Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PECUTAN AKHIR


MATAPELAJARAN SAINS RUMAHTANGGA SPM TAHUN 2018

1.0 PENDAHULUAN
Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua pelajar hendaklah
berusaha secara konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Jadi, pelajar perlu mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai
motivasi serta keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan SPM. PROGRAM
PECUTAN AKHIR MATAPELAJARAN SAINS RUMAH TANGGA SPM ini diadakan adalah
bertujuan untuk memantapkan lagi kemahiran teknik menjawab soalan peperiksaan sebagai
persediaan untuk menghadapi cabaran terbesar dalam kehidupan mereka sebagai pelajar iaitu
peperiksaan SPM.

2.0 MATLAMAT
2.1 Melahirkan individu yang bersikap positif dalam menghadapi cabaran hidup terutama
dalam mengharungi peperiksaan.
2.2 Melahirkan pelajar yang benar-benar bersedia sebelum menghadapi peperiksaan.
2.3 Mempersiapkan diri dan meningkatkan keyakinan diri pelajar agar dapat menjawab
soalan peperiksaan dengan cemerlang.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberikan pendedahan tentang teknik menjawab soalan yang betul dan tepat.
3.2 Memupuk pelajar agar mengamalkan situasi pembelajaran yang berteraskan
peperiksaan.
3.3 Memberi motivasi dan yakin diri untuk memantapkan lagi persediaan minda mereka
menjelang waktu peperiksaan.
3.4 Membentuk jati diri yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4.0 SASARAN
100 orang pelajar Calon SPM 2018 bagi mata pelajaran Sains Rumah Tangga daerah
Kota Tinggi

5.0 TARIKH, HARI DAN MASA


07 NOVEMBER 2018- RABU [ 7.30 pagi hingga 5.00 petang ]
08 NOVEMBER 2018- RABU [ 7.30 pagi hingga 5.00 petang ]
11 NOVEMBER 2018- RABU [ 7.30 pagi hingga 5.00 petang ]

6.0 TEMPAT
Dewan Peperiksaan Tunku Bendahara, SMK Seri Aman

7.0 PENGANJUR
Panitia SNRT SMK Seri Aman dan JKD Sains Rumah Tangga Kota Tinggi

8.0 SUMBER PENDAPATAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN


Pendaftaran Penyertaan & Sumbangan Guru
(Sila rujuk lampiran A)
9.0 INPUT
Ceramah dan Bengkel

10.0 JAWATANKUASA
Semua Pentadbir Sekolah, Ketua Panitia Mata Pelajaran, Guru-Guru Mata Pelajaran
Sains Rumah Tangga Daerah Kota Tinggi.

11.0 JADUAL TENTATIF PROGRAM


(Sila rujuk lampiran C)

12.0 PENILAIAN PROGRAM

12.1 Penilaian Jangka Pendek


-Perubahan tingkahlaku serta sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran.

12.2 Penilaian Jangka Panjang


-Keputusan peperiksaan bagi setiap mata pelajaran sewaktu ujian dan
Peperiksaan.
-Keputusan Peperiksaan SPM

12.3 Borang Penilaian Kursus

13.0 PENUTUP
Semoga program yang dirancang ini dapat dijalankan dengan lancar dan seterusnya
dapat membantu semua pelajar untuk mempertingkatkan prestasi akademik dan lulus dengan
cemerlang dalam SPM 2018. Kerjasama daripada semua pihak untuk menjayakan program ini
amatlah diperlukan dan seterusnya tema program ini iaitu “Ke Arah Mempertingkatkan
Pencapaian Akademik Yang Cemerlang Dan Terbilang 2018” dapat direalisasikan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

................................................ .....................................................
MUHAMAD SAMSUL BIN JAMIL NORMALA BINTI YUNOS
Setiausaha, GKMP Teknik Dan Vokasional
PROGRAM PECUTAN AKHIR SMK Seri Aman
MATAPELAJARAN SAINS RUMAHTANGGA SPM Felda Bukit Aping Barat
TAHUN 2018 Kota Tinggi, Johor

Disahkan oleh,

.......................................................
TUAN HAJI AMAD BAHRI BIN MARDI
Pengetua,
SMK Seri Aman
Felda Bukit Aping Barat
Kota Tinggi, Johor
LAMPIRAN A

PENYATA KEWANGAN PROGRAM PECUTAN AKHIR


MATAPELAJARAN SAINS RUMAHTANGGA SPM TAHUN 2018

ANGGARAN PENDAPATAN
1. Pendaftaran [RM 25 x 100 peserta] RM 2500.00
2. Sumbangan Guru [RM 10.00 x 10 guru] RM 100.00
3. Dana Kecemerlangan SMK Seri Aman RM 200.00

Jumlah RM2800.00
ANGGARAN PERBELANJAAN PMR
Alatan/Bahan bercetak (Perbengkelan) RM 500.00
Makan/Minum peserta [100 pelajar x RM 15.00] RM 1500.00
Makan/Minum Fasilitator [11 guru x RM 15.00] RM 165.00
Sijil [100 pelajar + 12 Fasilitator x Rm 1.50] RM 168.00
Saguhati Penceramah RM 200.00
Cenderahati [ 11 x RM 10] RM 110.00
Kecemasan RM 157.00
JUMLAH PERBELANJAAN RM2800.00
LAMPIRAN B

JAWATANKUASA PROGRAM PECUTAN AKHIR


MATAPELAJARAN SAINS RUMAHTANGGA SPM TAHUN 2018

Pengerusi : Tuan Haji Amad Bahri Bin Mardi


Naib Pengerusi I : Tuan Haji Daud Bin Yahya (GPK 1)
Naib Pengerusi II : Puan Normala Binti Yunos (GKMP T&V)
Setiausaha /Bendahari : Encik Muhamad Samsul Bin Jamil
Pendaftaran : SLB
Pengerusi Majlis : SLB
Persiapan Dewan : Pelajar SnRT
Dokumentasi : SLB
Fotografi : SLB
P.A Sistem, Laptop & LCD : SLB

Jamuan : SLB
LAMPIRAN C

JADUAL TENTATIF PROGRAM PECUTAN AKHIR


MATAPELAJARAN SAINS RUMAHTANGGA SPM TAHUN 2018

BIL TARIKH MASA AKTIVITI PELAJAR SPM


8.00 - 8.30 am Pendaftaran
1. 14 Mac 2011
(Isnin) 8.30 - 10.30 am Teknik menjawab Bahagian A

10.30 -11.00 am Rehat

11.00 - 1.00 pm Teknik Menjawab Bahagian B

1.00 - 2.00 pm Rehat/Solat

2.00 - 4.30 pm Perbengkelan

4.30 – 5.00 pm Penutup

Nota *Bengkel Mata pelajaran lain akan dijalankan pada waktu persekolahan 12.00-1.30 petang
*Tertakluk kepada pindaan.

Anda mungkin juga menyukai