Anda di halaman 1dari 25

PENGAKUAN PENULIS

Dengan ini saya mengakui bahawa laporan ini adalah hasil kerja kumpulan saya
dan di buat berdasarkan undang-undang yang termaktub di bawah peraturan Kolej
Vokasional. Ia adalah hasil berpandukan daripada kajian yang telah di lakukan oleh
kumpulan saya. Projek ini masih belum di hasilkan oleh mana-mana pihak atau
institusi untuk mana-mana diploma atau kelayakan.
Saya dengan ini berjanji sekiranya projek yang di laksanakan oleh kumpulan saya
melanggar mana-mana syarat yang terterah di atas,segala hasil kerja kumpulan
saya akan di gagalkan dan didapati sebagai tidak melengkapkan diploma dan
bersetujuh untuk dikenakan sebarang tindakan undang-undang di bawah peraturan
Kolej Vokasional.

Nama Penulis 1 : Viviana bt muhamad


No Kad Pengenalan : 970616-12-6574
Tadatangan :

Nama Penulis 2 : Elvin A.jackson


No Kad Pengenalan : 970826-12-6169
Tandatangan :

Nama Penulis 3 : Mohd adzmi bin barudin


No Kad Pengenalan : 970905-12-6351
Tandatangan :

Program : Teknologi Elektrik


Kolej : Kolej Vokasional Tawau
Tajuk Projek : PENYIRAMAN BAJA CECAIR.
Tarikh :

Penyelia Projek :En. Idham bin husin


Tadatangan :

i
PERAKUAN PENYELIA PROJEK

Saya dengan ini memperakui bahawa telah membaca laporan ini dengan segala
yang terkandung di dalam adalah benar. Projek ini adalah memadai dari segi skop
dan kualiti serta telah bagi tujuan penganugerahan Diploma Vokasional Teknologi
Elektrik dan Diploma Kemahiran Malaysia.

Tandatangan :
Nama : En. Idham bin husin
No Kad Pengenalan :
Tarikh :

PERAKUAN PEGAWAI PENGESAH LUARAN (PPL)

‘Saya mengaku telah membaca laporan projek ini dan pada pandangan saya
laporan ini adalah mencukupi dan memenuhi skop dan kualiti bagi tujuan
penganugerahan Persijilan Kemahiran Malaysia’.

Tandatangan :
Nama :
No Kad Pengenalan :
Tarikh :

ii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan
dari-Nya, akhirnya dapat juga saya menyiapkan laporan penuh mengenai Projek
Rekabentuk Penyiraman Baja Menggunakan Sistem PLC. Di dalam menyiapkan
laporan ini terlalu banyak dugaan dan cabaran yang terpaksa saya harungi, tapi itu
kami jadikan sebagai satu pengajaran dan pengalaman yang cukup berharga
kerana penat lelah akhirnya apabila laporan ini akhirnya berjaya disiapkan dengan
sempurna dan jayanya.

Ucapan setinggi-tiggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak


terhingga kepada Tuan Pengarah, Encik Ranggiah A/L Muthusamy kerana memberi
galakan kepada saya untuk melaksanakan projek ini dengan jayanya. Seterusnya
ribuan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Idham bin Husin kerana
banyak membantu saya dalam semua segi terutamanya apabila saya hampir hilang
semangat kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk masalah
yang di hadapi.

Selain itu, sekalung penghargaan kepada kedua ibu bapa saya kerana
banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya dari segi
kewangan,semangat dan masa. Tidak lupa juga rakan-rakan yang banyak memberi
tunjuk ajar dan berkerjasama dalam satu kumpulan.

