Anda di halaman 1dari 23

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU,

NEGERI SEMBILAN

DIPLOMA FILEM DAN ANIMASI DIGITAL

LAPORAN
LATIHAN INDUSTRI

DISEDIAKAN OLEH :
SYAFIQ FIRDAUS BIN RASTAM
960822-06-5769
SESI :
JANUARI 2020 - JUN 2020

1
Laporan Latihan Industri :
Diploma Filem Dan Animasi Digital Industri

Pada
3 Februari - 15 Jun 2020

Oleh :
Syafiq Firdaus B Rastam

Laporan Latihan Industri ini disediakan untuk


Jabatan Filem Dan Animasi Digital, Kolej Kemahiran Tinggi MARA,
Rembau sebagai prasyarat untuk dianugerahkan Diploma Filem Dan Animasi
Digital.

2
AKU JANJI PELAJAR

Bahawasanya saya, Syafiq Firdaus B Rastam, No K/P :960822-06-5769, Kolej


Kemahiran Tinggi MARA, Rembau kursus Diploma Filem Dan Animasi Digital sesi
Latihan Industri Januari - Jun 2020.

Berjanji dan berikrar akan : -

 Menjaga dan mempamerkan imej MARA dengan cara berpakaian dan rupa diri
yang melambangkan sebagai seorang pelajar MARA.
 Berdisiplin dan menjalankan kerja-kerja latihan amali dengan baik serta
memuaskan seperti yang diarahkan oleh industri dengan menunjukkan kesabaran
yang tinggi.
 Sentiasa bersikap rajin, berinisiatif dan menunjukkan minat dengan menghasilkan
kerja yang berkualiti terhadap tugas yang diberi oleh pihak industri.
 Mengikuti amalam budaya kerja serta peraturan yang ditetapkan oleh Industri.
 Melaporkan dengan segera sekiranya berlaku perkara yang bertentangan dengan
matlamat latihan.
 Mengikuti latihan dengan tekun dan tangkas dalam melaksanakan tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.
 Bertanggungjawab ke atas segala kemalangan, kecederaan atau apa-apa bentuk
musibah / kejadian di sepanjang latihan ini.

3
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpah kurnianya dapat juga saya
menyiapkan laporan dan berjaya menamatkan latihan industri dengan jayanya.

Pertama sekali saya, Syafiq Firdaus B Rastam, pelajar latihan industri ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya, dan juga bapa saya yang telah
meninggal dunia semasa saya menduduki semester satu, yang selama ini banyak
memberi dorongan dan sokongan kepada saya sehingga saya berada di tahap ini
sekarang. Segala jasa baik akan saya kenang sampai bila-bila. Sepanjang penglibatan
saya didalam program Latihan Industri dan penghasilan laporan ini, saya telah
mendapat kerjasama,sumbangan dan bantuan dari segi nasihat, sokongan moral dan
spiritual dan bantuan teknikal. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan
kepada Datin Paduka Shuhaimi Baba kerana telah mengambil saya menjalani Latihan
Industri di syarikat beliau. Beliau dan juga seluruh tenaga kerja syarikat ini telah
banyak memberi tunjuk ajar kepada saya tentang syarikat dan tunjuk ajar tentang kerja-
kerja mengenai bidang yang telah saya ceburi ini. Disamping itu juga, seklang
penghargaan ditujukan kepada pihak pengurusan Koleh Kemahiran Tinggi MARA
Rembau, Negeri Sembilan yang telah memberi peluang kepada saya untuk merasai
pengalaman bekerja dan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang perfileman ini.
Pengalaman ini akan saya praktikkan setelah saya berada di alam pekerjaan kelak nanti.

Akhir sekali, terima kasih saya ucapkan kepada En Zaihan Ismail iaitu pegawai
bahagian latihan industi KKTM Rembau, kerana bertungkus lumus mengatur dan
menguruskan hal ehwal latihan industri.berterimakasih juga saya kepada pihak-pihak
yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
latihan industri saya yang dijalankan di Pesona Pictures ini. Sekiranya saya membuat
kesilapan sepanjang latihan industri serta menyiapkan laporan ini, saya menyusuh
sepuluh jari saya memohan kemaafan oleh kerana saya hanyalah manusia biasa. Akhir
kata dari saya, harapan tinggi kepada syarikat Pesona Pictures akan terus maju dan
berjaya serta terus menghasilkan filem-filem atau drama yang berkualiti dan bagus.

