Anda di halaman 1dari 5

PANDUAN MENULIS LAPORAN LATIHAN INDUSTRI PELAJAR PROGRAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA, FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN

MANUSIA, UNIMAS Panduan Penulisan Laporan Akhir Latihan Industri 1. Panduan Umum Laporan Format Kulit Depan Laporan Latihan Industri (Ring Binding/Perfect Binding)

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI 2013 ABDUL HALIM BIN BUSARI 94-3-0173 BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA PERBADANAN JOHOR MENARA ANSAR JOHOR BAHRU

JUN-OGOS 2013 FAKULTI SAINS KOGNITIF DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

2. Pendahuluan Penulisan Laporan Latihan Industri adalah salah satu elemen penilaian daripada keseluruhan penilaian LI. Pelajar dikehendaki menyediakan laporan ini berdasarkan panduan kandungan yang diberikan. Laporan tersebut perlu dihantar di minggu akhir sebelum tamat latihan industri. Secara umumnya panduan penulisan laporan ini dirujuk dan ditulis dengan menggunakan sistem atau format American Psychological Association (APA), namum ianya telah disusun dan diolah bersesuaian dengan keperluan penilaian. Semua maklumat yang dinyatakan adalah bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan laporan secara bersistematik dan berkualiti. 3. Panduan Penyediaan Laporan Latihan Industri 3.1 Panduan Umum Laporan Latihan Industri a) Laporan boleh disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. b) Jumlah mukasurat diantara 10 hingga 15 mukasurat. c) Laporan hendaklah bertaip pada kertas putih dan disusun mengikut turutan yang betul. d) Menggunakan kertas bersaiz A4. e) Laporan ini perlu disediakan dalam bentuk bercetak dan dijilid menggunakan ring binding (warna hitam).

3.2 Panduan Penulisan Laporan Latihan Industri a) Jenis tulisan yang dibenarkan ialah Century Schoolbook (11)/Times New Roman (12) dan menggunakan perenggan 1.5 spacing. b) Laporan yang disediakan dalam Bahasa Melayu hendaklah menggunakan sistem ejaan seperti yang terdapat di dalam daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. c) Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah dicondongkan (italic) atau dengan atau diletakkan dalam kurungan (..) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. d) Margin setting bagi setiap muka surat penulisan perlulah mengikut format sepertimana yang ditetapkan.
2

3.5 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 2.5 sm dari tepi atas kertas 2.5 sm dari tepi bawah kertas e) Nombor muka surat diletakkan di bahagian tengah. f) Nombor muka surat di BAHAGIAN PERMULAAN seperti Judul, Pengesahan Pelajar, Penghargaan, Isi Kandungan, Senarai Jadual, Senarai Rajah dan Senarai Lampiran hendaklah menggunakan tulisan Roman Numerals seperti i, ii,iii dan seterusnya. Manakala bagi nombor muka surat bagi BAHAGIAN BAB iaitu bagi isi kandungan laporan adalah seperti biasa iaitu 1,2,3 dan seterusnya. g) Nombor mukasurat tidak boleh diletakkan dalam kurungan ataupun sebarang aksara lain. h) Penggunaan Bullet tidak dibenarkan. i) Semua lampiran perlu diletakkan di belakang laporan selepas BAB KESIMPULAN. Setiap lampiran perlu diberi tajuk di sebelah kanan atas halaman mukasurat berkenaan dengan menggunakan sistem penomboran Roman Numerals dengan menggunakan huruf besar. Contoh; LAMPIRAN IV

4. Panduan Kandungan Laporan Latihan Industri PERMULAAN Bahagian ini boleh dimasukkan salinan surat pengesahan penerimaan, penghargaan, isi kandungan, senarai jadual, senarai rajah dan senarai lampiran. BAB 1 : PENGENALAN Bab ini merangkumi pengenalan kepada Latihan Industri, pendahuluan, objektif latihan industri, objektif laporan dan kepentingan latihan industri kepada pelajar. BAB 2 : LATAR BELAKANG ORGANISASI/AGENSI/SYARIKAT Latarbelakang organisasi meliputi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan serta aktiviti organisasi, misi, visi dan halatuju organisasi. (pelajar dinasihatkan supaya berbincangdan mendapatkan khidmat nasihat dengan pihak
3

pengurusan di organisasi sebelum menulis maklumat organisasi supaya ia tidak bertentangan dengan dasar organisasi berkenaan)

BAB 3 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI (AKTIVITI MINGGUAN) Ringkasan aktiviti latihan adalah berdasarkan kepada latihan atau tugas yang dilaksanakan sama ada mengikut mingguan, bulan atau bidang tugas. Perkara tersebut boleh dinyatakan dalam bentuk jadual.

BAB 4 : LAPORAN TEKNIKAL (JIKA ADA AKTIVITI KHUSUS) Bab ini menerangkan tugas atau kerja khusus yang dipertanggungjawab atau dilaksanakan semasa latihan seperti mengendalikan latihan, sesi temuduga, sesi jerayawara, karnival dan sebagainya. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topiktopik tersebut dan setiap maklumat yang dilaporkan perlulah disokong dengan rajah, jadual serta gambar yang bersesuaian.

BAB 5 : REFLEKSI, DAPATAN DAN CADANGAN Refleksi merupakan suara rasa pelajar terhadap LI. Apakah yang telah dipelajari sepanjang LI (bermula daripada proses mencari tempat sehinggalah berada di tempat LI sebenar). Ruangan ini juga khusus memberikan penilaian terhadap apakah komen pelajar dengan membuat perbandingan terhadap apa yang telah dipelajari dalam kuliah dengan apa yang telah dilalui dalam LI serta tentang kebergunaan (applicability) sesuatu kursus yang mendorong keberkesanan LI. Dapatan yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikan pada masa akan datang.

KESIMPULAN Kesimpulan merupakan rumusan keseluruhan laporan industri yang pelajar buat bermula dari bab yang awal.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan menyatakan sumber rujukan dalam format American Psychological Association (APA). LAMPIRAN Lampiran adalah dokumen yang menyokong mana-mana bab di atas seperti gambar, punch card/kehadiran, modul latihan, borang permohonan cuti dll.

Anda mungkin juga menyukai