Anda di halaman 1dari 36

Azmi Bahari

Ma’had Attarbiah Al Islamiah


[MATRI]
AL FATIHAH & KEHIDUPAN

Sebagaimana Al Fatihah yang bermaksud Pembuka maka


seharusnya surah ini menyingkap makna & hakikat kehidupan ini
supaya kita memahami dasar-dasar kehidupan serta mengetahui
bagaimana seharusnya kita menghadapi dan mensikapinya
As-Shahid Hassan al-Banna dalam risalahnya – Mukadimah fi at-
Tafsir – berkata : Tiada syak siapa yang tadabbur al-Fatihah yang
mulia ini pasti dapat melihat kayanya makna dan keindahannya
serta keserasiannya, antara lain dapat dilimpahi cahaya pada
hatinya
As Shahid Hassan Al Banna pernah juga menggambarkan Al
Quran secara umumnya sebagai suiz yang akan menyalakan lampu
kehidupan untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan jiwa
Merenungi Hakikat KEHIDUPAN
& KEIMANAN

Al Ankabut: 2-3
Al Baqarah: 155-156

Bagaimana kita mampu mengharungi kehidupan ini tanpa


panduan dari Khaliq yang menjadikan kita dan seluruh
kehidupan ini…
Tanpa bimbingan dari Allah kita tidak akan mampu
memahami hakikat kehidupan ini dan bagaimana kita harus
menghadapi segala rintangannya serta mensikapi segala
permasalahan yang bersilih ganti…
Tanpa bimbingan Ilahi dan keimanan padanya kita akan
memiliki jiwa yang kosong…kosong dari harapan dan
kekuatan untuk menghadapi kesedihan dan kekecewaan
BELAJAR DARI AL FATIHAH

• Setiap dari kita membaca surah yang pendek ini sekurang-


kurangnya 17 kali sehari semalam dan mungkin lebih
• Setiap solat tidak sah tanpa membaca surah ini. Ini berdasarkan
keterangan hadith al-Bukhari dan Muslim dari Rasulullah
S.A.W dari hadith 'Ubadat bin as-Samit: Sabda Rasulullah SAW:
‫الصالةلمن اليقرأبفاتحةالكتاب‬
"Tiada solat kepada mereka yang tidak membaca Surah al-
Fatihah."
AL FATIHAH SEBAGAI PANDUAN
HIDUP MUKMIN

• Di dalam surah ini terkandung


• Dasar-dasar 'aqidah; Bagaimana seharusnya kita mengenali dan
beriman kepada Allah SWT dan bagaimana kita berinteraksi dengan
taqdir & Tadbir Allah SWT
• Dasar-dasar kefahaman Islam; Yang membina tasawwur yang
benar terhadap Deen Allah SWT dan bagaimana kita
menterjemahkannya kedalam kehidupan kita di dalam bentuk
syakhsiyah, adab dan tindakan kita dalam segala permasalahan hidup
• Dasar-dasar perasaan (Emosi) dan tawajjuh (Interaksi);
Bagaimana perasaan kita ketika mengadap Allah dan bagaimana
seharusnya kita menerima segala ketentuanNya
PENTAFSIRAN AYAT 1

َّ ِ‫بِ ْس ِم هلّلا‬
َّ ‫الر ْح َم ِن‬
‫الر ِح ِيم‬
Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
• Khilaf mengenai 'Bismillahirrahmanirrahim‘
• Memulakan sesuatu dengan "nama Allah" itu merupakan satu adab
cara yang diwahyukan oleh Allah kepada RasulNya

“1. Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan” (Al-'Alaq)


• Adab cara ini amat sesuai dengan dasar kefahaman Islam yang agung,
yang menggambarkan hubungan makhluq & Khaliq. Ia merasakan
Allah bersifat Maha Awal & Maha Akhir, Maha Zahir & Maha Batin.
• Ibn Jarir berkata : Sesungguhnya Allah mendidik nabi-Nya
Muhammad s.a.w. dalam melakukan segala pekerjaan hendaklah
dimulakan dengan nama-nama-Nya yang mulia dan dijadikan sunah
bagi sekalian makhluk-Nya sama ada percakapan, surat, kitab dan
hajat-hajat
• Dinaskan dalam hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah daripada Abi
Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya : Setiap
sesuatu yang tidak dimulakan dengan basmalah, ia akan terputus.
Hadis ini dihasankan oleh an-Nawawi, maksud `terputus’ di sini
adalah dicabut daripada kebaikan dan berkat.
• Allah S.W.T. adalah Zat yang maujud yang sebenar dan seluruh maujud
yang lain mendapat kewujudan mereka dari kewujudan Allah dan
segala permulaan yang lain adalah berpangkal dari kewujudan Allah
seharusnyalah setiap urusan kita dimulakan dengan Basmalah.
BAGAIMANA KITA MENGENALI &
BERIMAN KEPADA ALLAH SWT

