Anda di halaman 1dari 67

BAB: 4

ISU-ISU KEPENGGUNAAN
DALAM ISLAM:

PENGENALAN

KONSEP KONSUMERISME
ISLAM

INDUSTRI HALAL
PERBANKAN DAN KEWANGAN
ISLAM
PENGURUSAN HARTA DALAM
ISLAM

PENDAHULUAN

Pengguna atau konsumer ialah individu yang

menggunakan barang dan perkhidmatan yang


dipasarkan untuk memenuhi keperluan dan kehendak
diri.

Seorang individu menjadi pengguna sepanjang

hidupnya. Pengguna menggunakan wang sebagai alat


pertukaran

untuk

mendapatkan

barang

dan

perkhidmatan.

Oleh sebab sumber wang adalah terhad, pengguna

mestilah membuat pilihan yang bijak semasa membeli


barangan supaya kepuasan dapat dimaksimumkan

SIAPA PENGGUNA?

Individu atau sesiapa yang menggunakan barang,


perkhidmatan atau sumber alam semula jadi untuk
memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing.
Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohamed telah memberi satu
definisi pada "pengguna" dalam ucapannya semasa
merasmikan majlis sempena Hari Pengguna Sedunia
Tahun 1992.
Katanya "semua rakyat Malaysia tanpa mengira
kedudukan dalam masyarakat adalah pengguna. Setiap
insan adalah pengguna yang memerlukan barangan,
perkhidmatan atau kurniaan alam semula jadi. Atas asas
itu, pengguna adalah asas segala kegiatan ekonomi
Konsumerisme Kepenggunaan segala kegiatan
yang dilakukan oleh orang ramai untuk menjaga hak dan
kepentingan mereka sebagai pengguna.

Konsumerisme : Perlindungan Pengguna

Konsumerisme ini juga salah satu usaha menyamakan


dengan adil kedudukan pengguna dengan penjual
melalui organisasi atau pun pertubuhan serta gerakangerakan

Mengapa memerlukan perlindungan

1. Amalan perniagaan yang curang oleh para peniaga


2. Membuat iklan palsu untuk melariskan jualan (bait
and switch).
3. Pengeluaran yang membahayakan

4. Kelemahan dan kejahilan pengguna itu sendiri

HAK-HAK PENGGUNA

Pengguna patut sedar akan hak mereka dan


melaksanakan
supaya
menjadi
seorang
pengguna yang bertanggungjawab.
Antara hak pengguna adalah seperti yang
berikut:
(a) Hak mendapat keperluan asas
-Pengguna mempunyai hak mendapat keperluan
asas iaitu makanan, pakaian dan tempat
perlindungan.
(b)Hak mendapat keselamatan
-Segala barangan atau perkhidmatan yang
digunakan oleh pengguna mesti selamat diguna,
(c)Hak mendapat maklumat

(d)Hak mendapat pilihan


-Pengguna berhak memilih barang atau
perkhidmatan sehingga memuaskan hati.
(e)Hak mendapat ganti rugi
-Pengguna mempunyai hak menuntut ganti rugi
daripada penjual jika diberi barang dan
perkhimatan yang rosak.
(f)Hak bersuara
-Ketika ditipu atau tidak puas terhadap sesuatu,
pengguna mempunyai hak bersuara. Aduan
boleh dibuat melalui saluran tertentu seperti
persatuan
pengguna
atau
badan-badan
profesional untuk mewakili mereka.

(g)Hak mendapat pendidikan kepenggunaan


-Pengguna berhak mendapat pendidikan secara
berterusan. Pendidikan seperti ini biasanya
dianjurkan oleh pihak kerajaan atau melalui
buletin yang dikeluarkan pihak kerajaan atau
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal
Ehwal Pengguna
(h)Hak mendapat alam sekitar yang sihat dan
selamat
-Pengguna berhak dilindungi daripada apa-apa
yang kurang selamat atau pencemaran.
-Pengguna harus memastikan alam sekeliling dan
tempat tinggi adalah bersih dan selamat.

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI
PENGGUNA

1) Tanggungjawab pengguna terdiri daripada:


(a) tanggungjawab terhadap diri sendiri;
(b) tanggungjawab terhadap masyarakat;
(c) tanggungjawab terhadap alam sekitar.
a) Tanggungjawab terhadap diri sendiri:
Pengguna harus memupuk sikap
bertanggungjawab terhadap diri sendiri dengan
membeli secara rasional. Pembelian secara
rasional dapat dipupuk dengan membelanjakan
sumber wang yang terhad secara berhati-hati.
Hal ini dapat dilakukan dengan membuat
belanjawan diri.

b)Tanggungjawab
pengguna
terhadap
masyarakat:
Pengguna perlu bersatu-padu dan bekerjasama
dalam membenteras sebarang penyelewengan
perniagaan .Hal ini dapat dilakukan melalui
Persatuan
Pengguna.
Masyarakat
harus
menyebarkan pendidikan kepenggunaan kepada
pengguna lain juga.
c) Tanggungjawab pengguna terhadap alam
sekitar
Alam sekitar berhak dinikmati oleh semua
orang. Pengguna harus bertanggungjawab
terhadap alam sekitar ketika atau setelah
menggunakannya.

Tanggungjawab Pengeluar Kepada Pengguna.


(a) membeli pada harga yang berpatutan dengan
memaparkan harga pada barangan dengan jelas.
(b) Membeli kuantiti yang tepat seperti yang
tercatat pada label bungkusan.
(c) Memastikan bahawa pengeluar produk adalah
selamat dan sesuai dengan harga yang
ditawarkan.
(d) Memberi segala maklumat yang tepat pada
label bungkusan.
(e) Memastikan produk yang dikeluarkan adalah
berkualiti.
(f) Memastikan produk dan pengeluaran produk
adalah mesra alam.

