Anda di halaman 1dari 13

Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

1.0 PENGENALAN

Projek ini adalah salah satu aktiviti Keceriaan Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri
Bedena bagi tahun 2017 sehinga 2018 dengan kerjasama Unit Kurikulum, Unit Hal Ehwal
Murid dan Unit Kokurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena. Kertas kerja
ini sedapat mungkin menggariskan pengisian program dengan mengambilkira penglibatan
semua warga Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena di atas bantuan dari
semua guru. Di masa yang sama semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
kawasan persekitaran program. Oleh sebab itu, memohon agar kerjasama dari semua pihak
sekolah untuk menjayakan Projek Keceriaan ini untuk kebaikan bersama.

2.0 NAMA PROJEK

PROJEK KECERIAAN - “PPKIKU INDAH”

3.0 MATLAMAT

Menceriakan kawasan persekitaran program agar dapat memberikan impak sihat,


segar dan indah dan seterusnya menarik minat murid-murid untuk hadir ke sekolah.

4.0 OBJEKTIF

 Meningkatkan peratus keceriaan sekolah.


 Memberikan impak ceria dan indah kepada kawasan program untuk menarik
minat murid-murid hadir ke sekolah.
 Mewujudkan kawasan-kawasan menarik untuk dijadikan kawasan P&P luar
bilik darjah.
 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
 Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan
secara berterusan.

1
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

5.0 PELAKSANAAN

Tempoh : 2017 - 2018

Tempat : Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Seri Bedena,

45300 Sungai besar, Selangor.

6.0 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN

i. Projek Lanskap bunga-bungaan

ii. Projek Kebun mini

iii. Projek Tempat duduk tayar terpakai

iv. Projek Lanskap Tanaman herba

v. Projek Laluan berbatu dan tempat duduk

vi. Projek Wakaf

vii. Projek Rumah hijau dan tapak semaian

7.0 PELAN KAWASAN CADANGAN PROJEK “PPKIKU INDAH”

2
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

8.0 AHLI JAWATANKUASA PROJEK “PPKIKU INDAH”

Penasihat : Pn Wan Shamsiah Bt Wan Yusoff


Pengetua SMK Seri Bedena
Tn Haji Mohd Ishak Bin Masudi
Penolong Kanan Kurikulum
Pn Hatipah Bt Yusof
Penolong Kanan HEM
Pn Hjh Nor Faridah Bt Jajuli
Penolong Kanan Kokurikulum

Pengerusi : Pn Norhayati Bt Jupri


Penolong Kanan Pendidikan Khas
Setiausaha : En Shahrol Nizam Bin Mispan
Naib Setiausaha : En Mohd Yusof Bin Abd Manap
AJK Pelaksana : Pn Suhana Bt Mohamed Royani
Pn Siti Haslinda Bt Mohamad
Pn Nor Azma Bt Saidina Abu Bakar
En Mohamad Murizal Bt Josti
Tn Hj Basri Bin Arsat
En Ariman Bin Ariffin
En Mat Huda Bin Sanusi
Pn Siti Rohani Bt Napiah
Pn Adlin Juliana Bt Jaaffar
Turut dibantu oleh PPM : Pn Siti Rulizah Bt Nor Hatim
Pn Nor Azlin Bt Shafie
Pn Noraseaha Bt

3
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROJEK 2018 - 2019

BIL PROJEK JUMLAH (RM)


1 Projek Lanskap bunga-bungaan 700.00

2 Projek Kebun mini 1190.00

3 Projek Tempat duduk tayar terpakai 870.00

4 Projek Lanskap Tanaman herba 660.00

5 Projek Laluan berbatu dan tempat duduk 442.00

6 Projek Wakaf 1371.00

7 Projek Rumah hijau dan tapak semaian 5120.00

JUMLAH BESAR 10,353.00

4
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

10.00 PERLAKSANAAN PROJEK PPKIKU INDAH MENGIKUT FASA 1 – 6 (TAHUN 2017-2018)

FASA 1 – LANSKAP BUNGA-BUNGAAN (Januari – Februari 2017)