• Allah SWT sifatkan diri-Nya di permulaan dengan sifat-sifat ar-Rahman


"Maha Penyayang" dan ar-Rahim "Maha Pengasih" iaitu dua sifat yang
mencakup segala pengertian, kasih sayang dan kasihan belas dan
segala keadaannya.
• Pencakupan segala pengertian kasih sayang dan kasihan belas dengan
segala keadaan dan bidangnya dalam dua sifat ar-Rahman dan ar-
Rahim itu merupakan dasar yang kedua di dalam kefahaman ini dan
ia juga menggariskan hakikat hubungan yang wujud di antara Allah
dengan para hamba-Nya.
• Seharusnya jiwa mukmin menjadi Tenang & Lapang apabila memahami
hakikat ini. Betapa Allah SWT yang menjadi tempat ia bersandar, bergantung
harap dan berdoa itu memiliki sifat cinta kasih dan kasihan belas kepada
hambaNya sehingga ia sentiasa menemui Allah SWT di dalam hatinya setiap
kali ia menghadapi gempa dan beratnya ujian hidup.
PENTAFSIRAN AYAT KE 2

ِ َ ‫ب ا ْلعَا‬
َ ‫لم‬
‫ين‬ ِ ‫اْل َح ْم ُد هلّلِ َر ه‬
Segala puji-pujian terpulang kepada Allah Rabb yang memelihara
semesta alam
• Alhamdulillah adalah perasaan kesyukuran yang melimpah pada hati
mu'min sebaik sahaja ia teringat kepada Allah, kerana kewujudan
dirinya dari mula lagi adalah dari limpah ni'mat kurniaan Ilahi.
‫لّلا ُ َال إِلهَ إِ َّال هُ َو َله ُ اْل َح ْمد ُ فِي اْ ُُل َولى َو ْاْل ِخ َرةِ َوله ُ ْال ُح ْك ُم َوإِل ْي ِه ت ُ ْر َجُعُو‬
َّ ‫َوهُ َو‬
"Dan Dialah Allah, tiada Ilah yang lain melainkan Dia, terpulang
kepada-Nya seluruh kepujian di awal dan di akhir.“ (Surah Al-Qasas)
PUNCAK KESYUKURAN

• Kemurahan dan limpah kurnia Allah ke atas hamba hamba-


Nya yang mu'min itu akan sampai ke tahap setinggi-tingginya
apabila hamba itu berkata: "Alhamdulillah", maka Allah akan
tuliskan untuknya satu balasan kebaikan yang mengatasi segala
timbangan neraca yang lain.
• Menghadap Allah dengan mengemukakan sanjungan dan
kepujian menggambarkan perasaan mu'min yang terharu sebaik
sahaja ia teringat kepada Allah
RABBUL ‘ALAMIN

• Tuhan atau Rabb yang memelihara semesta 'alam," adalah


menjadi dasar kefahaman atau kepercayaan Islam kerana sifat
Rububiyah yang mutlak dan menyeluruh itu merupakan salah
satu daripada dasar-dasar 'aqidah Islam.
• Kata-kata "Rabb" bererti pemelihara, penguasa, pentadbir dan
pengurus yang memelihara urusan islah dan kerja-kerja
tarbiyah dan pengasuhan terhadap seluruh makhluk-Nya.
• Allah tidak menciptakan 'alam kemudian membiarkannya
begitu sahaja, malah Dia memperelok, menjaga, memelihara
dan mengasuhnya, kerana itu hubungan di antara Allah dengan
makhluk sentiasa berterusan pada setiap waktu dan keadaan.
DI PERSIMPANGAN