BENTUK-BENTUK PENYELEWENGAN
OLEH PENGELUAR

(a) harga barang yang tidak stabil terutamanya


pada musim-musim perayaan.
(b) Menyorok barang.
(c) Barang yang dikeluarkan berkualiti rendah.
(d) Barang yang dikeluarkan membahayakan
pengguna.
(e) Timbangan dan sukatan yang tidak tepat.
(f) Pengeluar mengeluarkan maklumat yang
mengelirukan pengguna.

CARA-CARA MEMBUAT ADUAN

1) Antara cara yang dapat dilakukan adalah:


(a) membuat aduan secara terus dengan
membawa barang dan resit sebagai bukti
pembelian.
(b) Membuat aduan secara bertulis.Aduan secara
bertulis dapat dihantar ke pihak-pihak yang
berikut:
i) Persatuan Pengguna
ii) Tribunal Tuntutan Pengguna atau Bahagian
Penguatkuasaan (di bawah naungan Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA).

PERSATUAN PENGGUNA

Persatuan pengguna adalah badan sukarela yang


ditubuhkan untuk melindungi hak dan kepentingan
pengguna.
Persatuan ini bergabung sebagai Gabungan PersatuanPersatuan Pengguna Malaysia (Federation Malaysian
Consumers Association) atau FOMCA
1. Melindungi hak dan kepentingan pengguna
2. Persatuan peniaga memastikan ahlinya tidak tertipu
pengguna
3. Persatuan profesional memastikan ahlinya mematuhi
etikaprofesional mereka
4. Persatuan pengilang memastikan pengeluar mematuhi
panduan-panduan tertentu dalam proses pengeluaran,
penjualan dan pengiklanan
5. Lembaga Piawaian Pengiklanan mengeluarkan panduan
mengiklan supaya tidak mengelirukan pengguna atau
memberi penerangan palsu.

BENTUK PERLINDUNGAN PENGGUNA

BENTUK PERLINDUNGAN PENGGUNA


Pengguna diberi perlindungan daripada penyelewengan
oleh peniaga atau pengeluar. Terdapat 3 cara perlindungan
pengguna itu :
1.Pendidikan Kepenggunaan
Pengguna perlu mempunyai sifat sedar akan hak dan
tanggungjawab mereka, bijak memilih, bersikap kritikal
terhadap iklan dan sedar akan kewujudan badan yang
melindungi kepentingan pengguna. Pendidikan
konsumerisme di serapkan melalui mata pelajaran KHB di
sekolah.

2. Undang-Undang
Pengguna juga perlu sedar tentang akta yang digubalkan
oleh kerajaan dan badan-badan kerajaan
3.Menyelaras Kepentingan Pengguna
Kerajaan telah menubuhkan Majlis Penasihat
Perlindungan Pengguna Kebangsaan (MPPPK) pada tahun
1973 sebagai penasihat kerajaan tentang kawalan barang
dan harga, mengkaji dan menilai amalan perniagaan,
mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk
menyelesaikan masalah pengguna dan menerbitkan
majalah serta risalah yang bertujuan menyebarkan
maklumat terkini kepada pengguna.
Anggota Majlis Pengguna terdiri daripada wakil kerajaan,
persatuan pengelur, kesatuan pekerja, pertubuhan belia

PERANAN KERAJAAN DAN AGENSI LAIN


1) Majlis Penasihat Pelindung Pengguna
Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
- Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal
perlindungan pengguna
- Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan
amalan perniagaan
- Beri pendidikan konsumerisme melalui
risalah /tv
- Wujudkan petugas yang dapat bantu
selesaikan isu-isu kepenggunaan
- Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

2) Tribunal Tuntutan Pengguna


- Mudahkan pengguna membuat tuntuan
gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
- Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil
untuk menuntut gantirugi
- Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi
RM10,000

PERANAN PERSATUAN PENGGUNA


1.

2.

Menerima dan menyiasat aduan Persatuan


pengguna akan menerima sebarang aduan daripada
pengguna. Aduan tersebut akan di siasat dan
persatuan berusaha menyelesaikan, Jika tidak
dapat diselesaikan, persatuan akan merujuk kepada
pihak berkuasa seperti Kemeterian Perdagangan
dan Hal Ehlwan Pengguna, Kementerian kesihatan,
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
dan sebagainya
Menyebar Maklumat :- Semua hasil kajian dan
penyelidikan yang dijalankan oleh persatuan
pengguna akan disiarkan melalui media massa dam
majalah persatuan pengguna seperti Utusan
Pengguna yang dikeluarakan oleh Persatuan
Pengguna Pulau Pinang,

3. Memberi pendidikan pengguna :- Persatuan


pengguna berusaha memberi pendidikan, latihan dan
kesedaran kepada pengguna melalui aktiviti
ceramah, kursus, forum, seminar dan pameran
dengan kerjasama dengan agensi kerajaan Usaha
yang dijalankan bertujuan meningkatkan kesedaran
dan pengetahuan pengguna tentang hak mereka di
sisi undang-undang
4.Memberi Bantuan dan Khidmat Nasihat:Persatuan pengguna membantu meningkatkan
kemahiran pengguna dalam memilih, membeli dan
menggunakan barangan melalui konsumerisme.
Persatuan pengguna juga berusaha melahirkan
pengguna yang bijak dan berjimat-cermat semasa
berbelanja untuk memenuhi keperluan dan kehendak
mereka dengan mengedarkan risalah, menerbit
majalah pengguna dan mengadakan ceramah
konsumerisme

