Anda di halaman 1dari 5

Dasar Pengguna Negara (DPN)

Send to Kindle

Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab di


kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam melaksanakan
peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable consumption) di
kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara kedaulatan Negara serta
prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan
pengguna dalam era globalisasi.

Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui
perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan
Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh dicapai
dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan hak dan
tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan memantapkan
bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan, kemudahan awam dan lain-
lain bidang yang berkaitan.

RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA

Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam menggubal
undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan dalam
penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas kepada
segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan bukan
Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang lestari
(sustainable) dapat dipupuk di negara ini.

DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna, pembekal/pengilang


dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta kecanggihan teknologi kesan dari
globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi, strategi perdagangan dan sosial sesebuah
negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan kendiri
iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi aktiviti
golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang
mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai kawalselia


kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat pengguna
dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai hak dan
tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai kemakmuran negara
seluruhnya.

OBJEKTIF
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri,
kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undang-undang
yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi pengguna,
tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan sistem penyelesaian
perundingan yang murah, mudah dan cepat.

Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab

Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala aspek
yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi, penentuan harga
dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh pembekal/pengilang supaya
dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan pengguna serta menggalakkan
pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan. Menggalakkan kawalselia kendiri
dalam amalan perdagangan yang mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

Pendidikan

Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam dan
swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal. Memberi
pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan tanggungjawab
mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat yang adil dan harmoni.

Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi

Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di kalangan


pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan
pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan

Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua pihak


mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna yang terbaik
di bawah satu dasar iaitu DPN.

MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA


Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna
Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna supaya
menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak pengguna untuk
memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding, maklumat yang sahih dan
mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara pengguna dengan
pembekal/pengilang.

Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi

Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota masyarakat


melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hak-hak dan
kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat pilihan,
mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat pendidikan
pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.

Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari

Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad untuk
menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan berbelanja
dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas seperti air dan
tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan pengguna generasi
semasa dan generasi akan datang.

STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang telah
ditetapkan:-

Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik

SOSIAL

Meningkatkan Kualiti Kehidupan

Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang
menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas yang
mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu dinikmati oleh
semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan pendidikan seperti
sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta kemudahan teknologi
maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam mencapai penggunaan lestari.
Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan permuafakatan pihak Kerajaan,
sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas
dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak
swasta hendaklah mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran
barangan dan perkhidmatan dan pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti
kehidupan kepada taraf terbaik.

Meningkatkan Perlindungan Kendiri

Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang
dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.

Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan perkhidmatan di
setiap daerah.

Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan

Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan masyarakat,
kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan gerakan
kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat, kedudukan
kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi menyebabkan aktiviti
pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan memuaskan. Oleh itu, Kerajaan
perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan.
Sumbangan dan sokongan yang diberikan sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha
mempertingkatkan lagi aktiviti-aktiviti kepenggunaan.

Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan


Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah

Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan


program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh menjadi
saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan lebih cepat dan
berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan dalam jawatankuasa
tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.

PERUNDANGAN

Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna

Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi


kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan ini,
Kerajaan perlu:-

Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi


penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan.
Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.

Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan
tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan
perdagangan yang tidak bertanggungjawab.
Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi
perdagangan dan penggunaan lestari.

Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi


peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------
----------------

Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari
segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan
kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang pengguna
di Malaysia.

Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:

Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling
Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."

Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas


manusia melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan
hidup yang sesuai, bahagian dan tidak membazir

Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka mempraktikkkan
tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa disedari:

Kesedaran untuk mengkritik


Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang
penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.

Penglibatan dan tindakan


Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan
hak-hak pengguna dilayani dengan adil.

Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap
masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih
besar.

Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka
tidak mudah digugat.

Anda mungkin juga menyukai