Anda di halaman 1dari 4

BAB 5

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini meliputi tiga bahagian iaitu perbincangan dapatan kajian, cadangan kajian dan rumusan.
Pada akhir bab ini, akan diberikan beberapa cadangan juga turut dikemukakan untuk
memastikan keselamatan pelajar dan pesnayarah di dalam bengkel sentiasa selamat ketika
sesi pemeblajaran dan pengajaran berlangsung. Selain itu, kajian ini dapat dikemukakan
kepada penyelidik yang berminat untuk membuat kajian selanjutnya berkaitan kajian ini pada
masa akan datang.

5.2 PERBINCANGAN

Berdasarkan analisa yang dibuat, hasil dapatan kajian mendapati responden bersetuju bahawa
penambahbaikan prosedur peralatan dan tagging pada setiap peralatan di dalam bengkel
memberi manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah pengurusan bakeri dan pastri.
Seterusnya, berdasarkan analisis secara terperinci bahawa bengkel bakeri dan pastri
mempunyai masalah prosedur yang sedia ada di dalam bengkel bakeri dan pastri kurang jelas
dan tidak dipaparkan. Prosedut di dalam bengkel amatlah penting untuk mengelakkan
berlakunya sebarang kemalangan. Selain itu, masalah kedua ialah penyusunan peralatan di
dalam bengkel yang kurang sistematik menyebabkan pelajar sukar untuk mencari dan
menggunakan peralatan di dalam bengkel. Kerja amali serta sesi pengajaran dan pembelajaran
akan berjalan dengan lebih lancar jika setiap peralatan mempunyai tagging.

Seterusnya, pengkaji menambahbaik prosedur penggunaaan peralatan yang sedia ada


dan mewujudkan prosedur baru untuk memastikan para pelajar dan pensyarah dapat
menggunakan peralatan dengan betul dan selamat. Seterusnya, pengkaji mewujudkan tagging
pada setiap peralatan mengikut kategori supaya pelajar mudah untuk mencari dan
menggunakan peralatan dengan lebih selesa. Para pelajar dapat mencari peralatan yang
hendak digunakan dengan lebih mudah semasa proses amali dan sesi pembelajaran.dan
pengajaran.

Hasil daripada dapatan dan analisis dalam Bab 4 yang diperolehi daripada borang soal
selidik kepada responden-responden telah berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di
samping itu, masalah juga dapat diatasi dan dapat diselesaikan selepas pengkaji
menambahbaik prosedur penggunaan peralatan dan mewujudkan tangging pada setiap
peralatan mengikut kategori.

5.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bahagian ini menerangkan cadangan - cadangan yang dikemukakan agar dapat menjadi
panduan dan tindakan susulan bagi menambahbaik prosedur penggunaan peralatan pada
masa hadapan.

5.3.1 Tindakan yang akan dilakukan jika pelajar didapati tidak mengikuti prosedur yang
telah disediakan.

Prosedur keselamatan diadakan untuk memastikan prasarana yang selamat dan kondusif untuk
proses pegajaran dan pembelajaran di dalam bengkel tanpa berlakunya kemalangan ataupun
kecederaan terhadap pelajar dan pensyarah semasa menggunakan peralatan di dalam
bengkel. Antara tindakan yang boleh dikenakan terhadap pelajar adalah dengan memberi
nasihat supaya pelajar menggunakan peralatan dengan mengikut prosedur yang disediakan.
Sekiranya pelajar masih melakukan kesilapan yang sama pensyarah perlu memberikan amaran
yang lebih tegas kepada pelajar. Oleh hal yang demikian, pelajar akan berasa takut untuk tidak
mengikuti prosedur penggunaan di dalam bengkel. Hal ini dapat mengurangkan risiko
kemalagan terhadap pelajar. Tindakan akan dikenakan kepada pelajar yang didapati tidak
mematuhi peraturan atau prosedur di dalam bengkel yang akan menyebabkan kejadian yang
tidak diingini yang disebabkan kesalahan dalam penggunaan peralatan yang boleh
mengakibatkan kecederaan, kesakitan, kematian atau kerosakan pada harta benda.