iii
ABSTRAK

Penggunaan sistem kawalan PLC dan motor penyiraman baja ini di dalam
proses pembelajaran masih belum digunakan meluas meskipun penggunaannya
atau sistem yang dijalankan telah lama diaplikasikan di dalam sektor perindustrian
dan perladangan. Tujuan kajian ini di lakukan adalah untuk memudahkan para
petani dan pekebun menjalankan penyiraman baja secara lebih mudah dan cepat
selaras dengan perkembangan penggunaannya pada hari ini. Bagi meninjau
kesesuaian penggunaan sistem ini,satu model telah dibangunkan dan diuji di dalam
subjek projek. Kajian ini telah dilakukan di kebun lada Kolej Vokasional Tawau . Dari
analisis yang di perolehi kami telah membuat pemambah baikkan dari segi sistem
pengoperasian baja manual kepada sistem penyiraman baja menggunakan PLC
dan motor secara prototiap. Hasil analisis yang telah diperolehi menunjukan tindak
balas yang memberangsangkan dan responden bersetujuh terhadap projek yang
dilakukan dan boleh diaplikasikan dalam pembelajaran di Kolej Vokasional Tawau
tersebut.

iv
ABSTRACT

The use of PLC control system and motor watering these fertilizers in the
learning process is still not widely used even if the user or system has been applied
to run in the industrial and farming sectors. The aim of this study was done to help
farmers and gardeners watering tactics steel for easier and faster line with its use
today. To review the appropriateness of the use of this system, a model was
developed and tested in the subject project. The study was carried out in the garden
pepper Vocational College Tawau. Obtained from the analysis we have made
pemambah be good in terms of operating system manual to steel steel watering
system using PLC and the prototype motor. The analysis results obtained showed a
favorable response and the respondent were agreed on the project done and can be
applied in teaching at the Vocational College Tawau.

v
SENARAI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN PENULIS i
PERAKUAN PENYELIA PROJEK ii
PERAKUAN PEGAWAI PENGESAHAN LUAR (PPL) ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK / ABSTRACT iii-iv

BAB 1 : PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Penyataan masalah 1-2
1.3 Objektif 2
1.4 Tujuan 2
1.5 Skop projek 2
1.6 Kelebihan / jangkaan 3

BAB 2 : KAJIAN LITERATUR


2.1 Pengenalan 4
2.2 Pam air 4
2.3 Maksud plc 5
2.4 Perancangan PLC 5-6
2.5 Maksud DIY 6
2.6 Fitigasi 6-7
2.7 Inovasi 7

BAB 3 : REKABENTUK PROJEK


3.1 Pengenalan 8
3.2 Rekabentuk produk 8
3.3 Lakaran produk 9
3.4 Produk yang telah dihasilkan 9-10
3.5 Senarai bahan dan peralatan 10
3.6 Perancangan dan perlaksanaan 11

BAB 4 : PROSES PEMBUATAN


4.1 Pengenalan 12
4.2 Proses penghasilan prototaip 12
4.2.1 Proses penghasilan produk penyiraman baja
4.3 Masalah teori atau rekabentuk 13
4.4 Senarai bahan 13

vi
4.5 Bahan produk (plc) 13
4.6 Peralatan 14
4.6.1 Handrill
4.6.2 Protective equipment

BAB 5 : PERANCANGAN , CADANGAN DAN KESIMPULAN


5.1 Pengenalan 15
5.2 Perbincangan 15
5.2.1 Objektif perbincangan ini
5.3 Cadangan 15-16
5.3.1 Mencadang , memperbanyakkan lagi penggunaan
plc di bidang industri.
5.3.2 Mencadangkan penggunaan sistem hidroponik.
5.4 Kesimpulan 16

RUJUKAN 17

vii
BAB 1:

PENGENALAN

1.1 PENGENALAN

Penyiraman baja cecair ini adalah sistem automatik dengan menggunakan


sistem PLC dan motor. PLC mampu menyederhanakan banyak pengkabelan
dibandingkan dengan sebuah relay. Maka harga dari sebuah PLC lebih murah
dibandingkan dengan harga beberapa buah relay yang mampu melakukan
pengkabelan dengan jumlah yang sama dengan sebuah PLC. PLC merangkumi
relay, timers, counters, sequencers, dan berbagai fungsi lainnya. Sistem PLC ini
beroperasi berasaskan kepada baja yang ingin digunakan. Pengguna sistem ini
amat penting digunakan di kawasan kebun atau pertanian yang mempunyai
kawasan yang sangat besar kerana kecepatan operasi PLC lebih cepat
dibandingkan dengan relay. Kecepatan PLC ditentukan dengan waktu scannya
dalam satuan millisecond. Sistem ini juga untuk memudahkan semua para pekebun
untuk membaja dengan lebih mudah. Akhir sekali, projek ini akan memberi
gambaran secara keseluruan mengenai sistem PLC dan motor berkendali
merangkumi matlamat, objektif, skop kerja serta latar belakang dan kepentingan
projek.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Untuk menghadapi cabaran pasaran ekonomi yang semakin terbuka, para


petani dan peladang mahukan tenaga kerja yang bukan sahaja mempunyai
kemahiran teknikal tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran yang dapat
membantu pihak peladangan untuk meningkatkan pengeluarannya. Penyataan
masalah ini adalah pekebun sering terlupa untuk membaja tanaman.Selain
itu,sukatan baja yang di keluarkan secara menual tidak sekata dan tidak teratur.

Kesinambungan dari itu, pelajar Kolej Vokasional seharusnya mempunyai


tahap kemahiran yang tinggi dalam menceburi bidang pekerjaan di pasaran. Bagi
pelajar dalam bidang Elektrik yang mempelajari teknik dan kemahiran mengendali
sistem PLC dan Motor Control dimana pembelajaran yang berlangsung di kelas

1
atau bengkel perlu direalisasikan di tapak bagi menguji tahap kemahiran dan
kesediaan pelajar menggunakan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Dengan
perlaksanaan projek akhir ini, pelajar dapat diberi peluang dalam menetengahkan
sistem PLC mengikut ketetapan konsep.Penghasilan dan menguji sejauh mana
perlaksanaan projek dijalankan. Kesediaan pelajar dalam menggunakan idea dan
mengendali PLC tidak dapat dinilai jika peluang ini tidak diambil oleh pelajar.

1.3 OBJEKTIF

Objektif ini bertujuan untuk memudahkan para petani atau pekebun


membuat kerja pengagihan baja dan menyediakan atau memperkenalkan satu
sistem baru penyeraman baja menggunakan PLC dan Motor.
1. Cara membaja manual kepada sistem PLC dan Motor.
2. Dapat memudahkan penyiraman baja ini secara sama rata.
3. Memudahkan pengguna untuk menyiram baja dengan cepat.
4. Mereka bentuk baru sistem ini dengan lebih mudah diproses.
5. Mengurangkan kadar penyelenggaraan sebanyak 50%.

1.4 TUJUAN

Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk memudahkan para petani


menyiram sayur-sayuran yang mempunyai keluasan kebun yang sangat luas.
Projek ini juga memudahkan para petani membuat penyeraman baja dengan lebih
mudah dan cepat. Ia juga dapat dilakukan untuk mempercepatkan pekebun
membuat kerja pembajaan secara manual. Akhir sekali, pekebun juga dapat
membuat sukatan baja yang dikeluarkan secara teratur dan seimbang.

1.5 SKOP PROJEK

Skop projek model ini dijalankan dalam bentuk model kecil (prototype) dan
menggunakan bahan-bahan terpakai untuk dijadikan sebuah projek penyiraman
baja ini.

2
1.6 KELEBIHAN / JANGKAAN

1. Mengubah cara membaja manual kepada sistem automatic.


2. Dapat memudahkan penyiraman baja ini secara sama rata
3. Memudahkan pengguna untuk menyiram baja dengan cepat dan sekata.
4. Mempercepatkan cara membaja.

