Anda di halaman 1dari 63

NAMA SYARIKAT

TERATAK BINA JAYA ENTERPRISE


(KT0332401-P)
LOT 1065-A, JALAN HOSPITAL,
15200 KOTA BHARU, KELANTAN

DISEDIAKAN OLEH

NAMA : MUHAMMAD ALIF LUQMAN BIN


ZIHANUDDIN
NO PENDAFTARAN : 04DKM19F1099

PROGRAM : DIPLOMA KEJUTERAAN MEKANIKAL

JABATAN : JABATAN KEJUTERAAN MEKANIKAL

SESI 2 : 2021/2022
TERATAK BINA JAYA ENTERPRISE

(KT0332401-P)

LOT 1065-A JALAN HOSPITAL,

15200, KOTA BHARU, KELANTAN

(6 MAC 2021 – 22 JULAI 2021)

MUHAMMAD ALIF LUQMAN BIN ZIHANUDDIN

04DKM19F1099

LAPORAN INI DIKEMUKAKAN KEPADA JABATAN KEJURUTERAAN


MEKANIKAL POLITEKNIK KOTA BHARU SEBAGAI MEMENUHI
SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT KURSUS DIPLOMA
KEJURUTERAAN MEKANIKAL

2022
PERAKUAN

Laporan ini adalah hasil usaha saya sendiri kecuali pada bahagian-bahagian yang
dilampirkan dari sumber-sumber yang dinyatakan.

DISEDIAKAN OLEH:

……………………………..
MUHAMMAD ALIF LUQMAN BIN ZIHANUDDIN
TARIKH: 17 MEI 2022

DISAHKAN OLEH:

……………………………..

TARIKH

i
PENGESAHAN PELAJAR

“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dari
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :

Nama Pelajar : : MUHAMMAD ALIF LUQMAN BIN ZIHANUDDIN

No. Pendaftaran : 04DKM19F1075

Tarikh : 21 JULAI 2022

ii
DEDIKASI

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih yang
tak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam membantu saya untuk menjayakan kursus
latihan industri ini dengan jayanya. Sesungguhnya saya amat menghargai jasa dan pengorbanan
pihak mereka dalam membantu saya sepanjang menjalani latihan ini. Terima kasih ingin saya
ucapkan di atas segala curahan anda dari segi ilmu pengetahuan, bimbingan dan bantuan dalam
melakukan tugasan dan aktiviti seharian sepanjang tempoh menjalani latihan ini.

Saya juga terhutang budi dengan pensyarah-pensyarah di Politeknik Kota Bharu kerana
banyak membantu saya dalam menguruskan hal yang berkaitan dengan latihan industri serta
tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan kepada saya dalam melalui tempoh latihan industri
ini. Justeru, banyak memberi dorongan kepada saya dalam memahami cara untuk menyiapkan
buku jurnal dan laporan latihan industri.

Di samping itu, tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang bersama-sama saya dalam
menempuhi suasana latihan industri ini di mana ianya mendedahkan saya dengan suasana
bekerja yang sebenar. Mereka juga turut serta dalam membantu saya untuk memahami sesuatu
perkara yang baru untuk menyempurnakan tugasan yang telah diberikan sepanjang menjalani
latihan. Saya berbesar hati ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga yang banyak
memberi sokongan dan sumber kewangan sewaktu saya memerlukan wang untuk
menyempurnakan buku latihan industri ini. Saya terfikir, tanpa kalian yang banyak bersusah
payah untuk saya, mungkin saya tidak dapat menyempurnakan sesi latihan ini dengan berjaya.

Terima Kasih.

iii
PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Pengurus Teratak Bina Jaya Enterprise


kerana telah memberi peluang kepada saya bagi menjalani Latihan Industri di syarikat ini
selama lebih kurang 20 (dua puluh) minggu. Segala tunjuk ajar yang diberi telah memberi
saya pengetahuan baru serta ilmu dan pengalaman yang sangat berguna.

Di sini saya juga ingin merakam ucapan ribuan terima kasih kepada semua pensyarah
Politeknik Kota Baru dan kakitangan syarikat Teratak Bina Jaya Enterprise yang banyak
membantu saya dalam menyiapkan laporan ini serta memudahkan saya sepanjang menjalani
tempoh Latihan Industri ini.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan yang turut membantu sepanjang tempoh Latihan Industri ini mahupun sepanjang
pengajian di Politeknik Kota Bharu. Juga sekalung penghargaan buat kedua ayah bonda serta
keluarga tersayang yang terus menyokong dan mendukung perjuangan ini. Terima kasih.

iv
ISI KANDUNGAN
PERAKUAN ................................................................................................................................... i

PENGESAHAN PELAJAR ................................................................................................................ ii

DEDIKASI .................................................................................................................................... iii

PENGHARGAAN .......................................................................................................................... iv

BAB 1 PENGENALAN ORGANISASI................................................................................................. 1

1.1 PENDAHULUAN ....................................................................................................................... 1


1.2 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI .......................................................................................... 2
1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI ................................................................................. 3
1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI ......................................................................................... 4

BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI/SYARIKAT .......................................................................... 6

2.1 PENGENALAN ORGANISASI ..................................................................................................... 6


2.2 SEJARAH PERTUBUHAN ORGANISASI ..................................................................................... 7
2.3 RINGKASAN LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA .................................................... 9
2.4 SEJARAH LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA ....................................................... 10
2.4.1 PERPINDAHAN KE BANGUNAN BARU ........................................................................... 11
2.4.2 PERKEMBANGAN LAPANGAN TERBANG ....................................................................... 12
2.4.3 LOKASI TAPAK PROJEK .................................................................................................. 14
2.4.4 LOGO ORGANISASI ........................................................................................................ 15
2.5 CARTA ORGANISASI............................................................................................................... 16
2.6 AHLI LEMBAGA PENGARAH................................................................................................... 17
2.6.1 BIODATA PENGARAH .................................................................................................... 17
2.6.2 PENYELIA TAPAK ........................................................................................................... 18
2.7 AKTIVITI ORGANISASI ............................................................................................................ 19
2.8 MISI ....................................................................................................................................... 21
2.9 VISI ........................................................................................................................................ 21
2.9.1 TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT ................................................................................... 22
2.9.2 PRINSIP-PRINSIP SYARIKAT ........................................................................................... 22

v
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI....................................................... 23

3.1 PENGENALAN ........................................................................................................................ 23


3.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI ......................................................... 24

BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL ......................................................................................................... 35

4.1 PENGENALAN ........................................................................................................................ 35


4.2 PEMASANGAN MANHOLE ..................................................................................................... 36
4.2.1 PERALATAN UNTUK PEMASANGAN MANHOLE ............................................................ 36
4.2.2 LANGKAH PEMASANGAN MANHOLE ............................................................................ 40
4.3 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PEMASANGAN MANHOLE ............................................ 41

BAB 5 LAPORAN TEKNIKAL ........................................................................................................ 42

5.1 PEMASANGAN PAIP .............................................................................................................. 42


5.1.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMASANGAN PAIP ...................................... 42
5.2 LANGKAH KERJA PEMASANGAN PAIP ................................................................................... 46
5.2.1 PEMASANGAN PAIP AIR LANTAI DAN NAJIS ................................................................. 46
5.3 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PEMASANGAN PAIP ...................................................... 47

BAB 6 DAPATAN DAN CADANGAN .............................................................................................. 48

6.1 PENGENALAN ............................................................................................................................ 48


6.2 DAPATAN .................................................................................................................................. 49
6.3 CADANGAN............................................................................................................................... 51

BAB 7 KESIMPULAN ................................................................................................................... 52

RUJUKAN ................................................................................................................................... 53

vi
SENARAI JADUAL

BAB 3

Jadual 3.2 Ringkasan aktiviti mingguan latihan industri 24-34

Bab 4

Jadual 4.2.1 Peralatan dan fungsi. 36-39

Bab 5

Jadual 5.1.1 Peralatan dan fungsi. 42-45

vii
SENARAI RAJAH

Bab 2

Rajah 2.1: Pejabat TBJ Enterprise 6


Rajah 2.2 Lokasi Teratak Bina Jaya Enterprise 7
Rajah 2.2.1 Peralatan penurapan 8
Rajah 2.3 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) 9
Rajah 2.4 Peta lokasi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra 11
Rajah 2.4.2.a Perkarangan pintu masuk 13
Rajah 2.4.2.b Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra 13
Rajah 2.4.3 Lokasi tapak projek 14
Rajah 2.4.4.a Logo Teratak Bina Jaya Enterprise 15
Rajah 2.4.4.b Banner servis yang ditawarkan 15
Rajah 2.5 Carta Organisasi Teratak Bina Jaya Enterprise 16
Rajah 2.7 Aktiviti Organisasi 19

