasakan dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan ringan tulang untuk
menyalurkan tenaga, buah fikiran dan apa yang mampu kepada masyarakat.
5. Tarbiyyah Fizikal
Tarbiyyah ini membawa matlamat:

Kesihatan fizikal dan menyelamatkannya dari penyakit

Kekuatan anggota fizikal dan boleh berfungsi bila-bila masa

Menjana kekuatan fizikal dengan mempelbagaikan medan perjuangan hidup

USROH
KONSEP & KEPENTINGAN USROH
Membentuk ummah adalah umpama membangunkan sebuah bangunan tinggi yang
mencakar langit (bahkan lebih tinggi lagi), yang terlebih dahulu memerlukan tapak asas
(foundation) yang kukuh.
Asas bangunan itu dibina daripada besi, simen, pasir dan batu bata yang tersusun rapi,
yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain. Batu bata dan bahan binaan itu
mestilah yang terpilih, yang telah melalui proses pembentukan yang betul, tahan diuji
dengan kepanasan dan bebanan sebelum boleh digunakan.
Begitu juga dalam sesuatu pembinaan ummah, batu-bata yang dipilih adalah
diumpamakan seperti individu-individu yang mempunyai hati yang ikhlas dan peribadi
yang baik. Mereka inilah yang perlu dikumpulkan dalam suatu Bi-ah Solehah (Suasana
yang baik)).
SEJARAH USROH
Usrah ( )ditafsirkan sebagai perjumpaan yang melibatkan kegiatan agama Islam
seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk. Perkataan usrah berasal daripada perkataan
bahasa Arab bermaksud "keluarga". Usrah adalah tapak asas kepada pembentukan
tarbiyah individu muslim.
Proses pendidikan Usroh ini berjalan secara formal dan informal dalam usroh. Ianya
tidaklah terbatas dalam bentuk penyampaian sehala oleh ketua usroh (yang disebut
9 | Bengkel Pengendalian Usroh

NAQIB) semata-mata. Malah proses pendidikan juga berlaku dalam suasana muzakarah,
mukhalatah, ziarah, rehlah, safar dan sebagainya.
Anggota-anggota usroh didedahkan sebanyak mungkin dengan amal-amal dan perbualanperbualan Islami.
Dari pendidikan sebegini, InsyaAllah ahli-ahli usroh akan dapat merasai kepentingan
mempraktikkan fikrah Islamiyah dan rasa cinta dengannya.
Seterusnya akan lahir individu-individu yang sanggup mempertahankan fikrah Islam yang
murni dan mengembalikan Islam sebagai Din dalam praktik hidup manusia.
Pembentukan usrah yang pertama dilaksanakan ialah oleh Rasulullah s.a.w., di rumah alArqam bin Abi Arqam di Makkah. Rasul SAW mengajar mereka yang hadir setiap ayat
Quran yang diturunkan. Beliau juga menekankan proses pembinaan sifat-sifat luhur
seperti baik hati, amanah, bertanggungjawab, bercakap benar, berani dan sebagainya di
dalam diri para sahabat.
Hati-hati anggota usroh ditarbiah bersumberkan al-Quran al-Karim, As-Sunnah anNabawiyah dan tulisan-tulisan ulamak muktabar, agar: Mentauhidkan Allah SWT, Yakin
kepada Islam yang syumul Dan Menolak ilah-ilah yang lain daripada Allah SWT.
Perhubungan antara individu-individu dalam usroh dicetuskan oleh wehdatul aqidah,
ukhuwah, kasih sayang, saling lengkap melengkapi dan bimbing membimbing.
Usrah moden dipelopori oleh Imam Hassan al Banna ketika di awal penubuhan Ikhwanul
Muslimin.
RUKUN USROH

Ta'aruf
o

Tafahum
o

Saling kenal mengenali

Membina kefahaman yang sama (wehdatul Fikr)