PERANAN KERAJAAN

Kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk melindungi


hak dan kepentingan pengguna.
1.Menggubal Undang-Undang
Undang-udang yang pelbagai telah digubal oleh kerajaan
bertujuan memberi perlindungan kepada pengguna. Akta
berikut digubal oleh kerajaan untuk memberi
perlindungan keselamatan dan kesihatan pengguna.
a)Akta Kawalan Harga 1946 (Pindaan 1973)
pengawalan harga barang di pasaran. Sekiranya sesuatu
barang melebihi harga ditetapkan, pengguna berhak
menuntut kembali lebihan harga yang dikenakan.
b)Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 1973)
bekalan barang mudah didapati dengan harga berpatutan.
Pengguna berhak mendapat bekalan yang mencukupi
walaupun pada hari Perayaan yang mempunyai tanda
harga, label, gred kualiti, berat dan jenis barang untuk
memudahkan membuat perbandingan dan pemilihan

2.Menguatkuasa Undang-Undang
Kerajaan menubuhkan kementerian dan agensi tertentu untuk
menguatkuasa undang-undang dan akta berkaitan dengan
pengguna
a.Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
dan Ehwal Pengguna memastikan akta dipatuhi dan mengawal
peniaga daripada melakukan penyelewengan.
b.Kementerian Kesihatan memastikan kebersihan diamalkan
di premis-premis dan di tempat pengeluar utama seperti
pengeluar makanan dan memastikan ubat yang dibekalkan
adalah selamat dan tidak bercun
c.Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar bertugas
memastikan kualiti alam sekitar terkawal melalui pencegahan,
pengurangan dan pengawalan pencemaran.
d.SIRIM juga bertanggungjawab memantau barang yang
dikeluarkan oleh pengeluar adalah berkualiti dan selamat
digunakan
.
e.Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri
bertanggungjawab memastikan barangan keluaran seperti
makanan dan kosmetik tidak mengandungi bahan yang
dilarangkan MESTI ADA LOGO HALAL

KONSEP KEPENGGUNAAN
MENGIKUT SYARIAH

Menurut Syariah, pengguna diberi kebebasan


sepenuhnya dalam menggunakan sesuatu
barangan atau perkhidmatan untuk mendapat
kesejahteraan hidup namun tertakluk kepada
adab dan peraturan yang ditetapkan oleh Allah.
Antara adab dan peraturan yang ditetapkan
oleh Allah dalam menggunakan barangan dan
perkhidmatan ialah:
a) menjaga kebersihan dan menggunakan
barangan yang suci,
b)menggunakan barangan dan perkhidmatan
secara halal, dan mengguna secara
c) bersederhana.

Dalam Islam, wujud tiga jenis penggunaan iaitu:


i. Daruriyyat
adalah keperluan bagi perkara asas dan termasuk
keperluan kepada makanan, pakaian dan tempat
tinggal.
ii. Hajiyyat
adalah keperluan bagi keselesaan dan kemudahan,
seperti menikmati makanan, pakaian, tempat tinggal
dan kenderaan yang lebih baik jika seseorang
berkemampuan. Namun, ketiadaannya tidak
menjejaskan kehidupan individu.
iii. Tahsiniyyat
adalah keperluan kepada kemewahan. Biasanya ianya
melibatkan pengumpulan terhadap harta kekayaan
yang tidak boleh diperolehi oleh golongan daruriyyat.
Contohnya, penggunaan perhiasan yang mahal
seperti barang kemas, kereta mewah dan sebagainya.

ADAB DAN PERATURAN


KEPENGGUNAAN MENGIKUT ISLAM
Antara adab dan peraturan yang ditetapkan oleh Islam ialah:
1. Adab dan peraturan untuk menjaga kebersihan dan
menggunakan barangan yang suci
2. Adab dan peraturan penggunaan barangan dan
perkhidmatan secara halal. Antara ayat-ayat alQuran yang menjelaskan konsep halal adalah ayat
berikut:
i. Hai orang beriman sesungguhnya meminum arak,
berjudi, korban untuk berhala dan menenung nasib adalah
perbuatan yang keji termasuk perbuatan syaitan. Maka
jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan.
ii. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu
bangkai, darah, daging babi dan binatang yang ketika
disembelih disebut nama selain daripda Allah

Dari ayat-ayat di atas jelas bahawa Islam hanya


membenarkan penggunaan barangan dan
perkhidmatan yang halal sahaja. Dari sinilah
lahirnya falsafah kepenggunaan yang
menekankan konsep halalan tayyiban yang
perlu dijadikan asas bagi mengukuhkan ekonomi
ummah

3. Adab dan peraturan menghalang unsur


riba dalam penggunaan barangan dan
perkhidmatan. Allah menegah kegiatan riba
kerana terdapat unsur pemerasan terhadap
orang yang lemah. Allah berfirman yang
bermaksud: Orang yang memakan riba itu tidak
dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya
orang yang dirasuk syaitan dengan terhoyonghayang kerana sentuhan syaitan itu.

4. Adab dan peraturan menggunakan


barangan dan perkhidmatan secara
berserderhana.
i. Seseorang pengguna dianggap berserderhana
apabila tidak bersikap bakhil. Seseorang
dikatakan bakhil apabila tidak membelanjakan
kekayaan untuk diri dan keluarga mengikut
sumber pencariannya atau seseorang yang tidak
membelanjakan apa-apa untuk tujuan kebajikan
atau kebaikan.

5. Adab dan peraturan menghalang memberi


maklumat palsu. Sebarang iklan hendaklah
benar. Dalam konteks promosi, pemasaran
ataupun keterangan sama ada dari segi jumlah,
mutu, spesifikasi, paten dan harga hendaklah
bebas dari penipuan atau pujukan untuk
membeli sesuatu yang bukan keperluan, atau
menyampaikan kepada pengguna maklumat
yang mengelirukan mengenainya. Allah
berfirman yang bermaksud: Sebenarnya yang
tergamak berdusta itu hanyalah orang- orang
yang bertabiat berdusta.