PENGENALAN PROJEK
Untuk menceriakan kawasan ini dengan tanaman bunga yang sesuai dengan kawasan
redup dan juga yang sesuai dengan kawasan panas. Selain itu, bahan untuk lanskap pula
adalah daripada bahan terbuang bagi melestarikan alam sekitar di kawasan bangunan
ppki. Pokok bunga yang ditanam adalah dari jenis yang mudah untuk dibiakan sesuai
dengan dalam subjek asas tanaman.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan kawasan di depan bangunan ppki untuk diletakkan tayar terpakai.
2. Tayar terpakai yang disusun akan diisikan tanah pada ruang tengah tayar untuk medium
tanaman bunga.
3. Menanam pokok bunga jenis keladi yang boleh hidup di kawasan redup dan tidak
memerlukan banyak air.
4. Menghiaskan kawasan di sekitar tayar dengan batu bulat putih.
5. Mengecat tayar dengan cat minyak berwarna-warni.
6. Meletak papan tanda untuk setiap pokok bunga.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


Tayar terpakai 20 biji -
1 Pokok bunga 10 jenis x 5.00 50.00
2 Batu bulat putih 6 beg x 20.00 120.00
3 Cat minyak 3 warna terang 3 tin 5 liter x 100.00 300.00
4 Berus, pengelek dan bekas 2 set x 25.00 50.00
cat
5 Tayar kereta sorong tubeless 2 unit x 20.00 40.00
Jumlah 700.00

5
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 2 – KEBUN MINI (Februari – April 2017)

PENGENALAN PROJEK
Kebun mini ini diwujudkan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dalam
asas perkebunan. Kawasan ini akan dibina batas menggunakan batu bata supaya mudah
diselanggara kelak. Para pelajar diajar cara membina batas yang baik supaya tanaman
sayur dapat hidup dengan subur. Selain itu, tapak kebun mini ini akan dibina bumbung
berjaring hitam supaya para pelajar boleh melakukan aktiviti diluar bilik darjah dalam
suasana yang selesa.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan kawasan tapak untuk membina batas mengikut ukuran yang diperlukan.
2. Batas yang telah siap dibina akan disediakan lubang saliran untuk memudahkan aliran
air dalam tanah supaya tanah di dalam batas tidak mengeras.
3. Mengecat binaan batas dengan warna yang terang supaya tapak kebun mini nampak
ceria.
4. Mengisi tanah merah dan tanah hitam ke dalam binaan batas.
5. Membina bumbung berjaring hitam.
6. Membuat papan tanda nama untuk setiap sayuran yang akan ditanam.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Tanah hitam 100 beg x 2.00 200.00
2 Tanah merah 1 lori kecil x 200.00 200.00
3 Baja organik 1 guni besar x 100.00 100.00
4 Sabut hancur 3 guni x 50.00 150.00
5 Batu bata 1 pelet x 160.00 160.00
6 Simen 4 guni x 20.00 80.00
7 Pasir halus 1 lori x 100.00 100.00
8 Dawai hijau 1 gulung x 100.00 100.00
9 Cable tie 1 bungkus x 100.00 100.00
Jumlah 1190.00

6
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 3 – TEMPAT DUDUK DARIPADA TAYAR TERPAKAI (Februari – Mac 2017)

PENGENALAN PROJEK
Dalam proses mengindah persekitaran bangunan Program Pendidikan Khas Integrasi, telah
diwujudkan pula projek membuat tempat duduk daripada tayar terpakai. Tayar terpakai
tersebut diubah menjadi tempat duduk yang mesra alam dan mewujudkan persekitaran
lestari.