3
BAB 2 :

KAJIAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Ramai orang beranggapan, di segi kepentingan kepada sesebuah ekonomi,


kegiatan pertanian dan kegiatan perkilangan tidak selalu seiringan, kemajuan di
dalam bidang pertanian selalunya diikuti dengan keadaan yang tidak sama di dalam
bidang perkilangan. Begitu juga, kadar penyerapan buruh yang tinggi di dalam
bidang pertanian kerapkali dituruti oleh kadar yang rendah di dalam bidang
perkilangan. Anggapan seperti ini sebenarnya berpunca daripada pengalaman
dalam sejarah perkembangan negara-negara barat yang telah beralih daripada
sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perkilangan (Stern, 1989); dengan
merosotnya (bertambahnya) sumbangan output dan gunatenaga sektor pertanian
(perkilangan) kepada output dan gunatenaga negara. (furnal Ekonomi Malaysia 26
( Disember 1992) 95 – 125).

2.2 PAM AIR

Pam air (water pump) adalah alat yang perlu dalam sektor pertanian
terutama untuk membekalkan air kepada tumbuhan. Keperluan pam air dalam
system penanaman komersial penting bagi memastikan air dapat diberikan kepada
tanaman mengikut jumlah dan waktu yang tepat. Hampir semua tumbuhan
memerlukan air untuk hidup bagi menghantar nutrient keseluruh bahagian pokok
dan menjadi komponen penting dalam tumbuh besaran tanaman. Sebut sahaja
industry tanaman makanan seperti tanaman padi, sayur-sayur, buah-buahan,
tanaman bijirin, dan sektor perikanan serta ternakan, memang banyak bergantung
kepada pam air. Keperluan pam air menjadikan industri pertanian sangat
bergantung kepada pelbagai jenis system pengairan daripada sistem pengairan
asas yang mudah kepada system pengairan yang canggih dan mahal. (by,M Anem
Senior Agronomist, Pusat Pertanian Serdang, Serdang, Selangor, Malaysia).

4
2.3 MAKSUD PLC

Programmable Logic Controllers (PLC) adalah komputer elektronik yang


mudah digunakan (user friendly) yang memiliki fungsi kendali untuk berbagai tipe
dan tingkat kesulitan yang beraneka ragam [2]. Definisi Programmable Logic
Controller menurut Capiel (1982) adalah :sistem elektronik yang beroperasi secara
digital dan didesain untuk pemakaian di lingkungan industri, dimana sistem ini
menggunakan memori yang dapat diprogram untuk penyimpanan secara internal
instruksi-instruksi yang mengimplementasikan fungsi-fungsi spesifik seperti logika,
urutan, perwaktuan, pencacahan dan operasi aritmatik untuk mengontrol mesin atau
proses melalui modul-modul I/O digital maupun analog [3].

2.4 PERANCANGAN PLC

Operasi kontrol sekuensial yang umum dijumpai di industri pada dasarnya


hanya tersusun dari fungsi-fungsi kombinasi logika sederhana berikut: AND, OR dan
NOT. Tergantung pada proses yang akan dikendalikan, kombinasi fungsi logika
tersebut bersama-sama dengan timer dan counter atau fungsi lainnya (kalau ada)
akan membentuk rangkaian logika kontrol yang diharapkan.

Khusus dalam bab ini, kita hanya akan membahas fungsi-fungsi logika dasar
serta representasi diagram ladder PLC-nya pada sistem kontrol kombinatorial saja.
Sifat dari sistem kombinatorial ini adalah output sistem kontrol pada saat tertentu
hanya tergantung input sistem kontrol saat itu juga, sehingga analisis dan
perancangannya pun relatif lebih mudah. Sedangkan output sistem kontrol
sekuensial pada satu saat selain tergantung pada input saat itu, juga tergantung
pada input-input sebelumnya, sehingga analisis dan perancangannya pun relatif
lebih sukar. Dengan alasan ini maka pembahasan dan perancangan sistem kontrol
sekuensial akan kita tunda sampai bab selanjutnya.

