Anda di halaman 1dari 38

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd
fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx

cvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
Unit Tingkap Latihan
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
Nama : Ahmad Syahmiyuddin Bin Ahmad Nizam

klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
Nurul Natasyadissa Binti Azmi Rani

Kursus : 3 Teknologi Penyejukbekuan

nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwe
Nama Penyelia : Mohamad Sehaini Bin Jimon

rtyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiop
asdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghj
klzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvb
nmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmrtyu
iopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdf
2

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latarbelakang

Pada zaman yang serba moden, kesemua unit “Training” sukar didapat di mana-mana
pembekal. Oleh itu, dari pemikiran dan idea yang bernas oleh manusia bagi memudahkan proses
pembelajaran yang sukar untuk mengenali komponen. Dari segi pengetahuan dan kemahiran yang
perlu dilakukan bagi menghasilkan sesebuah projek yang rekabentuknya adalah berkaitan dengan
Penyamanan Udara. Sebagai seorang pelajar setiap rekabentuk yang dihasilkan perlulah dikaji
tentang kelebihan dan kekurangannya. Rekabentuk yang dihasilkan perlulah mempunyai ciri – ciri
untuk memudahkan proses pembelajaran bagi pelajar-pelajar kami dan juga pelajar-pelajar dari
kursus lain.Selain dari itu, sesuatu projek tersebut tidak semestinya menghasilkan sesuatu produk
yang baru tetapi boleh juga melibatkan pengubahsuaian dan penambahbaikan pada projek yang
sedia ada.

Hasil dari pemikiran kami satu kumpulan dan idea daripada penyelia, kami telah
memikirkan untuk menghasilkan sebuah “Window Training Unit” ianya ialah suatu projek yang
telah direka dan dicipta bagi memudahkan dan menjimatkan masa untuk proses pembelajaran .
“Window Training Unit” adalah sebuah unit penyamanan udara yang mana dapat memudahkan
para pelajar untuk mengenali komponen-komponen dalaman dan juga memudahkan proses
pembelajaran ketika didalam kelas tanpa membuka “cover” unit tersebut.
3

1.2 Objektif

Objektif menghasilkan projek ini adalah :

a) Memudahkan kerja pembelajaran

b) Mempercepatkan waktu untuk mengenali komponen.

c) Menjimatkan kos untuk membeli training unit yang baru.

d) Dapat melihat pendawaian dengan mudah

1.3 Skop Projek

Projek yang dihasilkan ini sebenarnya adalah menggunakan sebuah unit tingkap yang telah
terbengkalai. Dari kajian yang kami telah lakukan masih belum ada unit training untuk unit
tingkap ini. Daripada idea tersebut telah menambahkan ciri – ciri yang dapat memudahkan
pembelajaran kepada semua pelajar.

Dalam kajian yang telah dicadangkan oleh kumpulan kami terhadap masalah ini adalah
berdasarkan skop projek yang merangkumi bidang Penyamanan Udara. Masalah ini melibatkan
kesan kepada pelajar yang baru mengenali komponen-komponen, untuk memudahkan dalam
pelajaran didalam kelas dan untuk kelas lain. Oleh yang demikian projek ini adalah satu projek
yang dibangunkan untuk memudahkan segala kerja untuk mengenali komponen yang didalam unit
tersebut.

Pada kebiasaannya, sebelum merekacipta sesuatu projek / produk, konsep yang akan
digunakan nanti hendaklah dikenal pasti dan dikaji keberkesanannya, yang kami ketengahkan kali
ini adalah berkonsepkan sistem yang lama tetapi ianya lebih dipertingkatkan dan dimajukan yang
mana konsep yang lama window unit yang hanya menggunakan cover yang mengambil masa
yang lama untuk membukanya . Dalam konsep baru ini kami mengaplikasikan sepenuhnya
bahagian window unit untuk memudahkan pelajar belajar mengenai komponen dan litar dengan
lebih mendalam dan mudah . Design dan rekaan yang dihasilkan pada projek ini adalah efektif,
bagi digunakan untuk semua pelajar dari mana-mana kos . window unit juga ia mempunyai troli
yang mempunyai empat roda pada trolinya untuk memudahkan ia bergerak dengan baik .
4

1.4 Perancangan dan perlaksanaan projek


1.4.1 Carta alir perlaksanaan projek

MULA

Persediaan
perbincangan

Proses kertas kerja

Tidak lulus
Diluluskan

Lulus

Proses memilih & memesan bahan

Proses pengeluaran bahan & peralatan

Proses menanda & mengukur

Proses pemotongan

Proses mereka bentuk

Proses mengerudi

Proses paku kimpal

Proses mengimpal penuh

Proses mencanai & mengikir


5

Proses pemasangan

Tidak lulus

Proses
pengujian

Lulus

Proses kekemasan

Membuat laporan akhir

Perbentangan projek akhir

TAMAT
6

1.4.2 Gantt chart pelaksanaan projek


Bulanan /
Mingguan JUN JULAI OGOS SEPTEMBER
Aktiviti / Proses
1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Persediaan
perbincangan
Kertas kerja