Proses pelaksanaan
1. Mencari tayar terpakai daripada kedai-kedai tayar.
2. Membersihkan tayar tersebut daripada kotoran.
3. Membuat lubang untuk mencantumkan 2 tayar.
4. Memotong papan lapis berbentuk bulat untuk menutup lubang tengah tayar.
5. Bahagian atas tayar yang ditutup dengan papan lapis dililitkan dengan tali fiber sebagai
hiasan pada tayar tersebut.
6. Mengecat tayar dengan warna putih (tayar atas) dan warna kuning (tayar bawah).
7. Proses terakhir adalah mengecat cat clear supaya nampak berkilat.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Tayar terpakai 20 biji -
2 Drill 1 unit x 200.00 200.00
3 Gergasi elektrik 1 unit x 200.00 200.00
4 Papan lapis tebal 4 unit x 30.00 120.00
5 Tali fiber 2 gulung x 50.00 100.00
6 Cat minyak 2 warna (kuning 2 tin 5 liter x 100.00 100.00
dan putih)
7 Cat clear 1 tin 5 liter x 100.00 100.00
8 Spirit 1 tin besar x 50.00 50.00
Jumlah 870.00

7
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 4 – LANSKAP TANAMAN HERBA (Mac – Mei 2017)

PENGENALAN PROJEK
Projek tanaman herba juga tidak ketinggalan dalam proses untuk mengindahkan
persekitran program. Tujuannya diwujudkan sebagai kesinambungan daripada Projek Malar
Hijau tahun 2012 yang telah rosak setelah pagar batu yang berhampiran projek diruntuhkan.
Sejak itu, segala usaha telah dijalankan bagi meneruskan projek tersebut tetapi hampa.
Projek ini dijalankan semula untuk memberi info kepada semua warga program untuk
mengenali tanaman herba.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan lokasi kawasan untuk membuat projek tersebut.
2. Memotong pelet untuk diletakan pada kawasan tersebut.
3. Mengisikan setiap ruang pelet dengan tanah yang ditelah dicampurkan.
4. Mengenalpasti tanaman herba yang sesuai untuk ditanam pada petak pelet.
5. Membuat papan tanda nama dan ruang info untuk tanaman herba.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Pelet terpakai 10 unit -
2 Paku 2 inci 2 kg x 2.00 4.00
3 Tanah hitam 10 beg x 2.00 20.00
4. Benih pokok herba 10 jenis x 5.00 50.00
Jumlah 660.00

8
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 5 – LALUAN BERBATU DAN TEMPAT DUDUK BATU (Julai – Oktober 2017)

PENGENALAN PROJEK
Dalam proses menyediakan persekitaran yang ceria di kawasan program, tidak lupa juga
dalam menceriakan kawasan yang nampak malap. Justeru lalu berbatu dibina dalam
bentuk “L” supaya kesinambungan projek ini lebih sempurna. Selain itu, ditambahkan
dengan laluan itu dengan kerusi batu untuk warga program beristirehat dan bergurau
senda.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan kawasan yang telah ditetapkan untuk meratakan pasir.
2. Menyusun batu berbentuk mengikut corak yang dikehendaki.
3. Membuat sentuhan terakhir dengan menyimen sisi setiap sudut batu yang disusun.
4. Meletak kerusi batu secara bersama berhampiran longkang.
5. Mengecat kerusi tersebut dengan warna yang cantik.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Pasir halus 1 lori x 100.00 100.00
2 Batu berwarna 1 pelet x 160.00 160.00
3 Longkang bentuk “V” 10 unit x 10.00 100.00
4 Cangkul 2 unit x 8.00 16.00
5 Skop rata 2 unit x 15.00 30.00
6 Sudip simen 3 unit x 5.00 15.00
7 Baldi bancuh simen 3 unit x 7.00 21.00
Jumlah 442.00

9
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 6 – WAKAF (Februari – Mac 2018)