Bab 4

Rajah 4.2.2 Kerja pemasangan manhole 40

Bab 5

Rajah 5.2.1 Pemasangan paip air lantai dan najis 46

viii
BAB 1
PENGENALAN ORGANISASI

1.1 PENDAHULUAN

Di Malaysia, seluruh Politeknik telah melatih beribu-ribu pelajar untuk menceburi


diri dalam bidang teknologi mengikut kemampuan dan kelebihan masing-masing yang
sedia ada. Pelajar di Politeknik diwajibkan ke atas diri mereka untuk menjalani Latihan
industri pada semester akhir. Hal ini demikian kerana syarat untuk mendapat
penganugerahan diploma adalah dengan mencukupi semua jam kredit di mana bermula dari
Semester 1 sehingga tamat latihan industri. Sebagai pelajar Politeknik, kita sewajarnya
mendalami dalam ilmu kemahiran dan teknologi kerana kita berada dalam negara yang
penuh dengan kemodenan terutamanya teknologi. Malah, ia juga dapat memberi
pendedahan serta pengalaman kepada pelajar dengan menggunakan konsep teori dan amali.
Setiap ilmu yang diperolehi dapat menaikkan semangat kepada pelajar untuk mendalami
dalam ilmu yang penuh dengan teknologi.

Berkaitan dengan Latihan Industri (LI), para pelajar akan ditempatkan di jabatan
kerajaan ataupun swasta mengikut pilihan mereka masing-masing untuk menjalani kursus
ini dalam tempoh hampir 20 minggu. Sepanjang menjalani latihan ini, pelajar akan
berhadapan dengan situasi yang baru untuk mengatasi sesuatu masalah dan cabaran yang
mereka bakal tempuhi. Ia juga mengajar bagaimana seseorang untuk bersedia dari segi
fizikal dan mental sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar. Oleh itu, pelajar akan
didedahkan dengan pengetahuan dan pengalaman yang baru sepanjang mereka menjadi
pelatih. Di samping itu, objektif utama menjalani latihan industri adalah untuk memberi
dorongan serta bimbingan yang mencipta pengalaman kepada pelajar agar bersedia untuk
menempuhi alam pekerjaan.

Tambahan pula, program ini juga dapat membentuk pelajar untuk menjadi seorang
yang berdisiplin, bertanggungjawab dan amanah dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Dengan adanya latihan industri ini, pelajar dapat memahami pelajaran semasa berada di
dalam kelas dengan jelas serta pemerhatian akan tertumpu ke arah perbezaan di antara teori
dan alam pekerjaan sebenar semasa menjalani proses pembelajaran secara amali.

1
Dalam konteks ini, pelajar akan sentiasa berwaspada dengan setiap perkara yang
baru agar tidak terlalu leka atas sesuatu perkara tersebut. Justeru, masalah yang bakal
pelajar hadapi semasa di alam pekerjaan satu hari nanti akan dapat mereka tangani dengan
baik dan secara logik mengikut pemikiran dan asas pengelaman mereka semasa dalam
menjalani latihan industri.

1.2 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

Objektif utama menjalani latihan industri adalah untuk membina personaliti


seseorang individu dari semua aspek. Hal ini demikian kerana ia amat penting untuk
melahirkan graduan yang berpengalaman dan mempunyai kemahiran tersendiri.
Seterusnya, latihan industri juga dapat melatih para pelajar untuk berkomunikasi dengan
berkesan secara umum. Terdapat beberapa objektif yang lain, antaranya adalah untuk
mendedahkan para pelajar dengan suasana bekerja yang sebenar. Ini akan membantu para
pelajar untuk menyesuaikan diri mereka tidak kira dari segi kemahiran atau sebaliknya
kerana sudah mempunyai asas.

Dalam menjalani latihan industri ini, para pelajar perlu memiliki sebuah buku jurnal
yang wajib dibeli daripada pihak Politeknik kerana buku ini dicipta khas dari Politeknik.
Buku jurnal atau buku aktiviti harian ini perlu disahkan oleh penyelia yang berkenaan bagi
memberi markah kepada pelajar ketika menjalani latihan di firma tersebut. Sekiranya
terdapat kelakuan buruk daripada pelajar tersebut, pihak firma boleh mengenakan denda
terhadap pelajar tersebut atau memaklumkannya kepada pihak yang bertanggungjawab.

Latihan industri juga merupakan tanggungjawab sosial bersama untuk semua


politeknik dan syarikat praktikal yang terlibat. Justeru, ia juga dapat memberi inspirasi
kepada pelajar untuk lebih bersemangat dan bekerja dalam pasukan. Tujuan lain dalam
menjalani latihan industri adalah dinyatakan seperti berikut:

2
i. Untuk mendapatkan pengalaman kerja dalam organisasi atau bidang
pengajian yang berkaitan dengan industri.

ii. Untuk meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada
berkaitan latihan perindustrian, yang diikuti di Politeknik.

iii. Untuk melatih pelajar menyediakan laporan yang berkaitan dengan latihan
industri yang dijalankan.

iv. Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja lain di


organisasi.

1.3 OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

Pelajar memerlukan buku harian atau buku jurnal yang telah diberikan untuk
menyenaraikan kerja atau aktiviti yang telah dilakukan setiap hari. Pelajar juga diingatkan
untuk membawa buku laporan ke tempat kerja setiap hari untuk membuat nota tentang apa
yang telah dilakukan pada setiap hari dan ditandatangani oleh penyelia setiap minggu.

Di samping itu, laporan latihan industri mesti disediakan dan ditempah untuk tujuan
pemberian penganugerahan diploma untuk pengesahan penyiapan latihan industri.
Penyediaan laporan industri ini adalah untuk memberi gambaran keseluruhan kepada Unit
Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI).

Objektif yang diperolehi daripada laporan latihan industri adalah membentuk


disiplin dalam pelajar dengan mengamalkan etika dan peraturan kerja yang telah
ditetapkan. Hal ini dapat mendisiplinkan pelajar dari segi masa dan kelakuan semasa
menjalankan sesuatu pekerjaan.

Seterusnya, mampu mewujudkan kepercayaan, tanggungjawab dan keyakinan


tinggi kepada pelajar. Tanggungjawab adalah satu sikap yang wajar ditunaikan bagi
melunaskan segala pekerjaan atau perbuatan yang tertangguh ataupun perlu diselesaikan
mengikut tempoh yang ditetapkan.

3
Justeru, adalah untuk mendedahkan pelajar kepada situasi kerja sebenar. Dengan
ini, para pelajar akan lebih bersemangat ketika melakukan kerja. Dalam alam pekerjaan
yang sebenar, mereka perlu bersedia mental dan fizikal kerana alam pekerjaan tidak
semudah yang difikirkan. Hal ini kerana skop bekerja dan belajar adalah tidak sama.

Untuk melatih para pelajar supaya lebih berani dalam berkomunikasi juga
merupakan objektif dalam laporan latihan industri. Komunikasi yang lebih efektif dapat
membendung para pelajar untuk lebih berani bercakap di khalayak ramai tanpa rasa gugup
atau gementar. Oleh itu, cara berkomunikasi yang berkesan dapat melahirkan sikap pelajar
yang berfikiran luas serta lebih matang.

1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

Latihan Industri wajib dijalani oleh semua pelajar di Institusi Pengajian Tinggi
Awam atau Swasta sebagai syarat wajib bagi melayakkan pelajar menerima Sijil, Diploma
atau Ijazah mengikut jurusan yang diambil. Sebenarnya ia bukan setakat memenuhi syarat
tersebut tetapi ia memberi kesedaran mengenai situasi sebenar di alam pekerjaan. Dengan
adanya Latihan Industri banyak pengalaman yang berguna dan berharga diperolehi sebagai
bekalan sebelum menjejakkan kaki kealam pekerjaan. Ia juga dapat membina keyakinan
diri dengan pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada. Jadi agak mudah dan selesa untuk
melaksanakan kerja-kerja yang bakal diberikan nanti.