Memilih dan
memesan bahan
Pengeluaran
bahan I
Dan peralatan
Menanda dan
Mengukur
Pemotongan

Merekabentuk

Mengerudi

Paku kimpal

Kimpal
penuh

Mencanai dan
Mengikir
Pemasangan

Menguji

Kekemasan

Membuat
Laporan akhir
Pembentangan
Projek akhir

Pelaksanaan
Perancangan sebenar

Rajah 1.2 : Carta Gant Perlaksanaan Projek


7

BAB 2

KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengenalan

Kelebihan training unit dapat mengenal komponen dengan lebih terperinci dan
mendalam.Namun pada kebiasaannya, window unit hanya boleh lihat komponen dengan
membuka “casing”nya.Kebanyakan window unit yang berada di bengkel mempunyai casing yang
susah dicabut.Untuk mencabut casing window unit ia mengambil masa yang agak lama.Ini
menyebabkan masa yang diperuntukan untuk menservis menjadi lama.

Hasil dari kajian yang telah dilakukan dan dari pendapat juga idea dari penyelia kami,
kami telah memikirkan untuk menghasilkan sebuah window training unit untuk ditujukan khas
untuk pelajar yang ingin belajar mengenai komponen dan bahagian dalam komponen .

2.2 Latarbelakang kajian

Kajian yang telah kami jalankan adalah daripada unit yang terbengkalai , kami telah
inovasi dan membaikpulih semula . Rekaan yang dihasilkan adalah seperti sebuah window
training unit . Pada bahagian pendawaian pula kami akan membuat di luar unit bagi memudahkan
pelajar untuk fahami pendawaian unit ini.

2.3 Metodologi / kaedah penyelesaian

Kami telah menjalankan kajian rekabentuk sedia ada di bengkel PPU untuk mendapatkan
gambaran idea yang lebih sistematik dan berkesan bagi menyelesaikan masalah berkaitan tentang
membuat dan untuk membina sebuah Window Training Unit . Window unit yang sedia ada adalah
8

diperbuat tetulangnya daripada besi dan plastik . Dari rekaan troli pula kebanyakan material atau
bahan yang digunakan adalah berasaskan daripada besi “Hollow” dan angle iron.

Untuk menghasilkan sebuah window training unit yang untuk mudah dipelajari oleh
pelajar,kami perlu membuat dengan terperinci . Dan pemilihan bahan yang bersesuaian untuk
menghasilkan troli adalah sepenuhnya menggunakan besi. Rekaan window unit yang ingin kami
hasilkan adalah sebuah window training unit. Dan pada bahagian troli ia dihasilkan untuk
memudahkan ia bergerak dengan mudah dan baik .

2.4 Konsep rekabentuk

Rekabentuk window training yang telah dipilih seperti ini dihasilkan adalah untuk
mengelakkan kesukaran ketika mempelajari tentang window unit dengan lebih mendalam dan
terperinci . Jika window unit yang ingin dihasilkan mempunyai tayar yang boleh berpusing seperti
sistem stereng ia memerlukan daya yang perlu dikenakan untuk membuatkan bahagian depan
bergerak ke kiri atau ke kanan kerana ia tidak boleh bergerak dengan sendiri mengikut kawalan
troli kerana ia berlawanan dengan tayar belakang troli. Untuk menyelesaikan permasalahan
tersebut bagi menggunakan konsep window unit yang mempunyai troli untuk bergerak .

2.5 Kajian lapangan

Sebelum projek dibangunkan, pelbagai idea dan pendapat untuk merekacipta sesuatu
projek itu telah tercetus hasil daripada kajian dan perbincangan. Dengan menggunakan kaedah
menganalisa struktur terhadap penggunaan secara manual dan kami telah menemui satu idea
untuk menghasilkan sebuah window unit dan pengendalian sepenuhnya dari pendawaian .

Dengan perbincangan yang telah kami lakukan, untuk memudahkan pembelajaran bagi
pelajar belajar tentang window unit dengan lebih mendalam serta menjamin kualiti sesuatu produk
yang dihasilkan, maka satu rekacipta training window unit baru mestilah dibuat supaya ia dapat
menghasilkan satu produk moden yang berkualiti. Melalui dari soal selidik awal kami, kami telah
mengkaji segala masalah dan kekurangan yang ada pada cara yang lama yang digunakan iaitu
dengan menggunakan tenaga manusia untuk membuka window unit . Dengan mengkaji masalah
9

di dalam bengkel PPU tersebut, dan dengan window unit yang sedia ada iaitu training window
unit , kami mengaplikasikan sepenuhnya pada bahagian window unit dan pendawaian untuk
menghasilkan sebuah `Training Window Unit’ .

2.5.1 Konsep kajian

Kaedah kajian projek ini :

I. Mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dan pensyarah di dalam


kawasan bengkel PPU untuk belajar lebih mendalam .
II. Mengkaji ciri-ciri keselamatan dan kemudahan yang dapat di aplikasikan pada window
unit untuk mengendalikan training window unit tersebut.
III. Membuat kajian dan berbincang dengan penyelia dan pensyarah.

