Anda di halaman 1dari 4

Isu 2 : Kilang Guna Logo Halal Palsu Diserbu

Bahan Rujukan : Keratan Akhbar Berita Harian Khamis 12 Januari 2017

Ulasan/penerangan :

Logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM menunjukkan produk seperti makanan dan
minuman, barangan pengguna, premis makanan dan rumah sembelih bebas dari bahagian
atau benda dari binatang yang diharamkan kepada orang islam atau haiwan yang tidak
disembelih mengikut hukum syarak. Seterusnya, produk mestilah tidak mengandungi apa-apa
bahan yang dianggap suci dalam undang-undang islam dan ianya tidak disediakan, diproses
atau dikilang menggunakan peralatan atau perkakas yang tidak bebas daripada kotoran seperti
yang ditakrifkan oleh undang-undang islam. Selain itu, produk pada peringkat penyediaan,
pemprosesan atau penyimpanan mestilah tidak bersentuhan dengan atau disimpan
berhampiran apa-apa jenis makanan yang tidak memenuhi kehendak hukum syarak atau
mana-mana bahan yang dianggap suci oleh undang-undang islam.

Halal merupakan sesuatu yang amat penting bagi umat islam kerana ianya berdosa apabila
berada dekat pada perkara atau benda yang haram apatah lagi memakannya. Disebabkan itu,
peniaga yang menjual produk makanan atau barangan pengguna perlulah diperiksa oleh
JAKIM untuk mendapatkan logo halal pada produk mereka kerana jika produk mereka tidak
ada logo halal maka sebahagian besar orang islam tidak akan membeli produk mereka.

1
Tetapi, ada segelinir peniaga yang sedar bahawa mereka tidak akan dapat logo halal jika
mereka memangil JAKIM untuk memeriksa kerana mereka tahu produk mereka melanggar
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh JAKIM. Disebabkan itu mereka menggunakan logo
halal palsu untuk menipu pelanggan islam untuk membeli produk mereka. Logo halal palsu
bermaksud mereka mencetak logo halal pada produk mereka tanpa memiliki sijil halal
JAKIM kerana sijil halal tersebut hanya diberikan oleh peniaga atau pengeluar yang sudah
disemak, disahkan atau diperiksa oleh JAKIM.

Keratan akhbar diatas menunjukkan sebuah kilang memproses dan membungkus ayam di
Kampung Changkat Dain menggunakan logo halal palsu kerana syarikat itu tidak memiliki
sijil halal JAKIM. Logo halal juga menunjukkan bahawa produk itu bersih atau dihasilkan
dengan cara yang bersih beserta persekitaran yang bersih lalu menjamin kesihatan pembeli
serta tidak memiliki kandungan yang mermabukkan seperti alkohol kerana ia akan
memberikan kesan buruk bagi orang islam yang langsung tidak pernah menyentuh alkohol.

Banyak kesan negatif daripada membeli produk yang menggunakan logo halal palsu dan
sudah pasti bahawa produk tersebut tidak halal kerana mereka ‘takut’ JAKIM memeriksa
produk mereka. Kesan negatif yang pertama adalah hilang keberkatan dalam hidup. Kesan
daripada pengambilan makanan dan minuman yang haram akan menghilangkan keberkatan
dalam hidup dan juga harta benda, sekalipun perolehannya nampak baik, namun tidak kekal
lama. Hidup pula tidak bahagia dan jiwa sentiasa gelisah tidak tenang, malah hidup penuh
dengan berbagai masalah.

Kesan negatif yang kedua adalah doanya tidak diterima oleh Allah SWT. Kesan daripada
pengambilan makanan dan minuman yang haram, doanya tidak akan diterima oleh Allah.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang lelaki melakukan perjalanan yang
jauh, rambutnya kusut-masai, mukanya berdebu, menadah kedua belah tangannya ke langit
dan berdoa : Ya Rabbi! Ya Rabbi! Padahal makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan mulutnya disuapkan dengan yang haram, maka bagaimanakah akan
diterima doanya itu?” (HR Muslim).

2
Ibnu Abbas berkata bahawa Saad bin Abi Waqas berkata kepada Nabi Muhammad SAW :
“Wahai Rasulullah! Doakanlah untukku supaya menjadi orang yang diterima doa-doanya
oleh Allah.” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Wahai Saad, perelokkanlah makanan kamu
nescaya akan diterima doa kamu, demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tangan-Nya,
bahawa seorang hamba yang memasukkan sesuap makanan yang haram ke dalam rongganya,
nescaya tidak akan diterima amalannya selama 40 hari.” (HR At-Tabarani).

Kesan negatif yang ketiga adalah dagingnya akan dibakar dalam neraka. Sabda Rasulullah
SAW yang bermaksud, “Tiap-tiap daging yang tumbuh dari benda yang haram, maka neraka
lebih utama untuknya.” (HR Tirmizi).

Kesan negatif yang keempat adalah hati menjadi keras. Imam Ahmad ditanya bagaimana
cara melembutkan hati. Beliau menjawab, dengan memakan makanan yang halal. Perlu
diingatkan bahawa hati merupakan anggota dalaman yang sangat penting dalam tubuh
manusia, baik atau rosaknya anggota zahir adalah berpunca dari hati, justeru Rasulullah SAW
sangat memberi penekanan terhadap hati, sebagaimana sabdanya, “Ketahuilah bahawa dalam
tubuh badan terdapat seketul daging yang apabila baik, nescaya baiklah seluruh tubuh badan
dan apabila ia rosak, nescaya rosaklah seluruh tubuh badan, ketahuilah, itulah hati.” (HR
Bukhari dan Muslim)

Kesimpulannya, pastikanlah makanan, minuman dan pakaian kita, benar-benar halal dan
diperolehi melalui sumber yang halal. Mudah-mudahan hidup kita diberkati Allah, keluarga
menjadi bahagia, anak-anak berakhlak mulia dan jiwa sentiasa tenang, serta dapat
melaksanakan ibadah kepada Allah dengan penuh khusyuk dan ikhlas.

Cadangan/penambahbaikan :

Untuk mengatasi masalah daripada tertipu membeli produk tidak halal. Pertama, anda
perlulah memeriksa nama syarikat atau pengeluar produk tersebut di laman web JAKIM.
Kedua, belilah produk yang sering dibeli oleh orang ramai terutamanya orang islam. Ketiga,
pastikan anda tidak rasa was-was atau rasa curiga ketiga membeli produk tersebut kerana ia
merupakan tanda terdapat masalah pada produk itu tetapi tidak selalu ianya betul mengikut
firasat sahaja. Keempat, kenalpasti ciri-ciri logo halal seperti yang ditunjukkan di bawah :

3
4

Anda mungkin juga menyukai