Anda di halaman 1dari 1

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Tarikh : 05/03/2018

Jalan Taman Bunga,


Taman Tasek Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan
U.P : Ustaz Wan Aminuddin b Wan Abdullah

Tuan,

PERMOHONAN SUMBANGAN KEWANGAN SEBANYAK RM 3300.00 UNTUK


PROGRAM BENGKEL STATISTIK MATEMATIK SPM 2018

Segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa unit akademik asrama SMK Tuanku Muhammad dengan
kerjasama panitia matematik SMK Tuanku Muhammad akan mengadakan Bengkel Statistik
Matematik SPM 2018.

3. Sehubungan dengan itu kami ingin memohon sumbangan kewangan sebanyak RM


3300.00 untuk menampung perbelanjaan makan dan minum pelajar sepanjang program tersebut.
Bersama-sama ini disertakan kertas kerja program untuk rujukan pihak tuan.

Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan adalah amat kami harapkan dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

...............................................
(MOHAMAD ZAIDI BIN ISHAK)
Pengetua
SMK Tuanku Muhammad
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan

Anda mungkin juga menyukai