Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

PETI SURAT 61156


91021 TAWAU SABAH

________________________________________________________________

KERTAS KERJA
SOLAT HAJAT PERDANA DAN JAMUAN
AKHIR BENGKEL TEKNOLOGI ELEKTRIK
TAHUN 2017
________________________________________________________________

TARIKH:
27 SEPTEMBER 2017 (RABU)

TEMPAT:
BENGKEL ELEKTRIK KOLEJ VOKASIONAL TAWAU

Disediakan oleh

Pensyarah
Bengkel Teknologi Elektrik
Kolej Vokasional Tawau
1.0. RASIONAL PROGRAM

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran didalam kelas atau bengkel, pelajar
telah diberikan ilmu pengetahuan yang banyak oleh pensyarah masing-masing.
Dalam proses ini semestinya pelajar memerlukan suntikan motivasi untuk terus
menuntut ilmu pengetahuan di Kolej Vokasional Tawau ini. seiring dengan itu satu
program yang berbentuk motivasi perlu diadakan bagi meningkatkan lagi semangat
pelajar supaya terus menuntut ilmu pengetahuan di dalam Kolej Vokasional Tawau
ini.

2.0. OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan:

2.1. Memberi inspirasi kepada bengkel lain untuk mengadakan program


motivasi kepada pelajar supaya nilai moral pelajar dapat
ditingkatkan.
2.2. Mengeratkan silaturahim diantara pensyarah dan pelajar teknologi
elektrik.
2.3. Meraihkan pelajar-pelajar cemerlang di bengkel Teknologi Elektrik
yang bertujuan untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain agar
bersaing secara sihat.
2.4. Memohon kepada tuhan agar semua pelajar teknologi elektrik
khasnya agar dipermudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan
akhir.

3.0. BUTIRAN PROGRAM

3.1. Tarikh
27 SEPTEMBER 2017 (RABU)

3.2. Tempat
Bengkel Teknologi Elektrik

3.3. Golongan Sasaran Program


3.3.1. Semua pelajar Teknologi Elektrik Kolej Vokasional Tawau

3.4. Aktiviti Program


Pengisian program terdiri daripada beberapa elemen iaitu:
3.4.1. Solat Hajat Perdana Sempena Akhir tahun dan Peperiksaan
Akhir.
3.4.2. Ceramah motivasi berkaitan dengan peperiksaan akhir.
3.4.3. Memberikan penghargaan kepada pelajar cemerlang
Teknologi Elektrik tahun 2017.
3.4.4. Jamuan Akhir Bengkel Teknologi Elektrik.

3.5. Tentatif Program


Rujuk LAMPIRAN I

3.6. Senarai nama penceramah


Rujuk LAMPIRAN II

3.7. Ahli Jawatankuasa


Rujuk LAMPIRAN III
4.0. ANGGARAN PERBELANJAAN
Berikut merupakan anggaran perbelanjaan bagi mengadakan Program ini:

(Jadual 1 :Anggaran Perbelanjaan)

Harga Seunit Jumlah


Bil Butiran Kuantiti
(RM) (RM)

MAKANAN

Makanan Pelajar RM 3.00 75 RM 225.00


1.
Makanan VIP / PENSYARAH RM 5.00 10 RM 50.00

JUMLAH RM 275

SIJIL DAN HADIAH

Cenderahati Penceramah
 Sijil Penghargaan - 1 Stor Pusat
 Pendent Penghargaan - 1 Stor Pusat

2.
Anugerah Pelajar Terbaik
 Sijil Penghargaan - 4 Stor Pusat
 Hadiah Anugerah RM 10.00 4 RM 40.00

JUMLAH RM 40.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 315.00
5.0. SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan bagi melaksanakan program ini adalah seperti dalam
jadual berikut:-

BIL. SUMBER KEWANGAN JUMLAH


1. Yuran pelajar
75 Pelajar X RM 2.00 RM 150.00
2. Tabung Bengkel Teknologi Elektrik (Kutipan
pensyarah)
8 Pensyarah X RM 20.00 RM 160.00
JUMLAH KESELURUHAN RM 310.00

6.0. IMPLIKASI PROGRAM SEKIRANYA TIDAK DILULUSKAN

Sekiranya program ini tidak diluluskan terdapat beberapa implikasi yang


akan dihadapi, antaranya ialah seperti berikut:-

6.1. Pelajar akan kurang motivasi untuk menjawab soalan peperiksaan


akhir yang akan tiba.
6.2. Hubungan silaturahim antara pelajar dan pensyarah akan melalui
proses yang lama untuk dieratkan.
6.3. Menghadkan program-program kerohanian peringkat Kolej
Vokasional Tawau.

7.0. PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengenai
matlamat kolej dalam melahirkan pelajar yang lebih bermotivasi dalam pelbagai
bidang dan kami juga berharap program ini mendapat kerjasama yang erat
daripada semua pihak yang berkenaan dalam melancarkan segala urusan berkaitan
dengan program ini bagi merealisasikan matlamat yang telah digariskan.
Disediakan oleh,

…………………….
(AZMAN BIN HANAFIAH)
Pensyarah Program Teknologi Elektrik,
Kolej Vokasional Tawau, Sabah.

Disemak oleh,

…………………………...
(AZMAN BIN MANSOR)
Timbalan Pengarah Akademik,
Kolej Vokasional Tawau, Sabah.

Diluluskan Oleh,

…………………………………...
(RANGIAH A/L MUTHUSAMY)
Pengarah,
Kolej Vokasional Tawau, Sabah.
LAMPIRAN I

TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI CATATAN


7.00 Pagi Pelajar dan pensyarah berkumpul di dalam
bengkel
7.30 Pagi Ketibaan penceramah
8.00 Pagi Solat Hajat
8.30 Pagi Ceramah Motivasi:
Tajuk: Persediaan Fizikal, Mental dan Rohani
Penceramah: Ustaz Roslan Bin Ramli
9.30 Pagi 1. Anugerah Pelajar Cemerlang SVM & DVM
2. Anugerah Pensyarah Bengkel
9.45 Pagi Cenderahati Penceramah
10.00 Pagi Jamuan makan
11.00 Pagi Gotong Royong
LAMPIRAN II

Senarai Nama Penceramah Jemputan

1. Ustaz Roslan Bin Ramli


Pengurus IQRA’ Training & Consultant
LAMPIRAN III

SENARAI AHLI JAWATANKUASA


PROGRAM SOLAT HAJAT PERDANA DAN JAMUAN AKHIR BENGKEL
TEKNOLOGI ELEKTRIK TAHUN 2017

BIL JAWATANKUASA PENSYARAH YANG TERLIBAT

1. Pengarah Azman Bin Hanafiah

3. Setiausaha Nasri Binti Naharu

5. Bendahari Nadiah Binti Yusof

8. Jawatankuasa Protokol Idham Bin Hussin

9. Jawatankuasa Teknikal & Mohamad Bin Yamalang


Peralatan

10. Jawatankuasa Sijil dan Zamri Bin Awa


Cenderahati

11. Jawatankuasa Makanan Yusuf Bin A. Md Nor

Anda mungkin juga menyukai