4
MAKLUMAT PERIBADI

NAMA : SYAFIQ FIRDAUS B RASTAM


NO K.P : 960822-06-5769
NO PELAJAR : FA170108
PROGRAM : DIPLOMA FILEM DAN ANIMASI DIGITAL
SESI LATIHAN INDUSTRI : JANUARI - JUNE 2020
KKTM : KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA REMBAU
BATU 8 KUNDUR HILIR, 71400 PEDAS,
NEGERI SEMBILAN
ALAMAT RUMAH : NO 11, LORONG SUNGAI ISAP PERDANA 24, 25150,
KUANTAN, PAHANG
NO H/P : 019-9823329
EMAIL : syafiqfirdaus60@gmail.com

5
ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka surat
1 BAHAGIAN PENDAHULUAN
 Aku Janji Pelajar
 Perakuan Pelajar
 Penghargaan
 Isi Kandungan
2 BAB 1 - PENGENALAN
1.1 Pengenalan Latihan Industri
1.2 Objektif Latihan Industri
1.3 Dimana Latihan Dibuat
1.4 Jawatan / Tanggungjawab Yang Diberi Oleh Syarikat
1.5 Penyelia / Pegawai Yang Bertanggungjawab Menyelia
Pelajar
3 BAB 2 - LATAR BELAKANG SYARIKAT
2.1 Nama Syarikat
2.2 Sejarah Dan Penubuhan Syarikat
2.3 Objektif, Visi Dan Misi Syarikat
2.4 Logo Syarikat
2.5 Profile Syarikat
2.6 Carta Organisasi Syarikat Perkhidmatan Yang
Disediakan
4 BAB 3 - LAPORAN TUGASAN / PROJEK YANG TELAH
DIBUAT SEMASA LATIHAN INDUSTRI
3.1 Aktiviti / Tugasan Yang Dijalankan Semasa Latihan
3.2 Proses Kerja Aktiviti yang dijalankan
3.3 Kesesuaian kursus Dengan Latihan Yang Diikuti
3.4 Kemahiran Baru Yang Diperolehi Dari Industri
3.5 Maslah Tugasan Dan Kaedah Penyelesaian Semasa
Latihan
3.6 Tugasan Kendiri
5 BAB 4 - CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN
6 BAB 5 - PENUTUP

6
PENGENALAN

1.1 Pengenalan Latihan Industri


Saya akan menggunakan masa dan kemahiran sepanjang tempoh latihan industri ini
selama 5 bulan, untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan pengalaman saya sepanjang
latihan industri ini dan akan saya gunakan sebaik-baiknya dalam bidang yang saya
ceburi ini dan dapat membantu saya untuk kerja pada masa hadapan nanti.

1.2 Objektif Latihan Industri

 Mendedahkan pelajar kepada suasana pekerjaan sebenar.


 Menggunakan sepenuhnya ilmu pengetahuan, kemahiran dan kebolehan yang
dipelajari di KKTM / IKM untuk dipraktikkan semasa latihan industri.
 Membiasakan pelajar dalam suasana pekerjaan.
 Memberi pendedahan asa keusahawana kepada pelajar yang ingin menceburi
bidang keusahawanan teknikal selepas tamat latihan.
 Sebagai salah satu input untuk penambahbaikan kurikulum dalam sistem latihan
kemahiran MARA.
 Sebagai salah satu syarat pengiktirafan jabatan perkhidmatan awam
(JPA/Qualitification Agency (MQA)) bagi tujuan penganugerahan diploma/sijil.

1.3 Dimana Latihan Dibuat

Saya menjalani latihan industri saya di Pesona Pictures yang terletak di Taman Tun Dr
Ismail, Kuala Lumpur dan beralamat Lot 29, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr
Ismail, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lokasi syarikat ini
terletak dalam barisan lot kedai dan mengadap perumahan. Ia juga terletak dalam 5 ke
10 minit dari Damansara Utama dan juga Media Prima Berhad.