Latihan Industri adalah penting kerana latihan sebegini dapat mendedahkan para
pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar. Ia juga dapat menambah dan meluaskan
pengetahuan teori dan teknikal serta kemahiran pelajar, jika sebelum ini para pelajar
memperolehi pengetahuan secara teori dan hanya memprakrikkan sebagai latihan
tambahan untuk memahmi suatu perkara itu, tetapi apabila pelajar mengikuti latihan ini,
pelajar dapat mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang sesuatu perkara dan kehendak
semasa sesuatu pekerjaan sedang dijalankan. Selain itu, pelajar dapat mempelajari tentang
teknologi atau kemahiran yang baru dimana sesetengah kemahiran ini tidak ada dalam
pengajaran semasa di Politeknik oleh itu ada beberapak perkara pelajar dapat semasa
menjalani Latihan Industri.

4
Selain daripada itu, latihan ini juga memperkenal diri pelajar itu sendiri dari segi
kebolehan, kesanggupan dalam melakukan tugasan, dan sikap kepada majikan dan rakan
sekerja. Latihan ini dapat menonjolkan kebolehan pelajar untuk bekerja dengan
bersungguh-sungguh dan bekerja dengan penuh dedikasi serta menampilkan sikap yang
positif kepada majikan.

Latihan ini juga penting kerana ia dapat menghilangkan rasa rendah diri seseorang
pelajar itu semasa berada di Politeknik tetapi apabila pelajar itu berada dalam latihan itu
berkemungkinan dia akan bertemu dengan pegawai-pegawai yang berpangkat tinggi atau
menghadiri mesyuarat secara rasmi dan formal serta menyediakan tugasan dengan pekerja
internasinal.

Melalui latihan ini, pelajar tersebut dapat menangani sesuatu masalah dengan
bijaksana melalui pengalaman yang telah di lalui sebelum ini. Nilai hormat- menghormati
terhadap orang sekeliling akan timbul di dalam diri para pelajar sekiranya pelajar tersebut
menjalankan Latihan Industri dengan sepenuh hati dan ikhlas. Diharap sifat ini akan
berkekalan pada masa hadapan. Kesimpulan yang dapat ditakrifkan tentang kepentingan
Latihan Industri adalah:

i. Mampu mendisiplinkan diri, membentuk imej peribadi yang unggul dan membina
keyakinan diri untuk menghadapi sesuatu cabaran di masa depan, menunjukkan
sikap positif, kemahiran dan persediaan untuk berada di fasa bekerja.

ii. Memberi pengalaman dan pengetahuan kepada pelajar sebagai persediaan untuk
menghadapi dunia kerja sebenar pada masa akan datang tanpa merisaukan situasi
yang bakal dihadapi.

iii. Dapat membantu diri pelajar bagi mengembangkan kemahiran berfikir dan
membentuk imej yang lebih baik dengan membuat perancangan yang baik serta
teliti dengan rasa tanggungjawab dalam menyelesaikan tugas atau kerja yang
diberikan yang sesuai dalam bidang kursus.

iv. Dapat memberikan kesedaran serta meningkatkan minat pelajar terhadap pelajaran
yang dipelajari serta membina keyakinan diri untuk mencuba sesuatu yang baru.
5
BAB 2
LATAR BELAKANG ORGANISASI/SYARIKAT

2.1 PENGENALAN ORGANISASI

Rajah 2.1: Pejabat TBJ Enterprise

Syarikat ini telah ditubuhkan pada 26 Jun 2013 dan didaftarkan dengan Suruhanjaya
Syarikat Malaysia (SSM) dan lembaga pembangunan industri pembinaan Malaysia (CIDB).
Dengan gred G3. Syarikat ini merupakan kontraktor binaan am pada awalnya dan banyak
menjalankan kerja-kerja awam dan struktur.

Kerja-kerja awam dan struktur dilakukan dengan menggunakan banyak tenaga kerja
untuk membantu dalam menghasilkan satu projek yang berkualiti tinggi dengan kesesuaian
modal yang diperuntukkan bagi syarikat ini. Syarikat ini adalah jenis pemilikan tunggal dan
100% bumiputera.

6
2.2 SEJARAH PERTUBUHAN ORGANISASI

Rajah 2.2 Lokasi Teratak Bina Jaya Enterprise

Nama syarikat ini ialah Teratak Bina Jaya Enterprise (TBJ). Syarikat ini beralamat di
Lot 1065-A, Jalan Hospital, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Kerja-kerja pembinaan dilakukan di
tapak pembinaan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Syarikat ini adalah dimiliki oleh Wan Mohd Hazeemi bin Wan Hassan dan 100% adalah
bumiputera. Selain itu, syarikat ini telah cawangan di tempat asal pemiliknya iaitu di Kota
Bharu, Kelantan untuk melebarkan lagi jaringan perniagaan dan sekarang ini telah banyak
menjalankan projek-projek di sana.

Pada tahun 2017, syarikat ini telah menambah bidang kategori binaan ke arah sistem
bekalan air dan perpaipan dalaman dengan mendaftarkan permit SURUHANJAYA
PERKHIDMATAN AIR NEGARA 9 (SPAN) dikelas C3 (bekalan air). Pada tahun 2019,
syarikat mendaftarkan ke permit SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA 9
(SPAN) dikelas C4. (kumbahan) untuk lebih mendalami industri pembinaan yang berkaitan
perkhidmatan air.

7
Di samping itu, syarikat ini juga telah ditawarkan dengan kerja-kerja menaik taraf
dalam pembangunan. Pada 01 Jun 2020, syarikat Roadcare (M) Sdn. Bhd. telah menawarkan
kerja kepada syarikat ini dalam bahagian kerja-kerja turapan dan pembuatan jalan raya.
Tempohnya bermula pada 1 Jun 2020 dan tamat projek pada 15 Julai 2020.

Rajah 2.2.1 Peralatan penurapan

Pada 01 Julai 2020, syarikat Jabatan Pengaliran dan Saliran telah menawarkan kerja
menaik taraf saliran banjir di Kota Bharu. Tempoh bagi pelaksanaan kerja ini telah tamat pada
30 November 2020. Justeru, kos bagi pelaksanaan projek ini adalah sebanyak RM 701 300 dan
ianya hampir sejuta jumlahnya bagi menyiapkan satu projek ini.

Sehubungan itu, projek bagi syarikat Teratak Bina Jaya Enterprise pada kali ini adalah
di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Oleh itu, skop kerja
yang dilakukan disini adalah bahagian perpaipan sanitari. Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra dalam proses menaik taraf untuk dijadikan lapangan antarabangsa di mana menjadi satu
lapangan terbang yang besar. Proses menaik taraf lapangan terbang ini akan mengambil masa
yang memakan tahun selama lebih kurang 4 tahun untuk projek selesai sepenuhnya.

8
2.3 RINGKASAN LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA

Rajah 2.3 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP)

Rajah 2.3 di atas menunjukkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra adalah
sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Kota Bharu iaitu di Pengkalan Chepa.

Lapangan terbang ini mempunyai terminal baru yang siap dibina pada
bulan September 2002. Terminal ini yang mempunyai besar keluasannya sebanyak 12 000
meter persegi mempunyai tiga pemakir pesawat, tiga jejambat pesawat dan dapat
menampung 1.4 juta penumpang setahun. Terminal ini dibina sebagai kemudahan
pelancong-pelancong yang meningkat di negeri Kelantan.

Pada tahun 2005, lapangan terbang ini membawa 635 397 penumpang dengan 11
194 gerakan pesawat. Pada tahun 2012, lapangan terbang ini meningkat kepada 1 259 205
penumpang dengan 50 991 gerakan pesawat. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
merupakan lapangan terbang ke-5 tersibuk dalam semenanjung Malaysia selepas Kuala
Lumpur, Penang, Langkawi, Johor Bahru dan lapangan terbang ke-8 tersibuk di Malaysia.
Kerajaan Negeri telah bercadang untuk menaik taraf lapangan terbang ini ke antarabangsa
dan menjadi gerbang pintu masuk utama udara bagi Negeri Kelantan dan Pantai Timur
Semenanjung Malaysia.