Kecuali disebutkan secara jelas, dalam bab ini representasi diagram ladder
PLC untuk sebuah rangkaian gerbang kombinatorial tertentu akan selalu
mengasumsikan peralatan atau sensor yang terhubung dengan modul input PLC
tersebut memiliki tipe atau jenis NO. Hal ini penting untuk ditekankan disini, karena

5
secara praktis peralatan atau sensor yang terhubung ini dapat memiliki salah satu
tipe berikut: NO atau NC.

2.5 MAKSUD DIY

DIY ialah kependekkan daripada istilah Do-It Yourself atau dalam istilah
Bahasa Melayu berbunyi anda lakukan sendiri, anda lakukan mengikut
kemahuan atau kehendak sendiri. Tapi, saya lebih gemar menggunakan istilah
"anda bina sendiri". DIY ini boleh diterjemah kepada dua bentuk iaitu
menggunakan barangan terpakai ataupun mengeluarkan wang untuk membina
sesuatu. Kebiasaannya DIY ini lebih murah berbanding sesuatu benda yang
sudah siap kerana anda membina mengikut kemahuan anda. DIY juga boleh
jadi sesuatu yang sudah siap sepenuhnya tapi anda jadikan benda itu separuh
siap. Itulah Do-It Yourself. DIY merangkumi segala aspek seperti perabot, aksesori,
perhiasan, makanan, teknologi dan lain-lain.

2.6 FERTIGASI

Fertigasi adalah satu kaedah alternatif penanaman dimana baja diberi


kepada tanaman melalui sistem pengairan. Ia juga merupakan satu kaedah
penanaman dimana pemberian nutrient diberikan dengan menggunakan sistem
titisan. Sebarang media boleh digunakan seperti tanah, sabut kelapa dan lain-lain.
Selain itu, fertigasi juga adalah satu kaedah alternatif untuk menggantikan kaedah
konvensional terutamanya untuk mengatasi masalah tanah seperti tanah mati, tidak
subur, masam, berbatu, tercemar dan sebagainya. Fertigasi membekalkan nutrien
dalam bentuk baja, walaupun ia juga boleh digunakan untuk menyampaikan
pindaan tanah dan pelbagai bahan lain, termasuk bahan kimia pertanian untuk
mengatasi perosak tanaman dan penyakit tumbuhan.
Fertigasi digunakan secara meluas dalam bidang pertanian komersial, dan
konsep ini mula merebak ke landskap kediaman pada awal 2000-an. Sistem
fertigasi asas mempunyai tangki bersambung dengan sistem pengairan, yang
membolehkan pengguna untuk menambah bahan kimia ke dalam tangki seperti
yang diperlukan. Biasanya, kod tempatan memerlukan pemasangan injap
pengaliran balik, yang menghalang bahan-bahan di dalam tangki dari perjalanan
sehingga garis air, dengan itu menghapuskan risiko pencemaran. Kebaikan fertigasi
adalah meningkatkan penyerapan nutrien oleh tumbuh-tumbuhan, pengurangan

6
dalam baja dan bahan kimia yang diperlukan, larut lesap dikurangkan kepada aras
air dan mengurangkan dalam penggunaan air kerana tumbuhan ini menyebabkan
peningkatan jisim akar dapat memerangkap dan menahan air serta lebih praktikal
dan ergonomik.