• Konsep Rububiyah Allah yang mutlak terhadap seluruh makhluk-


Nya merupakan persimpangan jalan yang memisahkan di antara
'aqidah tauhid yang jelas dan sempurna dengan 'aqidah yang kabur
yang terjadi akibat dari ketidakjelasan dan ketidaktegasan hakikat
tauhid ini.
• Ramai manusia yang mengakui Allah sebagai Tuhan Pencipta 'alam,
tetapi di samping itu mereka mempercayai berbagai-bagai tuhan
yang lain yang menguasai kehidupan mereka.
• Bahkan sebahagian manusia menjadikan berhala/patung sebagai
perantaraan
‫لّلاِ ْزلَفى‬ ‫َم ا نَ ُْعبُدُهُ ْم إِ َّال ِليَ ِ ه‬
َّ ‫قربُونَا إَلى‬
3. "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendampingkan kami
lebih dekat kepada Allah.“ (Az-Zumar)
• Al-Qur'an juga telah menceritakan tentang sekumpulan Ahlil
Kitab.
ْ ‫اَهُ ْم َو َُ ْهبَانَ ُُ ْم‬
ِ‫َأَبَاباا ِهمن ُ ُو ِ هلّلا‬ َ َ‫أحب‬ ْ ‫ات َّ َخ‬
ْ َ ‫ُذوا‬
“ .31 Mereka mengambil ulama'-ulama' dan paderi-paderi mereka
selaku tuhan-tuhan yang lain dari Allah.“ (At-Taubah)
• Mereka tidak menyembah paderi-paderi tetapi apabila paderi-
paderi itu boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu dan
mereka patuh maka itulah penyembahan bahkan paderi juga boleh
mengampunkan dosa
• 'Aqidah-'aqidah Jahiliyah yang tegak di merata negeri semasa
kedatangan Islam adalah penuh dengan kepercayaan kepada
berbagai-bagai tuhan yang disifatkan sebagai tuhan-tuhan kecil di
samping tuhan yang agung mengikut sangkaan mereka.
PERSIMPANGAN AQIDAH

• Konsep Rububiyah yang mutlak yang meliputi seluruh 'alam


yang terkandung di dalam surah ini merupakan persimpangan
jalan yang memisahkan di antara 'aqidah yang tersusun rapi
dengan 'aqidah yang kacau-bilau.
• Konsep ini bertujuan supaya seluruh 'alam bertawajjuh kepada
Allah yang Tunggal yang Berkuasa Penuh dan menolak semua
tuhan yang lain, juga menghapuskan kebingungan bertawajjuh
kepada bermacam macam tuhan itu dan seterusnya supaya hati
seluruh 'alam tenang dan tenteram kepada naungan dan
Rububiyah Allah yang kekal dan pemeliharaan-Nya yang tidak
pernah putus dan tak kunjung hilang.
ZAMAN KEGELAPAN

• Islam datang ketika dunia dipenuhi dengan timbunan 'aqidah, pemikiran,


dongeng, pendapat falsafah, kepercayaan yang karut-marut, yang bercampur
aduk di antara yang benar dengan yang batil, yang betul dengan yang palsu,
agama dengan khurafat, falsafah dengan dongeng, dan hati nurani manusia
pada waktu itu meraba-raba dalam gelap gelita dan dalam sangka-sangkaan
tanpa berpijak pada suatu keyakinan.
• Padang gurun yang tidak mempunyai sebarang kemantapan, sebarang
keyakinan dan sebarang nur itulah yang (menjadi latar belakang) yang
melingkungi kefahaman dan pemikiran manusia terhadap Allah, sifat-sifat-
Nya, hubungan-Nya dengan para makhluk-Nya terutama hubungan antara
Allah dengan manusia.
• Tanpa panduan Ilahi hati nurani manusia tidak berupaya memperoleh satu
pegangan yang kukuh mengenai persoalan 'alam ini…kerana kekerdilan
manusia di alam terbentang ini.
NILAI CAHAYA BAGI SEBUAH
KEGELAPAN

Seorang manusia itu tidak dapat memahami betapa perlunya


kemantapan ini sehingga ia mengetahui betapa besarnya timbunan
sampah kepercayaan yang karut itu dan sehingga ia memeriksa
padang gurun yang penuh dengan berbagai-bagai 'aqidah,
berbagai-bagai kefahaman, berbagai-bagai dongeng, berbagai-
bagai pendapat falsafah, berbagai-bagai tanggapan yang karut dan
berbagai-bagai fikiran yang kacau yang mencemari dan
mempengaruhi hati nurani manusia. Inilah keadaan yang didapati
oleh Islam ketika ia datang.
Keadaan kita hari sudah mula mirip kepada keadaan ketika
mana Islam datang
PENEKANAN YANG PERTAMA
DARI TARBIYAH AL QURAN

