Anda di halaman 1dari 13

KOD/ SUBJEK:

ISE 4213/KEUSAHAWANAN ISLAM


TAJUK:
LAPORAN AKTIVITI JUALAN

AHLI KUMPULAN:

BIL NAMA AHLI NO MATRIK

1. SITI ZAWANAH BINTI MOHD HALIMI PIB 18088

2. NURUL AIN BINTI MOHAMMED PIB 18085

3. NUR AINA AFIKAH BINTI KHALID PIB 18077

4. NATASHA AMIRA BINTI AFANDI PIB18129

5. NUR DIANA BINTI ABDUL RAZAK PIB 18127

6. SITI AISYAH BINTI A.MAJID PIB18105

NAMA PENSYARAH:
MISS AULIA FAHADA MISARIDIN

JABATAN:
IJAZAH SYARIAH DENGAN PENTADBIRAN KEHAKIMAN

SESI:
2021/2022

1
1.0 PENGENALAN PERNIAGAAN
1.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

i. Nama pemilik : Hairul Anuar Suboh


ii. Nama Syarikat : Syarikat Herochef Food Enterprise
iii. Nama Produk : Paru Rangup By Hero Chef
iv. Nombor telefon : 012-7454915
v. Instagram : herochefhq /
vi. Facebook : Hairul Anuar Suboh/ Paru Rangup HQ
vii. Aktiviti perniagaan : Pengeluar dan Pengedar Produk Makanan
viii. Status perniagaan : Enterprise
ix. Visi : “Beriltizam menjadi diantara pengeluar
dan pemasar produk makanan yang dijamin
halal sementara itu untuk membantu lebih
ramai untuk memulakan perniagaan”.
x. Misi : “Memastikan perjalanan pemprosesan
produk dari awal peneriamaan sehinggalah
pengeluaran produk akhir adalah seragam dan
bermutu seterusnya meningkatkan rangkaian
saluran pengagihan supaya produk dapat
menumbusi sasaran dengan lebih meluas.
Akhir sekali, merancang sistem dan konsep
pemasaran dan pengedaran yang lebih efektif
bagi memberikan keuntungan dan pulangan
terbaik kepada syarikat dan rangkaian
pemasaran”.

2
1.2 LOGO PERNIAGAAN

2.0 LAPORAN PEMASARAN


Laporan pemasaran merupakan perkara yang sangat penting di dalam sesebuah
syarikat. Syarikat kami mengambil berat tentang aspek-aspek yang berkaitan
dengan strategi pemasaran dan dapat memberi impak yang positif dalam
menjadikan syarikat kami berdaya maju dan mampu bersaing. Syarikat kami
menjual barangan berasaskan makanan yang rangup,murah, mudah dimakan dan
sedap iaitu Paru Rangup.

Strategi pemasaran mengandungi empat P iaitu product (produk), price


(harga), place (tempat) dan promotion (promosi). Empat elemen ini juga
dikenali sebagai campuran pemasaran. Kami menggunakan konsep menawarkan
produk yang menarik untuk memenuhi kehendak pasaran dengan harga yang
berpatutan pada tempat yang betul dan masa yang sesuai.

2.1 Produk
Syarikat kami menjual produk makanan iaitu paru rangup. Makanan ini
telah diproses dengan baik serta bersih sebelum dibotolkan. Paru rangup ini
juga merupakan produk yang halal dan bermutu serta mempunyai
peminatnya tersendiri.

3
2.2 Harga
Harga yang kami tetapkan adalah sangat berpatutan dan murah
memandangkan kebanyakan para pembelinya adalah pelajar kolej dan
universiti. Harga yang kami tetapkan juga lebih rendah berbanding dengan
tempat lain iaitu hanya Rm 18.00 sebotol seberat 200gram.