2.5.2 Mengenalpasti Masalah

Antara masalah-masalah yang telah dikenalpasti di dalam melakukan pembelajaran dengan cara
lama adalah;
I. Mengambil masa yang lama untuk membuka unit kerana menggunakan tenaga manusia.
II. Bagi unit yang besar dan berat memerlukan tenaga manusia yang lebih dari seorang untuk
membuka unit tersebut.
III. Boleh mendatangkan kecederaan kepada pelajar dan pensyarah ketika membuka unit
dalam masa yang singkat .
IV. Untuk mengelakkan dari bahan atau barang yang dibuka atau alihkan ke suatu tempat yang
lain daripada hilang akibat terjatuh.
10

BAB 3

REKABENTUK

3.1 Pengenalan Rekabentuk

Rekabentuk juga boleh ditakrifkan sebagai penggunaan prinsip saintifik melalui


maklumat teknikal dan imaginasi yang luas. Sebarang produk yang baru hendak dipasarkan mesti
memenuhi kehendak dan keperluan pengguna untuk dipasaran. Tujuan penyediaan laporan akhir
ini, adalah untuk mencari penyelesaian dalam permasalahan yang dihadapi. Perkara yang perlu
difikirkan dan dititikberatkan adalah bagaimana dan apakah kaedah yang harus digunakan untuk
memastikan produk mencapai keputusan dan citarasa yang memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna tercapai atau tidak. Rekabentuk yang dihasilkan tidak semestinya merupakan
rekabentuk yang baru, tetapi rekabentuk yang dihasilkan mestilah bersesuaian dan mempunyai
fungsi – fungsi tertentu iaitu merangkumi dari segi keselamatan dan berfungsi untuk memudahkan
sesuatu pengendalian kerja.

3.2 Lukisan Kejuruteraan

Lukisan kejuruteraan merupakan perkara yang sangat penting sebelum memulakan sesuatu
projek. Ia wajib diketahuai oleh para pelajar dalam menghasilkan sesuatu rekaan. Lukisan
kejuruteraan adalah bahasa kejuruteraan atau bahasa grafik yang digunakan sebagai media dalam
bidang kejuruteraan. Oleh itu, dalam penghasilan window training unit ini, kumpulan kami
menggunakan lukisan kejuruteraan sebagai panduan sebelum rekaan ini dibuat. Antara lukisan-
lukisan kejuruteraan adalah front view,back view dan plan view.
11

3.3 Kos pembuatan projek


3.3.1 Kos bahan mentah langsung

Bil Bahan Kuantiti Kos seunit Jumlah kos


(RM) (RM)

1 Unit RM 980.00 RM 980.00


Window Unit (Unit Tingkap)
1

2 `Acrylic Plate’ 1 Keping RM 210.00 RM 210.00

3 5 Botol RM 5.50 RM 27.50


Spray

4 Besi `Hollow Square’ 1”x1” 1 Batang RM 18.00 RM 18.00

5 Besi `Hollow Square’ 2”x1” 1 Batang RM 36.00 RM 36.00

6 Plate Bar 1 Batang RM 50.00 RM 50.00

7 Roda 5” 4 Roda RM 15.00 RM 60.00

8 `Angle Iron’ 1 Batang RM 35.00 RM 35.00

9 `Tapping Screw’ Secukupnya RM 5.00 RM 5.00

Total (RM) RM 1421.50

Jadual 3.1 : Kos bahan mentah langsung


12

3.3.2 Kos upah pekerja

a) Gaji pekerja

Bilangan pekerja = 2 orang 1 hari = 7 jam


Masa diperlukan = 154 jam 22 hari = 154 jam

Kadar upah sejam bagi seorang = RM5.00

 2 x 154 x 5

 RM 1540.00 = 2 pekerja

 RM 770.00 = 1 pekerja

b) Drawing

1st complete drawing = RM 30.00

2nd complete correction for drawing = RM 30.00

Total RM 30.00 + RM 30.00 = RM 60.00

Total : RM 1540.00 + RM 60.00 = RM 1600.00


13

3.3.3 Kos overhead

a) Kos pengiraan tenaga elektrik

Takrif elektrik

Kadar pertama Kadar kedua Kadar seterusnya

RM0.218/unit RM 0.289/unit RM0.312/ unit

(1-200 k/wh) (201 – 1000 k/wh) (1001 k/wh & keatas)