• Perhatian pertama Islam adalah lebih dahulu ditujukan kepada usaha


membersihkan bidang 'aqidah ketuhanan, menetapkan kefahaman yang
meyakinkan hati nurani mengenai persoalan Allah dan sifat-sifat-Nya
dengan para makhluk-Nya dan hubungan para makhluk dengan-Nya
secara tegas dan yakin.
• Kerana itulah 13 tahun pertama Al Quran memfokuskan kepada
kebersihan Tauhid kerana Tauhid adalah muara kehidupan dan segala
permasalahan serta ujian yang datang bersamanya.
• Demikianlah Al Quran dan surah al Fatihah ini memberi kata pemutus
yang begitu jelas dan terang mengenai sifat-sifat Allah terutama sifat-
sifat yang ada hubungan dengan sifat Rububiyah yang mutlak.
• Hadith Rasulullah SAW bersama Abdullah Ibnu Abbas
PENTAFSIRAN AYAT KE 3

‫الر ِح ِيم‬
َّ ‫من‬
ِ ‫الر ْح‬
َّ
Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih
• Kedua-dua sifat yang meliputi segala pengertian kasihan belas dan kasih
sayang dalam segala keadaan dan bidangnya ini diulangi sekali lagi di
tengah-tengah ayat untuk menonjolkan lagi ciri yang jelas dari konsep
Rububiyah Allah yang sempurna dan untuk menegakkan asas-asas
hubungan yang kekal di antara Allah dengan makhluk-makhluk-Nya iaitu
hubungan kasih sayang dan belas kasihan yang merangsangkan
kesyukuran dan sanjungan, hubungan yang ditegakkan di atas rasa
ketenteraman dan kemesraan.
RABB DENGAN SIFAT KASIH
SAYANG

• Abu Hayyan dalam tafsirnya, Bahru al-Muhit berkata : Dimulakan dengan sifat
rububiyah jika Rab dengan makna ketua, tuan atau pemilik yang berhak
diabdikan. Jadilah ia sifat perbuatan baginya. Justeru sifat Rahmaniah dan
Rahimiah dinyatakan untuk membuka ruang cita-cita hamba dalam
memohon keampunan sekalipun sudah tergelincir.
• Kalimah Rabb atau Tuhan di dalam Islam tidak digambarkan dengan
kezaliman, dendam atau kekerasan sebagaimana sebahagian agama lain.
• Tuhan yang disembah dalam Islam tidak memburu para hamba-Nya seperti
musuh memburu musuh sebagaimana yang dilakukan oleh tuhan-tuhan atau
dewa-dewa Olympus (tempat kediaman tuhan-tuhan) pada saat-saat mereka
dilanda keinginan dan kemarahan seperti yang digambarkan oleh dongeng-
dongeng Greek.
• Tuhan dalam Islam tidak merancangkan tipu daya membalas dendam terhadap
para hamba-Nya seperti yang didakwa oleh dongeng-dongeng yang dipalsukan
dalam Perjanjian Lama (Taurat) sebagaimana diceritakan di dalam dongeng
Babel bab dua belas Sifrut Takwin (Bahagian Penciptaan).
PENTAFSIRAN AYAT KE 4

ِ ‫َم ِل ِك يَ ْو ِم ال ِده‬
‫ين‬
Tuhan yang menguasai hari pembalasan
• Ini merupakan 'aqidah pokok yang amat besar dan mempunyai kesan yang
amat mendalam dalam seluruh hidup manusia, iaitu 'aqidah mempercayai
hari Akhirat.
• Kata-kata "yang menguasai atau penguasa“ membayangkan darjah kuasa
yang paling tinggi. "Hari Pembalasan" ialah hari penentuan balasan di
Akhirat.
• Tidak semua yang mempercayai Allah SWT itu percaya atau terkesan
kepada kehidupan akhirat.
2-3. "Bahkan mereka hairan kerana mereka telah didatangi seorang Rasul yang
memberi peringatan dari kalangan mereka sendiri, lalu berkatalah orang-orang
kafir: "Ini adalah suatu perkara yang amat aneh. "Apakah setelah kami mati dan
menjadi tanah (kami akan dihidupkan kembali)? Itu adalah suatu perkembalian
yang amat jauh.“ (Surah Qaf)