2.3 Saluran Agihan atau Tempat yang digunakan


Memandangkan keadaan sekarang pergerakan yang agak terbatas kerana
wabak Covid-19, syarikat kami tidak dapat membuka booth untuk berniaga
akan tetapi hanya berniaga melalui akaun media sosial iaitu Instagram,
Facebook page dan Whatsapp. Sejajar juga dengan perkembangan
teknologi, semua orang mempunyai akaun - akaun laman sesawang seperti
yang dinyatakan diatas. Walau bagaimanapun, pemasaran paru rangup kami
mampu menarik minat pengguna dengan baik dan berkesan serta jualan juga
mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggan.

Instagram Page : Facebook Page :

4
2.4 Promosi
Syarikat kami menawarkankan promosi dengan menghebahkan kepada
pelanggan melalui iklan yang telah diwar - warkan di Instagram, Facebook
Page dan Whatsapp. Kami juga membuat poster yang menarik bertujuan
menarik lebih ramai pelanggan.

Strategi Promosi - Setiap pembelian 2 botol dan keatas, pelanggan


mendapat baucar sebanyak rm1.
- Free postage kepada pembelian 2 ke atas.

3.0 ANALISA PERSAINGAN

FAKTOR USAHAWAN PESAING 1 PESAING 2 PESAING 3

PRODUK KEREPEK PARU PARU CRISPY


ORI JDT RANGUP RANGUP BY PARU
ORIGINAL BY KUALI CRUNCY
AUNTY ROCK RANGUP
KOS RM150.00 RM100.00 RM100 RM120.00
PENGELUARAN
HARGA RM15-RM90 RM30 RM19.00 RM20-
PRODUK RM25.00
TEKNOLOGI MESIN HOMEMADE HOMEMADE HOMEMADE

MODAL RM55.000 RM1500.00 RM12OO.00 RM1450.00


KEWANGAN

5
3.1 ANALISA SWOT

KELEBIHAN (S) KEKURANGAN (W)


1) Mempunyai pelanggan yang setia dan 1) Jenama yang masih belum terkenal di
tetap pasaran
2) Makanan yang disediakan mengikut 2) Kekurangan tenaga kerja
citarasa rakyat Malaysia 3) Baru memulakan operasi
3) Menawarkan pada harga yang 4) Susah untuk mendapatkan
mampu kepercayaan orang awam untuk
milik membeli kerana produk menggunakan
4) Diyakini HALAL 100% organ dalaman. (kebiasannya hanyir)
5) Mudah dibawa kemana-mana
6) Mudah untuk dimakan
PELUANG (O) ANCAMAN (T)
1) Peluang perniagaan untuk di 1) Mempunyai persaingan yang sengit
komersialkan 2) Kesukaran mendapatkan bekalan stok
2) Produk yang jarang dijual dan paru
menjadi 3) Tempat dan cara penyimpanan yang
permintaan di pasaran tinggi. agak sulit