9
Pada Pengumuman Rancangan Malaysia ke-11, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib mengumumkan projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ke Lapangan
Terbang Antarabangsa akan dilaksanakan tidak lama lagi, sejumlah duit RM 900 Juta akan
dibuat untuk menaik taraf memanjangkan bangunan terminal dari 12 000m ke 34 457m
akan dilaksanakan dan akan menambah 12 jejambat pesawat daripada 3 jejambat pesawat
yang lama itu dari Lapangan Terbang Subang.

2.4 SEJARAH LAPANGAN TERBANG SULTAN ISMAIL PETRA

Lapangan terbang ini pernah menjadi landasan Tentera Udara Diraja British dan
juga tempat pendaratan pertama orang Jepun di Malaya semasa pendudukan Jepun pada
1941.

Selepas perang, lapangan terbang tentera RAF dijadikan lapangan terbang awam.
Terminal penumpang itu dibina dan dikenali sebagai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Selepas terminal itu diperbesarkan dan bangunan baharu dibina, ia dikenali sebagai
Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, yang kini dikenali sebagai terminal lama sekolah
penerbangan Latihan Penerbangan Asia Pasifik. Pada tahun 1999, kerajaan mengumumkan
bahawa Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dipindahkan ke bangunan terminal
baharu. Projek ini bermula pada September 2000 dan siap pada Jun 2002 dengan kos
keseluruhan lebih kurang RM55 juta.

Lapangan terbang ini adalah untuk kegunaan orang ramai sebagai pengangkutan
awam kepada mereka untuk ke sesebuah destinasi yang jauh seperti ke Kuala Lumpur dan
sebagainya. Di samping itu, lapangan terbang ini hak milik Malaysia Airports dan juga
dikendalikan oleh syarikat tersebut.

10
Rajah 2.4 Peta lokasi Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

Rajah 2.4 di atas menunjukkan peta lokasi di mana terletaknya Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra dalam peta semenanjung Malaysia. Lokasinya terletak di Pengkalan
Chepa, Kelantan.

2.4.1 PERPINDAHAN KE BANGUNAN BARU

Terminal baharu itu mula beroperasi sejak 12 September 2002. Bangunan Lapangan
Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu sememangnya sinonim dengan imej Islam negeri ini.
Terminal baharu ini menggunakan seni bina Moorish. Ia mempunyai lengkungan melengkung
dan berwarna lebih putih. Lapangan terbang ini mempunyai terminal seluas 12,000-meter
persegi dengan tiga tempat duduk pesawat dan alat bantu navigasi yang paling moden dan
canggih dari segi teknikal. Ia mempunyai tiga aerobridges telah diselamatkan dari Lapangan
Terbang Subang lama dan diperbaharui, terminal itu boleh menampung sehingga 1.45 juta
penumpang setahun.

Terminal baharu lapangan terbang itu dilengkapi dengan semua kemudahan dan
perkhidmatan moden untuk memenuhi keperluan pengembara yang tidak terhitung yang
terbang ke dan dari lapangan terbang setiap hari. Perkhidmatan asas yang disediakan termasuk
meja maklumat dan perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan kerusi

11
roda untuk pengembara OKU, perkhidmatan polis dan lain-lain. Terdapat juga perkhidmatan
porter untuk membantu pengembara dengan bagasi mereka.

Kemudahan utama yang terdapat di lapangan terbang ini termasuk kaunter


perkhidmatan ulang-alik dan wakil penyewaan kereta, mesin pengeluaran wang automatik,
pertukaran mata wang, kedai cenderamata, restoran KFC dan kedai makan kecil.

2.4.2 PERKEMBANGAN LAPANGAN TERBANG

Pada suku ketiga 2008, Malaysia Airports Holdings Berhad membina hangar baharu,
apron baharu, tempat letak kenderaan pesawat baharu dan helikopter serta membuat
penambahbaikan laluan teksi untuk menampung pertumbuhan sekolah penerbangan Latihan
Penerbangan Asia Pasifik.

Pada Oktober 2008, kerajaan mengumumkan bahawa ia bercadang untuk


memanjangkan landasan sehingga 2,400 m (7,874 kaki). Lapangan Terbang Sultan Ismail
Petra berkhidmat untuk Kota Bharu di Malaysia.

Pada Mei 2010, unit TRC Synergy Bhd, Trans Resources Corp Sdn Bhd telah
memperoleh kontrak RM45.5 juta untuk menaik taraf lapangan terbang Sultan Ismail Petra di
Kota Bharu. TRC berkata unitnya menerima surat penerimaan daripada Wira Akil Holdings
Sdn Bhd. Surat penerimaan daripada Wira Akil itu adalah selepas penganugerahan
Kementerian Pengangkutan kepada Wira Akil di mana TRC dinamakan sebagai sub-kontraktor
untuk projek itu. Projek ini bermula pada 14 Jun 2010 dan termasuk pembinaan laluan teksi,
pad helikopter, stesen meteorologi dan sistem pendaratan instrumen (ILS). Landasan lapangan
terbang telah dipanjangkan daripada 1,981 m kepada 2,400 m, dan boleh memuatkan Boeing
737-800 dan Airbus A320. Semua kerja dijadualkan siap menjelang September 2011.

Pada Februari 2013, AirAsia Berhad dan Firefly Sdn Bhd menandatangani perjanjian
dengan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) untuk menjadikan Lapangan Terbang
Sultan Ismail Petra sebagai hab kedua mereka. Pada Julai 2015, Malaysia Airports merancang
untuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kelantan, yang telah melebihi
kapasiti 1.5 juta. Bangunan itu akan diperluaskan untuk menampung 4 juta penumpang
12
dengan tempat letak kereta berbilang tingkat baharu dan tempat duduk pesawat tambahan
(aerobridge) untuk menampung peningkatan trafik yang dijangka dalam dekad akan datang.
Dalam belanjawan persekutuan Malaysia 2016 (dibentangkan Oktober 2015), Perdana
Menteri mengumumkan RM450 juta untuk kerja menaik taraf di bawah Rancangan Malaysia
Kesebelas (2016–2020). Kerja-kerja termasuk tempat letak kereta bertingkat baharu, tempat
duduk pesawat tambahan (aerobridge), pembesaran apron, pembesaran landasan/laluan teksi
dan terminal baharu. Pada Oktober 2017, Kerajaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan
RM 450 Juta untuk menaik taraf terminal lapangan terbang.

Rajah 2.4.2.a Perkarangan pintu masuk

Rajah 2.4.2.b Pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra

13
2.4.3 LOKASI TAPAK PROJEK

Rajah 2.4.3 Lokasi tapak projek

Rajah 2.4.3 di atas menunjukkan lokasi yang menempatkan projek bagi syarikat Teratak
Bina Jaya di Kota Bharu, Kelantan. Seperti yang dinyatakan dalam borang pendaftaran latihan
industri, tempat menjalani praktikal ialah di Sultan Ismail Petra Airport, Pengkalan Chepa.

Projek pembinaan yang dilakukan dalam lapangan terbang ini adalah untuk menaik
taraf lapangan terbang menjadi sebuah lapangan terbang yang besar. Oleh itu, pembinaan akan
dilakukan dengan adanya pekerja yang ramai bagi mempercepatkan lagi kerja-kerja naik taraf
bangunan ini.

Justeru, projek di lapangan terbang ini adalah projek yang terbesar bagi syarikat ini
untuk dilaksanakan. Pengarah bagi projek di lapangan terbang ini ialah Kementerian
Pengangkutan Malaysia (Ministry of Transport). Seterusnya, kontraktor reka dan seni bina
adalah WCT Berhad.

14
2.4.4 LOGO ORGANISASI

Rajah 2.4.4.a Logo Teratak Bina Jaya Enterprise

Rajah 2.4.4.a di atas adalah merujuk kepada logo firma Teratak Bina Jaya Enterprise.
Logo ini khas digunakan sebagai simbol untuk syarikat ini.

Rajah 2.4.4.b Banner servis yang ditawarkan

Rajah 2.4.4.b di atas menunjukkan banner di mana syarikat Teratak Bina Jaya
Enterprise menawarkan servis perkhidmatan yang lain juga.

Teratak Bina Jaya Enterprise (TBJ) menjalankan aktiviti utama di mana ianya
menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal yang merangkumi pembinaan saluran
paip, pemulihan saluran paip dan penyelenggaraan, bangunan dan struktur, dan pembetulan
kebocoran serta bertentangan dengan kejuruteraan awam.