6.Adab dan peraturan melarang umatnya dari


melakukan ihtikar iaitu larangan menyorok
barang-barang keperluan.
Tindakan ini dilakukan dengan menyorok
barangan tersebut dan dijual pada harga tinggi
ketika pengguna memerlukannya. Rasulullah
S.A.W melarang perbuatan penyorokkan barang.
Sabda baginda: Sejelik-jelik manusia ialah
orang yang suka menimbun, jika dia mendengar
harga murah, berasa kecewa dan seandainya
mendengar harga naik akan berasa gembira.
(Riwayat Razin).

INDUSTRI HALAL DI MALAYSIA


PENGENALAN

Hasrat Malaysia untuk tampil sebagai pelopor hub halal


diperingkat global memperlihatkan beberapa isu perlu diberi
perhatian.Antaranya termasuklah isu kepenggunaan itu sendiri.
Sebagai pengguna Islam, kesedaran tentang hal ehwal
kepenggunaan perlu dimiliki. Islam sebagai agama yang syumul
telah memberi garis panduan yang jelas berhubung perkara ini.
Dalam Islam, usahawan yang baik akan menawarkan
produk/perkhidmatan yang halal lagi baik kepada pengguna.
Mereka juga sentiasa berusaha untuk membantu masyarakat
pengguna dengan membekalkan produk/perkhidmatan yang
halal dan tayyibah
Dalam hal ini, Islam telah menggariskan beberapa etika yang
perlu dipatuhi oleh para pengguna Islam.

ETIKA KEPENGGUNAAN DALAM


ISLAM

1) Prinsip Halal-Haram
Sebagai pengguna Islam,mereka wajib memilih
produk/perkhidmatan yang halal lagi baik dan
menghindari produk/perkhidmatan yang
diharamkan serta tidak memenuhi spesifikasi
syarak.
Prinsip halal-haram ini bukan hanya terpakai
untuk produk makanan semata-mata, tetapi juga
terpakai ke atas semua jenis produk dan juga
perkhidmatan

Bahan-bahan mentah bagi menghasilkan


sesuatu produk juga mesti dipastikan bersih,
suci dan tidak mengandungi bahan-bahan yang
dilarang seperti bangkai, anggota dan lemak
haiwan yang tidak disembelih dengan sempurna.
Selain itu, perniagaan yang jelas terlibat dengan
riba juga perlu dihindari. Ini kerana Islam
menghalalkan pengambilan keuntungan melalui
jual beli tetapi mengharamkan riba
Pengguna Islam juga perlu memelihara diri
daripada perkara-perkara syubhat iaitu perkaraperkara yang masih tidak begitu jelas
hukumnya.

PENGUATKUASAAN DAN
PENDAKWAAN HALAL DI MALAYSIA

Malaysia telah mengambil pelbagai inisiatif untuk


mempromosikan produk halalnya dan dalam masa yang
sama telah memperkenalkan beberapa polisi atau skim
khas sebagai garis panduan bagi industri makanan dan
juga langkah memperkemaskan ruang lingkup undangundang sama ada dari aspek perlaksanaan dan
penguatkuasaan
Ini menunjukkan dengan jelas betapa keperluan kepada
satu garis panduan dan undang-undang yang
komperehensif serta berkesan bagi memastikan setiap
produk halal yang dipasarkan menepati kehendak syarak

Garis Panduan Produk Halal


Secara umumnya, JAKIM merupakan badan
yang telah menyediakan garis panduan produk
halal secara komperehensif. Garis panduan ini
merangkumi :
1) Prosedur pemeriksaan,
2) Pengesahan dan permohonan sijil halal,
3) Kelulusan, syarat-syarat, pemantauan dan
penguatkuasaan.

A) PROSEDUR PEMERIKSAAN HALAL


PRODUK DAN PREMIS
Pemeriksaan akan dilakukan oleh sekurang-kurangnya dua orang

pegawai iaitu Pegawai Hal Ehwal Islam dan Pegawai Teknikal


(Pegawai Teknologi Makanan) manakala pemeriksaan bagi rumah
sembelih pula boleh dilakukan oleh sekurang-kurangnya seorang
Pegawai Hal Ehwal Islam dan seorang Pegawai Teknikal.

Skop pemeriksaan yang dibuat ialah dokumentasi, pemerosesan,


pengendalian dan pengedaran produk, peralatan, perkakasan,
mesin dan bahan bantuan pemerosesan, penyimpanan, peragaan
dan penyajian produk, kebersihan, sanitasi dan keselamatan

makanan, pembungkusan dan pelabelan dan keseluruha premis.

Laporan pemeriksaan di atas akan dikemukakan dalam Mesyuarat


Panel Pengesahan Halal dan panel menolak atau meluluskan
mana- mana permohonan.

B)PROSEDUR PERMOHONAN SIJIL


PENGESAHAN HALAL

Bagi mendapatkan kelulusan sijil pengesahan halal, ianya


hanya akan dikeluarkan setelah permohonan yang
berkenaan diluluskan oleh Panel Pengesahan Halal.
Sebarang rayuan berkaitan dengan pensijilan halal
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Ketua Pengarah
JAKIM atau Pengarah Jabatan atau Majlis Agama Islam
Negeri.
Tempoh sahlaku bagi Sijil Pengesahan Halal ialah dua
tahun dan terbatal bila-bila masa sahaja apabila didapati
bercanggah dengan prosedur pensijilan halal Malaysia.
Dari aspek Logo Halal, ianya mesti menepati spesifikasi
yang ditetapkan, dicetak dengan terang pada setiap produk
yang dikeluarkan dan dilabelkan. Bagi premis makanan,
logo halal hendaklah dipamerkan di premis berkenaan dan
bagi hotel ianya hendaklahdipamerkan di bahagian dapur
atau di seksyen halal di restoran yang disahkan halal
sahaja.

