Anda di halaman 1dari 4

KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

1. PENDAHULUAN

Latihan industri ini diwajibkan kepada setiap pelajar Diploma Teknologi


Maklumat (Pengaturcaraan) sebagai syarat penganugerahan diploma. Latihan
ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada
pelajar tentang keadaan sebenar dalam bidang Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan) dan sebagai persediaan awal bagi pelajar sebelum
melangkah ke alam pekerjaan. Bagi sesi 2015/2016, latihan ini berjalan
selama 20 minggu iaitu bermula 30 November 2015 sehingga 15 April 2016.

Saya telah memohon dan mendapat tempat untuk menjalani latihan industri
di Unit Teknologi Maklumat Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Di dalam
unit ini, saya telah ditempatkan di bahagian Unit IT (Unit Teknologi
Maklumat). Sepanjang latihan ini, saya diberi peluang untuk mengikuti
pembelajaran yang terlibat menguruskan aplikasi yang berkaitan. Perisian
komputer yang saya perolehi adalah ianya dapat membantu saya memahami
keperluan kerja dan meninkatkan pemahaman akademik yang lebih jelas
serta meluas dalam selok-belok bidang Teknologi Maklumat
(Pengaturcaraan).

2. OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri adalah merupakan satu komponen utama dalam kokurikulum pembelajaran di politeknik. Pelajar-pelajar disyaratkan lulus Latihan
Industri sebelum ini diperakukan untuk penganugerahan diploma dimanamana pusat pengajian. Pelajar-pelajar akan ditempatkan di Jabatan-jabatan
atau Syarikat-syarikat Swasta selama 20 minggu bagi mendedahkan mereka
kepada suasana pekerjaan yang sebenar serta berbeza dari suasana di pusat

pengajian.

Seringkali pelajar-pelajar akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan


masalah yang belum pernah di tempuhi. Tujuan utama Latihan Industri ini
diadakan ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada alam pekerjaan yang
sebenar apabila para pelajar keluar dari politeknik nanti.

Para pelajar juga berpeluang untuk menggunakan segala ilmu pengetahuan


ataupun teori yang berkaitan dengan kursus yang diambil ketika berada di
politeknik semasa menjalankan Latihan Industri dan memberi peluang
kepada para pelajar untuk menggunakan buah fikiran yang kreatif untuk
kebaikan firma dan secara tidak langsung untuk kebaikan diri sendiri juga.
Dengan itu, pengalaman yang telah ada ini, mungkin dapat membantu para
pelajar untuk pembelajaran pada semester berikutnya dan alam pekerjaan
yang sebenar. Para pelajar juga dapat didedahkan kepada cara-cara untuk
berkomunikasi dengan baik, meluaskan pergaulan sesama rakan tempat
kerja dan orang sekeliling, memupuk semangat kerja berpasukan yang tinggi
dan hubungan baik dengan pekerja industri di mana ini sekali gus dapat
menimbulkan rasa bertanggunngjawab terhadap sesuatu amanah (kerja)
serta keseimbangan serta dari segala aspek.
Semoga dengan adanya Latihan Industri yang di jalankan ini mampu untuk
meningkatkan pengetahuan para pelajar bagi membolehkan mereka
memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan Negara
di masa hadapan dan juga mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan
mereka mengikut kemahiran yang telah dipelajari. Kesimpulannya, objektif
dalam menjalani Latihan Industri ini adalah untuk :

Di samping itu, dengan mengikuti Latihan Industri, para pelajar dapat


membaiki kelemahan diri sendiri untuk lebih maju dan berfikiran secara
rasional di dalam menangai masalah yang mana telah di berikan oleh
majikan. Semasa menjalankan Latihan Industri, para pelajar dapat menilai
kebolehan mereka terhadap kerja yang diterima daripada majikan. Para
pelajar dengan sendirinya dapat menanamkan semangat produktiviti
terhadap cabaran serta rintangan yang bakal dihadapi.

a) Mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar.

b) Membolehkan pelajar melihat berkaitan di antara teori yang dipelajari


dengan kerja-kerja praktikal.
c) Mengamalkan dan mematuhi peraturan-peraturan keselamatan dalam
industri.
d) Membenntuk dan mengukuhkan keyakinan diri dalam melaksanakan
tugas.
e) Menanamkan semangat kerja berpasukan dan perhubungan yang baik
sesama pekerja.
f) Dapat menilai kebolehan diri sendiri untuk persediaan menghadapi alam
pekerjaan selepas tamat pengajian.
g) Menimbulkan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap
jurusan yang dipilih.

h) Meningkatkan semangat jujur, amanah , berdedikasi dan


bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang diberikan

3. OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Antara beberapa objektif yang dapat ditakrifkan dan diketahui dalam


melakukan laporan Latihan Industri ini adalah seperti yang dinyatakan seperti
berikut :

i.
Menjadi bukti bahawa pelajar tersebut telah menjalani Latihan
Industri mengikut jangka waktu yang telah ditetapkan.
ii.

Mencatatkan segala aktiviti semasa menalani Latihan Industri

iii.

Menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.

iv.
Membuktikan bahawa pelajar itu memahami dan menghayati sesuatu
kerja yang dibuat semasa Latihan Industri.

v.
Sebagai rujukan selepas menjalani Latihan Industri di firma terbabit
selepas tamat menjalani pengajian di Politeknik.

4. KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI TERHADAP PELAJAR

Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima
Sijil Diploma atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan
setakat memenuhi syarat tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai
situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan adanya Latihan Industri banyak
pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai bekalan sebelum
menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan diri
dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan
selesa untuk melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan


para pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah
dan meluaskan pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar, jika sebelum ini
para pelajar memperolehi pengetahuan secara terhad, tetapi apabila pelajar
mengikuti latihan ini, pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi
tentang sesuatu perkara dan kehendak semasa sesuatu pekerjaan. Selain itu
juga, pelajar dapat mempelajari tentang teknologi atau kemahiran terbaru
dalam Latihan Industri.

Anda mungkin juga menyukai