Anda di halaman 1dari 12

8. RAKAN KONGSI 7. AKTIVITI UTAMA 2. PENAWARAN NILAI 4. HUBUNGAN 1.

SEGMEN
STRATEGIK PELANGGAN PENGGUNA

6. SUMBER UTAMA 3. SALURAN

9. STRUKTUR KOS 5. ALIRAN PENDAPATAN


1. BMC
Ok, yang ni kamu semua kena buat kotak BMC macam ka tatas ni. Kamu jangan isi apa
dulu dalam ini. Kamu kena isi selepas buat point2 bawah. OK?

2. PENERANGAN BAGAIMANA MENJANA IDEA PERNIAGAAN YANG DIPILIH


Dalam bahagian ini, kamu kena nyatakan bagaimana menjana idea perniagaan yang dipilih.
Sebagai contoh, saya ambil kedai makan, saya nak buka kedai makan.

Saya kena bagi penerangan kenapa saya nak buka kedai makan. Contoh saya duduk bandar.

Saya bayangkan saya berada disebatang jalan dipinggir bandar waktu tengah hari. Panas.
Dahaga. Lapar. Agak banyak kenderaan lalu lalang.

Di tepi jalan saya nampak ada satu dua gerai jual nasi goreng ayam berempah, pisang goreng
dan air balang.

Kemudian, pemandu dan penumpang kenderaan lalu-lalang ni mungkin berasa panas,


dahaga dan lapar sama macam saya. Ini adalah prospek. Kemungkinkan besar boleh jadi
pelanggan. Sebagai usahawan tentulah saya nampak peluang bisnes di sini. Saya boleh
sediakan kedai makan untuk mereka minum, makan dan berehat.

Berbalik kepada model bisnes saya boleh jelaskan seperti ini:

(1) Bina Atau Cipta Nilai : Saya sediakan kedai makan sebagai nilai. Saya namakan “Kedai
Cikgu Aliff Masakan Negeri”.

(2) Sampaikan Nilai : Jadi bagaimana saya nak sampaikan nilai kepada pelanggan? Tentulah
saya bina kedai makan, dan jual secara terus kepada pelanggan.

(3) Tambat Nilai : Apa yang saya tambat? Saya dapat wang tunai sebagai tukaran kepada
makanan yang saya sediakan.

Jadi bagaimana saya nak terangkan model bisnes saya ni? Lebih kurang begini.

“Kedai makan ini menyediakan makanan dan minuman yang sedap kepada pelanggan.
Pelanggan yang datang akan membeli makanan, minuman, dapat berehat dan
membayarnya secara tunai”

Nota :
1. Tulisan merah saya menerangkan bagaimana tercetusnya idea untuk saya membuka gerai
the ais. Kamu kena pastikan 3 aspek ini dijelaskan. (1) Bina Atau Cipta Nilai. (2) Sampaikan
Nilai. (3) Tambat Nilai.
2. Tulisan biru saya menerangkan apakah model bisnes sebenarnya.
3. Deskripsi Lengkap Segmen Pengguna
Siapa target market kepada bisnes kedai makan dan restoran ini? Target
market atau segmen pelanggan sasaran boleh merujuk kepada keperluan,
kehendak, tingkah laku atau pun kategori pengguna (seperti tahap pendapatan):

(1) Ia boleh jadi kepada semua golongan atau tiada target market tertentu – mass
market, (2) Target market yang lebih spesifik (niche), (3) Segmented – membezakan
pelanggan berdasarkan keperluan dan ciri pelanggan atau kepelbagaian masalah
pelanggan, (4) Diversified atau pelbagai, iaitu model bisnes memenuhi keperluan
dua atau lebih segmen pelanggan, (4) Multisided Platform – dua atau lebih segmen
pelanggan yang bergantung pada satu sama lain.