Jadual 3.3 : Kadar pengiraan takrif elektrik TNB

 1 minit = 0.412 k/wh

 1 jam = 24.72

 20 jam - 1977.6 k/wh x RM 0.312 = RM 617.01

3.3.4 Kos seunit projek

Untuk mendapatkan harga seunit projek yang dihasilkan adalah :-

 TOTAL KOS BAHAN MENTAH LANGSUNG + TOTAL KOS UPAH + KOS


OVERHEAD

= HARGA SEUNIT

 RM 1421.50 + RM 1600.00 + RM 617.01

= RM 3638.51
14

BAB 4

PROSES PEMBUATAN

4.1 Pengenalan

Dalam melakukan sesuatu produk, kita seharusnya memikir dan menitikberatkan segala
benda dari pelbagai sudut iaitu dari kesesuaian bahan yang digunakan, ketahanan produk, serta
yang paling utama adalah keselamatan daripada rekabentuk yang dihasilkan. Produk yang
dihasilkan mestilah dinilai serta dikaji masalah-masalah yang akan berlaku dan seterusnya
memikirkan cara-cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebelum melaksanakan
sesuatu projek, perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengukuran yang tepat pada
proses pembuatan mengikut kesesuaian pada projek yang hendak dilaksanakan.
15

4.2 Langkah Kerja Dan Proses Yang Terlibat

MULA

MENGHASILKAN RANGKA

MENGECAT UNIT DAN TROLI

MEMASANG UNIT

MEMBUAT PENDAWAIAN

MENGUJI PENDAWAIAN

MEMASANG PERSPEK

TIDAK LULUS
PENGUJIAN

LULUS

TAMAT

Rajah 4.1 : Carta alir proses penghasilan gerabak forklift

Prosedur atau langkah kerja memainkan peranan penting bagi mendapatkan hasil kerja
yang bermutu serta mampu mematuhi kehendak dan keselesaan pengguna. Di bawah adalah
prosedur atau langkah kerja yang telah kami lakukan untuk menyiapkan projek tersebut ;
16

4.2.1 Proses perbincangan

Proses perbincangan perlu dilakukan terlebih dahulu bersama ahli kumpulan bagi
mendapatkan idea untuk menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi serta pembahagian
pendapat dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas itu, perbincangan hendaklah
dilakukan bersama-sama penyelia projek iaitu bagi mendapatkan pandangan atau idea yang paling
bernas bagi membuat tindakan yang paling wajar bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Akhir sekali, pembahagian tugas dan perancangan menjalankan projek dilakukan bagi segala
keputusan yang telah diambil dan dibuat.

4.2.2 Proses persedian kertas kerja

Dalam proses penyediaan kertas kerja, terdapat beberapa perkara penting yang perlu
dititikberatkan dan perkara ini telah dikaji oleh kumpulan kami kesesuaiannya melalui sumber-
sumber yang berkaitan contohnya seperti rujukan daripada laporan –laporan projek yang lama,
artikel seperti buku, majalah dan juga melalui internet. Antaranya adalah perkara yang berkaitan
adalah lakaran rekabentuk serta pemilihan bahan yang akan digunakan untuk membina sebuah
window training unit .

4.2.3 Proses rekabentuk

Sebelum lukisan dilakukan, rekaan rekabentuk hendaklah dilukis atau dilakar terlebih
dahulu di atas sehelai kertas mengenai rekabentuk yang akan dihasilkan melalui rujukan daripada
internet dan produk yang sedia ada. Dan selepas itu, perbincangan hendaklah dibuat bersama
penyelia bagi mendapatkan gambaran projek sebenar sebuah window unit dan sedikit
pengubahsuaian daripada idea penyelia juga di ambil kira. Setelah mendapat persetujuan daripada
pihak penyelia dan kesemua ahli kumpulan, lakaran rekabentuk diaplikasikan di dalam lukisan
kejuruteraan dengan menggunakan perisian ‘AUTODESK INVENTOR’.

4.2.4 Proses pemilihan bahan

Setelah selesai perbincangan mengenai lukisan dan rekabentuk sebuah training unit yang
akan dilaksanakan, pemilihan untuk penggunaaan bahan atau material yang akan digunakan bagi
membina sebuah training unit itu juga akan dibincangkan bersama ahli kumpulan dan juga
17

penyelia projek. Pemilihan bahan mestilah mengikut kesesuaian rekabentuk produk yang akan
dihasilkan. Setelah selesai kesemua perbincangan bersama ahli kumpulan dan mendapat
persetujuan daripada penyelia, senarai bahan atau bill of material (B.O.M) dikeluarkan untuk
membuat pesanan kepada pengajar yang menguruskan pemberian bahan dan material mengikut
spesifikasi yang betul.

4.2.5 Proses pengeluaran bahan

Setelah pesanan bahan yang diberikan kepada pengajar diperolehi, bahan dan material tersebut
akan dikeluarkan dan diletakkan di kawasan yang telah ditetapkan untuk membuat projek tahun
akhir sebelum diukur dan ditandakan untuk proses pemotongan. Bahan atau material yang
digunakan adalah seperti besi `Hollow Square’ 1”x1”, besi `Hollow Square’ 2”x1” , plate bar ,
`Angle Iron’ dan lain – lain lagi .