C)SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN
SIJIL PENGESAHAN DAN LOGO
Sijil Pengesahan dan Logo Halal ini tidak boleh diniaga,
HALAL
diberi pinjam, ditukarmilik, dipalsukan,
disalahgunakan atau dipinda dengan apa caranya
sekalipun.

Sebarang perubahan ke atas nama dan alamat syarikat,


premis, jenama produk, bahan ramuan, pengeluarpengeluarnya dan yang berkaitan dengannya, hendaklah
dimaklumkan kepada Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia atau Pengarah Jabatan Agama Islam
Negeri atau Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri secara
bertulis untuk tindakan selanjutnya.

D)PEMANTAUAN DAN
PENGUATKUASAAN
Semua kilang, premis makanan, rumah sembelih
yang telah mendapat Sijil Halal dari pihak
berautoriti atau yang meletakkan label atau logo
halal akan dibuat pemantauan.
Pelaksanaan pemantauan dilakukan dalam dua
keadaan iaitu berkala dan aduan.

ISU PENDAKWAAN INDUSTRI HALAL

Merujuk kepada isu pendakwaan, ianya juga sering berkait


rapat dengan isu penguatkuasaan. Penguatkuasaan
berkaitan produk halal dilaksanakan oleh pihak
JAKIM manakala pendakwaannya dilakukan oleh
KPDN dan HEP.

Pendakwaan hanya akan dilakukan oleh pihak KPDN dan


HEP dan pegawai JAKIM atau Jabatan Agama Islam Negeri
hanya akan menjadi saksi dalam kes tersebut. Setakat ini
terdapat beberapa kes telah dibawa ke Mahkamah Sivil,
namun sehingga sekarang tiada kes yang melalui proses
perbicaraan kerana semuanya diselesaikan diluar
mahkamah iaitu melalui pembayaran kompaun.
Berdasarkan kepada perbincangan di atas, secara umumnya
dapat dirumuskan bahawa Malaysia mempunyai Garis
Panduan Produk Halal yang komperehensif dan menyeluruh
di samping ruang lingkup undang-undang sedia ada.

PERBANKAN DAN KEWANGAN


ISLAM

Keperluan terhadap produk dan perkhidmatan


perbankan dan kewangan kini merentasi
pelbagai ciri demografi pengguna. Ia tidak lagi
bersifat kehendak seiring dengan perubahan
gaya hidup dan citarasa pengguna masa kini.
Walau apapun sifatnya, Islam sebagai suatu cara
hidup yang lengkap mengawal gelagat manusia
selaku pengguna ke arah mencapai
kesempurnaan, keamanan dan kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat.

HUKUM BERINTERAKSI DENGAN INSTITUSI


PERBANKAN MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM

i) Harus sekiranya bank tersebut beroperasi secara Islam


dan menggunakan sumber kewangan yang ada pada
tempat-tempat yang diharuskan. Ini dapat diketahui
dengan pengiktirafan badan-badan kawalan syarak yang
berwibawa. Begitu juga harus berinteraksi dengan bank
yang berasaskan riba pada sesebuah tempat yang tidak
wujud sistem perbankan Islam, sedangkan seseorang
individu perlu menggunakan khidmat institusi perbankan
untuk urusan gaji dan sebagainya.
ii. Haram sekiranya bank tersebut beroperasi secara riba
atau melaburkan sumber kewangan
pada tempat yang diharamkan.

iii. Wajib sekiranya ia adalah keperluan yang


tidak dapat dielakkan berdasarkan tuntutan
semasa. Sebagai contoh membuka akaun bank
untuk urusan gaji dan perniagaan. Hukum ini
disabitkan berdasarkan satu kaedah fiqh yang
bermaksud: Sesuatu perkara yang tidak

Perihal halalnya berinteraksi dengan institusi


perbankan Islam ini telah dijelaskan oleh beberapa
sarjana muslim kontemporari, antaranya Yusof alQaradhawi ada menyebut: Tidak syak lagi,
berinteraksi dengan institusi perbankan Islam
adalah halal. Bahkan kita dituntut mendokongnya.
Institusi perbankan yang dianggap Islam ialah
mana mana institusi yang menetapkan bahawa
keseluruhan operasinya akan sentiasa patuh
kepada garis panduan dan hukum Syarak.
Pengurusannya pula sentiasa patuh kepada
pemantauan Lembaga Pemantauan Syariah yang
ditubuhkan.

Justeru apabila seseorang muslim mempunyai


kemudahan untuk berinteraksi dengan intitusi
perbankan Islam adalah haram baginya
berinteraksi dengan insitusi perbankan
berteraskan riba. Tiada keuzuran baginya untuk
berbuat demikian setelah berpeluang
menggunakan alternatif yang di akui Syarak

PENENTU PEMILIHAN BANK


BERTERASKAN ISLAM

Dalam konteks pemilihan sesuatu sistem perbankan


sebagaimana gelagat yang ideal, segala urusan perbankan
dan kewangan seharusnya tidak dipengaruhi oleh faktor
ekonomi atau faktor-faktor lain selain faktor agama.
segala amalan dan kegiatan ekonomi yang dikerjakan oleh
individu muslim tidak boleh lepas lari dari mengaitkannya
dengan unsur halal, haram dan syubhat
Terdapat empat penentu yang perlu diberi perhatian oleh
pengguna muslim dalam aspek pemilihan bank menurut
gelagat pengguna berteraskan Islam iaitu:

A)Pertimbangan Halal, Haram dan Syubhat

B)Tuntutan Mencari Sesuatu Yang Berkualiti


C)Pulangan Maslahat

D)Penggunaan Berasaskan Keperluan

A)PERTIMBANGAN HALAL, HARAM


DAN SYUBHAT

Pertimbangan halal dan haram berkaitan sesuatu


penggunaan seharusnya menjadi kriteria utama seseorang
individu muslim
Secara lebih khusus, Kitab Bahru Al-Madzi: Syarah
Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi susunan Muhammad Idris
Al-Marbawi (2006:102-103) menjelaskan halal sebagai
sesuatu yang nyata dan jelas dibenarkan menurut hukum
syarak dan dimaklumi oleh semua orang, manakala haram
adalah sebaliknya sama ada pada benda atau amal.
Selain daripada elemen halal dan haram, terdapat satu lagi
elemen yang perlu diberi pertimbangan, iaitu syubhah.
Menurut Yusof Ismail & Suhaimi Md. Sarif (2003:147), tidak
timbul soal keraguan terhadap sesuatu perkara yang halal
dan haram melainkan ia berada di antara keduanya. Perkara
ini dinamai syubhah dan hendaklah dihindari kerana
dibimbangi tergolong dalam kategori yang haram.