Nama Syarikat: Pesona Pictures Sdn Bhd


Alamat : Lot 29, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No Telefon : 03-7728 2427
Email : pesonapix@gmail.com

7
1.4 Jawatan / Tanggungjawab Yang Diberi Oleh Syarikat

Jawatan dan tanggungjawab yang diberikan oleh pihak syarikat kepada saya adalah
jawatan Production Assistant atau Pembantu Produksi. Antara tanggungjawab saya
adalah melaksanakan segala tugasan yang diberi oleh production manager dan
producer. Pembantu produksi juga perlu melaksanakan kerja-kerja di set pengambaran
mahupun di pejabat. Pembantu produksi juga perlu memastikan segala peralatan berada
dalam keadaan baik dan siap sedia semasa pengambaran. Pembantu produksi juga turut
membantu pihak produksi menyediakan kertas kerja. Semasa di pengambaraan,
pembantu produksi perlu bertindak sebagai ‘runner’ dan juga memastikan set berada
dalam keadaan bersih.

1.5 Penyelia / Pegawai Yang Bertanggungjawab Menyelia Pelajar

Penyelia / pegawai yang bertanggungjawab menyelia pelajar ialah Pn Aida Fitri


Buyong. Beliau adalah penerbit eksekutif di Pesona Pictures Sdn Bhd. Beliau bertindak
sebagai penerbit utama yang mengawasi segala projek yang diterbitkan oleh syarikat
ini. Beliau juga akan memastikan filem ini disiapkan tepat pada waktunya, sesuai
dengan anggaran, dan mengikut standard artistik dan teknikal. Turut menjadi peyelia
pelajar juga adalah Cik Halina Samad. Beliau adalah pengurus produksi, dimana beliau
perlu memastikan bahawa proses pembuatan berjalan dengan lancar dan cekap. Beliau
juga bertindak sebagai penulis skrip untuk Pesona Pictures. Pelajar mendapat
mempelajari setiap tunjuk ajar dari mereka secara langsung dan praaktikal.

8
LATAR BELAKANG SYARIKAT

2.1 Nama Syarikat

Nama syarikat saya semasa menjalani Latihan Industri ialah Pesona Pictures Sdn Bhd
beralamat di Lot 29, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

2.2 Sejarah Syarikat

Pesona Pictures Sdn Bhd adalah sebuah syarikat produksi filem dan televisyen
Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1993. Dimulakan dan diasaskan oleh penerbit/
pengarah terkenal Datin Paduka Shuhaimi Baba, Pesona Pictures sejak itu telah
membina kumpulan kepakaran yang berkelayakan yang terdiri daripada tenaga kerja
yang berdedikasi, kreatif dan cekap. Dengan pengalaman lebih dari 20 tahun, Pesona
Pictures telah menerbitkan filem yang memenangi pelbagai anugerah dan lebih dari 100
kandungan digital untuk industri penyiaran dan iklan dengan konsep asli, kandungan
kreatif dan perkhidmatan pengurusan profesional. Pesona Pictures juga telah
memaparkan konsep dan produknya untuk Saluran Antarabangsa seperti Discovery dan
History / Bio.
Dengan rekod prestasi yang terbukti, Pesona Pictures dengan pasukan kreatif pemenang
anugerah dinamik, terus menggabungkan dan meneroka idea-idea tidak konvensional
segar untuk kandungan digital dan memanfaatkan teknologi baru. Pesona Pictures terus
mencipta peluang untuk bakat baru dan meletakkan produk kami sebagai produk
unggulan industri kami.

9
2.3 Objektif, Visi Dan Misi Syarikat

Objektif :
 Meningkatkan pengetahuan dalam bidang perfileman.
 Menyalurkan pekerja-pekerja yang berpengetahuan tinggi.
 Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan relevan.

Visi & Misi :


 Melahirkan tenaga kerja profesional dalam bidang perfileman.

2.4 Profile Syarikat


NAMA SYARIKAT : Pesona Pictures SDN BHD
NAMA PENGURUS : Datin Paduka Shuhaimi Baba
PEMBANTU SYARIKAT : Pn Aida Fitri Buyong
ALAMAT : Lot 29, Lorong Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur
TELEFON : 03-7728 2427
EMAIL : pesonapix@gmail.com

2.5 Logo Syarikat

10
2.6 Carta Organisasi Syarikat

2.7 Perkhidmatan Yang Disediakan


 Syarikat Pengeluaran Penyiaran & Media.
 Syarikat Produksi.