Gambar 4.1 : Proses pengeluaran bahan


18

4.2.6 Proses pengukuran dan penandaan

Proses pengukuran dan penandaan merupakan antara proses yang perlu diberi perhatian
yang lebih teliti. Ini kerana, proses ini akan mempengaruhi proses bagi melakukan kerja
pemotongan serta kerja fabrikasi yang akan dilakukan dan bagi mengelakkan pembaziran pada
bahan atau material yang telah tersilap potong akibat tidak mengukur dan menanda dengan betul.
Pengukuran akan dilakukan berpandu kepada ukuran lukisan yang telah dibuat. Antaranya
peralatan yang digunakan untuk proses pengukuran dan penandaan ialah pita pengukur, penggarit,
sesiku L, pembaris keluli,penanda pusat dan sebagainya.

4.2.7 Proses pemotongan

Selepas proses pengukuran dan penandaan dilakukan, berikutnya proses pemotongan


akan dijalankan. Proses pemotongan biasanya dijalankan menggunakan peralatan atau mesin yang
tertentu bergantung kepada jenis material yang hendak dipotong dan ketebalan material atau
bahan yang telah dipilih. Terdapat pelbagai cara yang digunakan ketika kerja - kerja pemotongan
dilakukan, diantara caranya adalah dengan menggunakan , mesin cutting disc , arclic cutter dan
sebagainya .

Gambar 4.2 : Proses Pemotongan

4.2.8 Proses mengimpal

Proses kerja mengimpal adalah satu proses yang paling penting dan perlu dititikberatkan
oleh setiap pengimpal di dalam sesuatu rekacipta. Kimpalan amat penting kerana setiap
sambungan yang kritikal perlu dikimpal dengan baik dan akan diuji bagi mengelakkan daripada
berlakunya kerosakan pada bendakerja tersebut dan selain dari itu dapat menjamin kualiti sesuatu
19

produk yang dihasilkan. Proses kimpalan yang digunakan dalam rekabentuk ini ialah Gas Metal
Arc Welding (GMAW).

Gambar 4.3 : Proses mengimpal

4.2.9 Proses mengecat

Rekabentuk ini hanya boleh dilakukan kerja-kerja mengecat dibahagian luar sahaja. Ini
kerana pada bahagian-bahagian tertentu perlu ditanggalkan atau dibalutkan untuk mengelakkan
dari berlakunya percampuran warna diantara warna-warna kompenan. Kerja mengecat ini perlu
dilakukan dengan berhati-hati dan sepenuh tumpuan serta perhatian.
20

Gambar 4.4 : Proses mengecat

4.3 Mesin dan peralatan yang digunakan

Dalam merekabentuk sesuatu projek, terdapat pelbagai mesin dan peralatan yang
digunakan bagi tujuan memudahkan sesuatu kerja itu dijalankan. Dalam kerja – kerja untuk
menghasilkan training unit ini, kami telah menggunakan mesin dan peralatan-peralatan seperti
berikut :

4.3.1 Mesin Kimpalan

Dalam rekabentuk ini, kami telah menggunakan jenis proses kimpalan iaitu proses
kimpalan Gas Metal Arc Welding (GMAW). Bagi kimpalan GMAW, proses ini digunakan bagi
sambungan yang mudah dan tanpa perlu untuk membuat penyambungan kerana proses kimpalan
jenis ini menggunakan wire filler. Kadar kerja mengimpal menggunakan proses kimpalan jenis
GMAW ini adalah lebih cepat dan dapat menjimatkan masa. Jenama mesin yang digunakan
adalah Migweld .
21

Gambar 4.5 : Mesin kimpalan Migweld

4.3.2 Mesin Cutting Disc

Mesin ini digunakan bagi memotong bahan kerja selain daripada plate seperti hollow tiub,
plate bar, solid bar dan sebagainya. Pengukuran adalah aspek penting yang perlu diambil
perhatian ketika menggunakan mesin ini .

Gambar 4.6 : Mesin cutting Disc

4.3.3 Hand Grinder

Peralatan ini digunakan bagi melakukan sebarang kerja - kerja mencanai dan memotong
benda yang kecil. Kerja mencanai ini memerlukan perhatian dan penggunaan alat keselamatan
yang lengkap bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
22

Gambar 4.7 : Hand grinder

4.3.4 Pita Pengukur

Peralatan ini adalah sangat penting. Peralatan ini digunakan bagi kerja-kerja pengukuran
seperti pengukuran bahan atau pengukuran kerja-kerja fabrikasi. Ia dapat menentukan ketepatan
seseuatu pengukuran yang hendak dilakukan.

Gambar 4.8 : Pita pengukur

4.3.5 Sesiku ‘L’

Peralatan ini digunakan bagi kerja-kerja mengukur, membuat garisan dan melihat sudut
dalam kerja fabrikasi.
23

Gambar 4.9 : Sesiku ‘L’

4.3.6 Playar

Peralatan ini digunakan bagi melakukan kerja-kerja memegang. Antaranya ialah


memegang bahan kerja yang panas selepas dikimpal atau dipotong.