Segmen Pengguna

Sasaran Segmen Pengguna


Target market lebih kepada segmented yang terdiri dari penduduk kawasan
sekitar. Lingkungan kawasan 30 Km dari kedai makan / restoran. Boleh terdiri
daripada:

Komuniti sekitar

Kilang, pejabat dan kedai berhampiran

Pelajar universiti dan kolej

Pengemar masakan ditawarkan

Kamu kena huraikan yang dalam kotak ni je dengan lebih jelas. Jelaskan bagaimana
Segmen Pengguna kamu.
Contoh, pelajar universiti. Kat sini saya jelaskan yang pelajar universiti mereka tidak akan
memasak di asrama. Mereka pasti akan membeli makanan di kedai makan. Oleh sebab itu
mereka adalah antara pengguna saya sebab setiap hari mereka pasti akan makan.
4. Deskripsi Lengkap Penawaran Nilai

Penawaran Nilai atau value propositions merujuk kepada nilai yang nak kita bina
terhadap produk dan perkhidmatan yang disediakan. Tawaran nilai ini mestilah
spesifik disasarkan kepada segmen pelanggan yang kita pilih.

Antara elemen yang boleh diguna pakai bagi membina tawaran nilai: (1) Produk /
Perkhidmatan baru (newness), (2) Prestasi (performance), (3) Penyesuaian
(customization), (4) Getting the job done, (5) Rekabentuk / design, (6) Brand /
Status, (7) Harga, (8) Pengurangan Kos, (9) Risk Reduction, (10) Accessibility, dan
(11) Convnience.

Contoh tawaran nilai bagi bisnes kedai makan:

Penawaran Nilai

Tawaran Nilai
Kedai makan dan restoran perlu tawaran nilai yang hebat! Bayang kita nak ke
kedai makan, apa yang kita nak? Simple je.. makanan sedap dan lepas order
dapat dengan cepat. Betul tak? Ok ni idea tawaran nilai yang boleh kita
gunakan, tak tertakluk kepada 11 elemen di atas je:

Resepi istimewa

Masakan fresh dari dapur

Pilihan terbaik pelbagai menu

Pesanan diterima dengan pantas)

Accesibility - Lokasi kedai makan

Suasana kedai makan

Jelaskan apa tawaran yang kamu berikan pada pelanggan. Pelbagai tawaran boleh
diberikan. Kalau kedai makan, saya boleh bagi air percuma, perkhidmatan wifi, set menu
nasi bajet dan lain.
5. Deskripsi Lengkap Saluran
Bagaimana organisasi bisnes berkomunikasi atau berhubung dengan pelanggan
bagi memberi tawaran nilai mereka? Bagaimana mereka
memberi awareness tentang kewujudan perniagaan, produk dan perkhidmatan?
Macam mana nak bagi tahu tentang bisnes kedai makan dan restoran kita?

Kita lihat lima (5) fasa channels ni, bagaimana kita membantu pelanggan untuk
membuat: (1) Customer awareness terhadap bisnes dan produk; (2) Penilaian
terhadap produk (tak ke best kalau dapat good review dari customer?); (3)
Pembelian produk; (4) Delivery; dan (5) After sales.

Saluran

Saluran
Owned channels (direct - sendiri punya / indirect - contoh kedai sendiri
dikendalikan oleh organisasi bisnes lain) dan partner channels :

Owned channels (direct) - sendiri buat dan pasang banner setempat.

Owned channels (direct) - buat hebahan / marketing melalui sosial media:


Facebook, Twitter & Instagram

Owned channels (direct) - laman web, database pelanggan: SMS & email.

Word of mouth.. jadi, pengalaman/persepsi pelanggan adalah penting!

Saluran ni lebih kurang bagaimana kamu nak pastikan orang ramai tahu perkhidmatan
kamu. Ada 5 fasa saluran. Kamu jelaskan la.
6. Deskripsi Lengkap Hubungan Pelanggan
Hubungan organisasi bisnes dengan pelanggan adalah sangat penting. Tujuan
utama boleh jadi untuk mendapatkan dan mengekalkan (rentention) pelanggan serta
meningkatkan jualan seperti untuk tujuan upsell atau repeat / regular
customer. Lebih-lebih lagi bagi bisnes kedai makan dan restoran. Regular customer
penting untuk kelestarian bisnes.

