Anda di halaman 1dari 1

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan kerja kursus dengan
jayanya . Pertama sekali , ingin saya mengujapkan jutaan terima kasih kepada pihak Institut Pendidikan Guru
Kampus Dato’ Razali Ismail kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan kerja kursus ini
dengan menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami menyelasaikan urusan
mencari bahan rujukan kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Mohamed Bin Ayob yang
telah memberi banyak tunjuk ajar serta penerangan kepada saya dengan sempurna kepada saya dari awal
tugasan ini diedarkan kepada saya sehinggalah tugasan ini dapat saya siapkan dengan jayanya.Selain itu ,
saya juga berterima kasih kepada tuan kerana meletakkan sepenuh kepercayaan kepada saya dalam
menyiapkan kerja kursus ini.

Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa saya yang rela berkerah tenaga memberi dorongan serta
mengeluarkan wang ringgit sepanjang penghasilan projek ini.Sungguh saya terhutang budi kerana tanpa
keringat keduanya saya tidak mungkin mampu menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan -
rakan lain.Malah,sekalung perhargaan juga kepada rakan–rakan seperjuangan yang tidak jemu membantu
saya dalam proses penghasilan tugasan ini seperti bertukar–tukar pendapat melalui perbincangan yang
diadakan bersama.

Akhir sekali , harapan saya agar segala tugasan yang saya siapkan dapat menambah ilmu pengetahuan kami
secara lebih mendalam disamping dalam membina jati diri serta bakat sebagai seorang bakal guru yang
bertanggungjawab bagi melahirkan modal insan yang cemerlang.Seterusnya , saya berharap dengan tugasan
ini saya dapat mengubah diri saya ke arah yang lebih baik serta tidak lupa juga pembaca.harapan saya agar
para pembaca dapat memanfaatkan segala ilmu yang terdapat dalam tugasan ini supaya kita sama-sama
dapat menjadi seorang pendidik berjiwa bangsa yang berpengetahuan luas dalam pelbagai cabang ilmu
pengetahuan dalam proses pembelajaran khususnya dan kepada masyarakat setempat.

MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN MUHAMAD RUKINI

PPISMP Pendidikan Islam 4

IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Anda mungkin juga menyukai