5.3.2 Pensyarah perlu memastikan prosedur yang ditampal sentiasa dalam keadaan yang
baik.

Setiap barang yang terdapat di dalam bengkel pasti akan rosak atau kurang kualitinya kerana
sudah dipakai lama dan selalu digunakan. Oleh hal yang demikian, peralatan yang baru akan
dipesan oleh bahagian bakeri dan pastri untuk memastikan semua pelajar dapat menggunakan
fasiliti yang ada di dalam bengkel tersebut supaya mereka dapat melaksanakan tugasan amali
dan pembelajaran di dalam bengkel. Peralatan yang baru dipesan perlulah diletakkan atau
ditampalkan sop yang lengkap iaitu meliputi perkara yang perlu dilakukan sebelum, semasa dan
selepas menggunakan peralatan tersebut. Kadangkala, pihak yang berkenaan kurang
memberikan perhatian terhadap aspek prosedur ini. Hal ini akan menyebabkan
penyalahgunaan peralatan dan kemalangan terhadap pelajar kerana tiada sop pada perlatan
baru tersebut. Oleh itu, pihak berkenaan perlu peka dan memberi perhatian terhadap peralatan
yang baru dengan meletakkan sop penggunaan peralatan.

5.3.3 Pensyarah membuat taklimat kepada pelajar sebelum sesi pengajaran dan
pembelajaran berlaku.

Taklimat boleh didefinisikan sebagai keterangan ringkas tentang sesuatu yang berlaku atau
sesuatu yang dihasilkan. Taklimat merupakan sebuah ucapan pemakluman dan disampaikan
secara hubungan dua hala dalam situasi formal dan tidak formal. Pensyarah seharusnya tahu
dengan jelas tentang keselamatan di dalam bengkel dan memberi panduan kepada pelajar
tindakan yang perlu dilakukan sebelum dan selepas sebarang aktiviti berlangsung untuk
mengelakkandaripada berlakunya kemalangan. Selain itu, dengan memberi taklimat kepada
pelajar dapat meningkatkan pengetahuan dan kesedaran terhadap keselamatan. Seterunsya,
pensyarah perlu memberi keterangan berkaitan prosedur di dalam bengkel dengan lebih jelas
supaya dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang selamat, sekali gus
mewujudkan suasana bengkel yang kondusif. Pensyarah perlu menunjukkan demonstrasi
kepada pelajar supaya pelajar dapat belajar cara melakukan tugas dengan memerhati tunjuk
ajar yang diadakan. Sebaik sahaja sudah memperoleh cukup maklumat, pelajar dapat
memulakan kerja dengan lebih yakin dan selamat. Oleh itu, tunjuk cara perlulah tepat dan
ringkas. Apabila pelajar mula aktif pesyarah boleh menumpukan perhatiannya kepada tugas
membimbing individu.

5.4 Kesimpulan

Kesimpulannya, kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan kesemua objektif berjaya
dicapai. Oleh itu, dengan ini penyelidik mengharapkan agar kajian ini dapat meningkatkan
keselamatan di dalam dan dapat mengelakkan risiko kemalangan berlaku bengkel Kolej
Vokasional Datuk Seri Abu Zahar Isnin. Selain itu, penambahbaikan prosedur penggunaan
peralatan dapat membantu pelajar menggunakan peralatan dengan betul dan selamat ketika
sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan di dalam bengkel. Seterusnya, ‘Tagging’ yang
diwujudkan pada setiap peralatan mengikut kategori dapat membantu pelajar menggunakan
peralatan dengan lebih mudah. Penyelidik juga berharap agar kajian ini dapat mendatangkan
manfaat kepada semua pihak antaranya pelajar dan pensyarah pengurusan bakeri dan pastri
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran ataupun ketika kerja amali dijalankan. Di samping itu,
semoga dapatan kajian ini dapat juga dijadikan rujukan kepada penyelidik penyelidik yang lain
jika turut berminat dalam mengkaji permasalahan yang melibatkan kajian ini.

Anda mungkin juga menyukai