2.7 INOVASI

“Kadang-kadang apabila anda membuat pembaharuan, anda membuat


kesilapan. Adalah lebih baik untuk memasukkan mereka dengan cepat, dan
meneruskan untuk meningkatkan inovasi anda kepada benda yang lain” oleh Steve
Jobs (1955-2011). “Inovasi itu penuh dengan kebaikan, sedangkan pelanggaran
hukum itu penuh dengan keburukan. Maka, inovasi itu tidak pernah melanggar
hukum, dan pelanggaran hukum itu bukanlah sebuah inovasi” oleh Tri Widodo W.
Utomo. Menurut Steve Jobs pengarah Apple Inc, inovasi membezakan antara
seorang pemimpin dengan pengikut. Berdasarkan kepada Kamus Dewan Edisi
Keempat, inovasi membawa maksud sesuatu yang baru diperkenalkan yang
meliputi kaedah, sistem, adat dan lain-lain. Dalam ertikata lain, ia menjurus kepada
kaedah atau usaha mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan
yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah
hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang
dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi dan kehidupan masyarakat.
Idea-idea tersebut boleh diperolehi dari dalam dan luar atau melalui proses
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai idea baharu atau disesuaikan untuk
digunapakai mengikut keperluan jabatan/agensi. Idea-idea ini boleh merangkumi
apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja
mahupun pengenalan teknologi. Inovasi yang dihasilkan hendaklah berupaya
menambah nilai output semasa serta membawa transformasi atau perubahan
kepada amalan sedia ada. Secara prinsipnya, inovasi boleh dihasilkan dalam
bentuk produk, perkhidmatan, proses dan teknologi.

7
BAB 3:

REKABENTUK PROJEK

3.1 PENGENALAN

Di dalam bab ini akan menerangkan proses rekabentuk projek dan cara
perlaksanaan projek dijalankan. Selain itu,perancangan yang tersusun diperlukan
dalam perlaksaan sesuatu projek setiap langkah diatur dan disenaraikan secara
sistematik bagi memudahkan serta melancarkan perlaksaan projek. Bagi
mendapatkan prosedur kerja serja sesuatu projek yang bermula dari penghasilan
idea hingga ke peringkat penghasilan produk atau lebih dikenali sebagai metodologi
satu kajian bagi membangunkan proses perlaksaan hendaklah dibuat terlebih
dahulu.

3.2 REKABENTUK PRODUK

Produk yang dihasilkan ialah penyiraman baja cecair adalah suatu sistem
automatik dengan menggunakan sistem PLC dan motor. Produk penyiraman ini
mempunyai keluasan 4 persegi dan tinggi 0.5 metar ,panjang 1 metar . selain itu,
motor water pump juga turut digunakan untuk melancarkan pergerakan air, kuantiti
yg digunakan untuk motor water pump hanya satu sahaja. Selain itu, kami
menggunakan pier tube untuk menyalurkan air. Panjang pier tube itu ialah 4 meter
untuk digunakan. Untuk menyiapkan projek ini, kami juga menggunakan storage
box untuk mengisi air dan menyimpan air untuk mengendalikan projek tersebut.
Seterusnya, kami menggunakan tee kuprum tube untuk menjadikan pembahagi air
baja semasa ianya berkendali. Akhir sekali, kami menggunakan pelampung untuk
mengesan kekurangan air dalam storage box.

8
3.3 LAKARAN PRODUK

Gambarajah 1 memaparkan lakaran yang dihasilkan bagi produk penyiraman

Gambarajah 1

3.4 PRODUK YANG TELAH DIHASILKAN

9
3.5 SENARAI BAHAN DAN PERALATAN

NAMA BARANG HARGA KUANTITI JUMLAH


motor water pump RM31.80 1 RM31.80
Pier tube RM4.60 4 meter RM4.60
Storage box RM15.50 1 RM15.50
Telfon tape RM1.30 1 RM1.30
Super glue RM1.10 1 RM1.10
Tee kuprum tube RM4.00 2 RM8.00
Pelampung RM15.00 1set RM15.00
Pasu RM6.00 2 RM12.00
Baja RM15.00 1 RM15.00
JUMLAH RM 105.00
KESELURUHAN

10
3.6 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

Aktiviti JULAI OGOS SEPTEMBER OKTOBER NOVEMBER


1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
Perancangan,pengesah
an projek.

Pengesahan pemilihan
projek,perbincangan dan
perancangan untuk
menghasilkan reka
bentuk projek.

Pemilihan produk kitar


semula (DIY) ,
pembahagian tugasan
kumpulan.

Perbincangan bersama
kumpulan,penyedian
lakaran bagi produk.

Penyediaan awal bahan-


bahan produk.