Gambar 4.10 : Playar

4.3.7 Kikir / Kertas Pasir

Alatan ini digunakan untuk mengikir bahan dibahagian-bahagian yang sukar. Selain itu
ianya juga digunakan untuk mengikir bahan dengan hasil yang lebih halus dan untuk membuang
tajam pada plate yang telah dicanai.
24

Gambar 4.11 : Kikir / Kertas pasir

4.3.8 Spana Boleh Laras Dan Tidak Boleh Laras

Peralatan ini digunakan dalam proses memasang dan mengetatkan skru pada bahagian
yang dikehendaki.

Gambar 4.12 : Spana boleh laras dan tidak boleh laras


25

BAB 5

UJIKAJI PROJEK DAN KEPUTUSAN

5.1 Pengujian

Proses pengujian adalah proses yang terakhir untuk mengetahui sama ada unit boleh di
hidupkan semula. Pengujian boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah sebagai contoh
menghidupkan motor kipas ataupun menghidupkan motor pemampat. Bagi projek kami iaitu
“Window Training Unit” dan troli telah menjalankan pengujian ke atas setiap bahagian tertentu
untuk mengetahui sama ada kimpalan pada setiap sambungan projek dan pada unit tersebut adalah
memenuhi kriteria kualiti dan dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan pelajar.

Antara kaedah dan ujian yang telah dijalankan ialah :-

a) Menjalankan ujian pandangan ( Visual Inpsection ) terhadap setiap sambungan kimpalan


yang telah menggunakan proses Gas Metal Arc Welding ( GMAW ).
b) Menguji axle roda depan belakang troli mampu berputar dengan baik.
c) Menguji unit yang boleh terbengkalai jika boleh digunakan
d) Menguji unit beroperasi dengan baik & sejuk

5.1.1 Pemeriksaan Kualiti


26

Pemeriksaan kualiti dijalankan bagi memastikan setiap hasil kerja yang telah dijalankan
mempunyai ciri-ciri keberkesanannya. Keberkesanan dan kualiti sesuatu projek adalah perkara
yang menjadi keutamaan kerana dari situ kami dapat mengenalpasti masalah-masalah yang
berlaku serta kesan ke atas sesuatu projek. Setiap projek hendaklah mengikut standard serta
piawaian yang dikehendaki. Dengan itu, kami telah menjalankan dua kaedah ujian iaitu :

a) Ujian Pandangan (Visual Inspection)


b) Ujian Dye-penetrant
c) Ujian Kebolehgunaan

5.1.2 Ujian Pandangan (Visual Inspection)

Ujian pandangan ke atas kimpalan dan pemasangan skru yang telah dilakukan dan
menjalankan pemeriksaan ke atas kecacatan pada kimpalan yang dilakukan supaya ia bebas dari
sebarang kecacatan pada peringkat awal. Ujian pandangan hendaklah dilakukan dengan teliti
supaya dapat mengenalpasti kecacatan yang berlaku dan dapat diperbaiki. Ujian ini membolehkan
kami memperbaiki kecacatan yang terdapat pada sambungan terlebih dahulu sebelum melakukan
ujian dye-penetrant.

5.1.3 Ujian Dye-penetrant

Ujian dye-penetrant dilakukan selepas proses pembaikan dilakukan ke atas sambungan


kimpalan yang mempunyai kecacatan pada ujian pandangan siap diperbaiki. Ujian ini dilakukan
adalah untuk mengenal dan mencari kecacatan seperti keretakan (crack) dan liang udara (porosity)

Gambar 5.1 : Bahan kimia yang digunakan untuk proses Dye – penetrant (DPI)
27

Gambar 5.2 : proses pembersihan menggunakan cleaner

Gambar 5.3 : proses menyembur penetrant pada batas kimpal

Gambar 5.4 : proses membersihkan penetrant

Gambar 5.5 : proses menyembur developer

5.1.4 Ujian Kebolehgunaan


28

Untuk memastikan projek ini boleh digunakan,ujian kebolehgunaan dilakukan. Ujian ini
dijalankan semula setelah dibaikpulih dan di ubahsuai. Troli unit tingkap dijalankan dan didapati
ia berkeadaan tidak stabil .

5.2 “ Trouble – shooting ”

Seperti yang kita sedia maklum, setiap rekaan dan produk yang dihasilkan mempunyai
masalah tidak akan kita jangkakan yang akan berlaku sebelum pengujian mahupun selepas ujian
dijalankan. Masalah-masalah umum yang sering berlaku pada produk adalah kegagalan produk
berfungsi dengan baik. Kadang kala masalah ini datangnya daripada komponen yang digunakan
bermasalah, melakukan kerja-kerja pemasangan yang silap dan ketidaktepatan penyambungan
juga rekabentuk yang tidak bersesuaian.

