Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN JOHOR JAYA 5,

81100, JOHOR BAHRU,

JOHOR

KERTAS KERJA

SUKANEKA SKTJJ 5 2017

Pada:

14 Mac 2017

Tempat:

PADANG SK TAMAN JOHOR JAYA 5

1
1.0 PENGENALAN

Permainan sukaneka adalah sesuatu aktiviti yang dilakukan oleh kebiasaannya kanak-kanak untuk

bermain, berseronok dan mengisi masa lapang. Permainan sukaneka mempunyai peranan yang penting dalam

pendidikan fizikal bagi murid-murid sekolah rendah. Walaupun objektif jangka pendek adalah

menghiburkan para peserta, permainan sukaneka banyak memberi sumbangan yang baik terhadap

perkembangan para peserta. Menerusi permainan sukaneka, para peserta dapat membina sifat jasmani

dan sosial seperti yang diingini. Kepantasan, daya tenaga, ketangkasan, kemahiran dan game sense adalah

beberapa contoh sifat jasmani yang diperlukan. Selain itu, permainan sukaneka juga dapat memberikan

pengalaman dan pengetahuan kepada penganjur dalam pengelolaan sesuatu pertandingan seperti ini.

2.0 MATLAMAT

Matlamat sukaneka ini diadakan adalah untuk memupuk semangat kerjasama, persefahaman dan

interaksi yang sihat dalam kalangan peserta. Selain itu, aktiviti permainan sukaneka yang dijalankan dapat

membentuk sikap dan amalan positif di kalangan peserta dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Di

samping itu, sukaneka ini juga secara tidak langsung dapat menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan

seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.

2
3.0 OBJEKTIF

1. Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta
2. Mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan peserta.
3. Membentuk peserta agar sentiasa bersikap positif.
4. Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing masing.
5. Memberi kebebasan kepada guru pelatih untuk mencorakkan idea melalui aktiviti-aktiviti
sukaneka yang dijalankan.
6. Melahirkan nilai-nilai murni dalam diri seperti bekerjasama, rajin dan bertanggungjawab.
7. Menambahkan nilai pengetahuan dan pengalaman guru dalam penghasilan kertas kerja.

8. Memberi peluang kepada kanak-kanak mempelajari, mengaplikasi, memperoleh pengalaman dan


memperkembang kemahiran, pengetahuan dan nilai yang terdapat dalam aktiviti sukaneka yang
dijalankan.

4.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 14 Mac 2017

Hari : Selasa

Masa : 7.20 – 11.00 pagi

5.0 TEMPAT

Padang Sk Taman Johor Jaya 5

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid

3
7.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En. Asrol Faezal Bin Ahmad (Guru Besar SKTJJ 5)

Naib pengerusi : Pn. Hajah Khamisah Binti Ayun (GPK Kurikulum)

Pn. Zainab Binti Ahmad (GPK Hal ehwal murid)

Pn. Suzila Binti Aziz (GPK Ko-kurikulum)

Setiausaha : En. Muhd. Aidilfitri Bin Jamaluddin

Naib setiausaha : En. Khairul Abha Bin Azmi

Bendahari : Pn. Ramziah Binti Mohijan

AHLI JAWATANKUASA: Cik Nuridayatul Ain Binti Tulka


Cik Maisarah Binti Alloha
Cik Nur’ain Binti Intan Puri
En. Nik Akram Bin Mohaiden
En. Saiful Baharin Bin Abdullah
En. Mohd. Firdaus Bin A. Molok
Pn. Aliza Binti Tambi
Puan Farah Ain Binti Rais
En. Mohd Yazi Bin Shariman

8.0 ACARA SUKANEKA

8.1 ACARA BERKUMPULAN

1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

3. Acara mencari gula-gula dalam tepung

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

4
8.2 ACARA INDIVIDU

1. Acara larian 30 meter

2. Acara memijak belon

3. Acara muzikal chair

4. Acara makan buah epal

5. Acara masukkan manik

6. Lari dalam guni

7. Membawa bola ping pong dalam sudu

8. Terompah gergasi

9.0 Pembahagian kumpulan

Kumpulan A : 5 orang

Kumpulan B : 5 orang

Acara individu : 20 orang peserta setiap acara

10.0 Senarai Alatan

Alatan Kuantiti
Biji manik 3 bungkus
Buah epal 20 biji
Bola ping pong 20 biji
Gula - gula 6 bungkus
Tepung 4 bungkus
Span 5
Belon 4 bungkus
Tali rafia 1 gulung