15
2.5 CARTA ORGANISASI

PENGARAH URUSAN
WAN MOHD HAZEEMI BIN WAN
HASSAN

PENGURUS PROJEK PENYELIA TAPAK


MUHD FADHLI AMALI BIN WAN MOHD HAMZEE BIN
ZULKIFLI WAN HASSAN

KERANI PEKERJA AM
ROSNANI BINTI SALLEH MOHD AMIN ISMAIL

PEKERJA-PEKERJA TETAP DAN


KONTRAK
(Jumlahnya mengikut keperluan semasa
dalam kerja-kerja pembinaan)

Rajah 2.5 Carta Organisasi Teratak Bina Jaya Enterprise

16
2.6 AHLI LEMBAGA PENGARAH

2.6.1 BIODATA PENGARAH

NAMA : WAN MOHD HAZEEMI BIN WAN HASSAN

UMUR : 36 TAHUN

ASAL : KOTA BHARU, KELANTAN

BANGSA : MELAYU

WARGANEGARA : MALAYSIA

JAWATAN : PENGARAH URUSAN

TARAF AKADEMIK : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (UTHM)

NOMBOR TELEFON : 013-9137520

PENGALAMAN : PENGURUS TERATAK BINA JAYA ENTERPRISE


(SINCE 2013)
i. Mengurus perbelanjaan syarikat.

ii. Memantau kerja-kerja pembinaan mengikut jadual dan spesifikasi pelanggan.

17
2.6.2 PENYELIA TAPAK

NAMA : WAN MOHD HAMZEE BIN WAN HASSAN

UMUR : 38 TAHUN

KETURUNAN : MELAYU

AGAMA : ISLAM

WARGANEGARA : MALAYSIA

TARAF AKADEMIK : DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM (IKRAM)

PENGALAMAN : SITE SUPERVISOR DI METRO KAJANG HOLDING


(2012 – 2019)

18
2.7 AKTIVITI ORGANISASI

Dalam organisasi ini, terdapat beberapa aktiviti yang menjadi keutamaan dalam
menjalankan sesuatu projek yang besar. Kerja-kerja di tapak pembinaan bagi syarikat ini
banyak menggunakan tenaga kerja untuk menghasilkan satu keberhasilan projek.

Setiap unit dalam syarikat ini mempunyai peranan serta tugas masing-masing. Dalam
operasinya, setiap unit saling bertindak untuk memastikan kerja-kerja kejuruteraan mekanikal
dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara aktiviti yang dilakukan dalam organisasi ini adalah
seperti berikut :

a. Pembinaan dan pemasangan saluran paip.


b. Kerja penyelenggaraan dan pemulihan saluran paip.
c. Bangunan dan struktur.

Rajah 2.7 Aktiviti Organisasi

19
A. Pembinaan dan pemasangan saluran paip.

Teratak Bina Jaya Enterprise telah meneruskan projek pemulihan dan pembaikan
saluran paip penghantaran (Pipeline Construction and Installation), yang banyak melibatkan
kerja-kerja penggalian, penggantian paip dan pembetulan paip dan backfilling untuk meliputi
lebih daripada 1000km saluran paip dari terminal utama lapangan terbang hingga ke pejabat
bomba lapangan terbang.

Kerja pembinaan dan pemasangan saluran paip ini menjadi satu kerja penting dalam
membina satu bangunan. Air diperlukan dalam apa jua situasi sebagai contoh digunakan di
dalam tandas dan sebagainya yang menggunakannya. Oleh itu, kerja pemasangan paip perlulah
dilakukan dengan teliti supaya tidak berlakunya ralat paralaks pada ukuran yang diperlukan.

Sehubungan itu, pemasangan saluran paip mestilah dipasang mengikut saiz yang
ditetapkan bagi membenarkan air mengalir terus mengikut saluran air yang mengalir
dipasangkan. Kecuaian dalam mengukur akan mengakibatkan saluran air tidak berfungsi
dengan baik sehingga tidak dapat sampai ke saliran yang telah ditetapkan.

B. Kerja penyelenggaraan dan pemulihan saluran paip.

Teratak Bina Jaya Enterprise menyediakan perkhidmatan saluran paip yang


komprehensif termasuk pemasangan dan penyelenggaraan saluran paip (Pipeline Maintenance
and Rehabilitation Work), perkhidmatan integriti saluran paip, arah mendatar, penggerudian
dan fabrikasi.

C. Bangunan dan struktur.

Teratak Bina Jaya Enterprise mempunyai pengalaman luas dalam sektor pembinaan
terutamanya dalam bangunan, infrastruktur, mekanikal dan elektrikal, kerja-kerja landskap dan
struktur awam.

20
Dalam setiap melakukan kerja pembangunan, ianya perlu merangkumi dalam semua
aspek seperti kemahiran dan kekreatifan untuk mencipta satu idea bagaimana untuk membina
bangunan yang mempunyai ketahanan dan kekuatan yang tinggi bagi mengurangkan risiko
yang merbahaya.

Sebagaimana yang dapat dilihat pada era kini, setiap pembinaan yang baru mereka
memerlukan kepakaran untuk mereka cipta produk yang teknologi tinggi sepadan dengan masa
sekarang. Bukan sahaja berkemahiran dalam bidang mekanikal dan awam, malah kemahiran
dalam bidang elektrik juga wajar diperlukan bagi kegunaan manusia dalam seharian mereka.

Oleh itu, untuk menjayakan pembinaan di syarikat ini juga memerlukan bidang yang
pelbagai untuk menghasilkan bangunan dan strukturnya yang bermutu tinggi.

2.8 MISI

i. Membangunkan modal insan yang kreatif, inovatif serta berkemahiran dalam bidang
kejuruteraan dan teknologi.

ii. Menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan.

2.9 VISI

Menjadi antara organisasi kejuruteraan yang unggul dan dapat menyaingi negara-
negara besar seperti China, Amerika dan lain-lain lagi dalam membangunkan projek arkitektur.

21
2.9.1 TUJUAN PENUBUHAN SYARIKAT

Syarikat ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk :

i. Membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

ii. Membantu menyiapkan rumah-rumah yang terbengkalai yang ditinggalkan oleh


kontraktor-kontraktor lain dengan kos yang diminta

iii. Membekal bahan binaan kepada masyarakat pada harga yang berpatutan dan berkualiti.

iv. Mengimbangi monopoli kaum bukan bumiputera dalam bidang pembinaan dan
pembekalan bahan binaan.

2.9.2 PRINSIP-PRINSIP SYARIKAT

Kumpulan syarikat akan sentiasa berpegang kepada prinsip-prinsip seperti yang


dinyatakan di bawah ini:

i. Kepentingan dan kepuasan pelanggan adalah menjadi keutamaan.

ii. Penggunaan bahan binaan dan mutu ketukangan yang baik.

iii. Bekerja keras, cekap dan jujur.

iv. Menyiapkan pembinaan sesebuah rumah dengan sempurna dalam masa yang
dijanjikan.
v. Keprihatinan terhadap persekitaran masyarakat yang memerlukan.

vi. Menjalankan perniagaan berlandaskan ajaran Islam yang syumul.

22
BAB 3
RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

3.1 PENGENALAN

Bab ini menunjukkan keseluruhan aktiviti yang dilakukan semasa latihan perindustrian.
Setiap aktiviti yang dilakukan akan ditulis dalam buku laporan harian dan dimasukkan ke
dalam jadual.

Bahagian ini akan menerangkan mengenai aktiviti dan tugas yang telah dijalankan
semasa sesi latihan industri pada semester tersebut, iaitu kira-kira 20 minggu. Semua aktiviti
yang dilakukan akan diterangkan dari minggu ke minggu untuk menyimpulkan kerja yang telah
dilakukan dalam masa. Tambahan itu, ia boleh digunakan untuk proses semakan. Hari bekerja
dalam setiap minggu tidak sama kerana setiap minggu mempunyai cuti umum sendiri dan juga
cuti yang diberikan oleh syarikat.

Di samping itu, menjalani latihan industri di bahagian perkhidmatan mekanikal telah


mendedahkan kepada saya dengan pelbagai bidang kemahiran yang baru. Hal ini demikian
kerana, bahagian yang diberikan adalah tertumpu kepada bahagian mekanikal iaitu bendalir
dan perpaipan, serta serba sedikit tentang pembinaan dalam bangunan. Walau bagaimanapun,
itu tidak menjadi satu masalah kepada saya untuk menceburi bidang seperti perpaipan kerana
saya akan berusaha sedaya upaya untuk mendalami ilmu pengetahuan yang baru.