Bagi Mohd Radzi Othman & Ghafarullahhuddin Din


(2005:181-193), terdapat lima peraturan dan lima larangan
dalam muamalah perekonomian dan perniagaan. Lima
peraturan tersebut ialah menjalani aktiviti muamalah
secara haq, menjauhi perkara syubhah, berlaku
jujur, melaksanakan kebebasan dan kerelaan; dan
menegakkan keadilan. Manakala larangan merujuk
kepada urusniaga yang berunsur riba, penipuan,
gharar, rasuah dan al-khamr.

Kesimpulannya, beberapa unsur yang dilarang dalam


mualamatIslam ialah Pertama, sesuatu urusniaga itu
mestilah bebas daripada unsur riba, Kedua, bebas
daripada unsur judi,Ketiga, bebas daripada penjualan
barangan atau perkhidmatan yang diharamkan dalam
Islam,Keempat, bebas daripada unsur gharar, Kelima,
bebas daripada segala bentuk penipuan.

B)TUNTUTAN MENCARI SESUATU


YANG BERKUALITI

kualiti didefinisikan sebagai keadaan yang paling baik,


unggul, menepati kehendak yang ditetapkan dan
memberi kepuasan kepada semua pihak
seseorang pengguna muslim harus mengutamakan
perkhidmatan yang berkualiti oleh institusi perbankan
Islam sama ada untuk tujuan simpanan, pelaburan,
pembiayaan dan perkhidmatan-perkhidmatan perbankan
yang lain. Ia turut mencakupi aspek penyampaian
perkhidmatan sama ada daripada segi kemudahan
infrastruktur atau kakitangan bank.

C)PULANGAN MASLAHAT

Secara mudah, maslahat bermaksud kebaikan atau


kepentingan. Secara lebih khusus, ia merupakan
matlamat-matlamat syarak yang terkandung dalam
persyariatan undangundang Islam berdasarkan
prinsip membawa kemanfaatan dan menolak
kerosakan
Oleh yang demikian, faktor pulangan maslahat harus
dilihat sebagai sesuatu yang penting oleh pengguna
muslim. Selain mempastikan penggunaan produk yang
berlandaskan syariah, implikasi yang terhasil di
sebaliknya hendaklah mendatangkan manfaat kepada diri
sendiri dan keluarga serta kemaslahatan umum. Inilah
yang ditekankan oleh Muhammad Rawwas Qalahji
(2005:2) bahawa urusan kewangan bertujuan
merealisasikan maslahah dan bukannya memberi
kemudharatan kepada kehidupan manusia.

D)PENGGUNAAN BERASASKAN
KEPERLUAN

Selain daripada pulangan maslahat, Islam turut


menitikberatkan soal hierarki penggunaan atau
susunan kehendak terhadap sesuatu barang atau
perkhidmatan.
Dalam hal ini, Yusof al-Qaradhawi (2002:25-27) menerusi
karya beliau yang bertajuk Fiqh Keutamaan (Keutamaan
Tugas-Tugas Kaum Muslimin) telah merumuskan tiga
susunan atau keutamaan berdasarkan kesepakatan
ulama usul. Pertama ialah perkara yang darurat (aldaruriyat)11. Kedua ialah perkara yang diperlukan (alhajiyat)12; dan ketiga ialah perkara yang menjadi
pelengkap (al-tahsiniyat)13. Menurut beliau, Islam
menuntut umatnya agar mendahulukan perkara-perkara
yang berhubung dengan al-daruriyat berbanding al-hajiyat
dan al-tahsiniyat.Begitu juga harus mendahulukan alhajiyat berbanding al-tahsiniyat.

Dalam konteks urusan kewangan semasa, setiap tindakan


atau gelagat kepenggunaan perlu diukur mengikut
piawaian maslahat syarak sebagaimana perbincangan
sebelumnya. Oleh kerana kehendak dan keperluan
manusia adalah berbeza-beza, tahap keperluan sesuatu
barangan atau perkhidmatan tidak terikat kepada satu
penentuan. Namun begitu, Islam telah menetapkan garis
panduan tertentu agar manusia dapat menjalani kegiatan
ekonomi yang diredhai oleh Allah s.w.t. Melalui
pembentukan Model Penggunaan Islam

PENGURUSAN HARTA DALAM ISLAM

Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan


asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi
tuntutan tersebut, Islam telah menyediakan beberapa
sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu dengan
baik dan berkesan, antaranya ialah sistem pengurusan dan
pentadbiran harta.
Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal
pengurusan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif
untuk kebaikan dunia dan akhirat sekaligus menghindari
segala keburukan dan kemudaratan.
Harta merupakan salah satu keperluan asas dalam
kehidupan manusia. Allah Subhanahu Wa Taala
menyediakan harta adalah khusus untuk menjamin
kepentingan manusia supaya boleh hidup dengan baik dan
sempurna.

