Anda di halaman 1dari 11

KERTAS CADANGAN

PROGRAM PEMBANGUNAN
TENIS SK SERTING
HILIR KOMPLEKS

2008
PRAKATA

Kertas cadangan ini dihasilkan adalah atas kesedaran untuk memajukan


sukan tenis di Daerah Jempol khususnya dan di Negeri Sembilan amnya. Kita
sedia maklum untuk mencapai kemajuan dalam sesuatu bidang memerlukan
komitmen dari semua pihak. Kerjasama yang diberikan sudah semestinya akan
mencapai matlamat yang diharapkan.

Sesuatu perancangan harus disusuli dengan tindakan. Kertas kerja ini


tidak akan mendatangkan apa-apa makna tanpa tindakan susulan yang
sepatutnya oleh mana-mana individu, kumpulan, organisasi yang sepatutnya
sama-sama memikul tanggungjawab untuk membangunkan sukan ini.

Melalui kertas kerja ini saya hanya berupaya untuk mencadangkan apa
yang sepatutnya yang mengikut perkiraan saya dapat membangunkan sukan
ini. Isu-isu seperti infrastruktur gelanggang tenis, peruntukan kewangan,
kejurulatihan adalah merupakan elemen penting yang seharusnya mendapat
perhatian untuk mencapai kejayaan yang diharapkan.

Akhir sekali saya berharap dengan penyediaan kertas cadangan ini


merupakan langkah awal untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan
tenis ini. Semoga usaha ini akan menjadi panduan kepada semua individu yang
sedang terlibat dan yang akan terlibat untuk menjayakan rancangan ini.

2
KANDUNGAN

Muka surat

Pendahuluan 4

Tujuan Penulisan Kertas Cadangan 5

Visi 5

Misi 5

Strategi Pelaksanaan 5

Latihan 6

Kumpulan Sasaran 6

Pertandingan dan Pendedahan 7

Rangsangan dan Kebajikan Pemain 7

Kewangan 7

Jurulatih dan Pemain 8

Cadangan 9

Penutup 9

3
KERTAS CADANGAN
RANCANGAN DAN PEMBANGUNAN SUKAN TENIS
SK SERTING HILIR KOMPLEKS
2008

1. Pendahuluan

Sukan tenis merupakan sukan yang amat popular di peringkat


antarabangsa. Untuk itu satu usaha haruslah dijalankan untuk
memperkenalkan sukan ini di peringkat awal lagi iaitu di peringkat bangku
sekolah kerana untuk melahirkan seorang pemain tenis yang berpotensi
bukanlah satu perkara diperolehi dengan jalan yang singkat tetapi ia
memerlukan satu perancangan dan komitmen yang bersungguh-sungguh
dari semua pihak. Melalui perancangan yang mantap, matlamat untuk
mencapai prestasi tinggi berlandaskan cita-cita dan wawasan pendidikan
yang menjuruskan ke arah insan yang seimbang dari segi jasmani dan
rohani akan tercapai.

Program pembangunan seperti ini merupakan yang pertama sekali di


adakan dan melibatkan kanak-kanak yang berumur antara 9 dan 10 tahun
yang bersekolah di sini, di mana mereka masih lagi belum mengenali
sukan tenis dengan mendalam.

4
2.Tujuan Penulisan Kertas Cadangan

Kertas cadangan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian Majlis


Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Jempol/Jelebu , Majlis Sukan sekolah-
sekolah Negeri Sembilan dan FELDA Serting Hilir dalam usaha
melahirkan pemain tenis di kalangan murid-murid sekolah di daerah
Jempol. Aspek-aspek kemudahan infrastruktur, kewangan dan teknikal
adalah merupakan elemen-elemen yang dilihat sebagai penyumbang
kearah melahirkan pemain tenis yang berdaya saing tinggi.

3.Visi

Mencapai tahap kecemerlangan dalam sukan tenis di peringkat tertinggi.

4.Misi

Di akhir tahun 2010, Daerah Jempol akan melahirkan

 Pemain yang boleh berdikari, mempunyai daya saing yang tinggi,


bermotivasi dan berpotensi demi mendukung cita-cita dan aspirasi
sukan negara.

 Pemain yang berpotensi yang akan mewakili Daerah Jempol


diperingkat MSSMNS dan seterusnya SUKMA dan antarabangsa di
masa akan datang.

5.Strategi Pelaksanaan

 Mencungkil dan mengasah bakat pemain dengan bimbingan oleh


jurulatih pada setiap hari Ahad.

 Pemain-pemain dikehendaki menandatangani buku kedatangan


sebelum dan selepas menggunakan peralatan yang disediakan di
pejabat sekolah, secara tidak langsung dapat mengesan kehadiran dan
kekerapan peserta bermain.

5
6.Latihan

 Latihan akan dijalankan di tapak perhimpunan SK Serting Hilir


Kompleks memandangkan di sekolah ini dan juga di kawasan FELDA
Serting Hilir tidak mempunyai gelanggang tenis.

 Kaedah latihan yang dijalankan ialah secara terbuka iaitu pemain


hanya dibimbing pada setiap hari Ahad oleh jurulatih dari jam 8.00-
10.00 pagi. Pada hari Isnin hingga Jumaat pemain akan bermain
sesama mereka di tapak perhimpunan SK Serting Hilir Kompleks dan
diawasi oleh salah seorang dari jurulatih yang dilantik.

 Komponen-komponen latihan yang akan diterapkan kepada pemain


adalah merangkumi kemahiran asas seperti ground stroke, volley, dan
serve sahaja. Tujuannya ialah kerana objektif asal program ini ialah
mahu melihat pemain yang berdikari sejak dari mula mereka
mengenali sukan tenis.