4.0 KEWANGAN
4.1 PENYATA UNTUNG RUGI

MODAL KOS PERBELANJAAN JUALAN KEUNTUNGAN

RM 483 STOK 1 RM 33 RM 540 RM 540 – RM


RM 450 450 = RM 90

RESTOCK RM 7.50 RM 180 RM 180 – RM


RM 150 150 = RM 30

JUMLAH RM 600 RM720 RM 720 – RM


600 = RM 120

6
5.0 KEMAHIRAN
5.1 KEMAHIRAN DAN PENGALAMAN
Hasil daripada aktiviti jualan ini kami dapat meluaskan pengetahuan dan
pengalaman kami dalam bidang perniagaan. Pelbagai ilmu baru kami peroleh
daripada aktiviti ini seperti kami dapat menguasai kemahiran berkomunikasi
dengan pelanggan, kemahiran menarik minat pelanggan untuk membeli produk
kami dan dapat berfikir secara kreatif sebagai seorang usahawan. Aktiviti jualan
ini juga memberi pengalaman asas kepada kami untuk memulakan perniagaan
di masa hadapan atau menjadikannya sebagai kerjaya. Melalui aktiviti ini juga
kami dapat mengenali jenis produk yang diminati oleh segenap lapisan
masyarakat. Selain itu dapat memupuk kemahiran dalam memberanikan diri
untuk mencuba sesuatu yang baru dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis
ragam pelanggan.
Seperti yang dinyatakan di atas kami dapat merasai pengalaman asas
dalam perniagaan seperti mencari pembekal, jenis produk atau servis yang
sesuai, kelengkapan perniagaan, modal yang diperlukan dan sebagainya.
Seterusnya dapat memberi kemahiran dalam menguruskan masa untuk
menguruskan perniagaan dan membuat tugasan lain sama ada hal peribadi atau
akademik. Aktiviti ini memberi pengalaman dalam menguruskan kewangan
bagi menampung perniagaan dan mengelakkan dari tertipu oleh pihak tidak
bertanggungjawab. Kemahiran yang kami peroleh juga adalah kemahiran
kepimpinan. Saling membantu dan memberi semangat kepada ahli kumpulan
lain yang mempunyai masalah dan memupuk sikap bertanggungjawab dalam
diri setiap ahli kumpulan.

6.0 CABARAN
6.1 CABARAN KEWANGAN
Cabaran kewangan, ini adalah cabaran utama yang dihadapi oleh para peniaga
yang dari golongan pelajar. Sebagai pelajar cabaran kewangan menjadi
masalah yang utama untuk diselesaikan, . Cabaran kewangan juga merangkumi
perkara-perkara seperti masalah modal, masalah aliran tunai , masalah bajet,
masalah bayaran masuk, masalah pengurusan akaun, masalah pengurusan
hutang dan lain-lain.

7
6.2 KEKURANGAN PENGALAMAN
Kekurangan pengalaman adalah antara faktor kebuntuan dalam memulakan
perniagaan pada awal perdagangan yang hendak dijalankan. Kebuntuan ini
didorong oleh kekurangan kekuatan dalam pengurusan dalam menjalankan
perniagaan Kami. Walaubagaimanapun, Memang tak dinafikan kebanyakan
peniaga akan mengalami masalah yang sama ketika dipermulakan perniagaan.

6.3 CABARAN PERSAINGAN


Cabaran pesaingan adalah cabaran yang paling popular dalam sesebuah
pernigaan. Hal ini kerana, terdapat pelbagai perniga yang turut menjual produk
yang sama dengan produk yang kami jual. Pesaing yang dimaksudkan ialah
pesaing seperti dari segi keunikan, harga, kegunaan dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, dalam sesebuah perniagaan, strategi dan teknik-teknik
yang kreatif sangat penting bagi meningkatkan perniagaan. Seterusnya, dalam
menjalankan sesuatu perniagaan, cara promosi juga merupakan faktor yang
penting bagi mengalahkan pesaing-pesaing bagi meningkatkan keuntungan
serta meningkatkan reputasi perniagaan.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Bagi cadangan penambahbaikan , Paru Ranggup perlu mendapatkan persijilan


halal daripada pihak berwajib. Tujuan pensijilan halal ini untuk meningkatkan lagi
keyakinan pelanggan terhadap produk yang dikeluarkan . Persijilan halal juga dapat
membantu Paru Ranggup untuk berkembang lebih luas. Hal ini kerana,
pengiktirafan halal terhadap produk yang dikeluarkan dapat menarik minat
pelanggan yang pelbagai kaum di Malaysia ini.

Paru Ranggup juga perlu menambah bilangan pekerja untuk memastikan proses
pengeluaran produk dapat dihasilkan dengan banyak dan lancar. Jika pekerja adalah
kurang, ini akan membantutkan perkembangan pengeluaran produk.