Hubungan Pelanggan

Hubungan Pelanggan
So macamana nak wujudkan perhubungan pelanggan? Kekalkan pelanggan
dengan contoh-contoh di bawah ni:

Pelayan / waiter yang mesra - sediakan SOP untuk melayan pelanggan!

Wujudkan mekanisme untuk pelanggan beri feedback (i.e., feedback form di


laman web atau FB)

Wujudkan program khas untuk regular customer i.e., diskaun untuk birthday
mereka

Wujudkan komuniti di FB/Instagram dan sentiasa berinteraksi i.e, like & komen

Sama juga, jelaskan bagimana kamu nak jaga hubungan dengan pelanggan.
7. Deskripsi Lengkap Aliran Pendapatan
Revenue streams / aliran pendapatan merujuk kepada pendapatan yang boleh
dijana daripada produk dan perkhidmatan yang disasarkan kepada segmen
pelanggan pilihan.

Bagi kedai makan dan restoran, tentulah hasil daripada tawaran nilai terhadap
penjualan makanan dan minuman. Mekanisme harga selalunya tertakluk kepada
harga bahan mentah dan saiz makanan yang dihidangkan.

Aliran Pendapatan

Aliran Pendapatan
Aliran pendapatan berkait rapat dengan penjualan makanan dan minuman.
Mungkin boleh wujudkan dua jenis kategori bagi mensasarkan segmen
pelanggan premium dan yang affordable untuk semua golongan. Mari kita lihat
apa yang boleh menjana aliran pendapatan:

Makanan dan minuman dengan harga lebih premium

Makanan dan minuman lebih kepada 'value end' sesuai untuk semua golongan

Penjualan tambahan melalui konsep 'food truck'

Menyediakan perkhidmatan catering

Bahagian ni kamu kena jelaskan aliran pendapatan peniagaan kamu. Aliran Pendapatan ini
hasil yang kamu dapat daripada produk yang kamu tawarkan kepada pelanggan. Contoh,
saya buat nasi bajet Rm5, nasi putih, ayam goreng seketul, sup kosong, sambal belacan
dan the o ais. Ni makanan harga bajet. Memang untung sedikit, tetapi permintaan tinggi
dalam kalangan pelajar universiti. Sehari saya mampu menjual dalam 100 set nasi bajet.
Saya juga ada juga Boba Tea. Boba Tea harga lebih mahal dari nasi bajet dalam RM8 satu.
Ni minuman hipster. Maknanya saya tawarkan nasi bajet untuk pelanggan yang kurang
mampu dan saya tawarkan minuman hipster bagi golongan premium.
8. Deskripsi Lengkap Sumber Utama
Key resources (sumber utama) merupakan aset penting untuk bisnes
berjalan, continuity dan sustainability. Antara key resources yang perlu ada: (1)
Fizikal (bangunan kedai, peralatan, sistem, kenderaan dan sebagainya); (2) Harta
Intelek; (3) Sumber manusia (pekerja); dan (4) Kewangan.

Sumber Utama

Sumber Utama
Mari kita bincangkan key resources yang perlu ada pada kedai makan dan
restoran:

Fizikal: Bangunan kedai makan, peralatan dapur dan memasak, kenderaan,


sistem point-of-sale (POS), utiliti (air/air)

Sumber intelek: Resepi istimewa kedai makan

Sumber manusia: pekerja untuk setiap bahagian seperti pengurus & akaun,
tukang masak, tukang cuci pinggan dan pelayan

Kewangan: Modal dari pemilik, pendahuluan pemilik, geran dan pinjaman

Sumber utama bukan duit semata-mata. Jelaskan seperti atas ni.