Selain didedahkan dengan bidang yang baru, saya juga telah didedahkan dengan
peraturan dan etika ketika bekerja di bawah satu jabatan swasta. Segala peraturan dan etika
yang telah diberitahu oleh pengarah urusan, ianya telah saya praktikkan setiap kali berada di
jabatan ini. Hal ini dapat mempelajari diri saya bagaimana saya perlu mendisiplinkan diri
dengan bagus sebelum menghadapi dunia bekerja yang sebenar.

23
3.2 RINGKASAN AKTIVITI MINGGUAN LATIHAN INDUSTRI

Ringkasan aktiviti mingguan dibuat untuk memastikan proses pembelajaran di tempat


latihan industri berjalan lancar. Tujuan utama aktiviti mingguan dibuat adalah untuk
mengetahui apa yang dipelajari di tempat latihan perindustrian selama kursus ini berjalan.
Di bawah ini adalah jadual untuk ringkasan aktiviti bagi kerja-kerja yang telah
dilakukan sewaktu menjalankan latihan industri.

MINGGU TARIKH AKTIVITI

- Melapor diri sebagai pelajar praktikal dan pekerja di


1 08 Mac 2022 syarikat ini.
-
10 Mac 2022 - Mengadakan sesi suai kenal di antara satu sama lain.

24
- Melakukan kerja-kerja pejabat seperti mencetak
13 Mac 2022 dokumen.
2 -
17 Mac 2022 - Membersih, mengemas dan mencuci pejabat.

- Mengisi maklumat dan data.

- Menganalisis data.

- Mengisi maklumat dan data.

22 Mac 2022 - Penerangan tentang ‘’bill of quantity’’.


3 -
24 Mac 2022 - Mesyuarat bersama pengurus syarikat.

25
- Penerangan untuk ‘’bill of quantity’’.

27 Mac 2022 - Mesyuarat bersama ahli pekerja di syarikat.


4 -
29 Mac 2022 - Memasukkan data sebut harga projek.

- Penerangan untuk kad CIDB.


04 April 2022
5 - - Pendaftaran bagi kad CIDB.
07 April 2022
- Meeting online untuk penerangan CIDB.

- Mengisi data ‘’bill of quantity’’.

26
- Mengemas dan menyusun fail.
12 April 2022
6 - - Mengisi borang tender.
14 April 2022

- Pengisian borang tender.


17 April 2022
7 - - Penerangan tentang jumlah pengiraan sesuatu projek.
21 April 2022

- Pengisian borang tender.


24 April 2022
8 -
26 April 2022

27
- Menghadiri kursus CIDB secara online.

9 05 Mei 2022

- Pemberian pas CIDB.

08 Mei 2022 - Mengadakan lawatan ke tapak pembinaan (Lapangan


10 - Terbang Sultan Ismail Petra).
10 Mei 2022
- Taklimat Induction and Safety oleh WCT.

28
- Pemasangan manhole pre-cast (Unit ke-3).
11
- Pemasangan manhole pre-cast (Unit ke-4).
16 Mei 2022
-
19 Mei 2022 - Melawat tapak pembinaan.

- Membuat peninjauan ke site.

23 Mei 2022 - Mengenal pasti jenis bahan yang digunakan.


-
12 26 Mei 2022 - Paip sleeve.

- Pemasangan paip air lantai dan najis.

- Membuat tapak untuk Rainwater Downpipe


(RWDP).

29
- Melawat tapak pembinaan.

13 29 Mei 2022 - Penyambungan saluran paip air lantai dan najis.


-
02 Jun 2022 - Meratakan crush run.

- Membuat laluan paip VCP.

- Pemasangan paip VCP.

30
- Pemasangan manhole (Unit ke-5).
05 Jun 2022
14 - - Membuat laluan air hujan.
09 Jun 2022
- Sesi lawatan ke tapak pembinaan untuk safety.

- Laluan paip VCP.

- Mengemaskini semula data.

15 12 Jun 2022 - Mengisi borang tender.


-
15 Jun 2022 - Perbincangan tentang tender bersama staf.

- Pengambilan kad hijau CIDB.

31
- Melawat tapak pembinaan dan pemantauan oleh
pensyarah.
16 19 Jun 2022
- - Pemasangan manhole (Unit ke-6).
23 Jun 2022
- Penyambungan paip dari gully trap.

- Pemasangan manhole atau manhole cover.

- Pemasangan saluran daripada air lantai dan najis.

32
- Pemasangan paip-paip.

17 26 Jun 2022 - Pemeriksaan lubang manhole.


-
30 Jun 2022 - Pemeriksaan pemasangan saluran paip air lantai dan
najis.

- Mengemas bilik kerja.

- Peninjauan ke tapak pembinaan.

- Mengisi borang tender.

- Mengemas kini borang tender.


18 03 Julai 2022
-
07 Julai 2022

33
- Pengisian borang tender projek.

- Pengemaskinian borang tender.


19 12 Julai 2022
-
14 Julai 2022

- Pengisian borang tender.

20 17 Julai 2022 - Mengemaskini data dalam borang tender.


-
21 Julai 2022 - Melawat ke tapak pembinaan.

Jadual 3.2 Ringkasan aktiviti mingguan latihan industri

34
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL

4.1 PENGENALAN

Laporan teknikal menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dilaksanakan
semasa latihan industri. Setiap tugasan yang diberikan perlu mengikut proses dan prosedur
yang telah diberikan dan ianya dijalankan secara berperingkat. Hal ini adalah untuk
memastikan segala pengurusan organisasi dapat berjalan dengan lancar tanpa menimbulkan
sebarang masalah. Di dalam bab ini, pelajar diminta untuk melaporkan segala aktiviti yang
melibatkan proses kerja dilakukan setelah 20 minggu di syarikat tersebut.

Teratak Bina Jaya Enterprise telah bergabung untuk menjadi peneraju, tidak ada
penyelesaian masalah penutupan dalam bidang paip tekanan. Selama bertahun-tahun, kami
telah menjadikannya kesibukan kami untuk memastikan sistem paip terus mengalir semasa
penyelenggaraan, pengubahsuaian, perubahan, kecemasan dan pembinaan baru.

Sepanjang saya menjalani latihan amali di sini, saya telah didedahkan dengan kerja
teknikal seperti pemasangan paip air lantai dan najis Setiap kerja pemasangan ini, ianya
mempunyai proses kerja dari awal sampai ke akhir yang teliti sehingga dapat menghasilkan
hasil kerja yang berkualiti. Pemasangan paip air dari lantai dan najis merupakan satu sistem
saliran air yang mengalir dalam bangunan. Setiap pemasangannya adalah berdasarkan pelan
yang telah disediakan oleh arkitek projek tersebut. Seterusnya, pemasangan manhole juga
dilakukan dalam pembinaan bangunan ini.

Pengalaman yang saya peroleh semasa menjalani latihan industri ini amat menarik
kerana sebelum ini saya hanya mempelajari teori di kuliah. Oleh itu, saya dapat merasakan
suasana dalam menjalankan sesuatu kerja mekanikal seperti sanitari paip. Dengan adanya skop
kerja berkaitan dengan kejuruteraan mekanikal, saya berasa lebih bersemangat untuk
menceburi dalam bidang kejuruteraan setelah saya menimba ilmu yang berkaitan dengan
bidang pengajian saya.

35
4.2 PEMASANGAN MANHOLE

Manhole ialah sebuah lubang utama adalah pembukaan teratas untuk peti besi utiliti
bawah tanah yang digunakan untuk menempatkan pintu masuk untuk membuat sambungan
atau melakukan penyelenggaraan di bawah tanah dan dikebumikan utiliti awam dan
perkhidmatan lain termasuk pembetung, telefon, elektrik, longkang dan gas.

Kerja pemasangan manhole di tapak pembinaan ini juga telah dilakukan dengan mengikut
prosedur yang betul dan tenaga kerja yang mahir. Seterusnya dengan adanya tenaga kerja yang
ramai, kerja-kerja pemasangan manhole dalam bangunan ini dapat dilakukan mengikut tempoh
masa yang ditetapkan oleh pihak bertanggungjawab.