Selain itu, Paru Ranggup juga perlu memasarkan pelbagai perisa yang menarik
dan sedap , mengikut citarasa orang malaysia . Dengan cara ini Paru Ranggup dapat
meningkatkan imejnya di pasaran selain dapat meningkatkan jualan dan dapat
menarik lebih ramai lagi pelanggan ke kedai Paru Ranggup.

8
Bukan itu sahaja, untuk meningkatkan jualan dan mengembangkan pasaran
Paru Ranggup , Paru Ranggup perlu juga membuat kolaborasi dengan produk
makanan yang lain yang sesuai, supaya dapat menguatkan pendirian Paru Ranggup
dan dengan cara ini Paru Ranggup akan selalu mempunyai pelanggan untuk
membeli Paru Rangup. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan Paru Ranggup
kepada pelanggan yang baru mengenali kedai Paru Ranggup dan jika Paru Ranggup
dapat menghasilkan produk dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan,sudah
tentu dapat menambat lebih ramai hati pelanggan.

8.0 KESIMPULAN

8.1 KESIMPULAN BAGI AKTIVITI JUALAN


Kesimpulanya, aktiviti jualan seperti ini akan memberi kesan yang sangat baik
kepada para pelajar, terutamanya dalam perancangan perniagaan. Ini kerana, setiap
orang haruslah memberi kerjasama agar tidak berlaku salah faham antara pasukan.
Maka disinilah akan diberikan tanggungjawab agar tidak terlepas pandang dengan
hal-hal yang remeh dan sentiasa mengingati kawan-kawan agar sentiasa
bertanggungjawab ke atas tugas masing-masing. Di dalam perniagaan jika tidak ada
kerjasama yang baik maka ia akan menjadi satu titik kegagalan kepada sesebuah
perniagaan yang bakal dijalankan. Dengan ini jelaslah bahawa, aktiviti jualan ini
mampu memberikan sebuah pengalaman yang menarik untuk kami memulakan
sebuah perniagaan serta membuka peluang kepada para pelajar untuk menjadi
ushawan di masa hadapan.
Seterusnya, di dalam situasi pendemik convid-19 tidak menghalang kepada
pelajar untuk melakukan aktiviti jualan. Ini kerana, dapat kami gunakan teknologi
yang telah disediakan pada zaman ini dengan sebaiknya. Dengan cara ini, dapatlah
kami menggunakan platfom-platfom yang disediakan dengan sebaiknya. Aktiviti
jualan di atas talian yang kami gunakan sepeti instagram, facebook dan whatsapp.
Disinilah sisi baik sesebuah teknologi yang dapat dilihat membantu kepada aktiviti
jualan pada hari ini yang semakin maju dan moden. Serta dengan media sosiallah
dapat membantu kami menjayakan aktiviti jualan sepanjang pendemik ini
berlangsung.

9
Disamping itu, aktiviti jualan ini memberi pendedahan awal kepada para pelajar
tentang perniagaan kecil-kecilan. Kemudian dapat memupuk semangat kepada para
pelajar untuk memulakan pernigaan daripada sekarang untuk menjadi usahawan
suatu hari nanti. Ini kerana apabila semakin ramai usahawan di sesebuah negara,
maka ia dapat membantu negara itu menjana ekonomi dengan baik di masa
hadapan. Akhirnya, aktiviti jualan ini sangat membantu dan meberi satu impak yang
baik kepada para pelajar terutamanya hal berkitan dengan perancangan perniagaan
sehingga aktiviti jualan. Dengan ini, aktivti jualan adalah satu cara untuk menarik
minat kami untuk terus mencebur diri di dalam bidang perniagaan di masa hadapan.

9.0 LAMPIRAN

9.1 GAMBAR PRODUK

10
9.2 PROMOSI JUALAN

a. LAMAN INSTAGRAM

11
b. LAMAN FACEBOOK

12
c. APLIKASI WHATSAPP

13

Anda mungkin juga menyukai