11
LAPORAN TUGAS / TANGGUNGJAWAB / PROJEK YANG TELAH DIBUAT
SEMASA LATIHAN INDUSTRI

3.1 Aktiviti / Tugasan Yang Dijalankan Semasa Latihan

Bulan JENIS-JENIS GERAK


KERJA/LATIHAN
Minggu 1  Sesi sual kenal dengan kakitangan company serta jawatan
(3 - 7 Feb) mereka.
 Belajar proses pos-produksi (company baru sahaja selesai
pengambaran program untuk RTM pada minggu lepas).
 Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.

Minggu 2  Sesi mengemas office.


(10 - 14 Feb)  Pengasingan barangan yang ingin disimpan atau dibuang.
 Mengemas barangan dan props di lokasi pengambaran.
 Pemungahan barangan untuk dihantar ke pejabat.
 Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.

Minggu 3  Tutorial untuk editing TV series oleh Ashley.


(17 - 21 Feb)  Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.

Minggu 4  Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.


(24 - 28 Feb)  Praktis penciptaan logline

Minggu 5  Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.


(2 - 6 Mac)  Praktis penciptaan logline

12
Minggu 6  Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.
(9 - 13 Mac)  Menyiapkan pitching rancangan televisyen
 Praktis penciptaan logline

Minggu 7  Pemeriksaan DVD untuk diantara kepada syndication.


(16 - 17 Mac)  Menyiapkan pitching rancangan televisyen

(18 Mac - 21  Semua pelajar Latihan Industri Mara diarahkan tamat latihan
Mei) berkuat kuasa pada tarikh 21 Mei. Mereka yang tidak mencukupi
minggu latihan diarahkan untuk melakukan tugasan kendiri
(filem pendek).

Tugasan Kendiri

25 - 29 Mei  -

1 - 5 Jun  Ideation filem pendek.


 Tajuk: Kita Belum Menang
 Tema: Merdeka/Covid 19
 Genre: Drama
 Duration: 4 minit

8 - 12 Jun  Pre-production (pelakon dan props).


 Lokasi: dalaman rumah
 Props seperti bendera.

13
15 - 19 Jun  Proses pengambaran.
 Proses pengambaran terpaksa ditangguh beberapa kali
disebabkan ketiadaan masa oleh para pelakon dan juga krew
untuk membantu saya
22 - 26 Jun  Disebabkan beberapa kali proses pengambaran telah ditangguh,
saya mengambil keputusan untuk menukar keseluruhan filem
pendek saya dan melakukan filem pendek berpuisi. Masih
menggunakan tajuk dan isi yang sama, cuma cara yang
berlainan.
 Masalah yang selalu dihadapi ialah pada penyuntingan. Ini
kerana laptop saya tidak mampu lagi untuk menampung saiz
resolusi yang besar.
 Proses Post-Production.

3.2 Proses Kerja Aktiviti yang Dijalankan

Antara proses kerja yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan DVD untuk
dihantarkan kepada syndication. Proses ini adalah wajid dijalankan bagi memastikan
footage yang dirender tidak mempunyai apa-apa masalah. Selain itu, disebabkan saya
melapor diri selepas produksi selesai pengambaran, saya diminta untuk membantu krew
produksi untuk tugasan-tugasan pos-produksi seperti mengemas set pengambaran dan
menghantar semula barangan props ke pejabat. Selepas selesai, saya telah membuat
latihan harian seperti menulis logline, storyline, cara-cara menulis pitching dengan
betul dan sebagainya. Sebelum pihak kerajaan melaksanakan PKP, pihak syarikat
sedang menyiapkan pitching untuk dihantar kepada syarikat penyiaran. Selain itu, turut
dilakukan oleh saya ialah bacaan skrip untuk filem animasi pendek.