7.Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti adalah seperti berikut :

 Pemain-pemain yang menyertai program ini adalah terdiri dari murid-


murid sekolah ini yang berusia antara 9 dan 10 tahun. Seramai 20
orang pelajar akan diambil sebagai perintis program ini.

 Memandangkan program ini berbentuk kemasyarakatan untuk anak-


anak FELDA maka penyertaan dari pihak FELDA amatlah
diharapkan bagi membantu dari segi kewangan khususnya apabila
pemain-pemain menyertai kejohanan di luar N. Sembilan pada masa
akan datang.

6
8.Pertandingan dan Pendedahan

 Pemain-pemain akan didedahkan melalui penyertaan dalam


pertandingan-pertandingan yang dianjurkan oleh MSSNS, MSN dan
LTAM.

9.Rangsangan dan Kebajikan Pemain

 Pihak Pejabat Pelajaran Daerah diharap akan memberi pelepasan


kepada pemain sekiranya pemain-pemain terlibat dengan satu-satu
pertandingan dan elaun makanan dan perjalanan akan ditanggung oleh
pihak sekolah.

 Memberi insentif berbentuk peralatan sukan tenis jika mereka berjaya


dalam satu-satu pertandingan hasil sumbangan dari pihak penaja.

 Memberi sokongan penuh sekiranya mereka berjaya dalam bidang


pelajaran sekiranya mereka ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang lebih tinggi di masa akan datang.

10. Kewangan

Peruntukan diperlukan untuk membiayai :

 Pembelian peralatan seperti raket, bola dan jaring pada peringkat


permulaan program.

 Menghantar pemain ke pertandingan seperti wang pendaftaran, makan


dan minum, penginapan dan perjalanan.

7
11.Jurulatih dan Pemain

Senarai nama jurulatih

i. En. Shamsul Hazli Abd Wahab


(Sk. Serting Hilir Kompleks)
ii. En. Asbullah b. Ahmad
(Sk. Serting Hilir Kompleks)
iii. En. Che Nordin
(Sk Serting Hilir Kompleks)

Senarai nama pemain

BIL NAMA UMUR DARJAH


1 AHMAD JAMALLUDIN B. JASMI 10 4 IK
2 MUSTAPHA WAHDAT B. AZIMI 10 4 IK
3 MUHAMMAD NUR AIMAN B. HAIRUDIN 10 4 IK
4 MUHAMMAD HAZIQ B. HASSIM 10 4 IK
5 MUHAMMAD FARIDZUAN B. SAIDON 10 4 IS
6 AHMAD AMIRUL HAKIM B. ABDUL RAZAK 10 4 IS
7 MOHAMAD FAZRUL AZRI B. AZIZAN 10 4AG
8 NURUL IZZAH BT. JAURI 10 4 IK
9 NUR NAJIIHA BT. TAJUDIN 10 4 IK
10 SITI AIDA AUNI BT. MOHMUD 10 4 IK
11 NUR FARAH AQILA BT. MOHD GHAFAR 10 4 IK
12 NUR FAIZAH BT. KA MOHD NIZAL 10 4 IK
13 FAZLIA FARIZA BT. SULAIMAN 10 4 IK
14 NUR SYAFILA BT. MD RAHIM 10 4 IK
15 MUHAMMAD NUR AIDIL B. AZAMANI 9 3 IS
16 MUHAMMAD SHAZLI B. SULAN 9 3 IS
17 MUHAMMAD SYAKIR B. SAIFUDIN 9 3 IK
18 PUTERA SAFARIN B. SAAD 9 3 IK
19 NURAFINARIZA BT. ALIAS 9 3 IK
20 NURUL AZIZAH BT HARON 9 3 IK

8
12.Cadangan

Pada peringkat permulaan diharap pihak MSSD Jempol/Jelebu dan


FELDA dapat menyediakan peruntukan untuk membeli peralatan seperti
raket dan bola kepada pemain.
Apabila pemain mula menunjukkan peningkatan diharap ia dapat
menarik minat pihak-pihak tertentu dan juga syarikat-syarikat pengeluar
barangan sukan.

13. Penutup

Program ini merupakan satu program yang julung sekali diadakan di


adakan di sekolah ini. Diharap kerjasama dari MSSD Jempol/Jelebu dan
FELDA Serting Hilir dapat melicinkan lagi program ini. Diharap dengan
adanya program seperti ini akan membuahkan hasil pada masa akan
datang. Program ini juga akan lebih berjaya lagi dengan adanya kerjasama
dan juga sumbangan dari pihak lain pada masa akan datang. Dalam tempoh
5 tahun lagi diharap daerah Jempol khususnya dan N. Sembilan amnya
akan dapat melahirkan pemain tenis remaja yang berpotensi untuk
bertanding diperingkat negara dan juga antarabangsa.

Disediakan Oleh

…………………………….
(Shamsul Hazli b. Abd. Wahab)

9
ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBELIAN PERALATAN TENIS
UNTUK PROGRAM TENIS SK SERTING HILIR KOMPLEKS

1. Bilangan peserta : 20 orang

1. Jumlah raket yang diperlukan : 20 batang


2. Jaring : 2 unit
3. Bola tenis : 1 pek (100 biji )

Anggaran Harga

Peralatan Harga seunit Jumlah


Raket RM 180X20 RM 3600.00
Jaring RM 100X2 RM 200.00
Bola tenis RM 200X1 RM 200.00
Jumlah Keseluruhan RM 4000.00

10
11

Anda mungkin juga menyukai