Takaaful
o

Saling bantu membantu, tolong menolong

Menziarahi Usroh Rasulullah SAW


Sahabat-sahabat Rasulullah SAW telah melalui proses tarbiah yang memakan masa 13
tahun di Makkah. Rasulullah SAW mengadakan halaqah bersama-sama mereka di rumah
Arqam bin Abi Arqam.
Rasulullah SAW mendidik para sahabat dengan penuh ketelitian bersumber bimbingan
wahyu daripada Allah SWT. Setelah mereka dididik, mereka diiktiraf sebagai khaira ummah
(sebaik-baik umat).
Melalui tarbiah, baginda Rasulullah SAW telah membina ummah terbaik:
10 | B e n g k e l P e n g e n d a l i a n U s r o h

"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada
ma'ruf, dan mencegah daripada mungkar, dan beriman kepada Allah."
( Surah ali 'Imran: 110 )

11 | B e n g k e l P e n g e n d a l i a n U s r o h

Rahsia kejayaan Usroh Rasulullah SAW

Rahsianya ialah para sahabat Rasulullah SAW telah melalui proses pembentukan
Ummah yang memakan masa yang lama. Rasulullah SAW sungguh-sungguh
memelihara tarbiah ummah pertama ini dengan bersumberkan al-Quran al-Karim
semata-mata.

Rahsia kedua ialah para sahabat Rasulullah SAW menerima al Quran al Karim
sebagai arahan Ilahi untuk dilaksanakan dalam kehidupan mereka.

Rahsia ketiga ialah para sahabat memisahkan hati mereka secara total daripada
nilai-nilai jahiliyah yang menguasai kehidupan masyarakat ketika itu.

Mengapa Pentingnya Usroh Pada Masakini

Membentuk manusia adalah kerja-kerja utama Rasulullah SAW. Maka, sudah tentu
kita ingin mencontohi Rasulullah SAW.

Usroh adalah asas utama dalam membina keperibadian Islam.

Usroh adalah tapak asas kepada sistem pengurusan yang baik.

Usroh adalah institusi pendidikan yang ideal bagi melahirkan daie, murabbi dan
amilin.

Usroh adalah asas awal bagi pembentukan masyarakat Islam.

Dalam usroh dapat dibina ukhuwah dan mahabbah yang sebenarnya.

Usroh adalah suasana yang dapat meningkatkan kekuatan dan menghapuskan


kelemahan anggota-anggotanya

Usroh adalah suasana yang dapat mencungkil pelbagai bakat dan potensi anggota
untuk kepentingan Islam.

Medan untuk saling lengkap melengkapi dan bantu membantu.

Majlis pengumpulan maklumat.

CIRI-CIRI PERIBADI MUSLIM YANG PERLU DICAPAI DARI PROSES PEMBENTUKAN


DALAM USROH

Salimul aqidah (aqidah yang lurus dan sejahtera)

Sahihul ibadah (ibadah yang benar)

Matinul khuluq (akhlak yang mulia dan mantap)

Qadirun alal kasbi (mampu berdikari)

Mutsaqaful fikri (pemikiran yang terdidik)

Qawiyul jismi (jasmani yang kuat)

12 | B e n g k e l P e n g e n d a l i a n U s r o h

Mujahidun linafsihi (berjihad melawan hawa nafsu)

Harishun ala waktihi (menjaga dan menghormati waktu)

Munadzamun fi syu-unihi (teratur dalam segala urusan)

Nafiun lil ghairihi (bermanfaat terhadap orang lain)

PENUTUP
Pembentukan ummah Islamiyah bermula dengan pembentukan individu-individu yang
soleh. Pembentukan individu-individu yang soleh hanya dapat dijalankan melalui usroh,
yang mana anggota-anggotanya dididik dan dilatih dari satu tahap ke satu tahap yang
lebih baik.

13 | B e n g k e l P e n g e n d a l i a n U s r o h

Anda mungkin juga menyukai