Anda di halaman 1dari 2

PENAMBAHBAIKAN TEMPAT KERJA

Para pekerja biasanya menunjukkan perlaksanaan yang lebih baik dalam suasana yang lebih
aman dan tidak mengandungi unsur-unsur yang negatif. Suasana kerja yang negatif akan
mengganggu keberkesanan kerja seseorang pekerja itu. Para psikologis Industri dan
Organisasi cuba mengenalpasti bagaimana persekitaran fizikal kerja dapat mempengaruhi
seseorang pekerja dari segi perlaksanaan, kepuasan dan kesihatan mereka Oleh itu para
pekerja memerlukan tempat kerja yang lebih selesa untuk melaksanakan kerja dengan lebih
bersemangat.

Antara penambahbaikan tempat kerja yang harus dilaksanakan ialah

 Menambah lebih banyak pendingin hawa untuk keselesaan pekerja


 Menyediakan lebih banyak kemudahan infrastruktur
 Menyediakan tempat beribadat bagi yang beragama islam
 Menyediakan tempat minuman seperti coway dan sebagainya
 Menambah lebih banyak peralatan bekerja bagi memudahkan pekerja
 Membuat sebuah tempat untuk pekerja berehat
 Menaik taraf sistem di tempat kerja
 Menaik taraf mesin mesin untuk kegunaan pekerja

Objektif penambahbaikan tempat kerja

 Mengenalpasti tahap kepuasan pekerja secara keseluruhan di kalangan kakitangan


 Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kearah kepuasan bekerja di jabatan
 Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan prestasi kerja berdasarkan ciri-ciri demografi
pekerja pekerja
 Mengemukakan cadangan penambahbaikan dalam mewujudkan kepuasan bekerja
dikalangan kakitangan
Pihak syarikat

 Pihak syarikat perlu menambahkan lagi pekerja untuk menyiapkan sesuatu kerja
dengan lebih pantas.
 Pihak syarikat seharusnya menggantikan peralatan lama yang sering rosak dengan
peralatan yang baru
 Pihak syarikat perlu memantau para pekerja dalam melakukan kerja
 Pihak syarikat seharusnya memantau sikap para pekerja apabila para pekerja
berganding bahu melakukan kerja bersama pelajar praktikal
 Diharapkan pihak syarikat memberi tugasan yang sesuai dengan bidang yang diambil
oleh pelajar praktikal

Rumusan
Penambahbaikan tempat kerja sangat memberi kesan terhadap peningkatan prestasi pekerja
yang mampu memberikan kemajuan kepada sesebuah organisasi Walaupun Walaupun tahap
kepuasan pekerja didapati meningkat, masih banyak lagi aspek yang
Boleh ditingkatkan oleh pengurusan agar tahap kepuasan bekerja kakitangan berada di
Tahap yang baik dan memuaskan. Dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan oleh
Pengurusan menambahbaik keperluan kakitangan agar suasana bekerja yang harmoni
Dan kondusif dapat disediakan. Ketidakselesaaan bekerja boleh mendorong kepada
Kurangnya produktiviti dan secara tidak langsung menyumbang kepada prestasi pekerja

Anda mungkin juga menyukai