Semasa menjalankan proses pengujian terhadap troli training unit tanpa muatan untuk
melakukan pergerakan kekiri dan kekanan agak sukar kerana tayar pada bahagian hadapan tidak
dapat bertindak balas dengan cepat, dan berlaku juga kesukaran bagi troli training unit untuk
mengundur kerana tayar pada bahagian hadapan terseret.
Untuk memastikan lagi kami telah membuat sedikit pengubahsuaian dan menguji sekali
lagi untuk kali kedua. Didapati masalah yang sama masih berulang. Dan kami membuat keputusan
untuk menguji di seluruh kawasan PPU bagi melihat masalah – masalah yang lain yang wujud
untuk proses pembaikan. Masalah yang dikenalpasti:-

a) Kesukaran yang dihadapi oleh troli training unit untuk membelok kekiri dan kekanan
berpunca dari rekaan roda pada bahagian hadapan.
b) Kesukaran untuk troli training unit untuk mengundur kerana roda pada bahagian hadapan
yang tiada pemegang untuk mengawal kekiri dan kanan kerana unit agak terlalu berat
untuk ditampung.

5.3 Keputusan

Setelah selesai menjalankan pengujian terhadap projek window unit, kami telah
berbincang dengan penyelia untuk mengubah rekabentuk pada bahagian hadapan training unit
dengan mengantikan tayar pada bahagian hadapan dengan stand yang mempunyai brek yang
boleh dibentikan dan digerakkan ketika ingin bentikan dan mengerakkan training unit . Ini adalah
penyelesaian masalah yang paling baik bagi menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa
mengeluarkan kos yang tinggi.
29

BAB 6

KESIMPULAN DAN CADANGAN

6.1 Kesimpulan

Setelah projek yang dihasilkan selesai dinilai, kesimpulan yang kami dapati adalah
bahawa setiap produk yang dihasilkan perlu menitik beratkan beberapa aspek. Melalui
aspek-aspek ini memberi pembelajaran bagi kami untuk dipelajari terutama sekali dalam
bidang fabrikasi, pengiraan tentang sesuatu daya, bahan yang digunakan, objek dan lukisan
kejuruteraan. Pelbagai masalah yang dihadapi semasa menyiapkan projek ini telah ditempuhi
oleh kumpulan kami, namun ianya adalah suatu cabaran yang perlu diselesaikan dan diatasi
dengan membuat perbincangan bersama-sama kumpulan serta penyelia untuk memikirkan
jalan penyelesaian yang terbaik. Kami dari kumpulan window training unit mendapati segala
objektif yang ingin dicapai berjaya dihasilkan.

Objektif yang telah kami berjaya selesaikan adalah melibatkan kerja – kerja membuka unit
dengan cepat dalam jangka masa yang pendek . Window training unit ini juga dapat belajar
mengenai pendawaian dengan lebih mendalam .

Objektif lain yang dapat dilaksanakan adalah penghasilan Window Training Unit ini dapat
menjimatkan kos PPU kerana window unit terdapat didalam bengkel PPU ,manakala kos untuk
menghasilkan troli ini adalah tidak sampai lima ratus ringgit pun. Disini dapat menunjukkan
30

betapa banyak kos yang dapat dijimatkan oleh pihak institut yang dapat digunakan untuk tujuan
lain. Penghasilan window training unit ini juga dapat mengurangkan penggunaan tenaga manusia
yang ramai dalam kerja – kerja membuka pelindung unit dalam jangka masa yang pendek . Ini
sekali gus dapat mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan.

6.2 Cadangan Penambahbaikan

Hasil daripada perbincangan yang dijalankan, kami dapati bahawa setiap rekabentuk dan
produk yang hendak diciptakan perlulah mempunyai spesifikasi yang mampu memenuhi
kehendak pengguna dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terhad. Kajian dan pengujian
hendaklah dijalankan bagi mengelakkan kerugian dari segi masa, tenaga dan kos perbelanjaan.
Secara keseluruhannya projek ini adalah berjaya walaupun diperingkat percubaan. Projek ini
boleh dibuat penambahbaikan lagi dan dimodifikasi dari segi rekabentuk, penggunaan bahan /
komponen yang lebih berkualiti dan kepelbagaian kegunaan bagi produk tersebut. Oleh itu, pada
suatu hari nanti akan terhasilnya satu Window Training Unit yang lebih moden rekabentuknya dan
mempunyai kepelbagaian kegunaan untuk pihak PPU dan Kolej Vokasional Kluang . Oleh itu,
cadangan penambaikan yang kami dapat cadangkan ialah seperti:

a) Membuat unit menjadi lebih kecil dari sebelum ini .


b) Membuat sensor pada unit agak mudah untuk di On kan .
c) Mempunyai empat roda iaitu dua pada bahagian hadapan dan dua dibahagian belakang
yang boleh berpusing 360𝑜 .
d) Mempunyai pelindung yang lutsinar dan boleh dilihat dari luar komponen dalaman.
e) Litar diubahsuai dan diletakkan di luar supaya boleh digunakan untuk pelajar.