Penghasilan produk

Penyediaan awal tapak


projek dan pembinaan di
tapak projek.

Memasukkan litar ke
dalam plc.

kerja-kerja pemilihan
barang
dilakukan,mereka bentuk
projek.
mendirikan prototaip
projek dan membuat
kendalian projek.

11
BAB 4

PROSES PEMBUATAN

4.1 PENGENALAN

Bagi proses penghasilan penyiraman ini, ia bermula daripada perbincangan


dan perancangan pemilihan produk-produk yang akan dihasilkan dalama bentuk
prototaip.

4.2 PROSES PENGHASILAN PROTOTAIP

Proses penghasilan produk prototaip dimulakan dengan penyediaan bahan,


alatan dan kelengkapan. Kemudian, storage box dipotong mengikut kesesuaian
produk yang ingin dibuat. Hujung sudut ditebuk menggunakan handrill tanpa wayar.

4.2.1 Proses penghasilan produk penyiraman baja

Produk penyiraman terdiri daripada motor water pump, pier tube, storage
box, pelampung. Proses penghasilan produk penyiraman ini bermula daripada
penyediaan bahan, peralatan dan kelengkapan yang diperlukan dalam
menghasilkan produk. Kemudian, mengukur saiz produk, melakar lakaran
rekabentuk produk dan sayap dipotong untuk produk.Seterusnya, storage box
ditebuk menggunakan mesin handrill dan skru ditebuk pada badan untuk tujuan
pemasangan pier tube.

12
4.3 MASALAH TEORI ATAU REKABENTUK

Bagi masalah semasa membuat projek, adalah semasa membuat ujian litar
bila maklumat ia salah, ia akan menjadi masalah apabila melakukan kerja-kerja
seterusnya.Selain itu, masalah produk juga berlaku ketika ingin memasang motor
water pump. Ianya agak merumitkan untuk memasang dan mengendalikan motor
water pump tersebut. Akhir sekali, semasa penyambungan projek tersebut kepada
PLC agak menyukarkan untuk dikendalikan kerana kod mnemonic agak berbeza
dan sukar untuk berfungsi.

4.4 SENARAI BAHAN

Bahagian ini menerangkan tentang senarai bahan yang digunakan sepanjang


tempoh pelaksanaan projek.

I. Pier tube
II. Storage box
III. Telfon tape
IV. Super glue
V. Tee kuprum tube
VI. Pelampung
VII. Pasu
VIII. Baja

4.5 BAHAN PRODUK (PLC)

Bahan produk(PLC) yang digunakan berfungsi sebagai sistem elektronik


yang beroperasi secara digital dan didesain untuk pemakaian di lingkungan industri,
dimana sistem ini menggunakan memori yang dapat diprogram untuk penyimpanan
secara internal instruksi-instruksi yang mengimplementasikan fungsi-fungsi spesifik
seperti logika, urutan, perwaktuan, pencacahan dan operasi aritmatik untuk
mengontrol mesin atau proses melalui modul-modul I/O digital maupun analog.

13
4.6 PERALATAN

Bahagian ini menerangkan tentang senarai peralatan yang digunakan


sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

4.6.1 Handrill

Handrill berfungsi untuk menebuk lubang pada produk. Kuantiti handrill yang
digunakan adalah satu sahaja.

4.6.2 Protective equipment

Protective equipment yang digunakan adalah sarung tangan, topeng muka


dan cermin mata.

14
BAB 5:

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini meliputi tiga bahagian iaitu rumusan, perbincangan dan kesimpulan.
Cadangan-cadangan turut dikemukakan untuk memberi perhatian kepada pihak-
pihak yang terbabit bagi pelajar dalam bidang Elektrik yang mempelajari teknik dan
kemahiran PLC dan Motor dimana pembelajaran yang berlangsung di kelas atau
bengkel perlu direalisasikan di tapak bagi menguji tahap kemahiran dan kesediaan
pelajar menggunakan ilmu pengetahuan yang sedia ada.Selain itu,beberapa
cadangan turut dikemukakan untuk pihak-pihak yang berminat untuk membuat
kajian lanjutan terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan merujuk kepada
majalah, internet dan buku-buku disamping mengambil contoh-contoh rekabentuk
projek secara lebih mendalam pada masa akan datang.

