Anda di halaman 1dari 3

1

Jauhi Amalan Perniagaan Tidak Beretika


by SYAH RYN

Perniagaan yang menjadi ibadah serta mendapat keberkatan rezeki danpada Allah s.w.t. mestilah
bebas daripada unsur-unsur penipuan dan amalan-amalan perniagaan yang tidak beretika.

Amalan Pemiagaan yang Tidak Beretika

A. Perniagaan

1. Tidak mempunyai permit atas lesen perniagaan.


2. Penipuan alat timbang dan alat sukar.
3. Penyelewengan melalui aktiviti jualan langsung.
4. Melibatkan diri dengan skim cepat kaya
5. Membeli pengesahan cuti sakit (MC).

B. Pekerja

1.Tidak membayar gaji atau upah yang sewajarnya kepada pekerja.


2. Lewat membayar gaji.
3. Tidak melindungi hak pekerja.
4. Memberhentikan pekerja tanpa sebab yang munasabah.
5. Tidak memberi cuti yang sepatutnya kepada pekerja.
6. Memaksa pekerja bekerja melebihi jam waktu bekerja.
7. Tidak memberi latihan kepada pekerja baru.

C. Barangan

1. Memperniagakan barang yang dilarang atau diharamkan dalam Islam.


2. Memperniagakan barangan yang tidak bermoral.
3. Mengedar dadah.
4. Menjual pil atau ubat khayal.
5. Menjual barangan yang telah sampai tarikh mluput.
6. Mengedar barangan palsu.
7. Menyelewengkan tanda harga.
8. Menjual barangan yang tidak sah hak milik.
9. Menyorokkan barang dengan tujuan untuk menaikkan harga.

D. Kewangan

1. Berinteraksi dengan institusi kewangan yang tidak islamik.


2. Mengeluarkan cek walaupun tiada wang di dalam akaun.
3. Menerima kemasukan wang yang tidak sah.
4. Memalsukan butiran kewangan atau percukaian.

E. Pengiklanan

1. Memalsukan maklumat dalam iklan.


2. Mempromosi jualan murah secara palsu.
3. Tidak memenuhi janji sepertimana yang dicatat dalam iklan.
2

F. Hukum syariat

1. Menerima dan memberi riba.


2. Mengambil keuntungan berlipat ganda secara salah (riba).
3. Menganiaya pengguna, pembeli atau orang lain.
4. Berlaku pergaulan bebas antara pekerja lelaki dengan wanita.
5. Terlibat dengan eksploitasi wanita.
6. Barang yang berbentuk najis tidak sah untuk urusan jual beli.

G. Undang-undang

1. Tidak mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


2. Tidak melindungi pekerja dengan PERKESO.
3. Menggunakan buruh asing yang tiada permit mkerja.
4. Mencemarkan alam sekitar dengan pembuangan sisa toksik.
5. Penyelewengan dalam sewa beli.
6. Mengedarkan karya cetak rompak.
7. Pembelian oleh jabatan kerajaan yang tidak mmengikut peraturan.

H. e-dagang

1. Penipuan wang atau mutu barangan melalui perniagaan katalog, pesanan mel dan e-dagang.
2. Mengambil atau memberi deposit melalui Internet tanpa lesen.
3. Melibatkan diri dengan transaksi tunai di Internet yang dilarang oleh kerajaan.

Punca Krisis dan Skandal dalam Dunia Perniagaan

Kepincangan dalam dunia perniagaan disebabkan tindakan manusia itu sendiri. Manusia bertindak
hasil daripada sifat sahsiah dan jiwa mereka.

Sifat sahsiah yang pincang seperti tiada kesedaran sivik, memiliki moral dan maruah yang rendah,
terlalu mengejar keduniaan, tidak beriman atau kurang beriman, tidak dilatih dengan semangat
keusahawanan, tidak memiliki sahsiah yang murni serta bersifat dengki dan dendam.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia, Allah itu suci dan Dia tidak akan
menerima melainkan yang suci juga.” (Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: “Seorang peniaga yang jujur, amanah dan bercakap benar
akan berada bersama-sama para nabi, siddiqin, dan syuhada pada hari kebangkitan (akhirat).”
(Riwayat al-Tnrmizi dan Ibn Majah)

1. Mengabaikan pengurusan tenaga manusia

Salah satu aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan tenaga manusia (human
resource management) agar mereka dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran.

Pengurusan tenaga manusia yang baik dapat menimbulkan semangat komitmen dalam kalangan
individu, memberi kesedaran rasa bertanggungjawab, kerjasama yang bersepadu daripada para
pekerja, menjalin hubungan yang baik dengan pekerja dan menjaga kebajikan pekerja.
3

Pengurusan tenaga manusia yang gagal dilaksanakan sebaiknya akan mengakibatkan beberapa
implikasi buruk seperti kebajikan pekerja terabai, kualiti dalam setiap individu pekerja tidak dapat
dicungkil, pekerja tidak berpuas hati dan hidup berpuak-puak, kesusahan dan penderitaan pekerja
tidak sampai ke pengetahuan pihak pengurusan, potensi maksimum individu tidak dapat dicapai,
pekenja yang berpengalaman akan mula mencari jalan keluar dan ramai tenaga kerja yangakan
berhenti kerja.

2. Quality Control Circle (QCC)


Sesebuah firma atau kilang yang besar seharusnya memikirkan untuk mewujudkan QCC atau
kumpulan pengawasan kualiti yang melibatkan pandangan semua pekerja.

Sebagai pekerja yang diberikan sesuatu tugas yang spesifik, sudah tentu akan berhadapan dengan
masalah dan keperluan yang tersendiri ketika bekerja. Majikan perlu mengenal pasti masalah dan
keperluan pekerja-pekerjanya.
Gelanggang keusahawanan yang anda ceburi sentiasa berubah dengan pantas dan up to date.
Majikan yang tidak prihatin dengan arus teknologi terkini akan keciciran dalam persaingan. QCC
mampu menangani masalah ini.

Antara fungsi QCC ialah:

1. Mengenal pasti keselesaan pekerja supaya dapat bekerja dengan efisien dan cekap seperti
penyediaan perkakas, mesin atau
teknologi terkini yang dapat meningkatkan produktiviti syarikat anda.

2. Mewujudkan suasana kerja yang stabil dan harmoni. Ini amat penting kerana setiap pekerja perlu
merasakan bahawa mereka adalah sebahagian daripada satu pasukan (team work) dan tidak timbul
perselisihan atau pergaduhan sesama mereka. Ini untuk mengelakkan daripada menurunnya
semangat dan moral pekerja untuk bekerja.

3. Menyusun tempat kerja yang teratur dan bersih.

4. Meningkatkan ciri keselamatan.

Keselamatan ketika bekerja adalah amatpenting. Ciri-ciri keselamatan haruslahdiambil kira walaupun
meningkatkan kos pengeluaran. Keselamatan melibatkan rasa selamat ketika bekerja, bebas danpada
gangguan seksual, kemalangan kecil dan besar, gangguan kesihatan jangka panjang seperti keadaan
udara yang kotor, terdedah kepada bahan toksik, suasana bising melampau, ancaman bau busuk,
terlampau panas atau sejuk, udara lembap yang memudahkan baktenamerebak dan sebagainya,
kecacatan anggota yang kekal, keadaan bangunan yang tidak selamat, Iokasi tempat kerja yang tidak
selamat dan kematian.

5. Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti
yang seimbang di tempat
kerja dan rumah.

Anda mungkin juga menyukai