Kesemua penambahbaikan ini adalah sangat berguna dan dapat memberi manfaat kepada
pihak Kolej dalam pembelajaran bagi pelajar lain dari kursus PPU mahupun kursus lain . Ini dapat
mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh pihak Kolej sekiranya untuk melakukan
pembelajaran dengan baik .
31

Rujukan

i) https://www.google.com.my/?gws_rd=cr,ssl&ei=7D5QVNmGGYnp8gXt8IHYAg&safe=on#
safe=active&q=komponen+unit+tingkap
ii) http://cikgunas.net/nota-penyaman-udara/jenis-jenis-penyaman-udara/
iii) https://www.google.com.my/search?q=unit+tingkap&rlz=1C1CHNY_enMY609M
Y609&oq=unit+tingkap&aqs=chrome.0.69i59l2j69i57j69i60j69i61.2900j0j4&sour
ceid=chrome&es_sm=93&ie=UTF-8
iv) https://www.google.com.my/search?q=unit+tingkap&rlz=1C1CHNY_enMY609M
Y609&es_sm=93&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=gj9QVLumMti58g
Xz24IY&ved=0CC8QsAQ&biw=1024&bih=499
32

LAMPIRAN A

STANDARD OPERATION PROCEDURE ( S.O.P )

LATIHAN UNIT TINGKAP (WINDOW TRAINING UNIT)

Sebelum Digunakan

a) Dapatkan kebenaran guru.


b) Pastikan persekitaran unit berada dalam keadaan bersih dan selamat.
c) Patuhi garis panduan unit sebelum `ON’ .
d) Patuhi arahan penggunaan unit .

Semasa Digunakan

a) Sambungkan kabel bekalan ke punca bekalan elektik.


b) `ON’ system secara minimum.
c) Hidupkan suis pilihan Low Fan , High Fan , Low Cool Unit .
d) Pastikan unit beroprasi dengan sempurna .

Selepas Digunakan

a) Pastikan unit berkeadaan OFF.


b) Bersihkan lantai jika berlaku limpahan air.
c) Pastikan unit disimpan dengan baik.
d) Gunakan unit dengan cermat dan berhati-hati.
33

LAMPIRAN B

Carta Alir Kertas Kerja

MULA

Pembahagian mentor
mengikut kumpulan

Perbincangan mengenai projek


yang dibangunkan bersama ahli
kumpulan

Tidak lulus
Perbincangan
projek dan bahan
yang dikehendaki
bersama mentor

lulus

1
34

Perbincangan mengenai kertas


kerja projek bersama ahli
kumpulan

Tidak lulus

Mengemukakan kertas
kerja pada ketua jabatan
melalui slide show dan
pembentangan

lulus

Perbincangan perlaksanaan
projek bersama ahli kumpulan

Projek sedia dibangunkan

TAMAT

Rajah B.1 : Carta Alir Kertas Kerja


35

Carta Alir Pengeluaran Bahan

MULA

Perbincangan untuk penggunaan bahan


guna habis serta rekabentuk projek

Tidak lulus

Mengemukakan
senarai bahan yang
hendak digunakan
kepada ketua
jabatan

lulus

Penyerahan borang pesanan barang ( B.O.M )


kepada ketua unit kimpalan

Mengajukan kepada bahagian unit kimpalan


bagi urusan pengeluaran barang

2
36

Ketua bahagian terima ringkasan borang


untuk pemilihan barang yang sesuai

Mengajukan Tidak
kepada bahagian lulus
pentadbiran bagi
semakan dan
kelulusan

lulus

Mengajukan kepada bahagian


pentadbiran untuk kelulusan pembelian
barang

Tidak
Ketua unit terima
lulus
bahan semak
kuantiti

lulus

Bahan sedia dikeluar dan digunakan

TAMAT

Rajah B.2 : Carta Alir Proses Pengeluaran Bahan


37

LAMPIRAN C

Ghant Chart Kertas Kerja

Butiran kerja Bilangan hari

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Pembahagian mentor
mengikut kumpulan

Perbincangan mengenai
projek yang
dibangunkan bersama
ahli kumpulan dan
mentor

Perbincangan projek dan


bahan yang dikehendaki
bersama mentor

Berbincang mengenai
proposal projek bersama
ahli kumpulan

Mengemukakan
proposal kepada ketua
jabatan melalui slide
show dan pembentangan

Berbincang untuk
membuat projek
bersama ahli kumpulan

Projek sedia untuk


dibangunkan

Rajah C.1 : Carta Ghant Kertas Kerja


38

Gantt Chart Pengeluaran Bahan

Butiran kerja Bilangan hari

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

Perbincangan untuk
penggunaan bahan guna habis
serta rekabentuk projek

Semakan dan persetujuan


daripada mentor

Penyerahan borang pesanan


barang ( B.O.M ) kepada ketua
unit kimpalan

Mengajukan kepada bahagian


unit kimpalan bagi urusan
pengeluaran barang dan
peralatan

Ketua unit terima ringkasan


borang pesanan barang dan
peralatan untuk memilih
barang yang sesuai

Mengajukan kepada bahagian


pentadbiran bagi semakan dan
kelulusan

Mengajukan kepada bahagian


pentadbiran untuk kelulusan
pembelian barang

Ketua unit terima bahan


semakan kuantiti

Bahan sedia digunakan

Rajah C.2 : Carta Ghant Pengeluaran Bahan

Anda mungkin juga menyukai