Anda di halaman 1dari 2

BAB 5 KESIMPULAN

5.1

Kesimpulan Sepanjang menjalani Latihan Industri di RH Engineering Solution, pelajar banyak didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan tugas yang diberikan secara tidak langsung pelajar dapat mempelajari setiap tugasan dan kerja yang dilakukan yang di amanahkan oleh syarikat.

Pendedahan awal kepada pelajar tentang alam pekerjaan sebenar mematangkan serta membuka fikiran para pelajar tentang kehidupan dunia pekerjaan. Sepanjang 20 minggu menjalani Latihan Industri di RH Engineering Solution, saya telah mempelajari serba sedikit tentang kerja yang dilakukan oleh syarikat ini. Saya dapat mempelajari cara melakukan pendawaian elektrik pada soket 13 A, pendawaian elektrik lampu Downlight, kerja penanaman kabel Power di dalam tanah, memasang aksesori alatan komunikasi dan melakukan Power Saving Energy untuk membaiki Faktor Kuasa.

55

Banyak ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dapat saya pelajari sepanjang menjalani Latihan Industri di sini. Selain itu, kerjasama di antara kakitangan syarikat ini memberikan kerjasama dan tunjuk ajar pada para pelajar akan membuatkan sesuatu kerja dapat dilakukan tanpa masalah hasil bantuan dan tunjuk ajar daripada staf syarikat.

Selain itu juga, saya dapat mempratikkan serba sedikit ilmu teori dan teknikal yang ditimba sewaktu di Politeknik dan digunapakai sewaktu melakukan kerja terutamanya kerja yang melibatkan pendawaian elektrik. Saya juga bersyukur kerana dapat diberikan pendedahan awal tentang cara sesuatu projek dijalankan yang bermula dengan tinjauan tapak site dan perancangan awal sebelum melakukan memulakan sesuatu pekerjaan bagi memastikan kerja yang hendak dilakukan berjalan dengan lancar.

Walaupun ilmu yang ditimba sepanjang menjalani Latihan Industri masih berasa tidak cukup, namun segala ilmu yang pelajari sepanjang menjalani Latihan Industri akan digunakan sebaik mungkin dan secara tidak langsung program Latihan Industri ini akan memperbaiki dan menambahkan sedikit sebanyak ilmu yang tidak dipelajari di Politeknik serta dapat juga memperbaiki kemahiran Soft Skill yang saya miliki terutamanya mengenai cara berkomunikasi dengan pihak atasan dengan tatasusila yang betul.Selain itu, program Latihan Industri seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk menempuhi alam pekerjaan selepas tamat pembelajaran jurusan Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan di Politeknik Ibrahim Sultan.
56

Anda mungkin juga menyukai