14
Ideation jalan cerita serta latihan menulis logline.

15
Review DVD with Time Code.

16
Latihan bacaan untuk alih suara (voice over).

17
Sesi aliram suara (voice over)

3.3 Kesesuaian Kursus Dengan Latihan Yang Diikuti

Kesesuaian kursus dengan latihan yang saya ikuti di syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd
adalah memang sesuai dengan bidang kursus yang saya pelajari dan ceburi iaitu Filem
dan Animasi Digital semasa pembelajaran di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau.
Latihan yang saya ikuti di syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd sama dengan kursus yang
saya pelajari, lagi mudah bagi saya ikuti latihan yang diberikan oleh syarikat. Saya
dapat mengikuti Latihan Industri dengan keadaan baik dan juga mempunyai kakitangan
yang mahir dalam bidang filem. Oleh itu, memang sesuai dengan latihan saya ikuti
dalam syarikat syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd. Kerjasama dan hubungan kakitangan
syarikat juga amat baik terhadap saya, lagi mudah bagi saya menyesuaikan diri bagi
menjalani latihan saya di sini. Syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd juga sesuai dijadikan
tempat latihan industri kerana ia dilibatkan dengan syarikat filem yang lain.

Sepanjang saya mengikuti latihan industri ini saya diberikan kerja yang berlainan dari
apa yang dipelajari tetapi saya masih boleh menggunakan ilmu yang diberi oleh
pensyarah bagi penggunaan Adobe, tutur kata untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

18
3.4 Kemahiran Baru Yang Diperolehi Dari Industri

Kemahiran yang baru saya perolehi dari Pesona Pictures Sdn Bhd adalah saya dapat
belajar bagaimana satu filem atau drama diteruskan dan diterima oleh pihak atasan dan
pihak penyiaran. Selain itu, saya dapat belajar bagaimana mahu membuat satu video
yang menarik tetapi dalam durasi yang pendek. Saya juga mendapat kemahiran baru
dan baru memahami cara membuat video pitching dengan betul. Kemahiran yang saya
perolehi dapat membantu saya lagi untuk memajukan diri saya dalam bidang filem dan
sebagai Pembantu Produksi.

3.5 Masalah Tugasan Dan Kaedah Penyelesaian Semasa Latihan

Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat Pesona Pictures Sdn Bhd saya
mengalami banyak masalah yang merumitkan. Pada permulaan saya tidak beberapa
memahami cara sebenar untuk melakukan pitching. Pencarian idea juga saya agak
sukar untuk memilih kerana ia perlu sesuai dengan apa yang hendak saya tunjukkan
kepada penonton dan pembeli. Selain itu, saya mengalami masalah untuk memahami
cara membuat pitching kerana ini kali pertama saya mendapat tahu di dalam latihan
industri. Semasa berada di kolej, saya tidak pernah diajar atau mengetahui maksud
pitching yang betul. Apa yang dipelajari di kolej sememangnya tidak sama dengan apa
yang dilalu di dalam industri. Jadi, saya terpaksa mengambil waktu selama 6 minggu
untuk menyiapkan pitching yang menarik dan memahami jalan cerita.

Kaedah penyelesaian saya ialah bertanya kepada penyelia dan kakitangan terutamanya
Cik Halina di syarikat ini dengan lebih terperinci dan memahami. Selain itu, saya
memperbanyakkan membaca cerita atau novel dalam bentuk buku mahupun digital
supaya dapat membantu saya memahami apa yang cerita ingin disampaikan dan juga
mengembangkan lagi idea penceritaan yang saya pelajari. Saya banyak melihat contoh
dan toturial filem pendek di laman YouTube kerana saya mahu membuat video yang
menarik dengan pelbagai jalan cerita.

19
3.6 Tugasan Kendiri

Pada 21 Mie 2020, kesemua pelajar telah ditamatkan Latihan Industri disebabkan PKP.
sebahagian dari kami minggu Latihan Industri yang telah ditetapkan. Sehubungan
dengan itu, pihak kolej telah mengarahkan, pelajar yang tidak mencukupi minggu
Latihan Industri untuk melaksanakan satu tugasan kendiri, dalam bentuk filem pendek.
Bertemakan kemerdekaan. dengan terjadinya pandemik Covid-19 yang melanda
seluruh dunia, saya cuba mengabungkan situasi semasa dengan tema kemerdekaan ini.
mengutamakan mereka yang berada di barisan hadapan. Disebabkan saya merasa yang
kita masih belum lagi menang menentang ancaman Covid-19 ini, biar pun sebahagian
dari peraturan telah dilonggarkan sedikit demi sedikit. Oleh kerana tarikh tamat
Perintah Kawalan Pegerakan Pemulihan jatuh pada 31 Ogos, iaitu pada Hari
Kemerdekaan, jadi agak sesuai untuk saya mempertengahkan tema sebegini dengan isu
semasa yang melanda negara kita.