• Bahkan masyarakat kafir Quraisy dan kaum sebelum mereka


mempersendakan Hari Akhirat.
• Sedangkan persoalan Hari Qiamat ini merupakan persoalan yang besar dan
tidak harus ada keraguan di di dalamnya
KEYAKINAN YANG MEMBEBASKAN
JIWA DARI KONGKONGAN BUMI

• Nilai kepercayaan ini meletakkan pandangan dan hati manusia pada sebuah
'alam yang lain setelah tamatnya 'alam bumi supaya mereka tidak begitu
terkongkong kepada keperluan-keperluan bumi sahaja dan juga supaya
mereka tidak begitu gelisah untuk mendapatkan balasan dan ganjaran dari
hasil usaha mereka dalam usia mereka yang pendek dan di 'alam bumi yang
terbatas ini. Ketika itu barulah mereka mendapat kekuatan untuk
ikhlas dan sanggup menunggu ganjarannya mengikut bagaimana
yang ditentukan Allah.
• As Saff
DI PERSIMPANGAN IMAN &
ENGKAR

• Kepercayaan kepada Hari Balasan merupakan persimpangan jalan yang


memisahkan di antara perhambaan kepada keinginan-keinginan hawa nafsu
dengan kebebasan insaniyah yang layak dengan kejadian makhluk manusia.
• Persimpangan jalan yang memisahkan di antara tunduk kepada kefahaman-
kefahaman bumi, nilai nilainya dan ukuran-ukurannya dengan tunduk dan
berpegang kepada nilai nilai Rabbaniyah dan tidak tunduk kepada logik
Jahiliyah.
• Ianya juga persimpangan jalan di antara insaniyah dalam bentuk hakikatnya
yang unggul sebagaimana yang dikehendaki Allah kepada para hamba-Nya
dengan insaniyah dalam bentuk-bentuknya yang buruk, menyeleweng dan
tidak sempurna
Orang-orang yang beriman kepada 'alam Akhirat dan orang-orang
yang engkar akan hari Akhirat tidak mempunyai titik-titik
persamaan dari segi perasaan, akhlak, kelakuan dan amalannya.
Mereka merupakan dua golongan manusia yang berbeza.
Mereka tidak bertemu di bumi dan tidak bertemu di Akhirat.
Inilah persimpangan jalan.
PENTAFSIRAN AYAT KE 5

‫َّاك نَ ْست َ ُِعي ُن‬


َ ‫َّاك نَ ُْعبُد ُ وإِي‬
َ ‫إِي‬
Hanya Engkau sahaja yang kami sembah dan hanya kepada Mu
sahaja kami pohon pertolongan
• Ini satu lagi 'aqidah pokok yang lahir dari 'aqidah-'aqidah pokok yang lepas yang
telah diterangkan dalam surah ini, iaitu 'aqidah tiada 'ibadat melainkan untuk Allah
dan tiada permohonan pertolongan melainkan kepada Allah.
• Seharusnya kesempurnaan Aqidah melahirkan kesempurnaan ibadah
• Ibadah pada bahasa; kehinaan, ketundukan dan kepatuhan. Pada syarak;
Perlaksanaan hamba pada segala perbuatan dan perkataan yang disyariatkan Allah
dengan disertakan ketaatan dan ketundukan untuk Allah.
• Ibn Khatir mendefinisikan ibadah; himpunan kesempurnaan kasih sayang, tunduk
dan takut.
• Ibn Jarir mendefinisikan ibadah; taat, tunduk, patuh dan merendah diri sepenuhnya
kepada Allah s.w.t.; mengakui dan meyakini bahawa Allah sahajalah yang layak
menjadi tumpuan segala ketaatan, tunduk patuh, merendah diri, takut dan
mengharap.
HAKIKAT KEBEBASAN YANG
SEBENAR