4.2.1 PERALATAN UNTUK PEMASANGAN MANHOLE

Di bawah ini adalah jadual untuk peralatan yang digunakan dalam pemasangan
manhole di tapak pembinaan projek. Peralatan yang digunakan ini mempunyai kegunaan serta
fungsinya tersendiri. Setiap peralatan yang digunakan ini juga mempunyai cara penggunaannya
yang betul serta mengelakkan daripada berlaku kecederaan kepada pengguna.

PERALATAN FUNGSI

1. Jaket keselamatan
• Digunakan untuk memberi amaran
refleksi serta dapat mencerminkan
cahaya yang kuat, memberi amaran
kepada orang dan kenderaan di tapak
pembinaan.

36
2. Topi keselamatan
• Digunakan untuk melindungi kepala
daripada cedera akibat jatuh,
hentaman dengan objek lain dan
mengurangkan risiko kesan hentaman
pada kepala.

3. But keselamatan
• Digunakan untuk mengelakkan
daripada kecederaan jika terjatuh
sesuatu benda pada kaki.

4. Safety harness
Digunakan sebagai alat pelindung tubuh
daripada jatuh saat bekerja di ketinggian.

37
5. Batu bata
• Batu bata merah adalah material
bangunan untuk dinding dan
digunakan sebagai pembentuk
dinding.

6. Cincin konkrit untuk telaga

• Digunakan untuk menguatkan


dinding lombong dan menuangkan
struktur.

7. Simen

• Digunakan untuk menghasilkan


konkrit dalam sesuatu projek
pembinaan.

38
8. Pembancuh simen

• Digunakan sebagai pengadun untuk


mencampurkan simen, pasir, batu
atau bahan lain untuk membuat
konkrit bercampur.

9. Crusher run • Untuk menyebar bebanan dengan


selamat kepada sub base (pasir)
• Lapisan paling tebal
• Diletakkan di atas sub base

10. Gully trap


• Setiap floor trap yang disalurkan ke
dalam manhole atau luring mestilah
melalui gully trap bagi mengelakkan
bau tangki septik masuk ke dalam
bangunan.

Jadual 4.2.1 Peralatan dan fungsi.

39
4.2.2 LANGKAH PEMASANGAN MANHOLE

Rajah 4.2.2 Kerja pemasangan manhole

40
Rajah 4.2.2 di atas menunjukkan kerja-kerja yang dilakukan di tapak pembinaan. Berikut di
bawah adalah Langkah kerja bagi pemasangan manhole:

1. Galikan permukaan yang ingin meletakkan cincin telaga konkrit menggunakan excavator.
2. Kemudian, ratakan batu crush run di tempat yang telah ditandakan.
3. Batu crush diratakan dengan menggunakan spade atau sikul.
4. Padatkan batu crush run dan letakkan manhole.
5. Seterusnya, kayu akan disekat di sekeliling untuk konkrit dituang sebagai tapak.
6. Sarang besi dipasang pada luaran manhole.
7. Konkrit dituangkan dalam ruang sarang besi dan manhole.
8. Letakkan penutup manhole. Permukaan bagi tembus ditebuk untuk memasukkan paip air.

4.3 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PEMASANGAN MANHOLE

1. Pastikan memakai pakaian keselamatan semasa melakukan kerja di tapak pembinaan.


2. Jauhkan diri ketika proses penuangan konkrit dilakukan.
3. Elakkan diri daripada berada di bawah tempat kerja pembuangan besi untuk mengelakkan
kecederaan.
4. Berhati-hati dalam menggunakan alatan kerja yang berbahaya.

41
BAB 5
LAPORAN TEKNIKAL

5.1 PEMASANGAN PAIP

Dalam melakukan sesuatu kerja, kita memerlukan peralatan yang memudahkan untuk
melakukan kerja. Terdapat beberapa yang peralatan diguna pakai untuk menyiapkan satu
projek dalam pembinaan bangunan ini. Peralatan yang digunakan ini mempunyai fungsinya
tersendiri.

5.1.1 PERALATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PEMASANGAN PAIP

PERALATAN FUNGSI

1. But keselamatan
• Digunakan untuk mengelakkan daripada
kecederaan jika terjatuh sesuatu benda
pada kaki.

2. Jaket keselamatan
• Digunakan untuk memberi amaran
refleksi serta dapat mencerminkan cahaya
yang kuat, memberi amaran kepada orang
dan kenderaan di tapak pembinaan.

42
3. Topi keselamatan
• Digunakan untuk melindungi kepala
daripada cedera akibat jatuh, hentaman
dengan objek lain dan mengurangkan
risiko kesan hentaman pada kepala.

4. Safety harness
• Digunakan sebagai alat pelindung tubuh
daripada jatuh saat bekerja di ketinggian.

5. Paip air lantai dan najis


• Paip najis adalah untuk menyalurkan
kumbahan dari manusia seperti najis dari
lekapan najis ke tangki septik atau loji
kumbahan.
• Paip air dari lantai adalah untuk
menyalurkan air sisa dari lekapan air sisa
dalam bangunan atau rumah ke sistem
paip saliran bawah tanah.

43
6. Elbow dan Soket

• Elbow digunakan untuk membelokkan


aliran air.

• Soket adalah untuk menyambung batang


paip dan alat kelengkapan perpaipan yang
sama diameternya.

7. Vitrified Clay Pipe

• Untuk mengalirkan air di permukaan dan


lebih tahan lama untuk digunakan.

8. Pita pengukur • Digunakan untuk mengukur panjang dan


unit yang digunakan adalah kaki dan inci.

44
9. Timbang air
• Digunakan untuk memastikan kedudukan
binaan adalah rata dan seimbang.

10. Gam
• Disapu pada kedua-dua bahagian paip
PVC semasa membuat penyambungan
supaya sambungan kukuh dan tidak bocor.

Jadual 5.1.1 Peralatan dan fungsi.

45
5.2 LANGKAH KERJA PEMASANGAN PAIP

5.2.1 PEMASANGAN PAIP AIR LANTAI DAN NAJIS

Rajah 5.2.1 Pemasangan paip air lantai dan najis.

Rajah 4.3.1 di atas menunjukkan gambar kerja untuk pemasangan paip air lantai dan
najis. Terdapat beberapa Langkah yang telah diambil kira untuk menyiapkan proses kerjanya.
Antara langkahnya adalah seperti berikut:

1. Peralatan yang diperlukan seperti paip najis(oren) dan air lantai(putih) disediakan.
2. Ukur panjang mengikut drawing yang diberikan.
3. Permukaan sepanjang paip yang akan dipasang hendaklah dicangkul dahulu.
4. Galikan paras kedalaman adalah bawah pada beam konkrit.
5. Pasangkan elbow di setiap point dan gamkan.
6. Kemudian, paip dimasukkan untuk dijadikan bentuk ‘’L’’.
7. Seterusnya, tutupkan lubang di atas paip dengan tape atau plastik.

46
5.3 LANGKAH KESELAMATAN SEMASA PEMASANGAN PAIP

1. Pastikan memakai pakaian keselamatan seperti but keselamatan, baju keselamatan dan topi
keselamatan sewaktu melakukan sesuatu kerja.
2. Elakkan sikap bergurau senda semasa melakukan kerja-kerja pembinaan agar tidak berlaku
kemalangan di tapak pembinaan.
3. Pastikan memakai sarung tangan ketika memegang barang tajam seperti besi untuk
mengelakkan kecederaan.
4. Laporkan sebarang kemalangan yang terjadi ketika bekerja kepada pihak berkuasa untuk
tindakan diambil.
5. Elakkan memakai barangan perhiasan seperti cincin, gelang, jam tangan dan sebagainya
semasa melakukan kerja.
6. Gunakan setiap peralatan dengan berhati-hati.
7. Barang kerja yang telah selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang selamat untuk
mengelakkan berlakunya kemalangan.