Disebabkan tidak mempunyai kemudahan untuk melakukan mengambaran, saya


mengambil keputusan untuk melakukan filem pendek, berpuisi atau sajak. dimana saya
menggunakan footage-footage yang saya perolehi dan menyuntingnya untuk dijadikan
sebagai sebuat video berdurasi 3 minit keatas. Selepas itu, V.O (voice-over) akan
dirakam dan dimasukkan kedalam video tersebut. Antara cabaran yang dihadapi adalah
untuk mencari footage yang bagus, juga puisi yang sesuai dengan video yang
diterbitkan.

20
21
CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

Cadangan saya terhadap syarikat Pesona Picturess Sdn Bhd ini perlu menambah atau
memperbaiki sistem pengurusan agar lebih cekap dan efektif supaya dapat menarik
minat pihak pemaju dan penonton filem untuk menonton cerita atau filem yang
dibincangkan.

Penambahbaikan saya pada syarikat Pesona Picturess Sdn Bhd pula, dari segi peluang
untuk bekerja perlu ditambah walaupun Pesona Picturess Sdn Bhd adalah syarikat yang
sudah sekian lama terbina sejak tahun 90an kerana setiap tahun, jumlah graduasi
semakin bertambah dan banyak diantara mereka tidak berpeluang bekerja dalam
industri ini.

Dengan ini, saya berharap pihak syarikat dapat melaksanakan cadangan dan
penambahbaikan yang saya cadangkan pada syarikat Pesona Picturess Sdn Bhd untuk
memajukan lagi syarikat ini agar lebih selesa.

22
PENUTUP

Setelah saya menjalani Latihan Industri selama 5 bulan, banyak yang saya pelajari dari
segala aspek berkaitan dengan bidang dalam Latihan Industri terutamanya cara dengan
pihal atasan dan pihak yang berkaitan yang telah mengajar saya. Saya telah banyak
mempelajari cara-cara bagaimana menjadi seorang Pembantu Produksi. Datin Paduka
Shuhaimi Baba iaitu pengurus syarikat Pesona Picturess Sdn Bhd telah banyak
memberi pendedahan tentang kemahiran yang beliau perolehi kepada saya.

Sebagai pelatih terutamanya untuk membuka minda dan pemikiran supaya lebih
berfikiran kreatif dan berpengetahuan tinggi, pelatih juga dapat mengenalpasti dan
menangani masalah-masalah yang sering timbul dalam kerja yang sebenar. Ianya dapat
meningkatkan lagi keupayaan pelatih berfikir, berdikari dan belajar menyelesaikan
masalah secara berkesan dan lebih penting dapat mempelajari sesuatu benda baharu.

Selain itu, secara amnya tujuan Latihan Industri patut diteruskan kerana berfungsi
memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih untuk mengalami dan merasai situasi
bekerja apabila menjalani Latihan Industri, mereka dapat melihat gambaran yang jelas
serta merasai keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri
dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya agar tidak kekok atau kaku bila dalam
dunia pekerjaan mengenai bidang yang diceburi. Pendedahan kepada alam pekerjaan
yang sebenar adalah baik kepada pelatih.

Akhir kata, bahawa latihan ini amat penting dan banyak mendatangkan kebaikan dari
keburukan kepada pelajar dalam menjalani Latihan Industri. Diharapkan segala
pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya yang diceburi
selama ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pekerja dan
pengurus syarikat yang telah banyak memberi pendedahan dan tunjuk ajar tentang cara-
cara menjadi seorang juruedit dan dapat menambah ilmu untuk menjadi seorang
juruedit mengenai filem.

23

Anda mungkin juga menyukai