9. Deskripsi Lengkap Aktiviti Utama
Key Activities pula menerangkan apa yang entiti perniagaan perlu buat untuk
memastikan model bisnes berjaya. Sama macam Sumber Utama, key activities ini
diperlukan untuk membina tawaran nilai, membina dan menyokong perhubungan
dengan pelanggan, dan seterusnya jana pendapatan (revenue).

Aktiviti Utama

Aktiviti Utama
Key activities semangnya berkait rapat dengan jenis bisnes yang dijalankan.
Bagi bisnes kedai makan dan restoran:

Penyediaan makanan dan minuman

Melayan pelanggan

Membersihkan kedai makan dan restoran

Pengurusan inventori bagi penyediaan makanan dan minuman

Pengurusan kewangan

Kamu faham kan nak terangkan? Hahaha.


10. Deskripsi Lengkap Rakan Kongsi Strategik
BMC key partnerships pula merujuk kepada rangkaian pembekal (suppliers) dan
juga rakan kongsi (partner) dalam perniagaan yang dijalankan.

Empat jenis key partnerships: (1) Pakatan strategik (strategic alliances) antara entiti
perniagaan yang merupakan bukan persaing antara satu sama lain; (2) Kerjasama
strategik di antara pesaing; (3) Joint venture (JV) untuk membina perniagaan baru;
dan (4) Perhubungan di antara pembeli dan pembekal untuk menjamin kecukupan
bekalan.

Bisnes kedai makan dan restoran pula bagaimana?

Rakan Kongsi Strategik

Rakan Niaga
Siapa rakan niaga kita semasa menjalankan bisnes kedai makan?

Pembekal bahan mentah untuk penyediaan makanan

Pembekal bahan minuman

Pembekal bahan-bahan alatan penyediaan makanan, pencuci, plastik sampah


dan sebagainya

Pihak berkuasa tempatan & kesihatan

Pihak bank

Faham nak jelaskan? Ponek saya taip ni. Saya dah malas nak terang panjang lebar.
Hahaha.
11. Deskripsi Lengkap Struktur Kos
BMC cost structure ini menerangkan semua kos-kos yang terlibat untuk menjalankan
perniagaan berdasarkan model bisnes yang dirancang. Kesemua aspek untuk
membina dan manyampaikan tawaran nilai, mengekalkan perhubungan dengan
pelanggan dan seterusnya mahu menjana pendapatan memerlukan kos-kos yang
perlu ditanggung.

Kos-kos ini boleh dirancang dengan baik sekiranya kita tentukan aspek Key
Resources, Key Activities dan Key Partnerships dalam model perniagaan yang
hendak dijalankan.

Jenis-jenis cost structure termasuk:

• Cost driven – Model bisnes berasaskan cost-driven ini terfokus kepada objektif untuk
mengurangkan kos seberapa mungkin.
• Value driven – Fokus utama adalah pembinaan kepada “nilai” yang ditawarkan, kos tidak
menjadi isu kerana produk atau perkhidmatan adalah premium.

Ciri-ciri struktur kos adalah seperti berikut: Fixed cost, variable cost dan economies
of scope / scale.

Mari kita lihat cost strusture bagi bisnes kedai makan dan restoran:

Struktur Kos

Struktur Kos Bisnes


Kos-kos bisnes kedai makan dan restoran yang boleh kita fikirkan:

Variable cost terhadap barang mentah bagi penyediaan makanan dan minuman

Kos kedai (sewa) dan utiliti

Kos marketing

Kos pekerjal

Kos lesen PBT

Kos, duit keluar. Jadi terangkan la apa yang duit kamu keluar
.
Tu la apa yang kamu kena buat sebenarnya. Lepas tu Kembali pada point nombor 1, masukkan BMC. Ni gambar bawah BMC saya kedai
makan. Ni la kamu kena masukkan dalam BMC. Saya akan bagi layout BMC dalam Word. Kamu edit je dari situ ok. Selesai…….. Yang Benar,
Cikgu Alifffffffff.

Anda mungkin juga menyukai