PENGENALAN PROJEK
Tempat untuk berteduh daripada panas juga tidak ketinggal untuk dibina. Oleh itu,
pembinaan wakaf iaitu pondok kecil dibina bertujuan untuk berteduh daripada panas dan
hujan serta tempat untuk menunggu para pelajar. Wakaf ini akan dihiasi dengan pokok
bunga dan tanaman herba. Info yang berguna untuk para pelajar juga turut disediakan
sebagai bahan bacaan untuk para pelajar. Sudut dekorasi ringkas juga akan dibuat
sebagai penghias wakaf di sekitarnya.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan tapak untuk membina wakaf daripada sisa batuan.
2. Membina asas untuk wakaf seterusnya bahagian bumbung dan lantai.
3. Menyimen kawasan sekitarnya supaya rata.
4. Membina saliran untuk aliran air di sekeliling wakaf.
5. Mengecat syelek untuk membuatkan wakaf nampak berkilat.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Kayu 3 x 3 10 kaki 4 batang x 50.00 200.00
2 Kayu 3 x 3 8 kaki 10 batang x 40.00 400.00
3 Kayu 2 x 1 8 kaki 8 batang x 8.00 64.00
4 Zink kilang 8 kaki 6 keping x 32.00 192.00
5 Skru zink 50 biji x 2.00 100.00
6 Paku 6 inci 5 kg x 3.00 15.00
7 Longkang seramik 4 kaki 8 unit x 15.00 120.00
8 Syelek tong besar 1 tin 5 liter x 100.00 100.00
9 Simen 3 beg x 20.00 60.00
10 Pasir halus 2 ela x 50.00 100.00
11 Berus besar 4 biji x 5.00 20.00
Jumlah 1371.00

10
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

FASA 7 – RUMAH HIJAU DAN TAPAK SEMAIAN (Februari – April 2018)

PENGENALAN PROJEK
Pembinaan rumah hijau dan tapak semaian adalah merangkumi silibus asas tanaman dan
juga kemahiran perkebunan. Ditempat ini akan dibina 2 unit rumah hijau yang lengkap
untuk memudahkan pelajar dan guru membuat praktikal diluar kelas.

Proses pelaksanaan
1. Membersihkan kawasan lokasi dan menebang pokok mangga.
2. Membuat benteng batu bata ditepi pagar sekolah untuk meninggi paras supaya sama
rata.
3. Meratakan tanah merah seluas 60 kaki x 30 kaki.
4. Memasang 2 set rumah hijau yang lengkap.
5. Membina tempat untuk meletak jenis-jenis medium tanah.

Bahan dan peralatan

BIL BAHAN DAN PERALATAN KUANTITI JUMLAH (RM)


1 Menebang pokok 3 pokok mangga x 40.00 120.00
2 Tanah merah 2 lori besar x 600.00 1200.00
3 Set rumah hijau 2 set x 1900.00 3800.00
Jumlah 5120.00

11
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

11.0 CARTA GANTT PERLAKSANAAN PROJEK “PPKIKU INDAH”

FASA PERKARA TEMPOH (BULAN) 2017


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1 Lanskap bunga-bungaan
2 Kebun mini
3 Tempat duduk tayar terpakai Penjagaan dan
4 Lanskap tanaman herba pemurnian

5 Laluan berbatu dan tempat


duduk

FASA PERKARA TEMPOH (BULAN) 2018


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12
1 Wakaf
2 Rumah hijau dan tapak Penjagaan dan
semaian pemurnian

12.0 PENUTUP

Adalah menjadi harapan kami agar projek ini dapat diterima dan akan berjalan
seperti yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua
pihak.

“ BERSAMA MEREALISASIKAN PPKIKU INDAH”

12
Projek Keceriaan “Ppkiku Indah”

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................ ...............................................
EN SHAHROL NIZAM BIN MISPAN PN NORHAYATI BT JUPRI
Setiausaha Pengerusi
Projek “PPKIKU INDAH” ` Projek “PPKIKU INDAH”

Disahkan oleh,

...........................................
PN WAN SHAMSIAH BT WAN YUSOFF
Pengetua SMK Seri Bedena

13

Anda mungkin juga menyukai