Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI


22200 BESUT,TERENGGANU.
Emel: sktm.ppdbesut@gmail.com
Blog: sktgmahmud@blogspot.com





Tel: 09-6979346
Faks: 09-6979359
Ruj. Kami: SKTM.004/01/017/005 Jld.4 ( )
Tarikh: 13.7. 2014


ENCIK ZAHARI BIN MUSTAPHA
Pegawai Pertanian,
Jabatan Pertanian Daerah Besut,
22200 Besut,
Terengganu Darul Iman

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Sains Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud
akan mengadakan satu program Pengenalan Tanaman Hidroponik. Program tersebut akan
dijalankan seperti berikut:

Nama program : Projek Tanaman Hidroponik
Tarikh : 20 Julai 2014
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Tengku Mahmud
Masa : 8.30 - 10.30 pagi
Sasaran : 60 orang (Guru kelas dan wakil murid setiap kelas)

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput tuan untuk menyampaikan ceramah
pengendalian asas tanaman hidroponik sebagai panduan kepada pihak guru dan murid-
murid untuk menjayakan projek ini. Bersama ini dikepilkan lampiran tentatif program sebagai
rujukan pihak tuan.

4. Semoga dengan kerjasama dan penyertaan yang diberikan oleh pihak tuan dapat
membantu bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Jasa baik pihak tuan, kami dahului
dengan ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih.

5. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Guru Penyayang Murid Berkualiti
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,





(HJ AB RAHMAN BIN SARDAR)
Guru Besar












SEKOLAH KEBANGSAAN TENGKU MAHMUD
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI
22200 BESUT,TERENGGANU.
Emel: sktm.ppdbesut@gmail.com
Blog: sktgmahmud@blogspot.com





Tel: 09-6979346
Faks: 09-6979359




TENTATIF PROGRAM
AHAD (20 JULAI 2014)
8.00 8.15 Pagi : Pelancaran Taman Tanaman Hidroponik oleh Tuan Guru
Besar
8.30 10.30 Pagi : Taklimat Tanaman Hidroponik oleh Encik Zahari Bin Mustapha
(Pegawai Pertanian di Jabatan Pertanian Daerah Besut)
Talimat Ringkas Pengendalian Tanaman Hidroponik
Amali Penanaman Tanaman Hidroponik
10.30 - 11 Pagi : Taklimat tamat dan upacara penyampaian cenderhati kepada
Pentaklimat.

Anda mungkin juga menyukai