Perbelanjaan mestilah secara betul dan


bertanggungjawab. Maksudnya ialah
membelanjakan harta mengikut arahan wajib
dari syariah seperti mengeluarkan zakat wajib,
membelanjakan untuk diri dan keluarga atau
mengikut arahan tidak wajib seperti sedekah, derma,
untuk melayan tetamu dan sebagainya. Melalui
strategi perbelanjaan yang betul dan
bertanggungjawab ini maka tugas dan peranan harta
telah dilaksanakan dengan adil kerana hasil
daripada itu ia telah menampung segala keperluan
individu, masyarakat, negara dan umat seluruhnya.
Itulah yang dikatakan menjamin keadilan dalam
kehartaan.

Menyekat sifat bakhil dan menghalang boros


dan pembaziran sebaliknya mendokong
kesederhanaan. Al-Quran dan al-Sunnah telah
menyerang habis-habisan penyakit kedekut dan
membazir harta. Sifat kedekut digambarkan
sebagai sifat yang dibenci oleh Allah s.w.t.
manakala sifat membazir pula digambarkan sifat
yang dimiliki oleh saudara kepada syaitan.

Perancangan pengurusan harta dalam Islam terbahagi


kepada dua, iaitu perancangan harta semasa hidup
dan pembahagian harta selepas kematian pemilik
harta. Di antara bentuk-bentuk perancangan harta
semasa hidup adalah seperti hibah, wasiat, wakaf.
Manakala, pengurusan harta selepas berlaku kematian
pula ialah pembahagian harta pusaka yang tertakluk
kepada hukum faraid. Walaupun faraid berperanan dalam
urusan pembahagian harta pusaka, namun pengagihan
harta melalui cara tersebut mampu menjurus kepada
masalah-masalah tertentu jika tidak ditadbir urus dengan
sempurna serta tidak difahami dengan betul. Dianggarkan
sejumlah RM42 bilion harta pusaka orang Islam telah
gagal diagihkan kepada waris yang sah disebabkan
masalah yang tertentu

HIBAH

Apabila harta sudah terkumpul dan tanggungjawab kewangan


keluarga sudah selesai atau stabil, maka lazimnya akan timbul
keinginan untuk menyerahkan harta itu sebagai hadiah atau
pemberian kepada ahli keluarga yang dekat. Perbuatan memberi
hadiah atau pemberian semasa hidup ini (hibah) ialah suatu
yang digalakkan dalam Islam sebagai tanda kasih sayang
seseorang itu.
Hibah Sebagai Pemberian Hidup Yang Boleh Ditujukan
Kepada Sesiapa Sahaja Yang Dikehendaki
Tiada Had Dikenakan Terhadap Kadar Bahagian Atau
Jumlah Pemberian
Pindah milik harta hibah boleh dilakukan sebelum atau
selepas kematian penghibah
Perceraian Tidak Menjejaskan Hak Kepada Pemberian
Hibah
Pemberian hibah tidak boleh ditarik balik kecuali dalam
keadaan tertentu: persetujuan
Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
Ia dibuat secara sukarela tanpa paksaan.

WAQAF

Wakaf ialah suatu bentuk penyerahan harta


samada secara (sorih) terang atau (kinayah)
sindiran, di mana harta berkenaan ditahan dan
hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan
untuk tujuan-tujuan kebajikan sama ada
berbentuk umum mahupun khusus.
Dari segi istilah ia bermaksud menahan sesuatu
harta seseorang untuk dimanfaatkan oleh orang lain.
Harta yang diwakafkan hendaklah berada dalam
keadaan yang baik, kekal dan tujuan melakukan
wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah
SWT dan memberi kebajikan kepada orang lain.
Pewakaf juga tidak lagi mempunyai hak ke atas harta
wakaf tersebut.

Wakafboleh dibahagikan kepada dua kategori umum


iaitu wakaf am dan wakaf khas.

Wakaf ammerupakanmana-mana bentuk harta wakaf


yang dibuat untuk tujuan-tujuan kebajikan ataukhairat
umumtanpa menentukan mana-mana penerima khusus
(sama ada terdiri daripada individu atau mana-mana
organisasi/institusi) ataupun dengan tujuan khusus
tertentu.
Wakaf khas pula bersifat khusus apabila
pewakafmenentukan wakaf yang dibuat untuk tujuantujuan khusus ataupun kelebihan-kelebihan tertentu.
Contohnya pewakafmewakafkantanah untuk
perkuburan atau mewakafkan tanah untuk orang miskin.

Terdapat empat elemen untuk menjadikan wakaf itu sah dan


dilaksanakan antaranya ialah pewakaf, penerima wakaf, Harta
yang diwakafkan Lafaz wakaf
Terdapat dua kategori harta yang boleh diwakafkan, iaitu
harta tak alih (`aqar ) dan harta alih (manqul).

A)Pewakaf (Waqif) adalah disyaratkan ianya mestilah seorang


yang merdeka, baligh, berakal serta berkelayakan untuk
bersedekah harta miliknya. Pewakaf juga sukarela dan reda
mewakafkan harta miliknya.
B)Penerima Wakaf (Mawquf 'Alayh/ Alayhim) boleh ditentukan
oleh pewakaf
C) Harta yang diwakafkan (Mawquf) mestilah berbentuk objek
yang tertentu seperti mewakafkan sebuah rumah. Adalah
disyaratkan juga harta yang hendak diwakafkan hendaklah milik
pewakaf serta memberi faedah dan manfaat serta boleh dipindah
milik.
Pengurusan dan pentadbiran wakaf di Malaysia dikendalikan
oleh Majlis Agama Islam di setiap negeri. Majlis Agama Islam
negeri merupakan pemegang tunggal kepada semua harta wakaf
yang terdapat di Malaysia.

WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang
dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh
seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan
selepas berlaku kematiannya.
Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam
yang perlu dipatuhi:
1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah
tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada
harta pusaka bersih kecuali mendapat
persetujuan daripada ahli-ahli waris.
2. Penerimanya hendaklah bukan waris
iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas
pusaka simati kecuali mendapat persetujuan
daripada ahli-ahli waris yang lain.