SUMBER PERUNTUKKAN : Peruntukkan ko-kurikulum

5
11.0 Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kuantiti Harga Seunit Jumlah Harga


(RM) RM
1 Hadiah
Acara kumpulan – johan 25 8.00 200.00
- Naib johan 25 5.00 125.00
2. Hadiah
Acara individu
Johan 8 10.00 80.00
Naib johan 8 8.00 64.00
Ketiga 8 7.00 56.00
Keempat dan kelima 16 5.00 80.00
4. Peralatan sukaneka
- Biji manik 3 bungkus 2.00 6.00
- Buah epal 20 biji 1.40 28.00
- Bola ping pong 20 biji 0.75 15.00
- Gula-gula 6 bungkus 2.00 12.00
- Tepung 4 bungkus 3.00 12.00
- Span 5 2.00 10.00
- Belon 4 bungkus 2.00 8.00
- Tali rafia 1 gulung 4.00 4.00

Jumlah 95.00
5 Makanan dan minuman 100 3.00 300.00
6 Jumlah
keseluruhan 1000.00

6
12.0 RUMUSAN

Diharap agar aktiviti sukaneka yang dijalankan dapat memberi sesuatu yang baru kepada para

peserta. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat melaksanakan setiap aktiviti untuk mencapai

matlamat permainan sukaneka ini dengan sempurna supaya mendapat input yang berguna kelak. Sukaneka

dapat membentuk kemahiran-kemahiran asas dalam permainan dan sukan. Selain itu, ia juga dapat

membentuk diri para peserta menjadi seorang yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Sebagai guru pula, apa yang penting, melalui pengelolaan sukaneka ini, kami dapat belajar

mengenai pengurusan, pengelolaan dan perlaksanaan aktiviti di sekolah. Pengalaman yang ditimba ini

sedikit sebanyak dapat memudahkan tanggungjawab guru. Selain itu, permainan ini juga dapat memberi

kepuasan serta keseronokkan kepada para peserta. Mereka dapat meredakan tekanan belajar di samping

meningkatkan keyakinan mereka terhadap kemampuan dan keupayaan masing-masing.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………………… …………………………………

(MUHD. AIDILFITRI B. JAMALUDDIN) (PN. HJH KHAMISAH BT. AYUN)

Setiausaha sukaneka. Gpk Pentadbiran

Sk. Taman Johor Jaya 5 Sk. Taman Johor Jaya 5

Disahkan oleh:

…………………………..

( EN. ASROL FAEZAL BIN AHMAD)

Guru Besar,

Sk. Taman Johor Jaya 5

7
Lampiran 1

KUMPULAN A

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

KUMPULAN B

BIL NAMA PESERTA

1.

2.

3.

4.

5.

Lampiran 2

BORANG PEMARKAHAN

8
NAMA KUMPULAN : ……………………………………………..

NAMA PESERTA MASA MARKAH

Tarikh : ………………. …………………… ……………………..

(Pencatat) (Pengadil)

KEPUTUSAN RASMI

9
TEMPAT KUMPULAN MASA MARKAH
KESELURUHAN

TENTATIF PROGRAM
7 :30 Pagi : Kehadiran guru, murid-murid dan ibu bapa
7:45 Pagi : Senaman aerobik
8:00 Pagi : Acara pertama (berkumpulan)

10
1. Acara mengisi air dalam botol menggunakan span

2. Acara menjunjung pundi kacang dan membaling pundi kacang ke dalam bakul

3. Acara mencari gula-gula dalam tepung

4. Acara bowling padang

5. Acara larian berganti 5 x 10 meter.

: Acara kedua (individu)

1. Acara larian 30 meter

2. Acara memijak belon

3. Acara muzikal chair

4. Acara makan buah epal

5. Acara masukkan manik

6. Lari dalam guni

7. Membawa bola ping pong menggunakan sudu

8. Terompah gergasi

11:00 Pagi : Majlis penutup

1. Penyampaian hadiah

2. Nyanyian lagu kebangsaan

3. Jamuan makan

4. Majlis bersurai

11

Anda mungkin juga menyukai