47
BAB 6
DAPATAN DAN CADANGAN

6.1 PENGENALAN

Sejujurnya, terdapat pelbagai kesan dan dapatan yang diperolehi melalui media latihan
industri yang dijalankan oleh Politeknik. Latihan Industri (LI) telah menjadi platform bagi
setiap pelajar untuk menimba pelbagai pengalaman sama ada untuk meningkatkan pemahaman
mereka tentang apa yang dipelajari di Politeknik atau pengetahuan baru yang akan membuka
mata kita serta dapat mengembangkan minda ke arah yang lebih kompetitif. Pada masa yang
sama, ia juga dapat menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh semasa belajar
di Politeknik

Untuk kesukaran dan cabaran yang dialami semasa latihan industri ini berlaku adalah
ukuran tahap keupayaan setiap pelajar dalam menghadapi persekitaran kerja satu hari, tidak
kira dalam sektor apa yang mereka terlibat, sama ada melakukan kerja di tapak projek atau di
pejabat sahaja.

Di samping itu, melalui latihan industri para pelajar akan merasakan semua pengalaman
dan pengetahuan yang mungkin tidak pernah diperolehi jika tidak melibatkan diri dalam latihan
ini.

48
6.2 DAPATAN

Jutaan terima kasih kepada Teratak Bina Jaya Enterprise kerana telah memberi peluang
kepada saya untuk menjalani latihan industri di sini dengan jayanya. Banyak pengetahuan dan
maklumat telah diperoleh di sini sepanjang saya menjalani latihan industri dan juga merasakan
persekitaran kerja harian yang sebenar. walaupun dalam masa yang singkat, tetapi saya
mendapat banyak pengalaman berharga dalam mempersiapkan diri untuk menghadapi masalah
kerja yang akan dihadapi. Dalam tempoh 20 minggu latihan ini berjalan, terdapat banyak
faedah dan cabaran dan juga masalah yang telah saya hadapi. Antaranya ialah :

i. Persekitaran kerja yang baru.

Pada peringkat awal latihan, agak sukar untuk saya menyesuaikan diri dengan situasi
baru, terutamanya dengan persekitaran kerja. Kemahiran komunikasi yang baik perlu
dibangunkan di antara pelbagai jenis orang di tempat kerja mengenai kedudukan mereka
Contohnya kakitangan bukan eksekutif, kakitangan eksekutif dan pengurus. Dengan ini, ia
mengajar saya untuk berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara dan membiasakan diri dengan
persekitaran kerja yang baru.

ii. Teori dan aplikasi dalam industri

Sepanjang menjalani latihan industri di sini, saya dipraktikkan diri dengan mempelajari
ilmu kejuruteraan yang luas. Teori yang dipelajari daripada pembelajaran di Politeknik yang
boleh digunakan semasa program dijalankan juga saya pelajari di sini. Namun begitu, dalam
budaya kerja sebenar, hanya sebahagian kecil daripada pengetahuan teori hendaklah digunakan
di tempat kerja. Selain itu, perlu juga bersedia dalam apa jua bidang yang akan diceburi suatu
hari kelak. Teori di tempat latihan industri ini merupakan asas yang diguna pakai oleh mereka
untuk menjalankan kerja.

iii. Sikap kerjasama antara satu sama lain secara berkumpulan.

Saya telah didedahkan dengan persekitaran bekerja dalam kumpulan sebagaimana ia


merupakan situasi sebenar di tempat kerja. Apabila tugasan dilakukan dalam kumpulan, saya
dapat melihat beberapa kelebihan dari sudut itu. Sebagai contoh, kerja yang dijalankan akan

49
disiapkan lebih cepat, kualiti kerja yang dilakukan lebih tinggi, semangat Kerjasama dan saling
membantu di antara satu sama lain tanpa bermasam muka. Setiap kerja yang dilakukan dalam
kumpulan ini akan dapat menghasilkan sesuatu kerja yang lebih baik, berkualiti dan bernas
dengan perkembangan banyak idea dalam kalangan ahli kumpulan.

iv. Belajar mematuhi dan mendisiplinkan diri pada setiap arahan yang diberikan.

Disiplin amat dititikberatkan dan diutamakan dalam mana-mana organisasi termasuk


organisasi ini. Disiplin ini merangkumi pelbagai aspek seperti pengurusan masa, penampilan,
tingkah laku dan sebagainya. Kita boleh melihat ini dari segi penampilan dan ketepatan masa
di mana seseorang itu harus berpakaian formal mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh
organisasi dan harus datang dan pergi bekerja di dalam masa yang ditetapkan. Jika kakitangan
tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan ini maka tindakan boleh diambil terhadap mereka.
Ini secara tidak langsung telah mengajar saya untuk menjadi seorang pekerja yang
bertanggungjawab dan berdisiplin apabila melangkah ke alam pekerjaan nanti. Sikap kita juga
membuktikan bahawa tingkah laku seseorang itu baik mahupun di sebaliknya.

50
6.3 CADANGAN

Pertama kalinya saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada pihak syarikat
Teratak Bina Jaya Enterprise yang telah memberi kepada saya peluang yang besar ini untuk
menjalani latihan industri di syarikat ini. Sepanjang saya menjalani latihan industri, syarikat
ini banyak memberi maklumat dan pengetahuan yang baru saya dapat.

Walau bagaimanapun begitu, masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki agar
program ini lebih berkesan. Setelah menjalani program ini, saya ingin mengemukakan
beberapa cadangan untuk dipertimbangkan bagi kebaikan Bersama, sekiranya cadangan yang
saya kemukakan ini bercanggah dengan pendapat syarikat, saya ingin meminta maaf.

Terdapat beberapa cadangan yang ingin saya usulkan agar latihan industri ini lebih
bermotivasi dan praktikal. Antara cadangannya ialah :

a. Penyelia latihan industri mestilah memantau dan mengikuti perkembangan para pelajar
yang sedang menjalani program latihan industri agar dapat memberi tunjuk ajar dengan
berkesan.

b. Lebih mendedahkan pelajar dengan pelbagai kerja agar dapat mempraktikkan diri
pelajar dengan segala ilmu dan pengetahuan yang sedia ada.

c. Sekurang-kurangnya membenarkan para pelajar untuk mengetahui sesuatu ilmu yang


baru di mana mereka belum berpengetahuan dalam mempelajarinya.

51
BAB 7
KESIMPULAN

Setelah menjalani latihan industri selama 20 minggu, banyak perkara yang telah saya
pelajari dari segala pelbagai aspek berkaitan dengan bidang kerjaya terutamanya cara membuat
pemasangan paip serta mengenali bahan-bahan untuk membuat kerja perpaipan dengan
arkitek-arkitek yang berpengalaman di situ. Ketika saya menjalani latihan ini, saya telah
mempelajari banyak perkara dan cara-cara untuk memasang paip dalam bangunan.

Secara amnya, latihan industri patut diteruskan kerana ianya berfungsi untuk
memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah pengalaman sebelum
meneruskan diri ke alam pekerjaan yang sebenar. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
dapat melihat gambaran bagaimana suasana kerja sebenar ketika menjalani latihan industri
serta dapat belajar untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru.

Di samping itu, pengalaman kerja diperolehi. Berpengalaman dalam menjalani latihan


industri akan terbukti menjadi sangat penting dalam persekitaran kerja pada masa akan datang.

Setelah selesai latihan industri, beberapa hasil pembelajaran penting telah dicapai.
Pertama, keupayaan untuk mengambil masalah dan mengenal pasti penyelesaiannya dengan
bekerja di bawah jabatan penyelidikan dan pembangunan telah dicapai. Kedua, pemahaman
tentang tanggungjawab dan komitmen profesional serta etika terhadap memainkan peranan dan
menyumbang kepada operasi jabatan diperolehi. Sekiranya latihan industri ini tidak dijalankan,
ini agak sukar untuk para pelajar mencari pengalaman sebelum mereka merasai pengalaman
kerja yang sebenar.

Akhir sekali, setelah berjaya mengikuti latihan ini pelatih juga dapat melihat sendiri
bagaimana meletakkan diri di alam pekerjaan yang penuh dengan liku-liku pahit manisnya
sehingga memberi tekanan kepada diri seseorang itu. Di sini pelatih memohon maaf kepada
semua yang terlibat serta Unit Latihan Industri Politeknik Kota Bharu atas kesilapan yang
terkandung dalam laporan ini serta ikhlas dan sedia menerima teguran yang membina.

52
RUJUKAN

• Buku Jurnal Refleksi Latihan Industri, Politeknik Kota Bharu

• lapangan terbang pengkalan chepa - Search (bing.com)

• Contoh Laporan Latihan Industri (FULL) (slideshare.net)

• Teratak Bina Jaya Enterprise Profil Syarikat.pdf

53

Anda mungkin juga menyukai