4. Jika penerima wasiat meninggal dunia


selepas menerima wasiat dan selepas kematian
pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh
waris penerima.
5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak
dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan
pembayaran hutang simati.
6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa
kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian
pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat
secara sukarela.

HARTA FARAIDH

Faraid ialah berasal daripada perkataan faradha (), di


dalam bahasa Arab yang bererti ketentuan atau kepastian.
Jika yang dimaksudkan dengannya berkaitan dengan
warisan atau harta pusaka, maka ertinya ialah bahagian
yang telah ditetapkan mengikut hukum syarak untuk ahli
waris.
Pembahagian harta warisan melalui cara yang terdapat di
dalam ilmu faraid akan menghasilkan pembahagian yang
seadil-adilnya kerana ia berdasarkan wahyu. Kadar dan
bahagian masing-masing sebenamya telah ditetapkan oleh
wahyu. Manusia atau pihak mahkamah misalnya, hanya
berfungsi sebagai menunaikan perlaksanaan hukum Allah
dalam perkara ini. Hukum atau tatacara pembahagian
harta waris melalui faraid adalah wajib.

Tetapi sebelum menjadi milik ahli waris secara sah dan


sempurna, ada lima perkara yang perlu dilakukan, yakni
harta waris akan diproses menerusi hukum faraid melalui
cara berikut:
Pertama : Perkara yang mula sekali perlu (bahkan wajib)
diperhatikan ialah tentang kedudukan harta waris itu sendiri
daripada segi hak dan kaitannya dengan perkara-perkara lain
seperti zakat, nazar, kaffarah, haji, gadaian, denda hukum,
hutang kepada Allah dan sebagainya. Dengan demikian, jika
zakatnya belum dikeluarkan, maka wajib dikeluarkan. Jika
sebahagiannya juga ada diperuntukkan untuk nazar oleh si
mati, maka wajib ditunaikan.
Jika antara harta itu terdapat gadaian juga wajib ia
diasingkan. Jika ada hutang si mati kepada Allah, maka
bayarlah hutang itu. Jika semasa hidupnya sudah wajib dia
menunaikan haji, tetapi dia tidak pergi menunaikannya,
maka wajib juga diasingkan untuk keperluan menghajikannya
(upahkan haji untuknya), begitulah seterusnya

Kedua : Setelah cara pertama yang di atas dapat


disempurnakan, maka baki harta itu diperuntukkan
pula untuk perbelanjaan perlaksanaan fardu
kifayahnya, seperti membeli kain kafan dan keperluan
pengkebumiannya menurut yang selayaknya.
Ketiga : Kemudian bakinya yang masih ada
dikeluarkan untuk melunaskan segala hutangnya
kepada orang lain, iaitu hutang yang sabit mengikut
pengakuannya semasa hidup atau yang sabit melalui
bukti-bukti yang diperakui kerana hutang itu wajib
dibayar bagi pihak si mati.

Keempat : Daripada baki harta itu lagi dibayarkan


(diasingkan) pula untuk keperluan wasiatnya jika ada, iaitu
tidak lebih daripada 1/3 (sepertiga) daripada baki harta yang
ada setelah perkara-perkara di atas diselesaikan.
Sekiranya dia mewasiatkan semua atau sebahagian hartanya,
maka wasiat ini tidak diterima, tetapi cukup dikeluarkan 1/3
(sepertiga) sahaja untuk wasiatnya itu.
Kelima : Baki harta yang masih ada selepas empat perkara di
atas dilakukan, maka itulah dia harta waris yang menjadi
milik semua ahli waris yang berhak.Itulah juga harta yang
dimaksudkan di dalam hukum faraid yang wajib dibahagibahagikan kepada semua ahli waris yang berhak, sesuai
dengan kadar bahagian masing-masing. (Nihayah AI-Zain h.
281)

KESIMPULAN

Pengguna mesti bersikap jujur kepada diri sendiri untuk


melaksanakan prinsip kepenggunaan mengikut Islam bagi
mencapai keredhaan Allah. Pengguna haruslah berbelanja
mengikut keutamaan, keperluan, kemampuan, dan
berserderhana.
Adab dan peraturan Islam yang lengkap dalam
menjalankan urusniaga secara adil yang tidak mempunyai
unsurunsur penipuan, judi, riba, eksploitasi, mengaut
keuntungan berlebihan, sukatan tidak tepat dan berhemah
adalah perundangan yang sempurna bagi melindungi
semua pengguna di Malaysia.
Penekanan
terhadap prinsip halal-haram, tingkat
keperluan, kualiti, keselamatan, kesederhanaan perlu
dilakukan untuk memelihara hak pengguna

Terdapat keperluan untuk mengadakan modul atau skim


perancangan harta di dalam Islam samada sebelum atau
selepas kematian. Keperluan ini timbul akibat daripada
peningkatan dan kemajuan dalam ekonomi umat Islam
terutama di Malaysia supaya pengurusan harta dapat
diurus sebaiknya demi kepentingan ummah
Manusia meletakkan aspek pertimbangan agama sebagai
keutamaan dalam menghadapi krisis membuat pilihan.
Sesuai dengan sifatnya sebagai agama yang menyeluruh
dan suatu cara hidup, Islam menyediakan panduan
lengkap untuk menjalani segala bentuk kehidupan
termasuk kehidupan berekonomi. Dengan panduan
tersebut, manusia tidak hanya mampu menangani krisis
pemilihan, tetapi juga dapat hidup tenang dan damai
sebagai hamba Allah s.w.t sehingga berjaya mencapai
matlamat yang hakiki iaitu keredhaan Allah s.w.t.

Anda mungkin juga menyukai