• Di sini juga satu lagi persimpangan jalan, iaitu persimpangan jalan yang
memisahkan di antara kebebasan mutlak dari seluruh bentuk perhambaan
dengan perhambaan mutlak kepada sesama manusia.
• 'Aqidah ini merupakan sebuah perisytiharan hari kebebasan manusia yang
mutlak dari perhambaan kepada kepercayaan kepercayaan yang karut-marut
dan dari perhambaan kepada peraturan peraturan dan undang-undang yang
diciptakan manusia.
• Andainya Allah itu sahaja Tuhan yang disembah dan dipohon pertolongan
maka selama itulah hati manusia bebas dari perhambaan kepada peraturan-
peraturan dan undang-undang ciptaan manusia dan dari perhambaan
kepada tokoh-tokoh sebagaimana ia bebas dari perhambaan kepada
dongeng-dongeng dan kepercayaan-kepercayaan yang karut-marut.
• Bahkan di sana ada kekuasaan yang mendapat hidayah Allah dan ada pula
kekuasaan yang menentang Allah SWT. Dan kedua duanya terlalu berbeza.
• Kekuasan yang menentang dan terputus dari rahmat Allah SWT ibarat
serpihan bintang yang menyala namun nyalaannya akan semakin malap dan
pasti akan padam.
• Manakala kekuasan yang mengikat diri pada hidayah Allah adalah kekuatan
hakiki yang bergerak seiring dengan gerakan alam semesta yang sentiasa
taat dan patuh kepada Allah SWT. Maka kekuatan mereka umpama zarah-
zarah kecil dari bintang-bintang…walaupun kecil namun akan terus
menyala dengan nyalaan yang sebenarnya.
• Sejarah telah membuktikan hakikat-hakikat ini;

ِ‫يرة بِإِذْ ِ هلّلا‬


َ ِ‫ ْ فِئاة َ كث‬
ْ َ‫كم ِهمن فِئ ٍة َلق ِليَل ٍة َ ََلب‬
249. "Berapa banyak kumpulan yang sedikit telah mengalahkan kumpulan yang
ramai dengan izin Allah?“ (Al-Baqarah)
MANUSIA & ALAM BUANA

• Di sini juga tergambarnya hubungan yang berbeza manusia yang beriman


& manusia yang kufur (tidak beriman) dengan alam buana
• Biasanya orang-orang Barat yang mewarisi kepercayaan Jahiliyah Roman
menggunakan ungkapan "menakluk 'alam" untuk menyatakan sesuatu
kejayaan mempergunakan kuasa-kuasa 'alam
• Bagi mukmin, alam ini adalah anugerah Allah untuk dikenali dan
dimanfaatkan dalam rangka ketaatan kepada Allah SWT.

ِ َْ ‫ت َو َما فِي ْاُل‬


ُ ‫ض َج ِميُعاا ِهم ْنه‬ ِ ‫اوا‬ َّ ‫س َّخ َر َل ُ كم َّما فِي ال‬
َ ‫س َم‬ َ ‫َو‬
13. "Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang ada di bumi.”
(Surah al-Jathiah)
• Alangkah indah ungkapan Rasulullah SAW terhadap bukit Uhud; "Bukit ini
sayang kepada kita dan kita juga sayang kepadanya."
PENTAFSIRAN AYAT KE 6

َ ‫ص َراط اُلمست َ ِق‬


‫يم‬ ‫اه ِدنَا ال ِ ه‬
Tunjukkan kami jalan yang lurus.
• Setelah menjelaskan dasar-dasar 'aqidah yang asasi dalam kefahaman Islam
dan menjelaskan konsep tawajjuh kepada Allah yang Tunggal, iaitu konsep
yang menentukan segala 'ibadat dan memohon pertolongan kepada Allah
yang Tunggal sahaja, maka ayat ini menjelaskan pula cara 'amali untuk
bertawajjuh dengan berdoa kepada Allah SWT.
• Kita memohon untuk ditunjukkan jalan yang lurus dan juga Taufik untuk
mengikut jalan yang lurus itu dengan penuh kejujuran.
• Mengenal dan berjalan di atas jalan yang lurus itu merupakan hasil dari
hidayah, pemeliharaan dan rahmat Allah.
• Ayat ini sekaligus menggambarkan adanya jalan yang tidak lurus
NILAI HIDAYAH

• Bertawajjuh kepada Allah dengan berdoa merupakan hasil dari kepercayaan


bahawa Allah itulah satu-satunya Tuhan yang berkuasa memberi
pertolongan.
• Hidayah inilah merupakan perkara yang paling penting bagi seseorang
mu'min. Ia merupakan perkara utama yang harus dipinta pertolongan Allah
untuk mencapaikannya.
• Seolah-olahnya melalui surah ini Allah mewajibkan kita memohon
hidayahNya sekurang-kurangnya 17 kali sehari.
• Mendapat
• Hidayah ke jalan lurus itulah jaminan kebahagiaan hidup di dunia dan
Akhirat. Juga jalan selamat menuju Allah Robbul ‘Alamin
PENTAFSIRAN AYAT KE 7