5.2 PERBINCANGAN

Dalam bahagian ini membincangkan tentang proses pembuatan rekabentuk.

5.2.1 Objektif perbincangan ini adalah:

Membincangkan persepsi pelajar dalam bidang Elektrik yang mempelajari


teknik dan kemahiran melalui sistem teknik dan vokasional iaitu pelajar persepsi
dalam bidang kejuruteraan yang mempelajari teknik dan kemahiran PLC dan motor
dimana pembelajaran yang berlangsung di bengkel perlu direalisasikan di tapak
bagi menguji tahap kemahiran dan kesediaan pelajar dengan merujuk kepada
majalah, internet dan buku-buku disamping mengambil contoh rekabentuk projek
secara lebih mendalam pada masa akan datang.

5.3 CADANGAN

Bahagian ini menerangkan cadangan-cadangan yang dikemukakan agar


dapat menjadi panduan untuk projek yang akan datang.

15
5.3.1 Mencadangkan memperbanyakkan lagi penggunaan PLC di
bidang industri.

Pihak kerajaan dan swasta perlu memperbanyakkan lagi penggunaan PLC


di dalam industri kerana ia akan mengurangkan lagi tenaga pekerja dan
menjimatkan kos.

5.3.2 Mencadangkan penggunaan sistem hidroponik

Kepentingan penggunaan sistem hidroponik dapat menjimatkan penggunaan


tanah,ia juga dapat memudahkan pemantauan akar pokok dengan cara
mengangkat pasu dan melihat akarnya. Disamping itu, Pembaziran baja tidak
berlaku, kerana air baja sentiasa dikitar semula. Sistem ini dapat membantu
pengeluaran hasil seragam, selain dapat mengawal penyakit pokok tanaman
,kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah. Juga hasil
dapat dikeluarkan sepanjang masa, serta pencemaran alam sekitar dapat
dikurangkan dengan penggunaan kimia yang minimum dan terhad.

5.4 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan


objektif projek telah tercapai. Kerja-kerja dalam proses penghasilan produk
dilaksanakan dengan menggunakan teknik dan kaedah yang telah diajar oleh
pensyarah dan diterapkan pada pelajar.

Dengan ini, kami telah berjaya menyiapkan projek akhir tahun ini dengan
cemerlang dan jayanya. Maka dengan ini saya mengharapkan agar dapat
membantu pihak-pihak yang berkaitan meneruskan usaha dalam membangunkan
serta mengaplikasikan dengan lebih mendalam mengenai kaedah-kaedah dan
teknik serta sistem yang digunakan.

Selain itu, kajian ini boleh dijadikan sebagai satu bahan pembacaan yang
berguna agar dapat mendatangkan manfaat kepada semua pihak. Semoga dapatan
projek ini memberikan manfaat terhadap domain pengkaji-pengkaji yang lain yang
turut berminat mengkaji pemasalahan yang melibatkan projek akhir berkaitan
dengan sistem PLC dan motor.

16
RUJUKAN

https://anwarmekatronikapens.wordpress.com/2015/04/22/plc/ (pengenalan dasar plc)

http://myagri.com.my/2016/04/untuk-projek-fertigasi/

http://xerma.blogspot.my/2014/01/pengertian-dan-konsep-petani-dan.html

http://www.jelajahinternet.com/2016/01/101-definisi-pengertian-pertanian.html

http://www.e-jurnal.com/2013/09/jurnal-penelitian-pertanian.html

http://pagarmuseh.blogspot.my/2013/01/kuliah-1-sektor-pertanian-di-malaysia.html

http://www.budidayapetani.com/2015/06/11-pengertian-pertanian-menurut-para.html

17

Anda mungkin juga menyukai