َ ‫ُ ِاله‬
‫ين‬ َّ ‫علي ُِ ْم َو َال ال‬
َ ‫ب‬ ُ ‫َير اَلمض‬
ِ ‫ُو‬ ِ َ ‫علي ُِ ْم‬
َ ْ ‫م‬ َ ‫ص َرا َط الَّ ِذ‬
َ َ‫ين َأنُع‬ ِ
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan ni'mat ke atas
mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula
jalan orang-orang yang sesat.
• Di sini dibentangkan jalan-jalan yang berada di hadapan kita; 1. Jalan para
nabi, salafussoleh, pejuang-pejuang Islam yang sentiasa mendapat rahmat
Allah. 2. Jalan orang=orang yang dimurkai (Yahudi) dan 3. Jalan orang-
orang yang sesat (Nasrani)
69. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan
(ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang Yang telah
dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan
orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang Yang Syahid, serta orang-orang
Yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada
orang-orang Yang taat).
70. Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari Allah; dan cukuplah Allah
Yang Maha mengetahui (akan balasan pahalanya). (An Nisa’)
CABARAN AKHIR ZAMAN

Dari Abu Sa’id Al Khudri radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah


shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
‫عا بِ ِذ ََاعٍ َحتَّى لَ ْو َُ َخلُوا فِى‬ َ ‫سن ََن الَّ ِذ‬
‫ين ِم ْن لقَ ْب ِل ُك ْم ِش ْب ارا بِ ِشب ٍْر َو ِذ ََا ا‬ َ ‫لَتَتَّبُِعُ َّن‬
‫ فَ َم ْن‬: ‫اََ لقَا َل‬
َ ‫ص‬ َ َّ‫لّلاِ ُْليَ ُُوَُ َوالن‬
َّ ‫سو َل‬ ُ ََ ‫ لقُ ْلنَا يَا‬, ‫ب الَتَّبَ ُْعت ُ ُموهُ ْم‬
ٍ‫ض ه‬ َ ‫ُج ْح ِر‬
“Sungguh kalian akan mengikuti jalan orang-orang sebelum kalian sejengkal
demi sejengkal dan sehasta demi sehasta sampai jika orang-orang yang kalian
ikuti itu masuk ke lubang dhob (yang sempit sekalipun, -pen), pasti kalian pun
akan mengikutinya.” Kami (para sahabat) berkata, “Wahai Rasulullah, apakah
yang diikuti itu adalah Yahudi dan Nashrani?” Beliau menjawab, “Lantas siapa
lagi?” (HR. Muslim no. 2669).
Ibnu Taimiyah menjelaskan, tidak diragukan lagi bahawa umat Islam ada yang
kelak akan mengikuti jejak Yahudi dan Nashrani dalam sebagian perkara. Lihat
Majmu’ Al Fatawa, 27: 286.
Syaikhul Islam menerangkan pula bahawa dalam solat ketika membaca Al Fatihah
kita selalu meminta pada Allah agar diselamatkan dari jalan orang yang dimurkai
dan sesat yaitu jalannya Yahudi dan Nashrani. Dan sebagian umat Islam ada yang
sudah terjerumus mengikuti jejak kedua golongan tersebut. Lihat Majmu’ Al
Fatawa, 1: 65.
Imam Nawawi –rahimahullah– ketika menjelaskan hadith di atas menjelaskan,
“Yang dimaksud dengan syibr (sejengkal) dan dziroo’ (hasta) serta lubang dhob
(lubang haiwan tanah yang penuh lika-liku), adalah permisalan bahawa tingkah
laku kaum muslimin sangat mirip sekali dengan tingkah Yahudi dan Nashrani.
Yaitu kaum muslimin menyamai mereka dalam kemaksiatan dan berbagai
penyimpangan, bukan dalam hal-hal kekafiran mereka yang diikuti. Perkataan
beliau ini adalah suatu mukjizat bagi beliau kerana apa yang beliau katakan telah
terjadi saat-saat ini.” (Syarh Muslim, 16: 219)

Anda mungkin juga menyukai